Ekonomi Dan Masyarakat Negeri-negeri Pantai Timur (kelantan, Terengganu, Dan Pahang)

Oleh Juita Zain

301,5 KB 8 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Ekonomi Dan Masyarakat Negeri-negeri Pantai Timur (kelantan, Terengganu, Dan Pahang)

1 1.0 PENGENALAN Kewujudan aktiviti ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu sudah bermula sejak awal lagi. Apabila membicarakan berkenaan sosio-ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, sudah pasti kita tidak akan lari untuk turut membicarakan berkenaan kedatangan kolonial yang merubah landskap ekonomi di Tanah Melayu secara keseluruhan. Ekonomi di negeri-negeri Tanah Melayu adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, keadaan geografi yang berbeza, tanah serta sumber ekonomi juga adalah berbeza. Perbezaan ini akhirnya akan menentukan corak dan tahap pembangunan ekonomi di negeri-negeri di Tanah Melayu. Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Pantai Timur, Pantai Barat, Selatan dan Utara. Sebelum kedatangan kolonial di Tanah Melayu, ekonomi di yang dijalankan adalah lebih berbentuk sara diri atau untuk keperluan seisi rumah sahaja serta tidak melibatkan perdagangan secara meluas. Hal ini telah menyebabkan pengeluarannya adalah sangat sedikit. Ekonomi Tanah Melayu pada ketika ini banyak dipelopori oleh orang Melayu yang tinggal menetap di kampungkampung. Oleh kerana jumlah masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan kampung dan pendalaman adalah ramai, maka tidak hairan jika perkataan kampung itu sendiri dilihat sinonim dengan masyarakat Melayu dan mempunyai unsur kemelayuan.1 Ekonomi di Tanah Melayu sebelum meluas kepada ekonomi berasaskan tanah daratan seperti perlombongan dan perladangan, telah menyaksikan kebergantungan masyarakat Tanah Melayu pada aktiviti yang bergantung kepada kelautan yang melibatkan negeri-negeri seperti Melaka dan Kedah sehingga membentuk peradaban orang Melayu yang unggul. Pada ketika ini, ekonomi yang dijalankan lebih melihat kepada kebergantungan kepada laut dan sungai sebagai sumber utama ekonomi, sebagai sumber makanan, sebagai pengakutan dan juga untuk melakukan aktiviti seharian. Hal ini turut dijelaskan oleh Nordin Hussin dalam bukunya Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu bahawa kehidupan masyarakat Melayu amat terikat sekali dengan dunia maritim dan dunia kelautan. 2 Dunia kelautan sememangnya telah sebati dalam jiwa orang Melayu. Kegiatan ekonomi yang bergantung pada perhubungan maritim ini dikatakan menyatukan masyarakat berbilang bangsa, etnik, dan suku kaum yang telah menjadikan 1 Timothy P. Barnard, Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries, Singapore: NUS Publishing, 2004, Hlm 135 2 Nordin Hussin, Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, Hlm 11 2 pelabuhan di Asia Tenggara, yang mengkhusus di Tanah Melayu sebagai tempat tinggalnya sejak awal zaman moden.3 Oleh itu, perkembangan ekonomi berasaskan lautan adalah telah bermula sejak kegemilangan empayar Melaka lagi dan hal ini adalah disebabkan kedudukan geografi selat Melaka yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan yang amat strategik di benua asia. 4 Pada ketika ini, Selat Melaka amat memainkan peranannya sebagai tempat persinggahan kapal-kapal dagang kerana merupakan tempat yang selamat untuk berhenti sementara menanti perubahan tiupan angin ke timur dan barat. Pedagang-pedagang dari China, India, Arab dan Jawa terlibat dalam aktiviti perdagangan di Melaka. Antara barangan yang diperdagangkan termasuklah gula, sutera, perak, kain, candu, emas dan pelbagai lagi.5 Pelabuhan Selat Melaka pada ketika ini tidak hanya dilihat menjadi tempat persinggahan dan tempat berjual beli oleh pedagang dari luar negara, namun pedagang dari pelabuhan kecil di semenanjung Tanah Melayu seperti Perak, Selangor dan Johor juga turut berdagang6 Perdagangan yang pesat merupakan salah satu faktor yang membawa kehadiran British dan Belanda di Semenanjung Tanah Melayu. Kehadiran kuasa ini pada dasarnya adalah hanya untuk tujuan berdagang semata-mata. Namun, desakan untuk campur tangan terhadap pentadbiran tempatan adalah memuncak apabila telah berlaku pelbagai kekekacauan di kerajaan tempatan yang sudah mula wujud pada ketika ini. Kedatangan kuasa-kuasa besar Eropah, terutamanya Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris kerana telah mendatangkan kejutan yang negatif sifatnya. Mereka datang dengan niat dan agenda yang tidak pernah diduga pedagang dari Asia dan kerajaan Melayu di Nusantara.7 Kedatangan mereka telah juga menyebabkan berlakunya perpecahan masyarakat dan kejatuhan kerajaan Melayu itu sendiri. Selain itu, apa yang ingin ditekankan di dalam perbincangan ini ialah perubahan serta perkembangan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu yang turut terkesan dek kerana arus pemodenan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini. 3 Nordin Hussin, Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, Hlm 15 4 Nordin Hussin, Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada Perdagangan Dunia, Asia Dan Dunia Melayu, Bangi: Akademika, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 3 5 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 98 6 Nordin Hussin, Trade and Society In The Straits Of Melaka, Singapore: NUS Press, 2007, Hlm 107 7 Nordin Hussin, Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah Di Selat Melaka 1500-1800, Bangi: Journal SARI, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008, Hlm 200 3 2.0 LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI DI PANTAI TIMUR Negeri-negeri di Pantai Timur yang terdiri daripada Pahang, Kelantan dan Terengganu dilihat turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Tanah Melayu. Walaupun tidak sehebat dan standing dengan pencapaian ekonomi di negeri-negeri di Pantai Barat, namun melalui kegiatan ekonomi ini telah mendatangkan suatu perubahan yang baik kepada masyarakat di Pantai Timur. Pantai Timur adalah merupakan kawasan perairan yang penting bagi kegiatan perkapalan sejak dari zaman awal perdagangan maritim di Asia.8 Jika menyingkap pada sejarahnya, penggunaan laluan Maritim di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu menjadi bertambah penting ketika zaman keagungan zaman maritim bermula abad ke-14 hingga ke-16. Perdagangan di Pantai Timur juga tidak kurang hebatnya dan turut menjadi tempat persinggahan pedagang. Oleh kerana, penggunaan kapal layar memakan masa yang panjang serta memerlukan kapal-kapal singgah ini mendapat sumber bekalan dan air bersih di sekitar Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, hal ini telah menyebabkan Pulau Tioman menjadi pelabuhan penting pada zaman ini.9 Pantai Timur Semenanjung Melayu juga adalah antara kawasan awal yang menerima Islam. Ini dibuktikan dengan penemuan mata wang dinar di Kelantan bertarikh 577 H (tahun 1181M) dan penemuan prasasti Terengganu bertarikh 702 H (tahun 1303M) yang menjelaskan bahawa kawasan Pantai Timur telah menerima Islam dan sudah mempraktikkan ajaran Islam.10 Ciri-ciri Pantai Timur yang sangat hebat dari segi kelangsungan perdagangannya dan dari sudut keagamaannya telah menggambarkan bahawa negeri-negeri di Pantai Timur telah mewarisi suatu pencapaian yang membanggakan pada abad sebelumnya. Oleh itu, bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan negeri-negeri di Pantai Timur, adalah wajar untuk diberi perincian terhadap latar belakang setiap negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang juga merupakan negeri-negeri yang akan diberi penekanan dalam perbincangan mengenai sosio-ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu ini. 8 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 99 9 Sumber-sumber bertulis dan tinggalan seramik di pulau ini membuktikan bahawa pulau ini adalah pelabuhan purba yang diminati oleh kapal-kapal yang terlibat dalam perdagangan maritim. Jumpaan arkeologi juga selari dengan catatan penulisan Arab pada abad ke-9 dan 10 yang menyatakan pulau ini membekalkan kayu, beras, sandal kayu, sarang burung dan kelapa kepada pedagang yang singgah. 10 Ibid, Hlm 100 4 2.1 KELANTAN Kelantan adalah salah satu daripada negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di Pantai Timur dengan keluasan 5,713 batu persegi atau 11.2 peratus daripada keseluruhan kawasan Semenanjung yang berjumlah 50, 806 batu persegi. Negeri Kelantan adalah bersempadan dengan Terengganu di sebelah utara dan Pahang di sebelah selatan. Manakala disebelah baratnya ialah negeri Perak dan di sebelah utaranya pula merupakan daerah Patani di Selatan Siam. Panjangnya dari utara ke selatan adalah 115 batu dan ukuran lebarnya dari timur ke barat adalah 60 batu. Ibu negeri Kelantan adalah Kota Bharu, yang terletak kira-kira enam batu dari muara Sungai Kelantan. Kawasan dataran Kelantan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat merupakan tanah yang subur dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta menjadi kawasan kegiatan pertanian tetap seperti sawah padi, kelapa, dan tanaman buah-buahan. Dari segi fizikal, Kelantan terbahagi kepada tiga kawasan utama, iaitu pesisir pantai, kawasan ke arah pendalaman dan kawasan yang jauh ke pendalaman. Menurut sejarah negeri Kelantan, negeri itu mempunyai kawasan lembah sungai yang luas serta subur terutamanya di sebelah Timur Sungai Kelantan dan menjadi kawasan tumpuan penduduk. Dari aspek penempatan pula, telah digambarkan oleh Kessler yang telah mendapati bahawa sebahagian besar penduduk negeri Kelantan telah mendirikan petempatan di kiri dan kanan tebing Sungai Kelantan dan anak-anak sungainya. Corak penempatan penduduk di Kelantan adalah seperti negeri-negeri Melayu di pantai barat semenanjung iaitu Johor, Perak dan Selangor. Semasa abad ke-19, Kelantan adalah sebuah negeri yang makmur dan ramai penduduknya. Jumlah penduduknya dianggarkan antara 30,000 ke 50,000 orang termasuk beberapa ribu orang Cina. 11 Orang-orang Melayu tinggal berkelompok di kampung-kampung sepanjang Sungai Kelantan dan anakanak sungai, sedangkan orang-orang Cina tertumpu di Pulai, Hulu Kelantan dan Kampung Cina di Kota Bharu. Penempatan seperti ini wujud disebabkan peranan yang dimainkan oleh sungai sebagai satu cara perhubungan yang terpenting sejak zaman dahulu dan turut menjadi sumber penting untuk kegiatan pertanian dan kegunaan harian. Masyarakat Kelantan lebih cenderung untuk tinggal di kawasan berhampiran sungai kerana faktor tanahnya yang lebih subur serta harga barangan yang lebih murah berbanding harga barangan di kawasan pendalaman. Sementara 11 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 101 5 itu, bahagian utara negeri Kelantan adalah kawasan berbukit-bukau yang membentuk sempadan dengan Perak dan Gunung Tahan di sempadan Pahang. Kebanyakkan gunung tersebut mempunyai ketinggian 6,000 kaki dan ianya merupakan kawasan berkepadatan rendah. Manakala di Kelantan pula terdapatnya Gunung Blimbing, Gunung Sitong, Gunung Kemiri dan Gunung Noring. 12 Keadaan cuaca di Kelantan adalah lebih ringan dan hampir tiada perubahan. Cuaca di Kelantan dipengaruhi oleh pantai-pantainya, dan di waktu pagi bayu darat akan bertiup, manakala pada waktu malam bayu laut pula yang akan bertiup.13 Dari kadar kekerapan hujan pula, negeri Kelantan akan menerima hujan yang banyak dan tiupan angin yang kencang pada bulan Oktober, November dan Disember. Dari segi politik dan pentadbiran, telah berlaku perubahan corak pentadbiran di negeri Kelantan pada akhir abad ke-19. Wujud satu stuktur kuasa yang lebih jelas berbanding pentadbiran yang bercorak tradisional semasa pemerintahan Sultan Muhammad I. Terdapat pembahagian kuasa kepada pembesar-pembesar yang kebanyakkannya terdiri daripada kerabat diraja untuk mengisi jawatan tertentu dalam kerajaan. Sultan pula cuba mengukuhkan kedudukannya dengan mewujudkan satu corak pemerintahan berasaskan sistem berpusat, dengan sultan berada di puncaknya.14 Kelantan juga dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil dan disebut daerah atau jajahan. Jajahan yang wujud pada ketika ini adalah Galas, Bukit Merah, Lebir, Panchor, Kampung Laut dan Banggol. Namun begitu, sempadan antara jajahan tidak ditetapkan secara jelas dan hanya ditentukan oleh lembah sungai dan kaki bukit sahaja. Setiap jajahan akan dilantik pembesar-pembesar untuk memegang jawatan tertentu dan diberi hak untuk menguasai sumber-sumber ekonomi kepada kerabat diraja. Latar belakang Kelantan ini telah memberikan gambaran awal mengenai negeri ini dari pelbagai sudut iaitu geografi, geologi, keadaan cuaca, petempatan dan pentadbiran. 2.2 TERENGGANU 12 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 7 13 Ibid, Hlm 15 14 Rahmat Saripan, Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan, 1776-1842, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, Hlm 10 6 Terengganu juga adalah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu, bersebelahan dengan negeri Kelantan di bahagian utaranya dan negeri Pahang di bahagian selatan. Terengganu di kelilingi oleh laut-laut, dan mempunyai hamparan pokok kelapa yang banyak di sekitar pantai.15 Keluasan negeri Terengganu 12, 955 kilometer persegi atau 1,295,512 hektar yang merupakan 4% daripada keluasan bumi Malaysia. Menjelang abad 20, jumlah penduduk Terengganu adalah mencecah 1,017, 252 orang. Kedudukan Terengganu yang berhadapan dengan Laut China Selatan telah menyebabkan negeri ini sentiasa menghadapi angin monsun timur laut yang kencang. 16 Iklim di Terengganu juga seperti di Kelantan yang menerima panas dan hujan sepanjang tahun. Keadaan Terengganu yang dikelilingi oleh pantai dan laut telah menyebabkan tiupan angin di Terengganu bercorak kepada bayu laut dan bayu darat. Negeri pantai timur adalah kawasan kepada hujan dan akan mengalami beberapa tempoh hujan lebat pada musim tengkujuh iaitu bermula Oktober, November dan Disember. Dalam pelayaran dari Singapura ke Kelantan pada tahun 1838, Abdullah Abdul Kadir Munsyi mencatatkan keadaan petempatan orang Melayu di Pantai Timur yang tidak tersusun dan daif. Petempatan yang dimaksudkan itu termasuk Kuala Dungun, Chukai, Paka, Kemasik, Kerteh dan Kijal. Corak kehidupan dan sistem petempatan mereka tidak banyak berubah sehingga Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Majoriti penduduk di Terengganu adalah terdiri daripada masyarakat Melayu dan kawasan pesisir pantai yang menganjur dari Chukai, Kemaman, di selatan ke Dungun di utara adalah kawasan yang sudah lama didiami orang Melayu. