Jurnal 2 (article Review)

Oleh Azhani Bin Marlan

97,8 KB 4 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Jurnal 2 (article Review)

Isi Kandungan 1. Pengenalan 1 2. Apakah artikel yang hendak dibuat? 1 3. Apakah kerangka teoritis atau andaian? 1 4. Adakah konsep utama jelas ditakrifkan? 2 5. Seberapa mencukupi bukti? 3 6. Bagaimanakah artikel itu sesuai dengan literatur dan bidang? 3 7. Adakah ia memajukan pengetahuan mengenai subjek? 4 8. Seberapa jelas penulisan penulis? 4 9. Rujukan 5 1. Pengenalan Artikel yang bertajuk ‘Training and development program and its benefits to employee and organization: A conceptual study’ telah disediakan oleh Khawaja Jehanzeb dan Dr. Nadeem Ahmed Bashir (2013). Artikel ini telah diterbitkan di European Journal of Business and Management pada volume 5, no. 2 dan halaman 243 hingga 252. Penyelidik mendapati bahawa latihan dapat memberi faedah kepada pekerja dan juga organisasi. Oleh yang demikian, penyelidik telah menjalankan kajian berbentuk perbincangan berdasarkan kepada kepentingan program latihan dan pembangunan pekerja serta manfaatnya kepada organisasi. 2. Apakah artikel yang hendak dibuat? Tujuan utama penyelidikan yang dilakukan adalah bagi membentangkan sebuah kajian yang menggunakan konseptual yang dibangunkan untuk program latihan dan pembangunan pekerja serta manfaatnya. Penyelidik akan melakukan pemeriksaan atau kajian pada struktur dan unsur-unsur yang ada di dalam program latihan dan pembangunan pekerja. Penyelidik telah menjalankan kajian dan dapatan kajian ini telah memberikan hasil yang positif bagi kedua pihak iaitu pekerja dan organisasi. Tanpa program latihan dan pembangunan pekerja, organisasi dilihat sukar untuk berdaya saing dalam ekonomi global masa kini. Melalui program latihan dan pembangunan pekerja telah memberi kelebihan kepada organisasi untuk terus kekal seiring dengan pesaing. Lantaran itu, penyelidik telah menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut tahap dan perspektif disiplin dalam program pembangunan pekerja. Selain itu, penyelidik turut melakukan perbincangan bagi meningkatkan manfaat latihan dan ianya menjurus kepada reka bentuk latihan, penghantaran dan juga pemindahan latihan. 3. Apakah kerangka teoritis atau andaian? Penyelidik merasakan organisasi akan lebih berdaya saing dan berpotensi apabila pekerja mendapat latihan dan mempunyai kemajuan dalam kerjaya mereka. Program latihan dan pembangunan pekerja penting dalam menyediakan pekerja dengan kemahiran, pengetahuan dan merangsang potensi dalam kerjaya mereka. Organisasi juga akan mendapat manfaat daripada kemajuan dan pembangunan pekerja ini. Melalui penggunaan model 1 konseptual yang dapat dilihat pada gambarajah 1 dibawah, penyelidik merasakan bahawa prestasi organisasi akan menjadi lebih baik dari aspek keuntungan, keberkesanan, kecekapan dan pengeluaran serta beberapa manfaat yang lain yang diperolehi daripada secara langsung atau tidak langsung dengan prestasi pekerja. Gambarajah 1: Konseptual Model 4. Adakah konsep utama jelas ditakrifkan? Dalam penyelidikan yang dijalankan ini, penyelidik telah menerangkan setiap aspek dengan baik terutamanya kepada konsep-konsep utama. Setiap penerangan telah dibahagikan kepada beberapa pecahan kecil bagi melihat perkaitan dengan antara satu sama lain. Sebagaimana yang dapat dilihat pada gambarajah 1 iaitu pada bahagian program latihan dan pembangunan telah dihuraikan mengenai kepentingan dan keperluan program latihan dan pembangunan ini kepada pekerja dan juga organisasi. Program latihan dan pembangunan ini melibatkan kepada pembinaan orientasi, kemahiran pengurusan dan juga kemahiran operasi pekerja. Manakala, teori-teori asas yang lain menyatakan bahawa program latihan dan pembangunan seharusnya terdiri daripada kecekapan teras, struktur yang bersesuaian dengan pembangunan organisasi pada peringkat korporat. Sementara untuk komponen program latihan dan pembangunan, penyelidik telah menjelaskan bahawa untuk mendapatkan program latihan dan pembangunan yang sempurna seharusnya mempunyai kombinasi antara pengetahuan, pembangunan kerjaya serta penetapan matlamat. Jika ditinjau dari aspek faedah kepada individu daripada program latihan dan pembangunan, penyelidik juga menyenaraikan 2 sebagai kecekapan kerjaya, kepuasan pekerja dan prestasi pekerja. Seterusnya, bagi faedah kepada organisasi daripada program latihan dan pembangunan ini adalah seperti pertumbuhan dalam pasaran, melibatkan kepada prestasi organisasi dan rentasi pekerja. Penjelasan dan takrifan oleh penyelidik telah dilakukan dengan baik dan turut disokong dengan kajian yang lepas. 