Jurnal Wanie Dalam Bm.docx

Oleh Shaik Azahar Shaik Hussain

236,4 KB 3 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Jurnal Wanie Dalam Bm.docx

IMPAK PEMBANGUNAN PELANCONGAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT DI PENGKALAN GAWI, TASIK KENYIR Nor Salwani Binti Mat Arsad Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak norsalwanimatarsad@gmail.com ABSTRAK Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji impak pembangunan pelancongan kepada masyarakat setempat yang terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama untuk berkunjung ke Tasik Kenyir. Selain itu, Pengkalan Gawi juga menyediakan pelbagai produk pelancongan dan kemudahan seperti kedai makan, kedai barangan cenderahati, kaunter untuk membeli tiket bot dan sebagainya. Responden kajian terdiri daripada masyarakat setempat dan para pengunjung yang datang ke Pengkalan Gawi. Industri pembangunan pelancongan memainkan peranan penting kepada individu dan masyarakat setempat. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif. Seterusnya, penyelidik dapat membuat rumusan bahawa objektif penyelidik telah dicapai melalui hipotesis H0 iaitu pembangunan pelancongan tidak dipengaruhi oleh tahap penglibatan masyarakat setempat dan masyarakat luar. Kajian ini juga mengusulkan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Oleh yang demikian, pengkaji berharap industri pembangunan pelancongan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat setempat dan perubahan yang baik. Kata kunci: pembangunan pelancongan, masyarakat setempat, perubahan. 1. PENGENALAN Kajian ini membincangkan tentang impak sesebuah pembangunan pelancongan kepada penduduk sekitar Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir. Dalam hasil kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu sesi temuramah dan pengedaran borang soal selidik kepada responden yang merupakan masyarakat setempat di Pengkalan Gawi. Tujuan kajian dilakukan bertujuan mengenalpasti sama ada pembangunan yang dijalankan di Pengkalan Gawi memberi impak yang baik atau sebaliknya kepada masyarakat setempat. Impak merupakan tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu yang melibatkan kebaikan dan keburukan. Impak terhasil daripada sesuatu kejadian. Menurut Bruner (2015), impak didefinisikan sebagai pengaruh pada pemikiran, sikap, watak dan sebagainya yang timbul akibat daripada mendengar atau membaca sesuatu sehingga mampu membawa kesan yang ketara. Bryman (2011), menyatakan bahawa impak berfungsi sebagai perbandingan antara hasil penelitian yang lepas dengan hasil penelitian yang baru atau yang telah dilakukan. 1 Pembangunan pelancongan sering dilihat sebagai satu proses perubahan fizikal. Perancangan dan pembangunan pelancongan di sesebuah destinasi perlulah diuruskan dengan baik supaya destinasi tersebut mampu bertahan dalam tempoh jangka masa yang panjang di samping menyumbangkan manfaat kepada persekitaran. Definisi masyarakat menurut Yusof (2000), ialah seseorang yang menduduki atau tinggal di sesuatu tempat atau kawasan tertentu. Menurut beliau lagi, tempatan pula bermaksud sesuatu tempat yang didiami oleh seseorang tersebut atau di tempat itu sendiri. Oleh itu, beliau merumuskan masyarakat tempatan boleh didefinisikan sebagai penduduk yang menduduki atau mendiami sesuatu tempat tertentu atau berasal dari tempat itu sendiri. 1.1 Penyataan Masalah Permasalahan yang ingin dikupas dan dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini adalah mengenai masyarakat setempat yang mengalami perubahan setelah berlakunya pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Apabila wujudnya sesebuah pembangunan pelancongan, masyarakat setempat khususnya akan mengalami kejutan budaya kerana kemasukan orang atau pelancong luar yang datang ke pusat pelancongan tersebut dinyatakan oleh Mamat (2015) melalui kaedah temubual. Selain itu, kejutan budaya ini juga berlaku akibat pembangunan yang moden seiring dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Impak negatif perubahan masyarakat setempat terhadap pembangunan juga dari segi kenaikan harga barangan ekoran pembangunan moden yang dijalankan. Hal ini sememangnya menyukarkan bagi golongan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk membeli, mencari rezeki dan sebagainya. Antara permasalahan lain dalam kajian ini ialah masalah mengenai penglibatan masyarakat tempatan dan orang luar dalam industri pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Melalui kajian yang dijalankan, masyarakat sekitar Pengkalan Gawi menyatakan berlaku persaingan perniagaan antara mereka dan orang luar yang berniaga di gerai-gerai cenderahati. Oleh itu, perkara tersebut akan menyukarkan para masyarakat setempat untuk mendapat keuntungan dari perniagaan. Seterusnya permasalahan yang dikaji ialah mengenai persepsi masyarakat terhadap pembangunan pelancongan yang dijalankan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Masyarakat setempat menginginkan sesuatu perubahan kepada diri mereka apabila wujudnya pembangunan yang moden. 