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani pada zaman penjajahan British, walaupun ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan di pekanpekan berdekatan pada zaman sebelumnya. Hal ini dibuktikan dalam catatan Abdullah Munsyi yang mengatakan bahawa sudah wujud pasar-pasar yang menjual pelbagai jenis barangan, salah satunya ialah Pasar Kampung Laut. Barangan yang dijual di pasar ini ialah sayur, ikan, limau penawar dan ulam-ulam.17 Dari segi pentadbiran, negeri Terengganu mempunyai enam daerah, iaitu Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman. Manakala Setiu muncul sebagai satu daerah berasingan mulai 1 Januari 1985. 15 Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 1 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 29 17 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 25 16 7 Sebelum bermulanya campur tangan British secara rasmi, Terengganu merupakan sebuah negeri yang bebas. Kesultanan Terengganu hanya muncul dalam awal abad ke-18 di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin iaitu anak kepada Bendahara Johor, Abdul Majid. Seperti juga Kesultanan Johor dan Pahang, daripada keturunan Tun Habib Abdul Majid ini jugalah bermulanya salasilah keturunan Sultan Terengganu sehingga ke hari ini.18 Pada abad seterusnya, pemerintahan Terengganu adalah di bawah Baginda Omar (1839-76), Sultan Ahmad II (1876-81), Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) dan sehinggalah Sultan Zainal III memberikan takhtanya kepada kedua anaknya iaitu Sultan Muhammad (1918-20) dan Sultan Sulaiman (1920-42).19 Semasa berada di bawah penguasaan British, negeri Terengganu merupakan salah satu daripada lima buah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dan seperti kebanyakan NNMTB yang lain, majoriti penduduknya adalah terdiri daripada orang Melayu.20 Kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara tidak dapat dipisahkan daripada suasana dan pergolakan yang berlaku di Asia Barat telah memberi kesan kepada perkembangan Islam di Nusantara. Oleh itu, negeri yang menerima kedatangan islam yang terawal adalah Terengganu. Batu Bersurat bertarikh 1301 Masihi yang telah dijumpai dalam tahun 1902 di Kuala Berang oleh saudagar dan pelombong bijih timah, Sayyid Husain bin Ghulam al-Bukhari telah membuktikan hal ini. Catatan pada batu bersurat tersebut menunjukkan negeri Terengganu pernah diperintah mengikut perundangan islam pada abad ke-14.21 Susulan penemuan batu bersurat ini, ramai sejarawan enyimpulkan bahawa negeri Terengganu menerima Islam lebih awal daripada Melaka. Sememangnya perkembangan yang berlaku pada abad-abad seterusnya menyaksikan bahawa pengaruh Islam dalam kalangan orang Melayu di Terengganu tidak pernah surut, malah semakin berkembang luas di bawah usaha ulama-ulama dan giat memperkembang ajaran Islam ini. Oleh itu, perbincangan ini jelas memperlihatkan latar belakang Terengganu dari pelbagai sudut antaranya geografi, demografi, pemerintahan dan perkembangan Islam. 2.3 PAHANG 18 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 31 19 Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 2 20 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 29 21 Ibid, Hlm 30 8 Pahang adalah salah satu negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasannya yang mencecah 14, 000 batu persegi dengan kepanjangan pesisir pantai mengala ke Laut China. Negeri Pahang adalah bersempadan pada sebelah utara dengan negeri Terengganu dan Kelantan. Pada bahagian barat bersempadan dengan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta bersempadanan dengan Johor di bahagian selatan.22 Pada bahagian utara dan barat, Pahang dikelilingi dengan gunung-gunung. Pahang turut dihubungkan dengan sungai-sungai yang bersebelahan dengan petempatan dan juga dihubungkan dengan laut. Salah satu sungai yang penting di Pahang ialah Sungai Pahang yang menjadi nadi kehidupan hampir seluruh penduduknya. Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Tanah Melayu, telah menyumbangkan kepenting bagi negeri ini, bukan sahaja sebagai laluan komunikasi, tetapi juga sebagai sumber ekonomi Pahang. Pahang juga mempunyai kawasan tanah tinggi yang membentuk banjaran di sepanjang semenanjung. Pada zaman sebelum kedatangan British ke Pahang, negeri ini didominasi oleh orang-orang Melayu. Di samping itu terdapat masyarakat orang asli yang dikenali sebagai Semai dan Jakun yang mendiami kawasan pedalaman negeri ini. Orang-orang Cina adalah orang asing yang paling awal mendiami negeri Pahang Hal ini dapat dibuktikan melalui pelayaran Abdullah yang ada menyatakan bahawa telah terdapat petempatan kampung Cina dan kampung Melayu pada ketika itu. 23 tetapi jumlah mereka adalah kecil. Kebanyakan orang-orang Cina ini bekerja sebagai pelombong emas di Raub dan juga sebagai peniaga di Pekan. Menurut catatan pelayaran Abdullah ini, beliau telah mendapati bahawa Pahang adalah sebuah negeri yang mempunyai tanah yang subur. Aktiviti ekonomi di Pahang adalah berasaskan tanaman seperti nyiur dan pinang, sayuran seperti keladi, ubu dan keledek. Telah wujud juga dagangan emas dan timah serta kain sutera di Pahang pada ketika itu. 24 Hal ini menggambarkan bahawa negeri Pahang pada ketika ini sudah mempunyai aktiviti ekonomi, namun pada skala yang kecil sahaja. Dari segi pentadbiran, Pahang dapat dibahagikan kepada sebelas daerah Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, 22 W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society, 1936, Hlm 1 23 Ibid, Hlm 115 24 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 10-13 9 Cameron Highland dan Bera. Pentadbiran di Pahang pada abad ke-18, dapat dilihat setelah kemangkatan Sultan Mahmud, Bendahara Tun Abdul Jalil telah menjadi sultan.25 Perlantikan Bendahara Tun Abdul Jalil ini, telah menandakan bahawa pemerintahan Pahang pada ketika ini telah mengalami peralihan daripada pemerintahan bersultan kepada pemerintahan bendahara. Namun, setelah kedatangan kuasa British ternyata pemerintahan di Pahang turut menerima perubahan yang dibawa oleh kuasa-kuasa besar ini. Tahun 1888 merupakan titik tamatnya era sistem tradisional Pahang kerana pada tahun 1889, Pahang telah ditadbir mengikut kaedah pentadbiran British. Sistem pentadbiran British telah dibentuk di Pahang melalui penempatan Residen British yang pertama iaitu J.P. Rodger dan beliau disokong oleh 15 orang pegawai-pegawai Eropah. Sultan dan pembesar-pembesar tempatan telah dilantik di dalam Majlis Negeri dan diberikan elaun tetap dan pihak British diberikan kuasa mengutip cukai serta mengadakan pentadbiran awam di Pahang. Namun begitu, kedatang kuasa besar ini tidak hanya mengubah Pahang dari sudut pentadbiran sahaja, namun dari segala aspek seperti ekonomi dan sosialnya. Oleh itu, gambaran mengenai latar belakang Pahang telah gariskan dari aspek geografi, demografi, dan pentadbiran. 3.0 KEGIATAN EKONOMI DI PANTAI TIMUR SEBELUM KEDATANGAN KOLONIAL 25 W. Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society, 1936, Hlm 45 10 3.1 PERTANIAN Perjalanan ekonomi di negeri-negeri pantai timur sememangnya telah terbahagi kepada dua tahap yang paling jelas, iaitu sebelum kedatangan kuasa-kuasa besar Eropah, dan selepas kedatangannya. Hal ini kerana, jika melihat kepada garis masa di negeri-negeri pantai timur ini, sudah pastinya dapat disimpulkan bahawa kedatangan kuasa-kuasa besar ini telah merubah keseluruhan konsep kemelayuan dan tradisional yang sudah sekian lama dipraktikkan, sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial. Sebelum kedatangan British, negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah di bawah pemerintahan sultan atau raja mereka yang tersendiri. Ekonomi masyarakat di pantai timur pada masa ini adalah bersifat feudal dan mereka menjalankan ekonomi yang berasaskan aktiviti pertanian. Pertanian pada masa kini hanya pada skala yang kecil dan tidak begitu meluas. Semasa abad ke-19, ketika pemerintahan sultan dan raja masih berkuasa, setiap kegiatan ekonomi akan dilaksanakan oleh golongan atasan ini demi kepentingannya. Sememangnya jelas bahawa perkembangan ekonomi negeri Kelantan sebelum kedatangan British adalah dikuasai oleh raja dan golongan pembesar. Tugas masyarakat atau rakyat Kelantan pada masa ini hanya menjalankan kegiatan ekonomi untuk golongan atasan ini. Oleh itu, masyarakat Kelantan dilihat akan menjalankan kegiatan ekonomi pertanian serta amalan pertanian seumur hidup. Dari segi hasil ekonomi pertanian yang dijalankan, adalah seperti padi, pinang, kelapa dan sayur-sayuran. Hasil pertanian yang diusahakan pada masa ini, ada diantaranya akan dibawa ke pasar untuk dijual kepada penduduk setempat, atau kepada orang luar yang akan singgah ke Kelantan. Hal ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya, bahawa pasar di Kelantan terdapat pelbagai makanan atau barang jualan seperti ulam-ulam, sayur, buah-buahan yang rata-ratanya adalah merupakan hasil daripada kegiatan pertanian yang dijalankan.26 Abdullah Munsyi juga menambah, berkenaan cara masyarakat Kelantan membawa hasil pertaniannya ke pasar ialah setiap seorang akan membawa satu bakul yang berisi sayur atau ulam untuk dijual di pasar.27 Seperti yang dapat disimpulkan, kegiatan pertanian masyarakat Kelantan pada masa ini hanya mementingkan aspek yang berhubung dengan sosiobudaya berbanding dengan kepentingan ekonomi itu sendiri. 26 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 49-50 27 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 51 11 Di Terengganu, kegiatan pertanian turut dijalankan, namun tidak seaktif dan segiat di negeri Kelantan. Walaupun Terengganu turut mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang hampir sama banyak dengan negeri Kelantan, namun kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian adalah tidak menyerlah di negeri Terengganu. Hal ini kerana, masyarakat Terengganu lebih bergiat aktif dalam kegiatan perdagangan dan kelautan yang sudah wujud sejak awal lagi. Sebelum kedatangan British, negeri Terengganu secara relatifnya mempunyai lebih ramai penduduk berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat Tanah Melayu. 28 Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Terengganu adalah berskala kecil seperti sayursayuran serta buah-buahan dan hasilnya akan digunakan untuk keperluan sendiri atau dijual di pasar-pasar. Pasar yang beroperasi pada ketika ini ialah Pasar Kampung Laut yang hanya dibuka pada waktu petang, dan menjual pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, daging kambing,daging lembu, itik dan ayam. Peniaga dan penjual barangan di pasar ini kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum wanita berbanding kaum lelaki. Hal ini kerana, Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya di Terengganu turut mengatakan bahawa kaum wanita di negeri Terengganu adalah sangat rajin bekerja berbanding kaum lelakinya yang hanya berkelakuan malas.29 Pada abad ke-19, kebanyakan masyarakat Melayu masih mencari mencari rezeki dengan bercucuk tanam dan golongan petani ini tinggal di kawasan pendalaman.30 Golongan petani pada ketika ini telah menjalani kehidupan yang sukar disebabkan kedaifan hidup yang sangat tinggi. Kehidupan golongan petani pada ketika ini adalah terikat kepada peraturan-peraturan yang dikenakan terhadap mereka. Tanah adalah hak sultan dan mereka hanya diberikan hak untul bercucuk tanam selain diwajibkan membayar cukai-cukai tertentu. Golongan petani juga terikat dengan sistem kerah dan serah yang dilaksanakan oleh sultan dan raja pada ketika ini di mana golongan bawahan ini perlu menyumbangkan tenaga kerja kepada negara apabila diperlukan secara paksaan. Ramai dalam kalangan para petani terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai penanam padi. Tanaman ini pula dilaksanakan sekadar kecil-kecilan dan sekadar cukup untuk menampung keperluan 28 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 48 29 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 30 30 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62 12 diri dan keluarga. Keadaan ini telah menyebabkan satu per tiga keperluan beras dalam negeri masih perlu diimport dari negara Siam dan Neger-Negeri Selat.31 Sebelum kedatangan British, kegiatan ekonomi di Pahang juga adalah berbentuk skala kecil dan tidak begitu meluas. Pertanian juga adalah merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang turut dijalankan oleh masyarakat Pahang. Pahang merupakan negeri yang paling terbesar di semenanjung Tanah Melayu dan sudah pasti hal ini memberikan banyak kelebihan kepada penduduk di Pahang di samping tanahnya yang subur. Walaupun begitu, masyarakat Melayu di Pahang hanya sekadar menjalankan kegiatan pertanian pada skala kecil sahaja. Tanaman yang diusahakan di Pahang adalah seperti tanaman nyiur dan pinang. Terdapat juga tanaman lain seperti sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek dan pisang. Kegiatan pertanian yang dijalankan di Pahang berkemungkinan hanya sekadar cukup makan dan tidak terikat dengan kepentingan ekonomi. Oleh itu, kebanyakan pekebunpekebun akan membawa hasil daripada pertanian mereka untuk ditukarkan dengan tembakau dan garam. Kedudukan negeri Pahang yang agak jauh di pendalaman, serta Sungai Pahang pada bahagian hulunya bersambung dengan tanah Melaka telah menjadikan perolehan sumber makanan dalam negeri adalah sukar. Hal ini turut dijelaskan oleh Abdullah Munsyi dalam catatan pelayarannya ke Kelantan yang turut singgah ke negeri Pahang. Beliau menjelaskan bahawa barangan makanan di Pahang adalah sangat mahal dan sukar diperoleh bagi mereka yang datang untuk berdagang. 