Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

Oleh Landosi Kasim

78,1 KB 4 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA” Oleh: Zaridah binti Zuber, SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. 1.0 KONTEKS KAJIAN Konteks kajian tindakan yang telah dijalankan oleh Cikgu Zaridah binti Zuber ini adalah berkaitan dengan masalah penguasaan kemahiran menulis menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam kalangan murid-murid Tahun 2. 2.0 ASPEK AMALAN BAGI PENAMBAHBAIKAN DALAM KAJIAN Sehubungan itu, penulis mencadangkan penggunaan “Teknik Warna” sebagai satu aspek amalan bagi penambahbaikan kepada guru-guru khasnya sebagai langkah mengatasi masalah yang dinyatakan dalam 1.0. 3.0 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian tiada dinyatakan dalam jurnal. 4.0 SUMBER LITERATUR Dalam kajian tindakan ini, sumber literaturnya tidak dinyatakan secara lengkap. Sorotan kajian yang berkaitan kajian saintifik tentang teknik dan masalah yang ingin dirawat juga tiada dijelaskan. 5.0 SUBJEK KAJIAN Kajian ini melibatkan seramai 44 orang murid Tahun 2 Pandai di Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak yang terdiri daripada 25 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan. 6.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN Model kajian tindakan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Kemmis dan McTaggart yang menekan empat langkah iaitu plan, act, observe dan reflect. 7.0 CARA PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Sebelum merancang tindakan, perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji ialah membuat refleksi tentang masalah dan menentukan fokus kajian. Kemudian, pengkaji merancang bagi menentukan murid-murid yang bermasalah melalui pemerhatian, soal selidik dan ujian pengesanan. Seterusnya, tindakan mengatasi masalah dengan menggunakan Teknik Warna dilakukan. Setelah itu, baharulah pengkaji membuat pemerhatian ke atas data prestasi murid berdasarkan ujian pencapaian dan juga pemeriksaan ke atas buku latihan murid. Dan yang terakhir ialah membuat refleksi tentang dapatan yang diperolehi. Kesemua tindakan tadi dikenali sebagai gelungan pertama. Jika dapatan yang diperolehi tidak memberangsangkan, maka gelungan yang kedua akan menyusul bagi memastikan kajian tindakan mencapai objektif yang telah ditetapkan. 8.0 CARA PENGUMPULAN DATA Data dikumpul melalui ujian pengesanan dan pencapaian. 9.0 CARA ANALISIS DATA Dalam kajian ini, analisis data dilakukan secara kuantitatif dalam bentuk peratus. 10.0 REFLEKSI KAJIAN Kerja projek mengulas jurnal dalam semester 7 ini, memberi pelbagai pengalaman yang berguna kepada saya. Antaranya ialah saya dapat mengetahui bagaimana kajian tindakan dilakukan, dan kriteria-kriteria berkenaannya yang perlu diambil perhatian contohnya seperti masalah yang ingin diatasi, sampel yang dilibatkan, penghuraian data kajian dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat memahami perbezaan di antara kajian tindakan dan kajian penyelidikan berdasarkan kepada dua jurnal yang telah saya ulas. Kedua-duanya dilakukan ekoran daripada permasalahan yang wujud, misalnya kajian tindakan dilakukan untuk mengatasi masalah pembelajaran dengan kaedah atau teknik tertentu. Contohnya dalam jurnal kedua mengatasi masalah menulis huruf besar dengan teknik warna, manakala kajian penyelidikan dilakukan untuk mencari punca sesuatu masalah sebelum tindakan susulan dilakukan.Contohnya dalam jurnal pertama yang mengkaji masalah tulisan tidak kemas. Paling penting tugasan ini dapat saya jadikan sebagai panduan untuk menyiapkan proposal kajian tindakan 1 yang sedang saya siapkan. Ia memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan kajian tindakan tentang masalah penggunaan huruf besar di kalangan murid tahun 3 dan menguji keberkesanan teknik peta minda yang saya cadangkan sebagai langkah mengatasi masalah tersebut. Sebagai kesimpulannya, segala dapatan yang telah saya perolehi dalam melaksana tugasan ini akan saya kongsikan dengan rakan-rakan setugas dan juga pentadbir sekolah terutama dalam mencari penyelesaian bagi sesuatu permasalahan, kekangan atau kerumitan yang timbul di peringkat sekolah. Dengan melaksanakan kajian tindakan seperti yang ditunjukkan dalam jurnal pertama dan kedua, huraian tentang masalah dan penyelesaian dapat dijelaskan