1.2 Objektif Kajian 2 1. Untuk mengenalpasti perubahan yang dialami oleh masyarakat setempat akibat pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. 2. Untuk mengkaji tahap penglibatan masyarakat setempat dan masyarakat luar dalam industri pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. 3. Untuk menganalisa persepsi masyarakat setempat terhadap industri pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. 1.3 Skop Kajian 1.3.1 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah di sekitar kawasan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sebagai lokasi utama serta beberapa kawasan lain yang berdekatan. Hal ini demikian kerana lokasi yang dipilih amat bersesuaian dengan kehendak kajian iaitu pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di negeri Terengganu. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang paling terbesar di Asia Tenggara, iaitu seluas 370 kilometer persegi yang terbina hasil empangan kenyir Khan (2010). 1.3.2 Sampel Persampelan haruslah dipilih dengan teliti supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada populasi (Samani dan Maliki 2014). Kaedah ini dilakukan oleh penyelidik dengan memilih sejumlah sampel dari keseluruhan populasi sebenar. Sebanyak 150 borang soal selidik akan diedarkan kepada masyarakat setempat Pengkalan Gawi manakala 150 helai borang lagi diedarkan kepada para pengunjung yang berkunjung ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan penduduk setempat mukim Kuala Berang . 1.3.3 Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan selama empat minggu berturut-turut di sekitar kampung yang berdekatan dengan Pengkalan Gawi bagi melihat maklum balas penduduk setempat dan pengunjung pada setiap hari selama sebulan. Pemerhatian juga dibuat ke atas perilaku masyarakat setempat dan pengunjung dan aktiviti yang dilakukan sepanjang mereka mengunjungi Pengkalan Gawi tersebut. 2. KAJIAN LITERATUR Pembangunan pelancongan ialah sesuatu destinasi pelancongan. Menurut Butler (1980), pembangunan merupakan sesuatu destinasi pelancongan yang melalui suatu proses evolusi, melainkan destinasi yang dirancang. Secara umumnya, pembangunan ialah sesuatu destinasi 3 pelancongan yang mempunyai empat tahap iaitu tahap penerokaan, penglibatan, pembangunan dan tepu. Industri pembangunan pelancongan juga memberi sumbangan seperti pertukaran wang asing, guna tenaga pekerja, hasil cukai dan mengalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana serta mendorong ke arah pembangunan wilayah dinyatakan oleh Rahmat (2002). Midgley (1995) menyatakan bahawa pembangunan sosial adalah satu proses perubahan sosial yang dibentuk bagi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dalam keseluruhan proses pembangunan yang berbentuk dinamik. Menurut Fox (1997), impak pembangunan pelancongan terhadap kedudukan sosial masyarakat meliputi perubahan yang dibawa pada sistem nilai, kelakuan seseorang atau individu, hubungan kekeluargaan, cara hidup bermasyarakat, kedudukan, kelakuan moral, adat istiadat tradisional dan organisasi masyarakat. Dalam usaha membangunkan industri, kerajaan negeri Terengganu telah menetapkan bahawa produk utama pelancongan di negeri Terengganu ini adalah berasaskan kepada suasana keaslian dan tradisional (Zakaria 2002). Franklin (2003) menyatakan bahawa terdapat dua bahagian utama yang memainkan peranan dalam menentukan perkembangan dan kemajuan industri pelancongan iaitu bahagian pasaran dan bahagian pembekalan. Menurut Miskam dan Shafii (n.d), transformasi pembangunan yang berlaku dengan pantas sejak sedekad yang lalu, bukan sahaja berjaya merubah pelan pembangunan negara bahkan turut memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi negara. Transformasi pembangunan pelancongan melalui pertumbuhan ekonomi dapat membasmi masalah kemiskinan, pengangguran di luar bandar. Pembangunan luar bandar sebelum mengalami proses transformasi bersifat tradisional yang meliputi sektor tani dinyatakan oleh Ibrahim (2012). Hasil transformasi dari industri tersebut telah merubah bentuk ekonomi, iaitu dari pertanian kepada pembuatan atau penghasilan teknologi