32 Hal ini kerana, ketiadaan pasar atau kedai-kedai negeri ini telah menyukarkan proses penyaluran sumber makanan kepada orang luar melalui aktiviti berjual beli. Tambahan pula, penduduk Pahang sendiri menggunakan hasil pertanian mereka hanya untuk keperluan diri mereka sendiri dan bukan untuk dijual di pasar-pasar seperti yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan. 3.2 PERIKANAN 31 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62 32 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 7-13 13 Kelautan adalah merujuk kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan laut dan sumber oleh laut. Oleh itu, sejak zaman awal, laut dikatakan penting sebagai sumber kegiatan harian masyarakat setempat, selain menjadi sumber komunikasi dan sumber ekonomi yang penting. Populasi utama penduduk semasa zaman prakolonial Semenanjung Tanah Melayu khusunya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang terdiri daripada masyarakat Melayu telah tinggal menetap di sekitar kawasan pedalaman. Oleh kerana kelompok mereka yang lebih besar, mereka turut menetap di kawasan yang berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai. 33 Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada masa itu adalah bersifat jenis sara hidup yang mudah, yang bukan hanya berasaskan pertanian, tetapi juga kegiatan ekonomi seperti perikanan. Aktiviti perikanan yang dijalankan di negeri-negeri pantai timur semasa zaman sebelum kolonial ini hanya pada skala kecil dan tidak melibatkan aktiviti ekonomi perdagangan secara meluas dan menguntungkan. Di semenanjung Tanah Melayu khusunya Kelantan, penangkapan ikan dilakukan untuk tujuan sara diri bagi memenuhi keperluan diri dan ahli keluarga. Sekiranya terdapat lebihan hasil tangkapan ikan maka aktiviti pertukaran barangan akan dilakukan dengan penduduk yang menghasilkan barangan jenis lain seperti beras.34 Sistem pertukaran ini sering berlaku kepada masyarakat kampung-kampung yang mengusahakan padi di kawasan pedalaman. Selain ikan, hasil laut yang turut diperoleh adalah mutiara dan agar-agar, serta hasil ini akan dibuat perhiasan di rumah atau ditukarkan kepada makanan. Keadaan geografi di negeri Kelantan amat membantu masyarakat Melayu Kelantan yang terdiri daripada nelayan untuk mendapatkan sumber ekonomi daripada laut atau sungai. Hal ini turut dibuktikan oleh kenyataan Abdullah Munsyi dalam pelayarannya ke Kelantan yang menjelaskan bahawa sungai Kelantan adalah sangat besar sehingga dua kali ganda daripada sungai di Pahang dan Terengganu. Sungai Kelantan kaya dengan ikan dan udang galah, antara ikan tersebut ialah ikan patin, toman, tapa, aruan, puyu dan belanak. 35 Hasil tangkapan ikan ini turut dijual di pasar-pasar bagi mendapatkan pendapatan tambahan. Negeri Terengganu ekonomi berteraskan kelautan juga turut dipelopori oleh golongan nelayan yang tinggal di pesisir pantai. Para nelayan akan menangkap ikan 33 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World and Civilisation, 2015, Hlm 107 34 Ibid, Hlm 96 35 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 35 14 untuk keperluan diri sendiri dan keluarga dengan menggunakan perahu. Oleh itu, tidak hairanlah, jika pendapatan nelayan hanya sedikit iaitu sekitar lapan ringgit sebulan.36 Walaupun begitu, sumber ekonomi melalui perikanan masih belum berkembang dengan pesatnya pada waktu ini. Tidak dinafikan, sifat orang lelaki Melayu yang malas juga menjadi punca kemiskinan dan kedaifan yang melanda negeri ini. Pandangan ini turut dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam siri pelayarannya bahawa kaum lelaki Terengganu adalah malas dan hanya tahu membawa senjata ke sana sini. 37 Hal ini sudah membuktikan bahawa kemiskinan di negeri Terengganu dan kekurangan pembangunan ekonominya adalah disebabkan sifat masyarakatnya sendiri. Di Pahang, kegiatan perikanan tepi pantai bukanlah merupakan kegiatan penting bagi orang-orang Melayu Pahang. Hal ini adalah kerana, penempatan atau kampung-kampung nelayan tepi pantai di negeri ini adalah kecil bilangannya sebelum kedatangan British. Perkembangan selepas itu adalah dikaitkan dengan keadaan kegiatan perikanan di Pantai Timur yang telah menggalakkan kedatangan nelayan dari Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun kegiatan perikanan di Pahang tidaklah memberi pendapatan lumayan kepada nelayan di negeri ini, ini kerana masyarakat Pahang memberikan penumpuan terhadap kegiatan ekonomi lain yang lebih menguntungkan. Tidak dinafikan, faktor cuaca juga memainkan peranan, kerana Pahang menerima musim monsun Timur Laut. Angin yang kuat akan menyukarkan kegiatan perahu-perahu kecil, sekaligus menjadi mustahil untuk dibina kelong seperti di pantai barat. Masyarakat Melayu Pahang lebih menumpukan perhatian mereka kepada bidang pekerjaan yang lain terutamanya penghasilan sumber hutan dan pertanian secara kecil-kecilan. 3.3 PENTERNAKAN 36 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 62 37 Ibid, Hlm 64 15 Aktiviti penternakan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi bagi masyarakat pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti sampingan selain daripada bersawah padi dan menangkap ikan. Haiwan ternakan ini adalah untuk keperluan pertanian ataupun untuk dijual. Di Kelantan, menurut Graham W.A, dalam bukunya yang berjudul Kelantan: A State of The Malay Peninsula, menyatakan bahawa sudah ada aktiviti penternakan di Kelantan pada waktu itu. Antara haiwan yang diternak adalah kerbau, lembu, kambing biri-biri, kambing, ayam, gajah, dan babi.38 Kesemua haiwan ini diternak mengikut keperluan yang tertentu. Seperti kerbau, diternak adalah untuk memudahkan aktiviti pertanian, kerana kerbau akan digunakan untuk membajak. Haiwan ternakan lembu pula akan dijual, digunakan untuk membajak, atau disembelih untuk dijual dagingnya. Lembu juga turut disembelih pada akhir bulan Ramadhan untuk diberikan daging-dagingnya kepada masyarakat Islam di Kelantan, bagi meraikan kemenangan selepas selesai menjalankan ibadah puasa.39 Haiwan seperti gajah pula berfungsi sebagai pengakut barang-barangan berat, babi pula adalah kepunyaan masyarakat cina, manakala haiwan seperi kambing, ayam diternak untuk dijual di pasar-pasar. Di Terengganu dan Pahang, turut memperlihatkan aktiviti penternakan yang hampir sama dengan negeri Kelantan. Aktiviti penternakan lembu, kambing, kambing biri-biri, itik, ayam juga turut terdapat di negeri Terengganu. Hal ini dibuktikan oleh Abdullah Munsyi sendiri, dalam kisah pelayarannya ke negeri Terengganu telah mendapati bahawa telah terdapat aktiviti menternak haiwan yang dijalankan oleh masyarakat Terengganu. Ini kerana, daging-daging lembu, itik, ayam dan sebagainya ini ada dijual di pasar-pasar. Daging-daging ini dijual dengan harga yang sangat murah dan berpatutan kerana kebanyakan penduduk kampung tidak gemar memakan daging-daging atau ayam, sebaliknya mereka lebih gemar akan tempoyak, pekasam, petai dan jering.40 Hal ini telah menunjukkan bahawa masyarakat pantai timur pada zaman sudah mula melakukan aktiviti sampingan dan tidak hanya terikat dengan kegiatan pertanian dan perikanan semata-mata. 3.4 PENGUMPULAN HASIL HUTAN 38 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 83-84 39 Ibid, Hlm 85 40 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 25 16 Pengumpulan hasil hutan juga adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi sampingan yang dapat membantu masyarakat di pantai timur bagi mendapatkan sumber kewangan tambahan. Oleh kerana semenanjung Tanah Melayu dikelilingi hutan-hutan yang tebal, seluas 3, 000 batu persegi.41 dan ianya bukan suatu yang mustahil bagi masyarakat di pantai timur untuk melakukan hal ini. Di Kelantan, terdapat banyak kayu-kayan yang terdapat di hutan Kelantan. Antaranya ialah cengal, tembusu, merbau, giam, meranti, kulim, balau, kelat. Kesemua kayu-kayan ini diperolehi sama ada di kawasan bukit bukau atau di kawasan-kawasan yang rendah. Kayu yang paling penting dan berharga ialah kayu cengal. Hal ini kerana, kayu cengal bersifat keras, berat, mudah dikendalikan disamping tahan oleh serangga perosak seperti anai-anai. Terdapat tiga jenis kayu cengal yang ada di Kelantan, iaitu cengal batu, cengal resak batu dan cengal pasir. Namun begitu, kekayaan hutan-hutan di Kelantan tidak banyak lagi diusahakan. Kayu cengal hanya diimport dari Pahang dan kayu-kayu yang lebih murah dari Singapura. Negeri Terengganu juga merupakan salah satu negeri yang kaya dengan hasil hutannya. Oleh itu, negeri Terengganu turut tidak ketinggalan dalam menjadikan pengumpulan hasil hutan sebagai sumber ekonomi sampingan. Oleh kerana, negeri Terengganu adalah negeri yang bergiat aktif dalam pembuatan perahu-perahu nelayan, sudah pastinya memerlukan sumber kayu-kayan yang banyak dan seterusnya pengumpulan hasil hutan ini menjadi suatu yang penting bagi masyarakat Terengganu bagi meneruskan kelangsungan aktiviti pembuatan. Tidak ketinggalan, negeri Pahang yang merupakan negeri terbesar di semenanjung Tanah Melayu turut dilihat mempunyai sumber hutan yang banyak. Hasil hutan yang di perolehi ini akan dijual atau didagangkan kepada orang luar yang memerlukannya. Kayu-kayan yang terdapat di Pahang adalah seperti kayu kemuning, damar dan rotan. Kayu seperti damar adalah digunakan untuk membuat bot atau kapal. Dapat disimpulkan bahawa walaupun negeri-negeri di pantai timur yang dikelilingi oleh hutan yang tebal, namun masih terdapat kelompongan di sana sini, di mana masih terdapat sumber kayu-kayan yang tidak dibangunkan secara meluas dan hal ini adalah seperti suatu pembaziran kepada sumber hutan yang semula jadi. 3.5 PERLOMBONGAN 41 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 95 17 Sejak awal lagi, kegiatan perlombongan sudah dijalankan di negeri Pantai Timur yang mempunyai sumber perlombongan, iaitu Terengganu dan Kelantan. Walaupun pada skala yang kecil dan kurang meluas, hasil perlombongan seperti bijih timah ini akan didagangkan. Sebelum kedatangan British di Kelantan, kegiatan perlombongan sudah giat dijalankan. Perlombongan emas sudah dijalankan di Kelantan pada suatu tempoh yang lama dan hal ini telah dibuktikan dengan peninggalan kesan kerja perlombongan emas ini di beberapa kawasan di Kelantan. 42 Kegiatan ekonomi ini, dapat kita lihat bahawa ianya dikendalikan oleh orang-orang Cina yang mempunyai kemahiran dan penghasilannya di adalah dalam jumlah yang besar. Hal ini sudah menunjukkan bahawa kegiatan yang dilakukan oleh orang Cina ini berterusan sehingga ke zaman kolonial yang melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dan salah satunya ialah Pulai. Kelantan melalui sejarahnya, pernah menjadi negeri pengeksport emas utama di Semenanjung Tanah Melayu. Bijih timah juga adalah merupakan satu eksport Kelantan yang penting. Kegiatan bijih timah ini pernah di usahakan oleh Sultan Ahmad untuk memperkembangkannya apabila beliau mendapati kegiatan ini semakin pesat di negeri-negeri lain. Oleh itu, beliau mengupah pelombong Cina yang mahir untuk mengerjakannya. Walaupun terdapat beberapa tempat di Kelantan yang mampu dibangunkan, perlombongan bijih timahnya namun hal ini terbatas disebabkan ketiadaan kemudahan seperti pengangkutan. Pelombong Cina mahir juga bimbang akan keselamatan harata dan diri mereka, serta kerakusan golongan bangsawan pada ketika itu telah memberikan pandangan kepada mereka bahawa kegiatan bijih timah sememangnya adalah tidak berbaloi dijalankan pada ketika itu.43 Walaupun kegiatan perlombongan bijih timah masih tidak membangun dengan pesat, zaman selepas kolonial telah menyaksikan bahawa terdapat perubahan ke atas kegiatan ekonomi ini. Di Terengganu, pada awal abad ke-18, antara sumber ekonomi yang penting pada masa ini ialah emas. Komoditi ini telah dikendalikan oleh orang-orang Cina. 42 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 102 43 Ibid, Hlm 105-106 18 Perlombongan bijih timah di Terengganu telah menurun pada abad ke-18 dan menyebabkan hasil pengeluarannya hanya 1,200 pikul setahun yang mana datangnya daripada dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kemaman. 44 Kemaman yang merupakan daerah yang mempunyai bijih timah telah dibuka pada awal abad ke-19, dan penyediaan awal pembukaan ini adalah untuk memberikan keuntungan kepada pemerintah. Pada tahun 1830an pengeluaran hasil bijih timah telah meningkat di negeri Terengganu dengan pengeluaran sebanyak 7,000 pikul setahun, dan sekaligus telah mendahului pengeluaran bijih timah di kawasan pantai timur serta menyaingi pengeluaran bijih timah di pantai barat seperti Perak dan Sungai Ujong.45 Pada ketika ini berada pada tahap yang memuaskan, apabila berjaya menyaingi negeri-negeri di pantai barat yang lainnya. Negeri Pahang juga turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan aktiviti perlombongan bijih timah dan emasnya. Terdapat kawasan yang dikatakan mempunyai sumber perlombongan iaitu lombong emas yang terkenal pada satu ketika dahulu iaitu di Raub, Pahang. dan logam emas itu boleh dilombong melalui teknik tradisional. 