dengan nyata dan tepat serta sahih dari segi data yang diperoleh. Oleh yang demikian, sebarang langkah susulan yang dijalankan tidak akan dipersoalkan kerana telah dinyatakan secara terperinci. ISU-ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN Isu ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid sekolah rendah merupakan isu utama yang perlu diselesaikan. Hampir semua sekolah mengalami masalah murid ponteng sekolah sama ada secara berterusan atau pun berkala tanpa sebarang alasan yang kukuh daripada murid-murid yang melakukannya. Menurut Tan , 2006 dalam oleh Azizi Yahaya Shahrin (Faktor –Faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Di kalangan Pelajar Sekolah Menengah Johor) terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, ada benarnya apabila dikaitkan dengan sekolah seperti SK. Muhibbahraya, dan SK. Bandar Tawau II yang begitu hampir dengan bandar. Tarikan daripada pusat-pusat membeli belah yang menyediakan arked-arked permainan video dan komputer adalah antara punca wujudnya masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun begitu, masalah yang kedua iaitu suasana persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik merupakan isu utama yang diangggap sebagai punca utama wujud masalah ponteng sekolah. Walau pun masalah ini tidak menjejaskan prestasi sekolah, tetapi jika tidak ditangani dengan segera akan menimbulkan pelbagai masalah lain misalnya masalah disiplin, kes-kes juvana, keciciran dalam pelajaran khususnya dalam kalangan murid-murid bumiputera dan pelbagai masalah lagi yang akhirnya akan menjejaskan kehidupan seluruh masyarakat terutamanya murid itu sendiri. Dewasa ini, jika dilihat secara fizikal, kedua-dua sekolah yang disebutkan di atas merupakan sekolah-sekolah yang lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan misalnya makmal komputer, bilik darjah yang dilengkapi dengan peralatan PPSMI, kipas dan sebagainya. Tetapi semua ini masih tidak berupaya menarik segelintir murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Berdasarkan kepada pemerhatian, didapati sebahagian guru langsung tidak menggunakan peralatan dan kemudahan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebaliknya pengajaran secara kelas lebih banyak dilakukan. Variasi pendekatan pengajaran tidak diamalkan menyebabkan murid-murid tidak seronok untuk belajar kerana disajikan dengan suasana pembelajaran yang sama setiap kali mereka hadir ke sekolah. Justeru itu, tidak hairan maka masalah ponteng boleh berlaku di kalangan murid sekolah rendah. Namun untuk menyatakan perkara-perkara ini sebagai punca utama kepada masalah ponteng tanpa bukti kukuh sudah tentu akan disangkal oleh pihak-pihak yang terlibat terutama guru-guru yang selesa dengan amalan mengajar menggunakan pen Marker dan papan putih sahaja. Meskipun mereka tahu perkara seperti ini telah lama berlanjutan dan mengalaminya sendiri apabila mereka duduk di bangku sekolah dahulu. Oleh yang demikian, kajian tindakan perlu dilakukan sebagai bukti dokumen yang dapat membantu menjelaskan punca masalah tersebut. Dengan melakukan kajian tindakan, perincian tentang setiap perkara yang ingin diselidiki dapat dijelaskan berdasarkan kepada cara kajian dan instrumen yang digunakan. Seterusnya data-data sahih yang menguatkan lagi dapatan hasil dari kajian tersebut. Apabila perkara di atas telah dibuktikan maka penyelesaian mengikut acuan sekolah masing-masing boleh dilakukan. Contohnya mengadakan kursus peningkatan profesionalisme keguruan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah agar lebih mengutamakan matlamat bekerja secara profesional dan menambahbaik segala kekurangan dalam sikap bekerja. Kesimpulannya, kajian tindakan adalah antara jalan penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang telah disebutkan kerana ia mampu menjelaskan secara menyeluruh tentang masalah dan penyelesaian yang dicadangkan kerana ia melibatkan responden yang dikaji secara terus bukannya secara agak-agakan sahaja. JURNAL 1, PENYELIDIKAN PENDIDIKAN “KAJIAN KES KE ATAS KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 2 DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU” Oleh: Noraini binti Ombi (2009) Ulasan oleh: KASIM BIN LANDOSI @ LAMBOSI PGSR BM (Kohot 1) Ambilan November 2008

Judul: Ulasan Jurnal Kajian Tindakan

Oleh: Landosi Kasim


Ikuti kami