baru yang lebih produktif, dinyatakan oleh Daud (2005). Selain itu, aktiviti pembangunan pelancongan juga telah membuka ruang pekerjaan kepada semua masyarakat di negara Malaysia. Menurut Shuib dan Noor (1989) di sekitar kawasan pembangunan pelancongan, peluang pekerjaan dapat diwujudkan bagi penduduk tempatan di samping dapat membantu menambah pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan taraf hidup terutama bagi mereka yang tergolong dalam golongan miskin. Kesan ekonomi negatif pelancongan termasuk dalam kategori makanan, tanah dan harga rumah meningkat di destinasi pelancong. Hal ini menjadi isu yang amat jelas terutama menjelang musim perayaan. Kawasan persekitaran negatif adalah termasuk pencemaran dari kenderaan akan memberi kesan kepada para pelancong, gangguan kepada habitat dan kerosakan kepada ciri-ciri lanskap (Manson, 2003). 3. METODOLOGI KAJIAN 4 Terdapat beberapa metodologi untuk mendapatkan sumber maklumat iaitu dengan kaedah soal selidik, temuramah dan pemerhatian. Selain itu, maklumat tambahan sebagai sokongan kepada kajian ini diperolehi daripada data sekunder iaitu melalui pembacaan bahan-bahan seperti jurnal, artikel, buku serta kajian. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu sebanyak 331 borang soal selidik telah diedarkan kepada masyarakat sekitar Pengkalan Gawi dan mukim Kuala Berang. Kaedah ini juga lebih menjimatkan masa responden kerana ianya merupakan soalan yang ringkas dan padat. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan menemuramah beberapa pihak yang mahir dalam pembangunan pelancongan. Bagi kaedah ini, pengkaji akan mengemukakan pelbagai jenis soalan kepada pihak tersebut bagi mengetahui pendapat atau komen mereka. 4.PENEMUAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN 4.1.1 Responden Penyelidikan Hasil dari pengedaran borang soal selidik, pengkaji telah dapat mengumpul hasil data yang diperlukan daripada pihak responden, iaitu penduduk setempat dan para pengunjung sebanyak 331 borang soal selidik selama sebulan berdekatan dengan tempat kajian. Keadaan ini sekali gus menjawab objektif dan persoalan dalam kajian yang dilakukan. Pengkaji juga telah menemuramah seramai tiga orang pihak pembangunan KETENGAH, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) dan Pegawai Daerah. 4.1.2 Hasil Data Kajian Dalam hasil dapatan kajian pula, pengkaji akan menghuraikan setiap bahagian-bahagian tertentu yang terdapat dalam borang soal selidik seperti analisa deskriptif, analisa kekerapan, analisa taburan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pengkaji akan membuat penilaian berdasarkan kesemua data tersebut. 5 Jadual 4.1.2. di atas menunjukkan jumlah responden mengikut jantina adalah sebanyak 331 orang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Responden bagi lelaki ialah seramai 159 orang (48%) , manakalan responden bagi perempuan ialah seramai 172 orang (52%) dalam proses mengumpul data. Graf 4.1.3 menunjukkan peratusan umur responden Berdasarkan graf 4.1.3 tersebut menunjukkan kategori umur para responden yang telah menjawab borang soal selidik. Umur responden bermula dari kiraan 40 tahun ke bawah sebanyak (49.2%) iaitu bersamaan 163 orang, diikuti responden berumur 41 hingga 45 tahun sebanyak (27.8%), iaitu seramai 92 orang. Responden yang berumur 46 hingga 50 tahun ialah seramai 42 orang yang mencatat (12.7%), dan pada umur 51 tahun ke atas mencatat jumlah peratus sebanyak (10.3%) iaitu responden yang paling sedikit berjumlah 34 orang. 6 Graf 4.1.4 menunjukkan peratusan tahap pendidikan responden. Pengkaji juga mengenal pasti tahap pendidikan responden Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menjawab borang soal selidik, iaitu seramai 103 orang responden daripada 331 orang responden secara keseluruhan yang mencatat sebanyak 31.1 peratus daripada 100 peratus. Manakala seramai 41 orang responden daripada 331 orang responden secara keseluruhannya iaitu sebanyak 12.4 peratus daripada 100 peratus dari tahap pendidikan STPM. Seterusnya ialah tahap pendidikan dari Diploma seramai 58 orang yang mewakili 17.5 peratus, diikuti tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda seramai 91 orang, iaitu sebanyak 27.5 peratus. Tahap pendidikan Master pula ialah 30 orang responden daripada keseluruhannya 331 responden yang mencatat 9.1 peratus dari 100 peratus. Tahap pendidikan bagi PHD pula ialah seramai 8 orang responden, iaitu 2.4 peratus dari 100 peratus. BAHAGIAN B (Pandangan Responden) Jadual 4.2.0 menyatakan bahawa adakah anda pernah berkunjung ke Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir? Kekerapan (%) Ya 318 96.1 Tidak 13 3.9 Jumlah 331 100.0 Jadual 4.2.0 di atas menunjukkan adakah masyarakat setempat atau pengunjung pernah berkunjung ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Seramai 318 orang responden daripada 331 responden secara keseluruhan bersamaan 96 peratus menyatakan “ya” iaitu pernah berkunjung ke pembangunan Pengkalan Gawi. Manakala seramai 13 orang responden 7 daripada 331 orang keseluruhan responden menyatakan tidak pernah berkunjung ke industri pembangunan tersebut. Jadual 4.2.1 menunjukkan berapa kalikah anda berkunjung ke Pengkalan Gawi sepanjang tahun 2015? Kekerapan (%) 1-3 kali 103 31.1 4-7 kali 140 42.3 lebih dari 8 kali 70 21.1 tidak pernah 18 5.4 331 100.0 Jumlah Jadual 4.2.1 menunjukkan berapa kalikah masyarakat setempat atau pengunjung datang ke Pengkalan Gawi sepanjang tahun 2015. Terdapat 103 orang responden menyatakan bahawa 1 hingga 3 kali mereka pernah datang ke Pengkalan Gawi, iaitu bersamaan 31 peratus pada tahun 2015. Seterusnya, seramai 140 orang yang datang ke pembangunan tersebut sebanyak 4 hingga 7 kali yang mencatat 42 peratus. Bagi penyataan lebih dari 8 kali pula ialah seramai 70 orang responden daripada 331 orang responden secara keseluruhan yang mencatat 21 peratus. Selain itu, pengunjung atau masyarakat setempat juga menyatakan tidak pernah berkunjung ke Pengkalan Gawi sepanjang tahun 2015 ialah seramai 18 orang responden 5.4 peratus daripada 100 peratus jumlah responden. Jadual 4.2.2 menjelaskan adakah responden ditawarkan peluang pekerjaan di sekitar pembangunan pelancongan tersebut? Kekerapan (%) Ya 103 31.1 Tidak 228 68.9 Jumlah 331 100.0 Jadual 4.2.2 menunjukkan sama ada para pengunjung atau masyarakat setempat mendapat tawaran pekerjaan atau tidak di sekitar pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi. Seramai 103 orang responden daripada 331 jumlah keseluruhan responden yang mencatat 31.1 peratus responden menyatakan mereka ditawarkan pekerjaan dalam industri tersebut. Manakala seramai 228 orang responden daripada 331 orang jumlah responden, iaitu bersamaan 68.8 peratus dariada 100 peratus secara keseluruhan menyatakan tidak ditawarkan bekerja dalam industri tersebut. 8 4.3 Analisa Kekerapan Jadual 4.3.1 menunjukkan tahap penglibatan masyarakat setempat & masyarakat luar SANGAT SETUJU SETUJU NEUTRAL TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU K % K % K % K % K % 2 0.6 92 27.8 215 65.0 21 6.3 1 0.3 Saya mendapat peluang pekerjaan dari pihak KETENGAH. 10 3.0 95 28.7 24 7.3 193 58.3 9 2.7 Saya mendapat pekerjaan yang lebih baik. 8 2.4 135 40.8 55 16.6 131 39.6 2 0.6 Penglibatan pengunjung luar memberi keuntungan kepada para peniaga. 11 3.3 285 86.1 35 10.6 - - - - Kebanyakan aktiviti utama masyarakat setempat adalah dalam bidang pertanian. 4 1.2 75 22.7 249 75.2 3 0.9 - - Pihak KETENGAH menitikberat akan penglibatan masyarakat setempat dalam bidang pekerjaan. 11 3.3 163 49.2 155 46.8 2 0.6 - - Saya mengamalkan gaya persaingan yang sihat bersama masyarakat luar. 6 1.8 70 21.1 76 23.0 172 52.0 7 2.1 Penglibatan masyarakat luar memberi tambahan pendapatan kepada saya. 8 2.4 77 23.3 25 7.6 213 64.4 8 2.4 Perniagaan adalah sumber rezeki utama masyarakat setempat. 16 4.8 249 75.2 63 19.0 3 0.9 - - Saya berinteraksi dengan baik bersama pengunjung luar. 10 3.0 211 63.7 103 31.1 7 2.1 - - Warga belia banyak mengambil peluang dari perniagaan di sini. 6 1.8 145 43.8 173 52.3 7 2.1 - - PENYATAAN Penglibatan pengunjung menyejahterakan kehidupan saya. luar Jadual 4.3.1 menunjukkan tahap penglibatan bagi masyarakat setempat dan masyarakat luar di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Bagi pernyataan sangat setuju yang tertinggi dalam tahap penglibatan ialah perniagaan adalah sumber rezeki utama masyarakat setempat. Seramai 16 orang daripada 331 responden, iaitu bersamaan 4.8 peratus menyatakan pendapatan sebagai sumber rezeki kerana pekerjaan utama mereka adalah dengan berniaga. Oleh itu, para pengunjung memainkan peranan penting dalam memajukan perniagaan mereka di samping meningkatkan pendapatan para peniaga. 