3.6 PERTUKANGAN DAN PEMBUATAN 44 Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 48-49 45 Ibid Hlm 49 19 Negeri-negeri di pantai timur semenanjung Tanah Melayu juga memperlihatkan akan masyarakatnya yang turut bergiat aktif dalam kegaiatan pertukangan dan pembuatan. Aktiviti pertukangan dan pembuatan ini kebanyakannya dilakukan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di pendalaman dan mereka adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang pembuatan. Kegiatan ini juga dilihat dilakukan di negeri-negeri di pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Kemahiran mereka ini sama ada diturunkan melalui generasi kepada satu generasi yang lain atau dipelajari. Di Kelantan, walaupun wujud perkambangan ekonomi tetapi kegiatan ekonomi Melayu Kelantan masih terdapat beberapa individu di sesebuah kampung yang menjalankan kerja-kerja pertukangan seperti menenun, membuat pisau, dan parang, menganyam tikar mengkuang, dan membuat barangbarang perhiasan daripada emas dan perak. Di perkampungan nelayan pula, terdapat individu yang berkemahiran turut menjalankan kerja membuat perahu dan pukat. Manakala di Kelantan pula masyarakat Melayu terkenal dengan pengeluaran kain sarung, logam, ukiran kayu dan periuk belanga yang diperbuat daripada tanah. Di Terengganu pula, galakan daripada Sultan Omar kepada tukang-tukang mahir dari negeri-negeri lain untuk menetap di Terengganu bagi mengajar dan memperbaiki hasil pertukangan rakyat negerinya telah menjadikan negeri Terengganu antara salah satu negeri yang berkembang dengan kegiatan pembuatan dan pertukangannya. Di Terengganu, taraf hidup yang dimiliki oleh golongan artisan dan pekerja mahir ini adalah lebih baik berbanding dengan petani dan nelayan. Selain itu, orang Melayu Terengganu terkenal dengan kemahiran membuat perahu layar tradisonal yang digunakan untuk pelayaran menangkap ikan. Perusahaan membuat perahu telah dijalankan oleh tukang-tukang mahir yang tinggal di kampung Losong. Bagi golongan wanita di Terengganu, mereka berkemahiran untuk menenun songket yang juga mewujudkan perusahaan secara kecil-kecilan dan akhirnya dijual ke negeri-negeri Melayu lain di Tanah Melayu dan juga di Siam.46 46 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 63 20 3.7 PERDAGANGAN Sejak zaman awal lagi masyarakat semenanjung Tanah Melayu sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan. Bermula dari kegemilangannya, sehingga kepada zaman kejatuhannyan, menyaksikan bahawa aktiviti perdagangan di semenanjung Tanah Melayu sudah lama wujud. Hal ini kerana, kecekapan masyarakat Melayu pada ketika itu yang mampu untuk bergantung kepada laut sebagai sumber ekonomi dan sumber komunikasi mereka dengan baik. Namun, apabila mengkhusus kepada negeri-negeri di pantai timur, sudah pastinya dapat kita lihat, bahawa aktiviti perdagangannya adalah berbeza dengan negeri-negeri lain terutama di sebelah pantai barat. Pada tahun 1838, sebelum kedatangan kuasa besar British ke Tanah Melayu, negeri Kelantan juga menjalankan kegiatan perdagangan. Perdagangan yang dijalankan adalah secara kecil-kecilan, dan dilakukan di pasar-pasar di negeri Kelantan. Hasil ekonomi yang diperolehi telah dijual bagi mendapatkan keuntungan. Jualan barangan seperti ulam, sayur, daging, buah-buahan dan sebagainya telah dilakukan oleh masyarakat Melayu di pasar-pasar pada ketika itu, sudah melihatkan usaha mereka untuk bergiat dengan perdagangan pada peringkat awal.47 Sewaktu Kelantan di bawah pemerintahan Sultan Muhammad II, di samping baginda menyatukan penyatuan negeri Kelantan, tindakan untuk mengukuhkan kuasa dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat di Kota Bharu juga turut dilakukan. Pengukuhan kuasa ini merupakan kesan daripada kemunculan pengaruh ekonomi baru sejak pembukaan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Pada ketika ini, perdagangan antara Singapura dengan negeri-negeri di Tanah Melayu termasuk Kelantan telah berkembang pesat. 48 Situasi ini telah menunjukkan pada pertengahan abad ke-19 iaitu, pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II, Kelantan sudah pun terdedah kepada bentuk ekonomi kapitalisme. Hasil perkembangan perdagangan antara Kelantan dengan dunia luar, iaitu melalui Singapura, barang-barang seperti tenunan, pisau dan parang, tikar mengkuang, barang-barang perhiasan seperti emas dan perak, serta budu dan ikan kering telah mula dipasarkan. 47 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 35-64 48 Wong Lin Keng, The Malayan Tin Industry To 1914, University of Ariziona Press, 1965, Hlm 11 21 Menjelang tahun 1830, negeri Terengganu juga turut mempunyai kegiatan perdagangannya. Sejak dari awal, Terengganu sudah pun terkenal kerana hubungan dagangnya dengan China. Masyarakat Cina yang besar di Terengganu mempunyai seorang Kapitan Cinanya sendiri. Menurut Abdullah Munsyi, yang melawat Terengganu pada tahun 1836, Kapitan Cina tersebut fasih berbahasa Melayu dan memakai pakaian Melayu dan merupakan ndividu yang terkaya di Kuala Terengganu pada ketika itu. Beliau ialah Ah Cheng Koh dan kemudiannya beliau telah memeluk agama Islam dan memakai nama Salleh. 49 Negeri Terengganu pada abad ke-18, sudah terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting menerusi pelabuhannya di Kuala Terengganu. Eksport utama Terengganu pada kurun ke-18 ialah lada hitam. BIjih, rempah dan hasil hutan pula merupakan barangan yang dieksport semula. Pertengahan abad ke-18 ini pula, telah menyaksikan bahawa negeri Terengganu telah muncul sebagai negeri pengeluar lada hitam yang penting untuk saudagar Inggeris.50 Pelabuhan Kuala Terengganu pada ketika itu, adalah merupakan pusat perdagangan yang penting kepada Teluk Siam, Cochin Chinam Kemboja, Borneo dan pulau-pulau di Timur. Entrepot ini sering dikunjungi pedagang Cina, Inggeris, Bugis dan Portugis. Kedai-kedai di Kuala Terengganu dipenuhi barangan dari luar negeri seperti barangan buatan Eropah, China dan India di samping barang-barang buatan tempatan.51 Satu lawatan yang telah dijalankan oleh Kapten Joseph ke Terengganu pada tahun 1764 telah menyifatkan bahawa kegiatan perdagangan di negeri tersebut bukan sahaja setanding, bahkan lebih baik daripada Choromandell atau Malabar. Namun begitu, kejatuhan serta kemerosotan pelabuhan lada hitam di Terengganu telah bermula sejak abad ke-19. Kemudiannya disebabkan kemerosotan ini, kerajaan Terengganu telah menukarkan asas pengeluaran ekonominya kepada penanaman kopi, tebu, dan bijih timah bagi memenuhi pasaran import eksport di pelabuhan Inggeris yang baru didirikan di Singapura. Pada pertengahan kurun ke-19, Terengganu yang berada di kemuncak kejayaannya telah memperoleh reputasinya sebagai pusat perdagangan, pembiakan bot, pusat tenunan dan kerja besi. Di samping, suasana pernigaan pasar-pasar di Terengganu juga turut memberangsangkan. Hal ini dengan jelas menggambarkan bahawa sejak abad ke18, negeri Terengganu telah berada di suatu titik ekonomi yang sangat baik. 49 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 24-30 50 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 59 51 Ibid, Hlm 60 22 Pahang, sebuah negeri di pantai timur yang turut tidak terkecuali dengan kegiatan perdagangannya. Di Pantai Timur pula, kerajaan Siam menempatkan pegawai-pegawainya di kuala Sungai Pahang untuk mengawal dagangan yang terdiri daripada hasil-hasil hutan dan bijih timah. Oleh itu, pada ketika ini, Pahang telah memperlihatkan bahawa sudah wujud ekonomi perdagangan yang melibatkan kegaiatan yang melibatkan perdagangan luar di Pahang. Hal ini turut digambarkan oleh Abdullah Munsyi yang melawat Pahang turut mengatakan bahawa Pahang sudah mempunyai perkembangan aktiviti perdagangannya tersendiri sejak sebelum kedatangan British lagi. Oleh itu, sudah wujud dagangan keluar Pahang iaitu emas dan bijih timah, tenunan kain sutera dan hasil hutan seperti kayu kemuning, damar dan rotan.52 Terdapat juga dagangan seperti apiun, sutera. garam, beras, dan kainkain Eropah yang turut didagangkan di Pahang sejak sebelum kedatangan British lagi. Pada ketika ini, Pahang yang sudah mempunyai lubuk emasnya yang dipanggil Jelai. Namun, kegiatan ini tidak diusahakan kerana ketiadaan teknologi dan infrastuktur kerana kawasan itu terletak di pendalaman. Namun, Jelai ialah tempat di mana orang-orang akan berniaga dan ini diusahakan oleh Jakun yang kebayakan ada di Hulu Pahang. Jakun akan mengeluarkan dagangan di hutan dan juga menggali emas bersama-sama orang Melayu.53 4.0 PERKEMBANGAN EKONOMI SELEPAS KOLONIAL 4.1 PERTANIAN 52 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 12-13 53 Ibid, Hlm 14 23 Kemasukan serta campur tangan kuasa-kuasa besat British ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19, telah menyaksikan suatu perubahan yang ketara bukan sahaja dari segi politinya, tetapi dari aspek ekonomi juga. Setelah British berjaya melantik serta menghantar penasihat dan penolong penasihat di Kelantan pada pertengahan tahun 1908, telah banyak perubahan yang dibawa dalam pentadbiran. Namun, pada tahun sebelumnya, Kelantan telah di kuasai oleh kegiatan Syarikat Pembangunan Duff. Graham yang tiba di Kelantan pada 1903, telah diberikan konsensi oleh Sultan Kelantan, iaitu melibatkan dua kawasan.54 Negeri Kelantan, di bawah pentadbiran kolonial terdapat beberapa pentadbiran yang dilaksanakan yang membawa perkembangan ekonomi terutamanya, dari segi pemegangan tanah. Sebelum Peraturan Tanah Baru 191555 diperkenalkan di Kelantan. Namun, melihat kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sektor pertanian, ianya telah banyak dilakukan oleh Syarikat Pembangunan Duff. Pada tahun 1906, Syarikat Duff ini mula untuk mengiklankan konsensi mereka untuk tujuan pertanian dan pihak kerajaan British juga akan turut menentukan jenis tanaman yang sesuai di bangunkan di Kelantan. Rundingan secara aktif yang dijalankan dan estet yang terdiri daripada 21,700 ekar tanah telah dibuka dengan tanaman getah dan kelapa.56 Selain itu, tanaman lain seperti lada hitam, gambir dan tembakau juga turut dijalankan di Kelantan. Kelapa adalah merupakan tanaman kedua terpenting di Kelantan selepas padi. Setiap kampung akan dikelilingi dengan pokok kelapa dan jumlah pokok kelapa ini telah mencecah sebanyak 500,000 dan semakin bertambah setiap tahun bilangannya. Tanaman seperti Pinang juga banyak ditanam dan menjadi eksport di Kelantan, namun tidak sebanyak tanaman seperti kelapa. Tanaman lain yang turut ditanam dengan pesatnya semasa abad ini ialah ubi kayu, tebu, gambir, lada hitam serta buah-buahan. Kelantan turut mengalami perkembangan ekonomi dalam bidang pertaniannya sejak kehadiran British. Selepas kedatangan kolonial, negeri Terengganu juga turut menerima pelbagai perubahan, dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Kegiatan 54 Kawasan yang pertama, kawasan di sebelah utara sempadannya adalah dari Kuala Kusial mengikut sungai ke ulu hingga sempadan Legeh dan di selatan sempadannya adalah dari Kuala Stong mengikut sungai hingga ke ulu dan perbatasan Perak-Kelantan dan Legeh. 55 Setelah pengambil alihan pentadbiran oleh British, sistem pungutan cukai tanah yang baru diperkenalkan di mana petani harus membayar cukai ke atas setiap tanah sama ada ianya dikerjakan atau tidak. Hal ini sememangnya adalah suatu perkara yang sangat membebankan masyarakat Melayu Kelantan pada ketika ini. Beban ini ama dirasakan pada tahun 1915 apabila hasil tanaman tidak begitu menjadi sedangkan mereka dibebani dengan cukai tanah dan hasil. 56 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 81-82 24 penanaman padi dilihat semakin penting di Terengganu, pada abad ke-20. Kekurangan sumber yang ada di Terengganu telah menyebabkan masyarakat di negeri ini tetap terus bergiat dengan aktivit pertanian.57 Terdapat dua jenis padi yang ditanam, iaitu padi sawah dan padi kering58 Padi sawah kebanyakannya telah ditanam di Kuala Terengganu dan Besut, dan padi kering pula ditanam di Ulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Pada tahun 1938, jumlah keluasan tanah yang ditanam dengan padi sawah ialah sebanyak 32,310 ekar. Di daerah Kuala Terengganu sahaja padi sawah ditanam di kawasan seluas 20,400 ekar, diikuti dengan Besut pada keluasan 8,140 ekar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pertanian di Terengganu masih diteruskan sejak kedatangan British dan menjadi sumber ekonomi yang utama masyarakat di Terengganu. Pada abad ke-20. kegiatan penanaman padi masih lagi diteruskan. Meskipun begitu, hasil padi yang dikeluarkan hanya mencukupi keperluan satu perlima penduduknya dan masih perlu diimport di luar negeri. Walaupun keluasan kawasan penanaman padi bertambah, namun hal ini tidak menjamin pertambahan hasil pengeluaran. Jumlah penghasilan yang tidak seimbang dan kadang kala merosot telah menjadikan hasil pengeluaran padi di negeri Terengganu berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini adalah disebabkan oleh serangan mahluk perosak dan keadaan cuaca yang menjejaskan tanaman padi. 59 Selain itu, masalah lain yang timbul adalah ketiadaan tanah oleh golongan petani ini dan mereka terpaksa menyewa bagi melakukan kegiatan pertanian ini. Peratus menyewa yang tinggi secara tidak langsung telah menyumbang kepada penghasilan pengeluaran padi yang rendah di Terengganu. Hal ini berlaku disebabkan tanah padi di Terengganu disewa mengikut kaedah yang dinamakan sistem pawah 60 dan telah menyebabkan penyewa tidak berusaha untuk meningkatkan pengeluarannya sekaligus akan menyebabkan pengeluaran padi di negeri Terengganu tidak berganjak dan kekal rendah. Kegiatan ekonomi di Pahang seperti kegiatan pertanian secara tradisonal ini kurang diganggu atau disentuh oleh kolonial di Bristish, hal ini kerana mereka lebih 57 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 89-90 58 Padi basah ialah padi yang ditanam di kawasan berair manakala padi kering ialah padi yang ditanam di kawasan yang tanahnya mengandungi kurang air atau kawasan-kawasan kering. termasuklah padi tugalan, taburan dan huma. 59 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 91 60 Menerusi sistem ini, hasil penegluaran akan dikongsi bersama tuan tanah tetapi perbelanjaan yang lebih tinggi terpaksa ditanggung oleh penyewa untuk mengusahakan sawah tersebut. 25 menumpukan pencapaian serta peningkatan ekonomi di pantai barat yang dilihat lebih memberikan keuntungan kepada mereka. Tahun 1891, telah memberikan gambaran buruk kepada pemerintahan British apabila telah berlaku siri pemberontakan di yang bermula di Semantan dan akhirnya telah merebak ke kawasan yang lain. Gangguan ini kemudiannya hanya reda pada tahun 1895. 