Ulasan Jurnal Pbdt

Oleh Farhana Othman

51,3 KB 5 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Ulasan Jurnal Pbdt

Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah Abdul Said Ambotang dan Muhamad Hisyam Mohd Hashim UMS dan UTHO (2010) Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji sejauh mana guru prasekolah dapat mengelakkan stress dalam menjalankan tanggungjawab mereka termasuk dalam pengurusan bilik darjah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan 55 orang guru sekolah daripada Gabungan Keningau, Sabah yang terdiri daripada daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan. Kesemua daerah mempunyai 52 buah sekolah dan guru prasekolah terdiri daripada 69 orang guru. pendekatan kajian yang telah digunakan adalah pendekatan deskriptif seperti peratusan, frekuensi dan min dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey). Borang soal selidik yang telah digunakan berskala Likert ( markah 1 hingga 4) terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A mewakili data demografi responden (5 item) dan bahagian B mewakili item pemboleh ubah Tahap Stres (15 item), Iklim Kerja (11 item) dan Tugas Di Bilik Darjah Prasekolah (19 item). Terdapat beberapa dapatan kajian yang telah diperoleh daripada kajian yang dijalankan ini iaitu stres guru berdasarkan jantina, stres guru berdasarkan kategori perkhidmatan, stres guru berdasarkan umur dan stres guru berdasarkan pengalaman mengajar. Hasil kajian yang didapati daripada Ujian Kolerasi telah menunjukkan bahawa suasana iklim kerja guru prasekolah mempunyai hubungan positif yang kuat. Ini bermakna iklim organisasi sangat mempengaruhi tahap stres guru prasekolah di Gabungan Keningau. Bagaimanapun faktor iklim kerja iaitu pentadbir, rakan-rakan sekerja, peruntukan keistimewaan tidak memberi tekanan kepada guru. Faktor yang utama yang menjejaskan iklim kerja seterusnya menyumbangkan stres guru adalah faktor kekurangan peralatan teknologi yang canggih dan masalah disiplin pelajar. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan dalam mengatasi masalah stres dalam kalangan guru di prasekolah iaitu menambah baik persekitaran pembelajaran di sekolah, memperbaiki persekitaran pembelajaran di bilik darjah prasekolah, pihak atasan dan pentadbir bersikap terbuka dan bersikap membimbing, kurangkan beban tugas bukan mengajar, membina iklim kerja yang selamat dan memberangsangkan, guru bijak mengurus masa dan masalah stres, pembentukan identity professional guru prasekolah dan penglibatan ibu bapa dan masyarakat. Kesimpulannya, fenomena stres sememangnya berlaku dalam profesion perguruan. Tekanan dan stres dalam bidang ini hanya dialami oleh individu yang berkhidmat sebagai guru. Walaupun ada pihak yang menyatakan bahawa tidak ada guru di negara ini menghadapi masalah mental namun tekanan yang berlebihan menyebabkan ada guru yang memukul murid hingga cedera, kes rogol dan sebagainya mampu mencairkan daya tarik masyarakat luar terhadap profesion perguruan. Masalah stres dalam kalangan guru tidak seharusnya dibiarkan berlarutan agar prestasi kerja guru tidak menurun. Menurut kajian Ismail Alias (2004), profesion perguruan mempunyai tahap stres yang lebih tinggi berbanding dengan profesion perkhidmatan yang lain. Oleh itu kajian ini mengesyorkan bahawa program pendidikan guru seharusnya menyediakan bakal-bakal guru mengatasi konflik-konflik yang timbul daripada pelbagai tuntutan sekolah dan pentadbir. Fenomena ini perlu diatasi oleh semua pihak sebelum ianya memudaratkan diri dan sekolah pihak pentadbir serta pihak yang berkepentingan harus menyediakan iklim kerja di sekolah yang selamat dan prihatin terhadap keperluan guru. Yap Kok Yam (1994), menjelaskan masalah yang dihadapi oleh guru seperti tekanan hidup, perasaan kecewa, ketakutan, kegagalan dan konflik yang sentiasa dialami oleh guru dalam kerja hariannya bukan sahaja tanggungjawab guru tetapi juga melibatkan organisasi pendidikan seperti persatuan perguruan dan masyarakat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian guru harus didedahkan cara-cara mempelbagaikan tugas dengan menggunakan kaedahkaedah pengajaran alternatif, menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, mengamalkan pengurusan dan taktik menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

Judul: Ulasan Jurnal Pbdt

Oleh: Farhana Othman


Ikuti kami