9 Seterusnya ialah penyataan bagi tidak pasti dalam tahap penglibatan masyarakat setempat dan masyarakat luar ialah seramai 249 orang responden iaitu bersamaan 75.2 peratus menyatakan kebanyakan aktiviti utama masyarakat setempat adalah dalam bidang pertanian. Pihak responden menyatakan tidak pasti kerana terdapat sesetengah dalam kalangan masyarakat setempat pada dahulunya bergiat dalam aktiviti pertanian, namun kini penduduk setempat lebih menjurus kepada aktiviti perusahaan dan perniagaan dalam sektor pembangunan Pengkalan Gawi. Bagi penyataan sangat tidak setuju ialah seramai satu orang sahaja yang mencatat 0.3 peratus daripada 100 peratus secara keseluruhan dalam penglibatan pengunjung luar menyejahterakan kehidupan masyarakat setempat. Responden menyatakan sangat tidak setuju kerana terdapat pengunjung luar yang bersikap tidak sopan kepada mereka. Selain itu, pengunjung luar juga pernah melakukan kegiatan jenayah di kawasan mereka seperti mencuri, vandalisme dan sebagainya. 5. HASIL PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan 5.1.1 Objektif 1: Perubahan yang dialami oleh masyarakat setempat Tumpuan perbincangan pengkaji adalah berdasarkan objektif dan hipotesis pengkaji. Objektif pengkaji yang pertama adalah untuk mengenalpasti perubahan yang dialami oleh masyarakat setempat akibat pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Dalam data yang diperoleh pengkaji dapat menyatakan perubahan yang dialami apabila pelancong berkunjung ke pembangunan yang dijalankan di sekitar masyarakat setempat disebabkan tiga perubahan utama iaitu dari segi budaya, sosial dan ekonomi. Perubahan budaya meliputi kesan positif dan negatif. Kesan positifnya ialah apabila budaya yang diterap masuk oleh masyarakat luar contohnya dari segi pemakaian yang dipakai oleh mereka lebih menunjukkan ciri-ciri yang elegan, kemas dan sopan. Kesan negatif dari segi pemakaian pula ialah pemakaian yang sebaliknya iaitu tidak sopan dan tidak bermoral. Oleh itu, di dalam borang soal selidik majoriti para responden telah menyatakan tidak pasti dengan perubahan budaya yang berlaku setelah terbinanya pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana pembangunan yang dijalankan tidak memberi impak yang besar dari segi budaya kepada mereka. Masyarakat setempat masih mengamalkan budaya yang sama dalam kalangan mereka. Seterusnya perubahan dari segi sosial pula ialah majoriti masyarakat menyatakan setuju akan kehadiran pengunjung luar ke sektor pembangunan Pengkalan Gawi. Hal ini telah menunjukkan bahawa masyarakat setempat bersikap terbuka dalam menerima kunjungan masyarakat luar dan pelancong asing. 10 Bagi penyataaan dapat berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan bersama pengunjung luar juga mendapat maklum balas yang baik dari responden melalui borang soal selidik. Melalui sesi temuramah bagi perubahan sosial, informan menyatakan pada ketika dahulu kedatangan pengunjung agak sedikit, namun setelah pembangunan semakin berkembang moden jumlah kedatangan pengunjung yang datang juga semakin meningkat. Perubahan ekonomi dalam kalangan masyarakat setempat ialah dari segi peluang perniagaan dan pendapatan masyarakat setempat yang terlibat dalam industri pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi. Hasil dapatan dalam borang soal selidik, responden menyatakan pihak KETENGAH menyediakan ruang perniagaan kepada masyarakat setempat. Maka, hal ini menjelaskan bahawa pendapatan ekonomi masyarakat setempat juga berpunca daripada sektor pembangunan tersebut. Masyarakat dapat menjana pendapatan mereka khususnya melalui perniagaan iaitu perusahaan bot, berniaga di gerai makan dan lain-lain lagi. Selain itu, penduduk setempat juga berkhidmat dalam sektor perkhidmatan seperti bekerja di chalet, hotel, penternak ikan dan lain-lain. Masyarakat juga lebih bersikap berdaya saing contohnya ketika dahulu mereka hanya terlibat dalam sektor pertanian, namun kini ada dalam kalangan mereka yang merupakan pengusaha bot dan mempunyai chalet kepunyaan sendiri. Pendapatan masyarakat setempat meningkat dengan adanya perkhidmatan yang dilakukan. Melalui temuramah yang dilakukan juga menyatakan pendapatan masyarakat setempat yang terlibat dalam pembangunan adalah melepasi garis kemiskinan iaitu melebihi RM2000. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif dalam perubahan ekonomi masyarakat iaitu isu mengenai kenaikan harga barang. Hal ini kerana apabila majunya sesebuah pembangunan yang dijalankan itu, maka akan timbul isu kenaikan harga barang yang dikenakan kepada para pengunjung terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pencemaran alam sekitar juga memberi kesan dalam perubahan ke atas pengunjung dan imej pembangunan itu tersendiri. Pihak pembangunan sangat mengambil serius akan kebersihan alam sekitar di kawasan pembangunan. Melalui temuramah yang dilakukan bersama salah seorang pihak KETENGAH, beliau menyatakan bahawa setiap projek yang dijalankan akan dibuat penyelidikan tentang persekitaran terlebih dahulu yang dipanggil Environment Assesment Analysis (EIA). Sebelum membangunkan sesebuah pembangunan, laporan khas akan dibuat dan dihantar terlebih dahulu kepada Jabatan Alam Sekitar. Justeru itu, sistem pembaikan alam sekitar yang dijalankan oleh pengurusan pembangunan di Pengkalan Gawi adalah secara teratur. Oleh itu, melalui objektif satu iaitu perubahan yang dialami oleh masyarakat apabila pembangunan dijalankan hanya seorang responden menyatakan sangat tidak setuju untuk menetap di kawasan sekitar kerana beliau bukanlah penduduk asal setempat di Pengkalan Gawi. Maka secara kesimpulannya, pembinaan pelancongan tersebut tidak memberi kesan dalam pemindahan rumah atau tempat tinggal kepada penduduk setempat. 