61 Gangguan yang berlaku ini telah menyebabkan kegiatan pertanian di negeri Pahang masih tidak mendapat pembaharuan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan. Selepas kematian Bendahara Ali, Pahang sering terlibat dengan beberapa siri perang saudara yang akhirnya kekacauan ini telah memberikan kesan kepada pentadbiran serta menggangu perjalanan ekonomi di Pahang. Pada tahun 1891, Pahang telah dilanda banjir dan kemarau dan secara berturut-turut pada tahun 1896, 1897 dan 1898. Walaupun begitu, gangguan dan keadaan kekekacauan yang timbul di Pahang bukan merupakan satu penghalang untuk British mempertingkat kegiatan pertanian. Pada tahun 1901, Residen British di Pahang telah mencatatkan hasil padi di Pahang yang dianggarkan sejumlah 27,400 ekar itu meningkat lebih daripada 5,000 berbanding tahun 1895.62 Namun begitu, peningkatan ini serta negeri Pahang itu sendiri yang luas dan kaya dengan hasil tanaman tidak memberikan keterujaan yang besar buat pihak British. Hal ini kerana, hal yang sebenarnya dilihat adalah bertentangan yang dilihat oleh British dan pihak ini melihat keadaan pertanian di Pahang adalah sangat buruk. Keadaan negeri Pahang yang ketiadaan kawasan yang besar untuk pertanian serta kelangsungannya, sawah padi yang bertaburan dan sukar diakses, dan kawasan yang luas dengan kecekapan komunikasi yang sedikit telah memberikan gambaran terhadap ekonomi pertanian di negeri Pahang adalah pada tahap yang membimbangkan. Oleh kerana kekurangan teknik pertanian, penggunaan kaedah penanaman yang tradisonal, benih yang tidak berkualiti telah menyebabkan negeri Pahang terkebelakang berbanding negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan pertanian padi di negeri Pahang sememangnya tidak menunjukkan suatu yang positif sejak kedatangan kolonial. Hal ini disebabkan tiada teknologi canggih yang membantu dan terdapat banyak gangguan yang menyebabkan ekonomi Pahang dalam bidang pertanian padi tidak menonjol. 4.2 PERIKANAN 61 Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London: Oxford University Press, 1977, Hlm 36 62 Ibid, Hlm 37 26 Selepas 1914, rangka ekonomi kolonial telah mempengaruhi pola dan lokasi aktiviti ekonomi negara secara jelas. Kemajuan dan pembangunana semakin dirasakan di negeri-negeri pantai barat dan negeri selat. Namun, keadaannya di pantai timur yang walaupun mewakili dua per tiga daripada kawasan Semenanjung telah ketandusan dari segi pembangunannya. Masyarakat di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang masih terlibat dengan ekonomi sara diri tradisonal dan sebahagian besar daripada pola petempatan penduduk Melayu ini tidak dipengaruhi unsur-unsur luar.63 Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan pada abad ke-20 masyarakat di pantai timur masih hidup dalam kemiskinan kerana pembangunan negerinya yang lemah serta kegiatan ekonominya masih bersifat tradisonal dan bukan komersial secara besar-besaran. Abad ke-20 telah menyaksikan perkembangan dalam sektor yang berasaskan kelautan oleh masyarakat Terengganu apabila telah wujud 26 buah kampung nelayan di sepanjang perairan pantai Terengganu. Antara perkampungan nelayan yang utama termasuklah Kuala Besut, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Kuala Marang dan Kuala Kemaman.64 Jumlah nelayan di negeri Terengganu semakin meningkat saban tahun telah menjadikan negeri Terengganu adalah negeri yang utama yang menjalankan kegiatan perikanan di perairan pantai timur yang turut menandingi negeri Kelantan. Perkembangan teknologi juga telah menyaksikan pertambahan penggunaan bot berjentera dan penggunaan bot dengan enjin sangkut semakin meningkat. Keadaan ini telah menunjukkan secara tidak langsung akan peningkatan taraf hidup di kalangan komuniti nelayan di negeri ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Walaupun perkembangan telah berlaku di negeri Terengganu terutamnya dalam kegiatan perikanannya, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan kerana proses perubahan ekonomi di negeri ini yang agak lewat telah menyebabkan golongan ini sentiasa menghadapi masalah untuk meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.65 Kegiatan ekonomi berasaskan kelautan bagi negeri Kelantan dan Pahang adalah sedikit dan tidak mampu untuk menandingi pengeluarannya di negeri 63 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 69-70 64 Ibid, Hlm 77 65 Ibid, Hlm 87 27 Terengganu. Hal ini kerana, negeri Kelantan lebih menitikberatkan penguasaan ekonominya dalam sektor pertanian atau tanaman-tanaman lain seperti padi dan kelapa. Seperti yang dapat kita dapat lihat bahawa sektor berasaskan kelautan ini adalah kurang dipelopori oleh masyarakat di kedua-dua negeri ini kerana mereka lebih mengutamakan kegiatan ekonomi yang lain bagi menampung kehidupan. Hal yang sama juga dilihat bagi masyarakat Pahang di mana mereka lebih mengutamakan pengeluaran hasil padi berbanding memperkembangkan ekonomi berasaskan kelautan ini. Walaupun begitu, negeri Kelantan turut menjalankan kegiatan perikanan dan telah menjual hasilnya ke pasar-pasar yang berhampiran dan juga turut wujud perusahaan ikan kering yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Kelantan. Jika kita lihat berpandukan sumber yang diperolehi oleh T.E Smith dalam bukunya yang bertajuk Population Growth in Malaya: An Analysis of recent Trends telah mencatatkan pekerjaan utama penduduk mengikut negeri pada tahun 1947 66 yang mana negeri Pahang dan Kelantan, masing-masing hanya mencatatkan sebanyak 7.6 peratus dan 6.1 peratus berbanding dengan negeri Terengganu yang mencatatkan sebanyak 21 peratus dalam kegiatan perikanan. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa kegiatan perikanan di kedua negeri Pahang dan Kelantan adalah berkurang kerana kegiatan masyarakat adalah lebih tertumpu kepada sektor pertanian dan pengeluaran padi yang telah mencatatkan sebanyak 62.4 peratus di Pahang dan 64 peratus di Kelantan, manakala hanya 44.8 peratus sahaja di Terengganu. 4.3 PERLADANGAN 66 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 77 28 Pada abad ke-20, perkembangan kegiatan ekonomi berasaskan tanah adalah semakin meningkat berbanding ekonomi berasaskan kelautan itu sendiri. Hal ini adalah merupakan suatu perubahan yang dibawa oleh British yang mentadbir Tanah Melayu. Sejak kedatangan British, semakin banyak ladang-ladang yang dibuka untuk tujuan penanaman seperti getah. Penanaman getah adalah merupakan aktiviti ekonomi yang penting di Melaka, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. 67 Hal ini amat berbeza sekali dengan negeri pantai timur yang kegiatan ekonominya tidak mementingkan aktiviti penanaman getah seperti di negeri-negeri pantai barat. Hal ini mungkin sahaja desebabkan ketidaksesuaian tanah yang ada di pantai timur dan menyebabkan industri getah ini tidak mampu untuk berkembang dengan pesat, walaupun getah pada abad ke-20 adalah merupakan bahan mentah yang paling dikehendaki oleh pihak British. Negeri Kelantan, sejak awal lagi pihak Kerajaan Inggeris di London telah menjadi penggalak utama di dalam penanaman getah ladang di kawasan jajahannya dan kegiatan mereka telah diteruskan pula oleh pentadbir-pentadbir di situ. 68 Penasihat British di Kelantan iaitu Graham menjelaskan bahawa getah yang terkenal ialah getah perca, iaitu getah yang didapati daripada pokok perca atau pokok getah yang mampu mengeluarkan hasil yang sama. Hasil getah yang paling baik adalah daripada Taban, manakala daripada Pokok Getah Putih, Pokok Getah Merah, Pokok Jeletong dan sebagainya menghasilkan kualiti getah yang rendah. 69 Namun, walaupun tanah, cuaca dan keluasan tanah di Kelantan adalah sesuai dengan penanaman getah, namun jumlah tanaman ini hanya sedikit. Perkembangan tanaman getah ini kemudian memperlihatkan usaha untuk menanam getah yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta pada kurun ke-20. Hugh Clifford melihat bahawa negeri Kelantan adalah negeri yang mempunyai potensi ekonomi. Salah seorang peneroka awal ialah R.W Duff, iaitu seorang pegawai polis. Pada tahun 1900 kemudiannya, Duff telah berjaya membentuk sindiket mengusahakan konsens yang diberi di Kelantan. Kemudian sindiket ini ditukarkan kepada Syarikat Kemajuan Duff.70 67 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 76 68 Badariah Salleh, Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes Ke Atas Imperialisem Industri Getah Di Tanah Melayu dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara Lain, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1990, Hlm 239 69 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 98 70 Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,hlm32 29 Di Terengganu, tanaman getah adalah merupakan tanaman kedua terpenting selepas tanaman padi. Tanaman getah mula diperkenalkan di negeri Terengganu pada tahun 1911.71 Namun, perkembangan kegiatan ekonomi perladangan ini hanya bermula selepas tahun 1930-an. Sehingga tahun 1938, keluasan kawasan yang telah ditanam dengan getah di negeri Terengganu adalah sebanyak 43,000 dan terus meningkat kepada 61,965 ekar pada abad ke-20. Daripada jumlah ini, 16,737 ekar adalah merupakan tanaman estet dan selebihnya adalah merupakan tanaman pekebun kecil. Walaupun penanaman getah di Terengganu mengalami peningkatan pada abad ke-20, namun perkembangan ini belum mampu untuk menandingi pengeluaran hasil getah di negeri-negeri pantai barat yang lain, dan yang nyata negeri Terengganu masih jauh tertinggal dalam tanaman ini. Selain itu, kualiti getah yang dihasilkan pekebun-pekebun kecil ini didapati berada pada tahap yang rendah dan pokok getah yang diusahakan terdiri daripada pokok-pokok getah yang tua dan tidak mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Oleh itu, walaupun ekonomi getah sudah sedia wujud di Terengganu, namun purata pengeluarannya adalah sangat rendah. Pahang juga adalah merupakan salah satu negeri di pantai barat yang turut berkembang dalam penanaman getahnya. Telah wujud satu abad yang dikatakan telah berlaku ledakan ekonomi getah yang menjadi permintaan dunia ini dan British turut tidak melepaskan peluang untuk menggiatkan perkembangan industri ini. Namun, pada tahun 1905 sehingga 1909 peningkatan terhadap tanaman getah di Pahang telah berlaku. Peningkatan ekonomi tanaman getah di Pahang juga adalah kesan daripada usaha pihak British membangunkan lebih banyak lagi ladang getah di Pahang bagi memenuhi permintaan getah yang semakin tinggi. Menurut catatan peningkatan yang dinyatakan di negeri-negeri Melayu bersekutu, dalam AR Director of Agriculture 1906-9, pada tahun 1905, hasil getah negeri Pahang hanya 15 sahaja. Angka ini terus meningkat kepada 2,877 pada tahun 190972 dan ini adalah merupakan suatu perkembangan yang sangat baik bagi Pahang dalam kegiatan tanaman getah di semenanjung Tanah Melayu. 4.4 PERLOMBONGAN Perlombongan di negeri-negeri pantai timur agak perlahan dan keadaan geografi di negeri-negeri ini telah menyukarkan pencarian sumber terhadap perlombongan, 71 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 95 72 Lim Teck Ghee, Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941, London: Oxford University Press, 1977, Hlm 95 30 contohnya seperti bijih timah dan bijih besi serta emas. Jika mineral-mineral ini dijumpai sekalipun, jumlahnya pasti tidak banyak untuk menjadikannya sebagai suatu sumber ekonomi yang penting. Di Kelantan, perlombongan bijih timah dan emas sudah bermula sejak awal lagi oleh kapitan cina, namun disebabkan kekurangan sumber, timbul beberapa kekacauan dan kekurangan teknologi kegiatan ini telah dihentikan. Selain bijih timah, perlombongan bijih besi di Kelantan turut berkembang dengan perlahan.73 Hanya pada tahun 1935 barulah bijih besi ditemui di daerah Temangan di Kelantan. Hal ini jelas meggambarkan bahawa sejarah perlombongan Kelantan yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan pengeluaran negeri ini terhadap hasil perlombongan adalah tidak memberangsangkan sama sekali. Di Terengganu, kegiatan perlombongannya adalah perlahan yang turut tidak menonjol seperti yang lainnya. Kegiatan perlombongan di Terengganu mula berkembang selepas 1910. Pada tahun 1908 nilai eksport hasil bijih timah ke Singapura berjumlah $222,000 dan semakin meningkat pada tahun berikutnya dengan jumlah yang mencecah $270,000. Pada tahun 1919 pula, sektor perlombongan bijih timah telah menyumbang hampir separuh daripada hasil yang diperolehi oleh negeri iaitu sebanyak $762,455.74 Namun begitu, pengembangan perlombongan bijih timah dan hasil ekonominya ini hanya pada jangka masa yang singkat. Hal ini kerana, pada tahun 1920 industri ini telah mengalami kemerostotan, dan hal yang sama juga berlaku pada negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini telah menandakan bahawa berakhirnya fasa pertama industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Walaupun segelintir pihak masih berminat untuk menghidupkan semula industri ini namun pada tahun 1927 usaha ini mendatangkan hasil yang tidak seberapa. Kejatuhan kedua kegiatan perlombongan dan komersil dalam ekonomi telah memberikan kesan kepada pendapatan keseluruhan negeri Terengganu. Hal ini kerana pada tahun 1931, hanya sebanyak 9 peratus sahaja yang disumbang oleh sektor ini terhadap pendapatan negeri. 