Penulisan Jurnal 1 2013

Oleh Gee Faizah

81,4 KB 4 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Penulisan Jurnal 1 2013

Bilangan Jurnal : 1/12 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 hingga 28 Jun 2013 Tajuk : Debaran Hati Minggu Pertama Praktikum 1. Peristiwa yang difokuskan Tanggal tarikh 24 Jun 2013 bermulalah episod saya sebagai seorang guru pelatih menjalani praktikum di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Basriyah,Kuantan. Debaran hati minggu pertama praktikum diselubungi dengan pelbagai perasaan takut, risau tatkala kaki saya melangkah masuk ke bangunan sekolah pada minggu pertama praktikum ini. Rasa takut dan bimbang menanti kedatangan pensyarah pembimbing yang tidak tahu siapakah orangnya kerana belum dapat makluman tentang pensyarah pembimbing tersebut. Minggu ini juga merupakan minggu yang paling sibuk kerana banyak perkara yang perlu disiapkan seperti membuat buku perdediaan mengajar, penyediaan portfolio dan bahan bantu mengajar disamping menjalankan tugas atau tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak sekolah. 2. Analisis masalah / isu Raut wajah yang tenang pada zahirnya tidak mencerminkan diri saya yang sebenar. Hakikat menyatakan hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika menjalani minggu pertama praktikum yang baru bermula. Perasaan bercampur baur, resah dan gelisah terdetik di hati dan bermain di minda adakah saya mampu menghadapi minggu-minggu praktikum berikutnya dengan jayanya? Hati berkata ”mampukah aku?” Bagaimana pula dengan persediaan dan penyediaan bahan bantu mengajar adakah aku mampu untuk membuatnya? Semua ini adalah bisikan hati yang terbit menjadikan diri merasa gundah gulana memikirkannya. 3. Cadangan / Tindakan konkrit untuk memperbaiki / memulihkan keadaan  Namun di sebalik keresahan yang menimpa, sikap positif yang ada pada diri saya melenyapkan kata-kata negatif yang terbit dan berkat dorongan dan sokongan keluarga, rakan-rakan , guru pembimbing dan lainnya menjadikan saya kuat dan semakin semangat menempuh hari-hari sepanjang praktikum ini. Sikap dan nilai-nilai murni seperti berfikiran positif, semangat diri yang kuat, ikhlas, rajin, sabar, dan lainnya perlu saya amal dan terapkan dalam diri kerana ianya dapat membantu saya meningkatkan keyakinan diri fizikal dan mental sepanjang tempoh praktikum ini. Di samping itu, sikap ringan mulut untuk bertanya juga penting agar saya dapat mempelajari ilmu-ilmu baru yang mungkin tidak pernah saya ketahui.  Pepatah mengatakan “hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”..kata-kata ini memberikan semangat kepada diri saya untuk terus berusaha dan cekal menempuh praktikum. Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan dirinya sendiri.  Minggu pertama praktikum ini banyak perkara yang saya tidak tahu dan perlu mendapatkan beberapa maklumat bagi penyediaan portfolio praktikum saya. Sebagai guru pelatih, inilah masanya untuk saya belajar selok belok dunia pendidikan sebagai seorang pendidik. Selain guru pembimbing, guru-guru berpengalaman lainnya juga boleh memberi tunjuk ajar kepada saya. Jika saya mengamalkan sikap “bodoh sombong”, nescaya ilmu yang saya ada tidak berkembang dan maklumat yang saya inginkan tidak dapat seterusnya tergolong dalam golongan yang rugi. 4. Tindakan susulan / Tindakan penambahbaikan yang diambil Demi menjadi seorang guru yang baik, berintergriti, amanah, dedikasi, disukai murid kehadiran dinanti dan selainnya, pada masa akan datang saya akan cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa dan bersedia menerima setiap teguran agar dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Disemak oleh Guru Pembimbing; Disemak oleh Pensyarah Pembimbing; Tandatangan : …………………………………….. Tandatangan : …………………………………….. Nama : …………………………………….. Nama : …………………………………….. Tarikh : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………..

Judul: Penulisan Jurnal 1 2013

Oleh: Gee Faizah


Ikuti kami