11 5.1.2 Objektif Kedua: Tahap Penglibatan Masyarakat Setempat Dan Masyarakat Luar. Objektif kedua pengkaji pula ingin mengkaji tahap penglibatan masyarakat setempat dan masyarakat luar dalam sektor pembangunan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Melalui pengedaran borang soal selidik dan temuramah yang dijalankan secara majoritinya menyatakan masyarakat setempat lebih ramai diberi peluang pekerjaan dalam sektor pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi berbanding masyarakat luar. Hal ini kerana pihak KETENGAH lebih menitikberatkan akan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Masyarakat luar juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan di pembangunan Pengkalan Gawi berdasarkan faktor jarak. Golongan yang bekerja dalam industri pembangunan tersebut adalah berumur 20 tahun dan ke atas. Sektor utama aktiviti masyarakat setempat adalah berkait dengan sektor perkhidmatan. Sektor perkhidmatan adalah di mana mereka berkhidmat dalam memberi servis kepada pengunjung seperti bot laju yang disediakan untuk bersiar-siar di sekitar Tasik Kenyir. Melalui hasil dapatan borang soal selidik mengenai aktiviti utama masyarakat setempat dalam bidang pertanian, seramai 249 orang responden menyatakan tidak pasti kerana sesetengah masyarakat pada dahulu bergiat aktif dalam bidang pertanian, namun kini bidang pekerjaan mereka telah berubah contohnya kepada sektor perkhidmatan. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat dalam golongan pesara iaitu 50 tahun ke atas yang masih bergiat aktif dalam aktiviti pertanian tersebut. Pihak KETENGAH turut menyatakan bahawa sektor pertanian di Kampung Basong dan Kampung Pasir Dula diambil alih oleh Pejabat Daerah dan Jabatan Pertanian kerana pihak KETENGAH hanya tertumpu kepada sektor pelancongan sahaja. Selain itu, sektor perniagaan juga menjadi sumber rezeki bagi masyarakat setempat yang bekerja di sekitar pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi. Para pengunjung atau pelancong sememangnya memainkan peranan penting dalam memajukan hasil perniagaan penduduk setempat contohnya perniagaan di kedai cenderamata, gerai makanan, perusahaan chalet dan sebagainya. Warga belia juga dikatakan banyak mengambil peluang pekerjaan di industri pembangunan tersebut. Huraian mengenai interaksi antara pengunjung luar dan masyarakat setempat adalah sangat baik. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat setempat juga mengalu-alukan akan kehadiran pengunjung ke tempat mereka. Mereka juga suka akan kemeriahan orang ramai yang terlibat dalam industri pembangunan di Pengkalan Gawi. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti memancing di rumah bot, mandi manda di taman tema juga menambah lagi jumlah pengunjung untuk datang berkunjung ke tempat pelancongan tersebut. 12 Penyataan tidak setuju bagi penglibatan pengunjung luar menyejahterakan kehidupan masyarakat oleh reponden disebabkan oleh faktor pengunjung luar atau individu yang bersikap tidak sopan kepada masyarakat setempat. Selain itu, informan juga tidak menafikan bahawa pengunjung luar pernah melakukan kegiatan jenayah di sekitar pembangunan seperti kegiatan mencuri, vandalisme, kehilangan barang kerajaan seperti tong sampah, peralatan besi dan sebagainya. Beliau juga berujar bahawa kes ini telah berjaya ditangani oleh pihak berkuasa dan kini telah terdapat pondok polis di kawasan pembangunan bagi mengatasi masalah tersebut. 