75 Perkembangan kegiatan perlombongan di Terengganu turut melalui fasa perkembangannya pada abad-20, apabila dikuasai oleh kuasa British yang kemudiannya turut melalui kejatuhan pasarannya dalam industri bijih timah ini. 73 Drabble John H, An Economic History of Malaysia 1800-1990: The Transition To Modern Economic Groeth, New York: St Martin’s Book, 2000, Hlm 133 74 Shahril Talib, The Trengganu Experience 1881-1941, New York: Oxford University Press, 1984, Hlm 80 75 Ibid, Hlm 81 31 Di Pahang, perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah adalah bermula sejak kemasukan kuasa British yang mula campur tangan terhadap kedudukan politik di Pahang. Terdapat syarikat-syarikat yang berkaitan ekonomi perlombongan bijih timah ini mula dibentuk, antaranya ialah Pahang Corporation Ltd, Pahang Central Tin and Exploration Co, dan Bentong Stairts Co. Ltd.76 Walaupun permulaan yang baik buat perkembangan perlombongan bijih timah di Pahang, namun ianya tidak mencapai suatu yang diharapkan oleh syarikat-syarikat ini dan Pahang Boom atau ledakan negeri Pahang adalah tidak berjaya. Di Pahang, kejayaan perlombongan bijih timahnya tidak berjaya berbanding negeri di pantai barat adalah kerana syarikat berkaitan dengan perlombongan bijih timah yang ditubuhkan adalah keseluruhannya adalah milik British dan hal ini seterusnya akan mengurangkan sebarang diskriminasi yang berlaku ke atas syarikat yang berlainan bangsa atau negara. Walaupun begitu, di Pahang pihak British telah memecahkan monopoli itu dengan membenarkan kemasukan pemodal Cina.77 Oleh itu, jika kita melihat pada abad ke-20, sudah pasti dapat kita rungkaikan bahawa pelaburan British di Tanah Melayu dan perubahan pengeluar barangan eksport daripada China kepada pihak British telah menyebabkan perubahan yang baik telah berlaku pada industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu. Pada tahun 1930, British telah memiliki dan menguasai kira-kira dua per tiga pengeluaran bijih timah.78 Nilai dan jumlah penegeluaran bijih timah adalah semakin bertambah semenjak ianya dibawah penguasaan British. Hal ini dapat disaksikan semasa tahun 1898 sehingga 1903, Tanah Melayu telah menghasilkan sebanyak $30 juta bijih timah, dan terus meningkat kepada $78 juta pada tahun berikutnya. 79 Malah, Pahang yang merupakan salah satu ahli dalam Negeri Melayu Bersekutu dikatakan lebih tertinggal dan terkebelakang, walaupun terdapat mendapan bijih timah di negeri ini yang boleh dijadikan sumber pembangunan.80 4.5 PERDAGANGAN 76 Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry To 1914, Tuscon: The University Of Arizona Press, 1965 Hlm 51-52 77 Ibid, Hlm 53 78 Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books International, 1999, Hlm 175 79 Ibid, Hlm 176 80 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 69 32 Perkembangan perdagangan di pantai timur di semenanjung Tanah Melayu telah berlaku sejak kemasukan British ke Tanah Melayu dengan agenda yang berbagai. Integrasi dengan ekonomi antarabangsa telah membuka satu jalinan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan kawasan-kawasan lain. Rentak dagangan ini meningkat perlahan-lahan dan berbeza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Umpamanya di Kelantan pada abad ke-19, kegiatan dan rangkaian perdagangan telah berkembang dan menjalar hingga ke kawasan pedalaman. Kegiatan perdagangan di negeri Kelantan telah mengalami peningkatan dengan ekonomi import eksportnya. Hasil ekonomi yang dieksport adalah seperti kopra, emas, pinang, sutera, dan turut mengeksport ayam pada kuantiti tertentu.81 Semua bayaran untuk kegiatan perdagangan di Kelantan sama ada import atau eksport adalah tertakluk kepada tarif tetap. Pedagang yang membawa barangan ke Kelantan atau dari Kelantan itu sendiri akan menggunakan kapal layar. Para pedagang yang adalah terdiri daripada orang Cina, Melayu, Kling dan Mohammedan. Selain mengeksport hasil daripada industri pertanian dan penternakan dan juga tanaman-tanaman lain, terdapat juga pengeksportan dalam industri pembuatan. Ekonomi berasaskan pembuatan adalah seperti tenunan kain. Setiap keluarga di Kelantan kebanyakannya mempunyai alat tenunan dan membolehkan mereka untuk menenun sarung sutera yang merupakan antara salah satu hasil pembuatan yang terkenal di semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menunjukkan bahawa hasil masyarakat Melayu terutamanya golongan wanita sudah mula dieksport ke luar negeri dan seterusnya berpeluang dalam meningkatkan ekonomi dalam sektor pembuatan ini. Ketika semua orang yang ingin memilik sarung sutera ini pasti akan mendapatkannya dan barangan sarung sutera ini dieksport adalah mencecah $20,000 setahun.82 Selain itu, jumlah eksport ikan masin di negeri Kelantan juga turut direkodkan, iaitu sebanyak $120,000 setahun. Terdapat juga pembuatan bata yang dilakukan di negeri Kelantan. Pembuatan batu-bata ini adalah mengikut permintaan. Terdapat juga permintaan yang dikeluarkan sehingga 400,000 bata untuk digunakan oleh Jabatan Kerja Awam. Oleh itu, jelaslah bahawa perdagangan di negeri Kelantan telah melalui fasa perkembangannya sejak kedatangan British. 81 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 59 82 Ibid, Hlm 65 33 Di Terengganu pula, aktiviti import eksport juga telah berlaku. Sebelum melihat kepada kegiatan import dan eksport di negeri ini, dapat dilihat juga bahawa kegiatan komersil dan perusahaan secara kecil-kecilan juga telah dijalankan sejak dar awal. Kewujudan pasar-pasar di Terengganu adalah merupakan salah satu tempat yang akan memasarkan dan menjual segala hasil yang dibawa oleh masyarakat di Terengganu. George Maxwell dalam lawatannya ke negeri Terengganu pada tahun 1948 telah mengatakan bahawa beliau tidak dapat melupakan pengalamannya ketika berada di sebuah pasar yang letakknya di sebuah kawasan terbuka yang sangat luas di tengah-tengah bandar. Beliau sangat tertarik dengan pasar itu apabila melihat penjualnya adalah golongan wanita.83 Golongan wanita Terengganu pada ketika ini adalah merupakan antara yang paling ramai terlibat dalam kumpulan perusahaan dan hampir separuh daripadanya adalah datang daripada perusahaan menenun kain. Mereka telah menjalankan perusahaan adalah bermula daripada menujual makanan seperti ayam, itik, daging lembu, buah-buahan serta sayur-sayuran di pasar dan kemudiannya turut pengusahakan pembuatan menenun kain songket. Negeri Pahang adalah merupakan negeri yang kaya dengan hasil hutan. Semasa zaman kolonial, pengkomersilan hasil hutan telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi penting kerana sering mendapat permintaan yang tinggi. Permintaan yang banyak juga turut mempengaruhi kepentingan sumber hutan ini dan sekaligus telah mengembangkan aktiviti ini kepada tahap eksport. Pemotongan kayu secara umumnya telah menjadi suatu kegiatan yang sudah mendatangkan keuntungan. Oleh itu, hutan adalah merupakan sumber mereka yang utama kerana banyak bahan kayu-kayu yang mampu diperolehi di hutan dalam kadar yang banyak dan kelengkapan ini telah menjadikan ekonomi Tanah Melayu lebih bercorak komersil. 5.0 PERKEMBANGAN MASYARAKAT DI PANTAI TIMUR 83 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 72 34 5.1 DEMOGRAFI Negeri-negeri di pantai timur, bukan hanya terkenal dengan kegiatan ekonominya yang berasaskan pelbagai sumber seperi hutan, tanah dan juga laut. Namun, negeri ini juga cukup terkenal dengan stuktur masyarakatnya. Oleh itu, dalam membicarakanhal yang berkaitan ekonomi, tidak lengkap tanpa membicarakan perihal masyarakat-masyarakat di negeri-negeri pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta perkembangannya. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa setiap negeri di pantai timur, sama ada Kelantan, Terengganu atau Pahang, masing-masing mempunyai populasi dan perkembangan masyarakat yang berbeza. Jika melihat dari sudut demografi, dapat dijelaskan bahawa masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kampung-kampung dan penduduknya adalah orang Melayu. Di Kelantan, seperti yang dinyatakan sebelumnya ialah merupakan sebuah negeri yang mempunyai kawasan lembah sungai yang luas serta subur terutamanya di sebelah timur Sungai Kelantan dan kawasan ini telah menjadi tumpuan penduduk. Penduduk di negeri Kelantan adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang berkelompok di kampung-kampung di sepanjang sungai dan anak-anak sungai. Di Kelantan tidak hanya terdapat kampung Melayu dan orang Melayu sahaja. Kampung Cina juga turut terdapat di Kelantan tetapi bukan di kawasan perairan, tetapi orang Cina lebih tertumpu di daerah Pulai, Hulu Kelantan dan Kampung Cina di Kota Bharu. Penduduk Cina di Kelantan dianggarkan berjumlah 8,000 orang. Mereka adalah bangsa Cina yang terdiri daripada keturunan Hokkien yang kebanyakannya adalah tinggal menetap serta membesar di negeri ini, oleh kerana kedatangan datuk neneknya ke Kelantan sejak dari dahulu. Selain orang Hokkien, terdapat juga Cina Singapura dan Hailam yang turut ke Kelantan atas tujuan perniagaan seperti pekedai dan juga sebagai buruh. Kedatangan mereka ini sekaligus telah meningkatkan populasi masyarakat Cina di Kelantan. Selain itu, terdapat juga penduduk di Kelantan yang terdiri daripada orang Siam. Menurut W.A Graham, orang Siam di negeri Kelantan adalah berjumlah 15,000 orang. Petempatan mereka adalah di kawasan pantai dan diperkampungan yang jauh daripada perkampungan Melayu dan mereka mengamalkan agama mereka serta adat dan kepercayaan mereka sendiri.84 Terengganu juga merupakan negeri yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Negeri Terengganu bermajoritikan kaum Melayu ini adalah salah satu 84 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, 35 negeri yang mempunyai penduduk yang paling ramai antara negeri-negeri pantai timur yang lainnya. Terengganu mempunyai jumlah penduduk seramai 35,000 orang dan separuh daripadanya tinggal di pusat perdagangan. Peratusan orang Melayu di Terengganu adalah sangat tinggi, dan telah mencatatkan sebanyak 99 peratus orang Melayu pada abad ke-19. Pertambahan penduduk Terengganu terus berlaku pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1911 apabila mencatatkan penduduk sebanyak 154,000 orang. Demografi di Terengganu adalah berbeza dengan Kelantan, kerana orang Melayu dilihat mewakili hampir keseluruhan kependudukan di sini. Selepas pentadbiran British di Terengganu, data kependudukan orang Melayu di negeri Terengganu masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara. Demografi penduduk Melayu yang tinggi di negeri Terengganu telah menunjukkan pengaliran masuk imigran yang sangat kecil di negeri tersebut. 85 Walaupun abad ke-20 telah menyaksikan berlakunya kemasukan orang-orang Cinl, India dan juga Indonesia ke Tanah Melayu namun hal ini tidaklah begitu ketara di negeri Terengganu. Hal ini menunjukkan bahawa sehingga awal abad ke-20 negeri Terengganu masih bermajoritikan orang Melayu dan masyarakat Melayu ini adalah terdiri daripada mereka yang beragama islam dan mengamalkan cara hidup islam. Begitu juga dalam aspek ekonomi juga kebanyakan dipelopori oleh masyarakat Melayu. Negeri Pahang juga adalah merupakan negeri yang mempunyai demografinya tersendiri. Negeri Pahang pada awalnya adalah didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu di Pahang akan tinggal di kawasan-kawasan kampung dan turut mengerjakan sawah padi sebagai kegiatan ekonomi seharian. Selain daripada orang Melayu, negeri Pahang juga terdapat masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman dan mereka dikenali sebagai Semai dan Jakun. Selain itu, orang-orang Cina walaupun dalam jumlah yang kecil turut dilihat mendiami negeri Pahang dan mereka mempunyai perkampungannya sendiri. Oleh itu, dapat kita saksikan bahawa pola petempatan di Pahang adalah dibahagikan mengikut golongan masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan, sama ada orang Melayu, orang Asli atau orang Cina. Demografi orang Melayu di negeri Pahang pada tahun 1911 sehingga 1970 oleh Laporan Am Banci Penduduk Malaysia 1970, telah mencatatkan sebanyak 73.4 peratus pada tahun 1911 dan semakin menurun pada tahun-tahun yang berikutnya sehingga mencecah 61.2 peratus pada tahun 1970.86 Hal ini kerana, dapat kita lihat bahawa, negeri Pahang sudah mula dibanjiri oleh 85 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 50 86 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 50 36 kedatangan imigran dan orang-orang luar yang bermigrasi ke Pahang sejak tahun 1947 lagi kerana hanya 54.3 peratus sahaja orang Melayu pada ketika itu. Masyarakat Pahang, walaupun terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka saling bertoleransi dalam pengamalan adat dan budaya masing-masing. Pahang adalah negeri yang digabungkan bersama-sama negeri di pantai Barat yang membentuk negeri Melayu bersekutu adalah merupakan antara salah satu negeri yang menjadi perhatian pihak British. Oleh itu, kemasukan buruh jawa juga dilihat telah berlaku di Pahang. Walaupun jumlah kemasukan buruh-buruh ini dalam jumlah yang sedikit, namun ianya telah merubah populasi penduduk di negeri Pahang. Tahun 1912 telah menyaksikan bahawa kedatangan buruh jawa asalah sebanyak 800 orang dan angka ini terus meningkat kepada 2,988 orang pada tahun 1920. 87 Peningkatan ini telah memberikan kesan kepada masyarakat di negeri-negeri Melayu bersekutu apabila kedudukan mereka adalah seperti kebanyakan kumpulan Melayu di semenanjung Tanah Melayu.88 5.2 AGAMA Apabila membicarakan berkenaan perkembangan masyarakat, sudah pastinya kita tidak dapat lari untuk turut membicarakan berkenaan agama dan adat masyarakat. 87 Khazin Mohd Tamrin, Javanese labour And The Development Of Malaya, 1992, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Hlm 92 88 Ibid, Hlm 93 37 Hal ini kerana, masyarakat yang tinggal dalam satu kelompok atau petempatan sudah pastinya mempunyai anutan agama dan aktiviti keagamaan yang dilakukan. Oleh itu, masyarakat di pantai timur juga memperlihatkan hal yang sama apabila agama Islam itu sendiri bukan hanya menyediakan suatu penyatuan yang baik dalam masyarakat, tetapi juga membantu untuk mencipta suatu semangat jati diri bangsa. 89 Di Kelantan, oleh kerana kaum majoriti adalah orang Melayu, maka mereka juga adalah terdiri daripada mereka yang beragama islam. Bagi menjalankan kehidupan cara islam, pentadbiran serta panduan hidup masyarakat di Kelantan juga adalah berlandaskan islam. Negeri Kelantan telah dibahagikan kepada 25 mukim yang setiap satunya akan mempunyai Imam dan Tok Bilal. Tugas kedua-dua mereka ini adalah untuk menguruskan rumah ibadah seperti surau dan masjid, mengendalikan hal perkahwinan, kematian, serta turut memberikan kebajikan berbentuk rohani. 