5. Seberapa mencukupi bukti? Penyelidik telah menyatakan bahawa fungsi asas bagi program latihan dan pembangunan adalah bagi mendapatkan pengetahuan, kerjasama, pemikiran dan juga penyelesaian inventif kepada masalah. Selain itu, bagi matlamat asas kepada pembentukan program pembangunan pekerja dalam bagi menyampaikan misi organisasi dan pekerja sokongan dalam mempelajari budaya bagi sesebuah organisasi tersebut. Malahan, komponen di dalam program latihan dan pembangunan seharusnya menjadi tanggungjawab kepada organisasi bagi memastikan pekerja mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keupayaan serta kemahiran ini perlulah sejajar dengan keperluan sesuatu pekerjaan tersebut. Penerapan pembelajaran mengenai teknologi seperti internet dan komputer juga perlu seiring dengan pembangunan organisasi. Selain itu, dalam melihat kepada faedah yang diperolehi oleh pekerja dan organisasi, program ini memberi rangsangan bagi menambahbaik dan meningkatkan prestasi samada dalam kerjaya mahupun kepuasan diri serta keuntungan kepada kedua pihak. Penyelidik telah meneliti beberapa kajian lepas yang telah dibuat bagi memantapkan lagi hujah yang diberikan. 6. Bagaimanakah artikel itu sesuai dengan literatur dan bidang? Dalam memastikan kajian yang dilakukan menepati aspek yang telah ditetapkan oleh penyelidik, artikel ini telah disusun dengan baik selari dengan persembahan literatur dan berkait dengan bidang yang dikaji. Ini dapat dilihat daripada olahan dan huraian yang diberikan oleh penyelidik. Penyelidik menggunakan pendekatan perbincangan secara langsung dan tidak langsung apabila melakukan hujah atau penerangan mengenai program latihan dan pembangunan serta manfaatnya kepada individu dan juga organisasi. Penyelidik juga telah menyatakan bahawa kajian yang dihuraikan dalam artikel ini merupakan penilaian terhadap literatur mengenai asas kepada program latihan dan pembangunan dan manfaatnya kepada organisasi serta pekerja pada bahagaian abstrak. Tujuannya adalah bagi memberi 3 gambaran kepada pembaca bahawa kajian yang dilakukan ini adalah berkonsepkan kepada konseptual dan perbincangan kepada elemen yang sedia ada bagi melihat kepada kepentingan program latihan dan pembangunan dan juga manfaatnya kepada individu serta organisasi. Selain itu, susunan kepada penyelidikan lepas juga seiring dan bersesuaian dengan penerangan yang diberikan oleh penyelidik. 7. Adakah ia memajukan pengetahuan mengenai subjek? Perbincangan mengenai program latihan dan pembangunan merupakan satu isu yang penting bagi meningkatkan prestasi samada kepada pekerja mahupun organisasi. Pekerja yang berdedikasi, berpengetahuan dan berkemahiran akan memberi impak yang positif kepada organisasi. Cabaran yang dihadapi oleh organisasi dapat ditangani dengan sebaiknya apabila pekerja mempunyai keupayaan dalam meningkatkan produktiviti dan prestasi mereka. Penyelidik merasakan bahawa setiap organisasi perlu menyediakan program latihan dan pembangunan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pekerja berdasarkan skop pekerjaan mereka, malahan komponen yang diterapkan dalam program latihan dan pembangunan perlulah diteliti akan keperluannya. Penyediaan komponen yang betul akan melahirkan pekerja yang dapat memberi keuntungan kepada organisasi. Namun begitu, terdapat organisasi tidak meneliti perkara ini dengan sebaiknya dan menganggap ianya tidak penting sehingga mengabaikan aspek ini. 8. Seberapa jelas penulisan penulis? Bagi mengulas artikel ini, saya merasakan aspek yang diberikan oleh penyelidik merupakan perbincangan yang memberi manfaat kepada pekerja dan juga organisasi. Penyusunan bagi setiap aspek yang dibincangkan dan literatur telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kupasan bagi setiapnya diterangkan dengan mendalam, sebagaimana yang dapat dilihat pada bahagian literatur iaitu program latihan dan pembangunan, penerangan yang diberikan ringkas dan mudah difahami. Manakala pada bahagian dapatan atau keputusannya juga telah diterangkan mengenai kepentingan program latihan dan pembangunan kepada pekerja dan organisasi. Seterusnya, beberapa cadangan juga turut diberikan oleh penyelidik bagi penyelidikan yang akan datang. Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini telah menyentuh aspek yang menjadi keperluan dan manfaat kepada program latihan dan pembangunan serta faedahnya kepada pekerja serta organisasi. 4 Rujukan Khawaja Jehanzeb dan Dr. Nadeem Ahmed Bashir. (2013). Training and development program and its benefits to employee and organization: A conceptual study. European Journal of Business and Management. Volume 5, No. 2, hlm 243-252. 5

Judul: Jurnal 2 (article Review)

Oleh: Azhani Bin Marlan


Ikuti kami