5.1.3 Objektif ketiga: Persepsi Mayarakat Setempat Objektif ketiga pengkaji pula ialah mengenai persepsi masyarakat setempat terhadap pembangunan pelancongan yang dijalankan di Pengkalan Gawi. Kebanyakan responden menyokong penyataan pembangunan pelancongan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat kerana sebahagian daripada mereka memang terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan di pembangunan tersebut. Melalui hasil dapatan temuramah dari informan, ada sesetengah individu yang suka dan tidak suka akan pembinaan pembangunan pelancongan yang dijalankan. Mereka menyatakan suka kerana mereka mendapat peluang untuk berniaga di samping dapat meningkatkan pendapatan seharian mereka manakala bagi yang tidak suka pula kerana wujudnya persaingan perniagaan perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat. Contohnya persaingan di antara gerai yang menjual makanan dan minuman. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi peniaga dan mereka perlulah bersaing dengan sihat. Justeru itu, penduduk setempat juga menginginkan perubahan ke atas diri mereka setelah pembangunan dijalankan. Contohnya ruang perniagaan yang disediakan lebih besar, kuantiti yang lebih banyak dan mempunyai daya tarikan untuk menarik minat pengunjung datang membeli ke gerai mereka. Persepsi penduduk setempat yang ingin dibincangkan bukan sahaja ke atas pembangunan namun persepsi ke atas para pengunjung yang datang ke industri pembangunan tersebut. Maka, melalui hasil soal selidik yang dijalankan, kebanyakan responden menyatakan tidak setuju dalam mempelajari Bahasa asing dengan pengunjung luar. Hal ini disebabkan segelitir daripada mereka tidak fasih untuk berbicara contohnya dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu, mereka juga lebih gemar untuk membuat hal masing-masing dan berasa malu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. 5.2 Cadangan 5.2.0 Penduduk setempat Pengkalan Gawi. 13 Kajian yang dijalankan ini menumpukan perhatian kepada masyarakat setempat yang berada di sekitar Pengkalan Gawi. Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui sejauh manakah impak yang mereka dapati setelah pembangunan pelancongan dijalankan. Melalui hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan agar penduduk setempat bekerjasama dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Tasik Kenyir. Penduduk setempat perlulah mengisi kekosongan pekerjaan yang terdapat di industri pembangunan tersebut contohnya dari sektor perkhidmatan, perusahaan, perniagaan dan lainlain lagi. Maka dengan itu, tidak ada lagi permasalahan isu dalam bidang pekerjaan dalam kalangan penduduk setempat. 5.2.1 Pihak Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Pihak Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merupakan satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Badan Berkanun Federal). Pihak KETENGAH bertanggungjawab dalam melaksanakan pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir dari segi infrastruktur, produk, sosial dan ekonomi dari segi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Oleh itu, pihak KETENGAH perlulah mengambil tegas bagi merealisasikan permintaan masyarakat setempat. Masyarakat setempat sememangnya menginginkan perubahan yang positif kepada mereka bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap industri pembangunan tersebut. Pihak KETENGAH perlu memperkenalkan produk pelancongan ini kepada seluruh orang ramai dengan kerjasama masyarakat setempat melalui hebahan di media massa, keratan akhbar tentang pakej-pakej yang terdapat di pembangunan pelancongan Pengkalan Gawi. Pihak KETENGAH juga perlu menambahbaik pulih kemudahan seperti gerai makan, parking lot kereta, tempat beristirehat dan lain-lain lagi. 5.2.2 Peniaga yang bekerja dalam industri pembangunan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat banyak jenis perniagaan yang disediakan bagi menarik minat pengunjung yang didapati hasil dari borang selidik dan temuramah. Contohnya dari segi sektor perkhidmatan, perniagaan, dan perusahaan chalet. Oleh itu, dengan kajian ini pengkaji berharap para pengusaha dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang disediakan itu ke arah yang lebih baik lagi. Peniaga haruslah mempunyai daya saing yang sihat antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka merupakan penduduk setempat dan boleh dikatakan mereka mengenali antara satu sama lain. 14 Selain itu, peniaga juga haruslah bersikap mesra dalam melayani karenah pelanggan serta bekerjasama dengan pihak KETENGAH dalam mempromosikan pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi terutamanya dalam kalangan pengusaha bot dan chalet. Bagi pengusaha gerai makanan terutamanya perlulah menjaga kebersihan persekitaran gerai bagi menarik pengunjung untuk datang ke gerai. Menu yang disediakan perlulah pelbagai agar semua individu dapat menikmati makanan yang dijual oleh peniaga. 5.2.3 Pengusaha bot dan chalet pembangunan pelancongan. Pengusaha rumah bot pula perlulah menyediakan senarai setiap pakej dan memaparkan harga yang berpatutan kepada para pelancong kerana aktiviti yang paling digemari oleh pengunjung ialah rumah bot. Mereka dapat bermalam di sana sambil melakukan pelbagai aktiviti di atas rumah bot seperti memasak, bbq, memancing dan sebagainya. Oleh itu, dicadangkan pengusaha bot untuk menambah lagi aktiviti yang menarik di rumah bot supaya mereka berasa berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Bagi pengusaha chalet Petang Island Resort perlulah sentiasa menjaga mutu dan kualiti bagi meningkatkan imej chalet pada pandangan pengunjung dan pelancong. Encik Arman merupakan informan yang menguruskan chalet Petang Island Resort yang terletak di kepulauan tengah Tasik Kenyir. Pihak chalet perlulah sentiasa mempromosikan chalet mereka melalui pelbagai cara seperti menggunakan media massa, melalui keratan akhbar dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh membuat promosi dengan harga yang berpatutan dan pakej yang disediakan perlulah berbaloi dengan bayaran yang dikenakan kepada pengunjung seperti pakej 3 hari dua malam di chalet termasuk aktiviti melawat Kenyir Island Hoping secara percuma. Pihak chalet ini juga turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dengan mengguna khidmat penduduk. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar lebih ramai penduduk setempat ditawarkan peluang pekerjaan bagi mempromosikan Petang Island Resort kepada orang ramai contohnya melalui pelbagai acara yang diadakan seperti Matta Fair, Pesona Terengganu, Karnival Usahawan Desa dan lain-lain juga. Kesimpulannya, para pengusaha dan peniaga mestilah mengenali latar belakang pengunjung dan pelancong yang datang berkunjung ke kedai mereka agar dapat sentiasa memperbaiki kekurangan dan memenuhi kehendak pengunjung yang datang berkunjung. 6. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pembangunan pelancongan di Pengkalan Gawi merupakan sebuah tempat yang menjadi tarikan para pengunjung. Pengkaji telah menjalankan kajian di sekitar Pengkalan Gawi, Kuala Berang dan beberapa kawasan yang berdekatan kerana pengkaji ingin mengetahui sama ada pembangunan tersebut memberi impak yang positif atau sebaliknya 15 kepada penduduk setempat. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat membantu pihak berkepentingan seperti pihak pembangunan KETENGAH agar meningkatkan mutu dan fasiliti pembangunan dan terus maju pada masa akan datang. RUJUKAN Brunner, E. (2005). Culture on Tour: Ethnographies of Travel. Chicago: University of Chicago Press. Bryman, A. (2001). Sosial Research Methods. Oxford: Oxford University Press. Butler, R.W. (1980). The concept of a tourist area cycle of evolution: Implication for Management of resources. Canadian: Geographer. Daud, F. (2005). Transformasi sosial: Evolusi atau Revolusi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Fox, M. (1997). The Social Impact of Tourism: A challenge to Researchers and Planners. Dalam Finney, B.R. and Watson, A. A new Kind of Sugar: Tourism in The Pacific. University of California: Santa Cruz. Franklin, A. (2003). Tourism: An Introduction. London: Sage Ibrahim, Y. (2012). Komuniti Melayu Pulau Tioman: Isu dan Cabaran dalam Konteks Pembangunan Pelancongan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Khan, G. (2010). Buku Rekod Negeri-negeri Terengganu. Tasik Terbesar, 39 (1-4). Mason,P. (2003). Tourism Impacts, Planning and Management: An Introduction to Tourism Impacts. Burlington: Elsevier Butterworth-Heinemann Midgley, J. (1995). Social Development: The developmental perspective in social welfare. London: SAGE Publications Ltd. Miskam, N & Shafii, H. (n.d) Transformasi Pembangunan Luar Bandar: Kesan Ke Atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat. Dicapai dari, http://eprints.uthm.edu.my/3550/1/Persidangan_Geografi_%26_Alam_Sekitar_1.pdf Rahmat, A. H. (2002). Kesan Perkembangan Pelancongan Terhadap Ekonomi Pulau Tioman, Rompin, Pahang. Dicapai dari, http://ir.uitm.edu.my/2788/. Samani, M. C., & Maliki, J. (2014). Media dan Masyarakat. Sarawak: Universiti 16 Malaysia Sarawak. Shuib, A., & Nor, N. (1989). Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia. Dicapai dari, http://core.ac.uk/download/pdf/12221942.pdf Yusof, M. (2000). Pengurus dan Gelagat Organisasi di Abad ke-21. Selangor: Prentice Hall. Zakaria, Z. (2002). Persepsi Penduduk Negeri Terengganu terhadap Industri Pelancongan di Negeri Terengganu. Dicapai dari, http://ir.uitm.edu.my/4131/1/LP_ZAINUDDIN_ZAKARIA_02_24.pdf. 17

Judul: Jurnal Wanie Dalam Bm.docx

Oleh: Shaik Azahar Shaik Hussain


Ikuti kami