90 terdapat tiga buah masjid yang dibina di Kelantan semasa abad ke-20 dan juga mempunyai sistem zakat dan fitrah. Pungutan zakat akan dikendalikan oleh Mufti yang akan dibayar gaji oleh pihak kerajaan. Sebelum kedatangan islam ke Kelantan, masyarakat pada dahulunya sudah terdedah dengan apa yang dikatakan perkara yang khurafat seperti mempercayai keramat, iaitu mempercayai sesuatu benda atau objek itu mempunyai kuasa yang luar biasa. Namun, setelah kedatangan islam, perkara ini adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Selain agama Islam yang menjadi anutan masyarakat Melayu, terdapat juga agama lain yang turut dianuti oleh masyarakat Kelantan yang terdiri daripada orang Siam. Orang Siam menganuti agama Buddha dan mereka akan ke kuil mereka atau dikenali sebagai Watt untuk melakukan penyembahan terhadap Tuhan mereka. Hal ini menunjukkan perkembangan masyarakat Islam di Kelantan adalah bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu, dan sehingga terbentuknya corak pemerintahan cara islam dan perubahan ke atas perlakuan sosial masyarakat juga adalah berlandaskan islam. Namun, di Kelantan terdapat juga prinsip kebebasan beragama oleh kaum lain, dan dengan ini keharmonian dapat diwujudkan. Kedatangan islam di Terengganu adalah bermula sejak awal lagi. Penemuan batu bersurat di Terengganu pada awal abad ke-14 Masihi adalah suatu gambaran yang diberikan oleh sejarawan bahawa negeri Terengganu adalah antara negeri 89 Jim Baker, Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore, Singapore: Times Books International, 1999, Hlm 29 90 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 31 38 yang terawal menerima islam. Oleh kerana penduduk di Terengganu majoritinya adalah terdiri daripada orang Melayu, maka dapat disimpulkan bahawa kesemua mereka adalah menganut agama Islam yang dibawa ke negeri ini sejak dahulu lagi. Di setiap kampung di Terengganu akan didirikan surau bagi membolehkan penduduk kampung beribadat dan setiap mukim akan terdapat masjid yang dibina secara gotong-royong. Pengajaran islam di Terengganu adalah dilakukan pada peringkat awal lagi, apabila terdapat kelas membaca dan mengahafal Juzu’ ‘Amma dan ayat suci Al-Quran serta kelas akhlak kepada golongan kanak-kanak.91 Hal keagamaan yang berkait dengan amal ibadat seperti pelajaran tauhid, fikah dan tasawuf akan diajar di masjid, surau atau dirumah alim ulama. Perkembangan institusi pondok di Terengganu telah memperlihatkan bahawa masyarakat di sini lebih mendalami ilmu agama berbanding dengan ilmu yang bercorak duniawi. Perkembangan perundangan Islam di Terengganu selepas kedatangan kolonial dilihat apabila telah berlaku proses penstukturan semula pentadbiran dan undang-undang di Terengganu yang dilakukan oleh British dan menyebabkan agama Islam bersifat keinstitusian dan bergantung kepada penyeliaan kerajaan. Islam mula terpisah jauh daripada teras politik dan undang-undang negeri, dan raja hanya berkuasa kepada hal yang berkaiatan dengan agama sahaja. Perubahan ini telah menunjukkan kedatangan kolonial bukan hanya mencampuri hal ekonomi, tetapi turut memberi kesan dalam hal-hal Islam di Tanah Melayu, khususnya negeri Terengganu. Pahang yang juga merupakan negeri yang bermajoritikan orang Melayu juga telah memperlihatkan suatu pegangan agama yang jelas iaitu agama Islam. Hal ini turut dinyatakan dan dijelaskan oleh Abdullah Munsyi dalam lawatannya ke Pahang dimana ia menyatakan sudah wujud kelas-kelas mengaji oleh masyarakat Pahang pada ketika itu dengan pesat. Oleh itu, hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat Pahang sebelum dan selepas kedatangan kolonial adalah masih berpegang kepada ajaran islam serta mengamalkan hidup cara islam. Golongan cina dan Orang Asli di Pahang berpegang kepada agama masing-masing dan negeri Pahang turut melihat konsep kebebasan agama adalah perlu bagi mewujudkan keharmonian. 5.3 PENDIDIKAN 91 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 37 39 Dalam aspek pendidikan pula, perkembangan pendidikan di negeri Terengganu pada peringkat awalnya dikatakan agak terkebelakang berbanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung. Di Kelantan, sejak kedatangan British menjelang tahun 1904, tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.92 Kanak-kanak lelaki yang terdiri daripada mereka yang kelas menengah telah diajar membaca dan menulis dengan pembelajaran bersendirian serta pembelajaran A-Quran daripada Haji di Kelantan. Namun begitu, pada penghujung tahun, telah wujud satu sekolah yang kecil di daerah Kota Bharu yang dibina oleh kerajaan. Sekolah ini menekankan pembelajaran seperti membaca, menulis, ilmu kira-kira, elemen geografi yang mana setiap pembelajaran adalah secara percuma. Sekolah ini mempunyai seramai 83 orang pelajar dan selepas 4 tahun kewujudannya telah menjadikan golongan lelaki yang telah mempunyai pendidikan yang cukup dan diserap sebagai jawatan juru tulis di pejabat kerajaan. Sekolah lain yang ditubuhkan dengan bantuan kewangan kerajaan British juga dibina selepas itu. Sekolah-sekolah ini kebanyakannya mempunyai pertalian dengan masjid pusat. di mana suatu pembelajaran yang menggabungkan sekular dengan agama telah disediakan. Pedagang atau peniaga-peniaga di Kelantan telah mendirikan sekolah-sekolah khas untuk pendidikan anak mereka yang mana pembelajaran Inggeris telah dimasukkan sebagai elemen tambahan. Sehingga tahun 1915, hanya terdapat sebuah Sekolah Menengah Terengganu dengan jumlah muridnya sekitar 80 orang yang terdiri daripada murid lelaki.93 Terengganu adalah merupakan negeri yang lewat menerima perkembangan dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana adalah disebabkan oleh sikap masyarakat tempatan yang lebih mengutamakan pendidikan agama dan sistem pendidikan pondok. Masyarakat Terengganu yang pada awalnya sudah terdedah dengan pendidikan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu, percambahan sistem pendidikan ke arah pendidikan yang lebih bersifat moden adalah berkembang dengan perlahan di Terengganu. Namun begitu, perubahan sikap masyarakat terhadap penerimaan sistem pendidikan yang baru telah berlaku pada selepas perang. Penerimaan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan sekolah dan pendidikan terhadap anak-anak juga mula dititikberatkan. Selain wujudnya Sekolah Kebangsaan, penduduk kampung juga mengambil inisiatif membina sendiri sekolah92 Graham W.A, Kelantan: A State of The Malay Peninsula, Glasgow: J. Maclehose and Sons, 1907, Hlm 116 93 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 106 40 sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka.94 Sehingga tahun 1956, terdapat 54 buah Sekolah Rakyat dengan bilangan pelajar seramai 2,570 orang manakala Sekolah Kerajaan pula berjumlah 131 buah dan jumlah pelajar mencecah 30,228 orang.95 Peningkatan bilangan sekolah-sekolah di Terengganu telah membuktikan bahawa kesedaran terhadap kepentingan pendidikan mula dilihat dalam masyarakat Terengganu dan saranan pihak kolonial terhadap sistem pendidikan juga telah menyaksikan perkembangan dalam sistem pendidikan daripada bercorak tradisional dan keagamaan kepada yang lebih bersifat moden. Negeri Pahang juga adalah tidak terkecuali menyaksikan perkembangan pendidikannya. Pada peringkat awal, pendidikan di negeri Pahang hanya berkisar mengenai hal-hal yang berkaitan agama sahaja. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdullah Munsyi dalam siri pelayarannya ke Pahang yang mendapati bahawa telah terdapat kelas belajar Al-Quran96 yang mana dikendalikan oleh mereka yang lebih mahir dalam hal-hal keagamaan, dan hal ini adalah merupakan satu kemestian kepada masyarakat Melayu di Kelantan. Walaupun begitu, dalam pengenalan ilmu moden itu sendiri, masyarakat Pahang adalah antara negeri yang lambat dan perlahan perkembangannya pendidikannya. Walaupun Pahang adalah merupakan negeri di bawah negeri-negeri Melayu Bersekutu, namun sentuhan ke atas pendidikan di Pahang adalah tidak begitu menonjol berbanding di Perak dan Selangor yang sudah mempunyai sekolah-sekolah bagi anak golongan elit seperi Maktab Kuala Kangsar. Namun, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, barulah suatu sistem persekolahan yang jelas telah terwujud di Pahang. Hal ini telah dibuktikan pada tahun 1965 hingga 1974 menurut bancian terhadap bilangan sekolah aliran Melayu yang wujud di Pahang adalah pada jumlah yang sangat memberangsangkan iaitu pada tahun 1965 adalah sebanyak 268 buah sekolah dan telah meningkat kepada 279 buah sekolah pada tahun 1974.97 5.4 INFRASTUKTUR DAN PENGANGKUTAN 94 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 107 95 Ibid, Hlm 108 96 Kassim Ahmad, Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1981, Hlm 7-13 97 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 110 41 Semenjak kedatangan kuasa kolonial di Tanah Melayu, terutamanya di negeri-negeri pantai timur, telah menyaksikan bahawa ekonomi serta hal pentadbiran di negerinegeri ini telah diurus tadbir oleh golongan ini. Oleh itu, ekonomi yang telah diperkembangkan dan pemilikan konsensi-konsensi pihak British di Tanah Melayu sekaligus telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek sosial dan pembangunan. Oleh itu, bagi menggalakkan lagi pelaburan yang berterusan di Tanah Melayu, pihak British turut mempertingkatkan infrastuktur dan pengakutan bagi memastikan kelangsungan kegiatan ekonomi di negeri-negeri semenanjung Tanah Melayu. Namun, perkembangan ekonomi negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang yang agak perlahan juga mencerminkan perkembangan infrastukturnya yang turut perlahan kerana pihak British lebih menumpukan hal-hal penambahbaikan di negeri-negeri yang mampu memberikan pulangan yang besar kepadanya. Perkembangan ekonomi ini, kemudiannya telah menyebabkan pengangkutan cara tradisi tidak lagi dapat memainkan peranan yang memuaskan dan keadaan ini telah membawa kepada pengenalan sistem pengakutan kereta api. Negeri Kelantan, kemudahan infrastuktur yang telah dibangunkan oleh pihak British adalah perlahan dan terhad. Negeri Kelantan juga mempunyai pengangkutan seperti keretapi yang dibina dan digunakan sekitar 1910 sehingga 1930 iaitu tahap ketiga dalam perembangan keretapi di Tanah Melayu. Lanjutan landasan dari Prai ke Padang Besar dan dari Gemas ke Rantau Panjang atau Sungai Golok di Kelantan.98 Tahap ini telah memperlihatkan bahawa telah wujud hubungan terus Kelantan dengan keretapi Siam. Landasan-landasan ini kemudiannya telah menyebabkan pembukaan kawasan baru untuk tanaman getah, khasnya di Kedah, Perlis, Pahang dan juga Kelantan, serta membantu perluasan ekonomi ekstraktif secara besarbesaran. Pada tahun 1903, Syarikat Duff telah memohon kebenaran Pemerintah Kelantan untuk membina satu landasan keretapi dari Kuala Sungai Kelantan ke sempadan konsemsi syarikat tersebut di Hulu Kelantan, namun permintaan ini telah ditolak oleh Graham yang merupakan penasihat British, dengan alasan tidak mahu landasan keretapi dikawal oleh sebuah syarikat swasta. Kemudiannya, kerajaan NNM telah merancang melanjutkan sistem keretapi melalui Kuala Lipis ke Kelantan dan terus sampai ke sempadan Siam melalui Perjanjian Bangkok.99 98 Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm 29 99 Dengan perjanjian Bangkok, British bersetuju meminjamkan modal sebanyak empat juta dengan kadar faedah empar peratus setahun kepada Siam dan pinjaman akan diberi oleh NMB untuk membina landasan saiz meter dari Bangkok ke sempadan Kelantan. British bertujuan menghubungkan 42 Selain daripada keretapi, terdapat juga pembinaan jalan raya bagi menghubungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Pembinaan jalan raya ini dikatakan telah menjadi pesaing kepada sistem kereta api yang sudah sedia wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan raya yang dibina di Kelantan adalah dari Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh, yang mana dibina atas tujuan keselamatan. 100 Pada awalnya, jalan raya yang dibina adalah untuk mewujudkan komunikasi dan membuka tanah pertanian di negeri Kelantan. Kekurangan jaringan komunikasi yang meluas di Kelantan adalah merupakan punca berlakunya pemberontakan di Pasir Puteh pada tahun 1915. Hal ini kerana, pemberontakan ini telah mengambil masa selama sebulan untuk diredakan disebabkan jaringan komunikasi yang lemah antara Pasir Puteh dan Kota Bharu. Sebagai kesannya, jalan raya telah dibina di antara keduadua kawasan ini untuk tujuan keselamatan dan sekaligus memudahkan pihak pentadbiran mengawal selia keadaan di sana. Pada tahun 1911, pembinaan jalan raya juga telah dilakukan di kawasan Tumpat mengahala ke Kota Bharu dan sehingga ke tahun 1928, pembinaan ini telah dilengkapkan lagi dengan pembinaan jambatan yang lebih baik. Tahun 1928 pula menyaksikan bahawa telah bermulanya pembinaan jalan dari Pasir Puteh menuju ke Machang dan terus ke Temangan, yang sekaligus telah membawa laluan ke stesen kereta api Kuala Krai.101 Namun begitu, pembinaan landasan telah mendatangkan masalah kepada kerajaan Kelantan apabila Sultan terpaksa membayar ganti rugi kepada Duff pembinaan landasan telah melalui konsensi Duff.102 Oleh kerana Syarikat Duff mencari keuntungan melalui perjanjian tersebut dengan meminta ganti rugi yang tinggi, akhirnya Gabenor Negeri-negeri Selat telah memutuskan memberhentikan kerja pembinaan landasan melalui konsensi Duff. Sementara itu, satu landasan juga telah dibina dari Tumpat ke Tanah Merah di Kelantan dan pembinaan bermula pada tahun 1912 termasuk pembinaan dermaga di pelabuhan Tumpat. Pada tahun 1920, pembinaan jambatan merentasi sungai Kelantan berhampiran Tanah Merah telah dimulakan. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Semenanjung dan jambatan ini siap dibina pada November 1923 dan dibuka pada tahun 1924. Kemudiannya, pembinaan landasan sekali lagi di lanjutkan dari Manek Urai bersambung ke untuk bersambung ke landasan Kuala Krai. Walaupun pihak NMB sistem keretapi NMB dengan sistem keretapi Siam. 100 Amarjit Kaur, Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957, 1985, Singapura: Oxford University Press ,Hlm 85 101 Ibid, Hlm 92 102 Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm 32 43 dan Sultan mengharapkan bahawa landasan Pantai Timur akan menyebabkan pelaburan modal secara besar-besaran di Kelantan, tetapi hal ini tidak berhasil. Hal ini keranam landasan yang siap pada tahun 1931 adalah semasa zaman kejatuhan getah dan landasan tersebut dilihat tidak menguntungkan pelabur utama iaitu Syarikat Duff. Secara umunya, kemudahan yang tersedia di negeri Terengganu juga dilihat sangat terhad. Terengganu dari segi pengakutannya tidak seperti negeri Kelantan yang mempunyai jaringan keretapi yang banyak. Hal ini kerana, walaupun sudah wujud beberapa cadangan untuk melanjutkan perkhidmatan sistem keretapi ke Terengganu, namun cadangan ini tidak diteruskan. Ketidakberhasilan cadangan ini adalah disebabkan Terengganu tidak dianggap sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi ekonomi. Terengganu hanya mempunyai pertalian darat dengan pantai barat melalui jalan raya dengan Kelantan dan seterusnya ke Landasan Pantai Timur.103 Pada abad ke-20, kemudahan awam yang disediakan bukan sahaja tidak memuaskan bahkan sangat kurang. Melihat kepada aspek pengangkutan dan perhubungan, negeri Terengganu juga turut melalui fasa perkembangannya. Pembinaan jalan raya yang dilakukan adalah melibatkan kawasan Kuala Terengganu ke Bukit Yong di Pasir Puteh dan pembinaan ini adalah atas persetujuan antara negeri Terengganu dan Kelantan.104 Selain itu, jalan raya yang dibina di Bukit Yong juga mempunyai jalan yang menghala ke Machang dan kemudiannya ke Kuala Krai, telah menunjukkan bahawa negeri Terengganu juga akan dapat dihubungkan secara terus dengan negeri-negeri lainnya. Terdapat juga pembinaan jalan raya yang menghubungkan masyarakat daripada Kuala Terengganu ke Kuala Brang. Jalanjalan raya yang dibina di Terengganu adalah untuk memberikan sumber kepada majikan apabila keadaan ekonomi yang menekan dan juga menjadi jaringan komunikasi antara Kuala Terengganu dan Kuala Brang bagi membolehkan keduanya mendapatkan pentadbiran yang efektif. Namun begitu, pembinaan jalan raya yang telah diwujudkan di Terengganu masih belum mampu menyelesaikan kemelut permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Terengganu. Hal ini kerana, masih ramai penduduk Terengganu, khususnya mereka yang tinggal di luar bandar berdepan dengan masalah kesukaran jalan perhubungan Hal ini kerana, negeri Terengganu masih tiada jalan perhubungan 103 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015, Hlm 39 104 Amarjit Kaur, Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957, 1985, Singapura: Oxford University Press, Hlm 92 44 khasnya di kawasan-kawasan pendalaman yang menghubungkan Ulu Kemaman, Ulu Dungun, Ulu Terengganu dan Ulu Besut dengan Kuala Krai di sebelah utara dan Kuantan atau Gambang di sebelah selatan.105 Akibat daripada kesukaran perhubungan ini, ramai penduduk khususnya yang terdiri daripada kalangan petani menghadapi masalah bagi memasarkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan. Masalah perhubungan ini adalah merupakan salah satu punca yang menyebabkan ekonomi negeri ini terus kekal dalam bidang perikanan dan pertanian. Walaupun begitu, negeri Terengganu hanya menerima perubahan yang ketara setelah beberapa tahun merdeka iaitu pada 1970-an telah menyaksikan peningkatan dari segi taraf sosioekonomi yang lebih baik di negeri ini. Setelah tertubuhnya negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (NNMTB) yang terdiri daripada Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pihak British telah mengeluarkan satu dasar yang menggabungkan sistem keretapi negeri yang berasingan supaya dapat mengukuhkan penyatuan negeri-negeri tersebut.106 Oleh itu, negeri Pahang yang pada masa ini adalah dibawah negeri-negeri Melayu bersekutu turut mempunyai pengangkutan keretapi yang dibina. Landasan Pantai Timur ini, mula dibina pada tahun 1907, bermula di Gemas. Tahap pertama dari Gemas ke Bahau yang siap pada tahun 1910, dan kemudiannya membawa Gemas ke Tembeling satu landasan sepanjang 188.3km telah dibina, dan pembinaanya adalah sama dengan keretapi di Kelantan. Pada tahun 1917, selepas pembukaan landasan Kuala Lipis, hubungan terus dicapai antara Tembeling dengan Kuala Lipis. Dengan membolehkan ibu kota negeri Pahang mengadakan hubungan terus dengan ibu kota NMB, iaitu Kuala Lumpur. Kerajaan berharap pembukaan landasan ke Kuala Lipis akan membawa kemasukan modal ke negeri tersebut. Tetapi malangnya, oleh keranan keadaan perang di Eropah, Pahang tidak mengalami pelaburan modal secara besar-besaran.107 Di Pahang, landasan daripada Kuala Lipis ke Merapoh telah dibuka pada 1927 yang terletak di sempadan antara Pahang dan Kelanta Pembinaan jalan raya di Pahang juga telah berlaku sejak dari awal yang bertujuan untuk menghubungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain dengan harapan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Jalan raya dibina sebagai suatu kaedah yang cepat untuk merangsang masyarakat di Pahang untuk keluar bekerja, 105 Nordin Hussin, Roslelawati Abdullah, Perkhawinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2015Hlm 105 106 Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm 22 107 Ibid, Hlm 39 45 dan mereka tidak seharusnya dikatakan terikat dengan keadaan mundur di kampung, sebaliknya mengambil kesempatan di atas perkembangan ekonomi yang berlaku. Pembangunan dan pembinaan jalan-jalan raya di Pahang adalah berdasarkan keadaan ekonominya. Pada sebelumnya, Pahang dikatakan kurang dalam pembinaan keretapinya adalah kerana pihak British melihat bahawa ianya tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Pembinaan jalan raya di Pahang telah menghubungkan negeri Pahang dengan negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu. Jalan raya yang dibina ialah dapat dihubungkan ke Pahang seperti jalan raya yang bermula dari Kuala Kubu di Selangor menuju ke Kuala Lipis di Pahang telah sepenuhnya dibuka pada tahun 1898.108 Jalan raya ini telah menghubungkan daratan antara pemodal dalam setiap negeri dengan kawasan bijih timah di Ulu Pahang yang sudah mempunyai jalan alternatif tujuan penghantaran jentera daripada pantai barat ke kawasan bijih timah. Pembinaan jalan yang paling utama adalah antara timur ke barat iaitu daripada Kuantan ke Benta dan jauhnya adalah dalam 150 batu dan pembinaan jalan ini telah siap pada tahun 1915. Di Pahang, selepas jalan raya dibina dan menjadi agensi pengangkutan yang utama, dan peningkatan akses terhadapnya telah membuka lebih banyak kawasan untuk tujuan pelaburan.109 6.0 ANALISIS Setelah membincangakan berkenaan perkembangan ekonomi yang berlaku di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, didapati bahawa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang turut mempunyai perkembangan sosioekonominya yang tersendiri. Kegiatan ekonomi di negeri-negeri ini sememangnya adalah bergantung kepada aspek geografi serta cuacanya. Oleh itu, jika melihat kepada aspek ini boleh dikatakan bahawa kedudukan negeri-negeri di pantai timur 108 Amarjit Kaur, Seabad Keretapi Di Malaysia, 1985, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, Hlm 87 109 Ibid, Hlm 90 46 yang dikelilingi dengan sungai-sungai dan laut adalah merupakan kedudukan negeri yang strategik kerana berdekatan dengan sumber utama. Negeri pantai timur juga mempunyai cuaca yang lembab dan kering sepanjang tahun di samping mempunyai taburan hujan yang banyak dan menerima angin monsun yang akan berlaku pada setiap penhujujung tahun iaitu pada bulan Oktober, November dan Disember. Sememangnya hal ini amat mempengaruhi kedudukan dan perkembangan ekonomi negeri-negeri di pantai timur seluruhnya. Melihat kepada perkembangan ekonomi masyarakat pantai timur, pada awalnya sama seperti negeri-negeri di pantai barat, iaitu menekankan ekonomi jenis sara diri dan perolehan hasilnya hanya sekadar cukup untuk menampung keperluan diri sendiri dan keluarga. Hal ini telah dibuktikan apabila ekonomi masyarakat di sesebuah kawasan itu hanya sedikit dan berskala kecil. Perolehan pendapatan harian mereka juga adalah sedikit dan tiada lebihan hasil. Namun, ekonomi di pantai timur tidak hanya melihat kepada aspek sara diri ini sahaja, masyarakat di pantai timur telah mempunyai perkembangan ekonominya sejak abad ke-19. Hal ini dimana telah terdapat perkembangan ekonomi yang membawa kepada aktiviti jual beli di pasar-pasar. Barangan yang dijual di pasar adalah datangnya daripada hasil yang diusahakan oleh masyarakat setempat itu sendiri. Seperti contoh ialah perolehan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasar adalah daripada hasil yang ditanam oleh pekebun. Manakala, daging-daging lembu dan ayam, itik yang dijual di pasar-pasar juga adalah merupakan hasil yang didapati daripada kegiatan ternakan. Seterusnya, barang pembuatan seperti tenunan kain, songket dan sutera juga diperoleh daripada hasil yang dilakukan oleh masyarakat Melayu wanita di negeri pantai timur seperti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan. Hasil-hasil hutan yang dijual juga adalah diperolehi daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu pantai timur yang menggunakan sumber hutan yang sedia ada dengan sebaiknya sebagai sumber ekonomi. Perkembangan ekonomi di negeri-negeri pantai timur juga kemudiannya dapat dilihat setelah abad ke-20 iaitu zaman kedatangan kuasa besar Eropah iaitu British ke Tanah Melayu bagi mengaut keuntungan. Pada awalnya, kehadiran mereka hanyalah dengan tujua untuk berdagang dan memiliki pasaran, konsensi serta melakukan pelaburan dalam ekonomi-ekonomi di Alam Melayu. Namun, menjelang abad ke-20, matlamat British yang ingin mengaut keuntungan adalah semakin agresif sehinggakan menyebabkan mereka cuba mencampuri urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Dasar campur tangan yang dilakukan ini 47 kemudiannya akan menyebabkan penguasaan kerajaan British dan pegawaipegawainya secara terus dalam setiap aspek di Tanah Melayu, terutamanya dalam hal ekonomi. Pihak British melihat bahawa negeri-negeri di Tanah Melayu mempunyai potensi besar dalam kegiatan ekonomi yang mendatangkan keuntungan seperti bijih timah dan getah. Oleh itu, pihak British adalah kuasa yang bertanggungjawab dalam mengubah landskap ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya, iaitu daripada kegiatan ekonomi yang berasaskan kelautan, kepada ekonomi yang berasaskan tanah daratan. Perkembangan ekonomi di pantai timur juga telah berlaku seiringan dengan kehadiran kuasa British ini, namun pencapaiannya adalah tidak setanding dengan negeri-negeri di pantai barat yang lainnya. Walaupun kehadiran kuasa British ke Semenanjung Tanah Melayu mampu mengubah ekonomi di negeri-negeri pantai timur ke arah yang lebih baik, namun perubahan yang dilakukan adalah sangat terhad. Negeri-negeri di pantai timur masih terkebelakang, dan masih mundur berbanding negeri-negeri lainnya. Hal ini adalah kerana ketidakseimbangan ekonomi kolonial di Tanah Melayu. Pihak British yang menjalankan pembangunan yang tidak sekata di negeri-negeri semenanjung Tanah Melayu kemudiannya akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan terhadap ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan apabila, negeri-negeri di pantai barat adalah lebih maju dan membangun dari sudut ekonominya berbanding dengan negeri-negeri di pantai timur itu sendiri. Corak pembangunan ekonomi yang dilakukan oleh pihak British hanya menekankan pembangunan sesebuah wilayah yang dilihat memberi kepentingan dan keuntungan kepadanya, manakala yang tidak memberikan keuntungan dan tiada potensi akan disishkan dari aspek kemodenan. Oleh itu, telah wujud selepas kedatangan British di mana negeri-negeri pantai barat adalah merupakan negeri yang maju dan mempunyai kegiatan ekonomi yang baik, kegiatan pelaburan yang tinggi, serta kemudahan infrastuktur yang baik. Manakala, negerinegeri di pantai timur hanya negeri yang dibiarkan tanpa pembaharuan ekonomi dan sosial yang menyeluruh ke atasnya. Hal ini dilihat amat menjejaskan ekonomi masyarakat di pantai timur, apabila kekurangan kemudahan infrastuktur ianya akan menyukarkan kegiatan-kegiatan ekonominya kerana kebanyakan ekonomi yang dijalankan melibatkan kawasan pendalaman. Walaupun sudah wujud pengangkutan seperti kereta api yang dihubungkan di negeri-negeri pantai timur ini, namun kewujudannya masih tidak mampu untuk mengubungkan antara kawasan bandar dengan kawasan pendalaman. Keadaan ini merupakan punca terbesar di mana ekonomi pantai timur tidak mencapai kejayaan, kerana tiada pelaburan syarikat- 48 syarikat asing yang berminat untuk menjalankan kegiatan ekonomi di negeri-negeri ini. Tanpa pelaburan-pelaburan syarikat asing ini, seterusnya memperlihatkan bahawa negeri-negeri pantai timur hanya menjalankan kegiatan ekonomi yang melibatkan masyarakat setempat yang tidak memberi pulangan yang besar. Selain itu, dapat kita lihat bahawa negeri-negeri di pantai timur dilihat terkebelakang adalah kerana faktor dalaman negeri itu sendiri. Faktor yang dapat dilihat ialah faktor geografi dan demografi. Walaupun negeri pantai timur dikelilingi dan berdekatan dengan sungai, namun kondisi tanahnya yang tidak subur sudah terbukti apabila pelbagai tanaman tidak memberikan hasil yang banyak. Selain itu, keadaan cuaca di pantai timur yang menerima hujan paling banyak dan berlakunya angin monsun adalah penghalang kepada dapatan hasil ekonomi yang baik kerana berlaku masalah banjir setiap tahun. Keadaan ini bukan hanya merugikan hasil tanaman dan hasil ekonomi tetapi turut melumpuhkan keadaan ekonomi negeri tersebut apabila terpaksa berdepan dengan kerugian yang tinggi. Tidak dinafikan, faktor demografi yang bermajoritikan penduduk Melayu di negeri-negeri pantai timur juga adalah merupakan punca negeri-negeri ini tidak mampu untuk bersaing. Hal ini kerana, masyarakat Melayu yang dikatakan malas, tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ekonomi serta ketiadaan pendidikan telah menyebabkan kelembapan ekonomi di negeri-negeri pantai timur yang mana pada akhirnya golongan ini hanya bergiat dalam kegiatan pertanian dan perikanan. Secara keseluruhannya, walaupun terdapat banyak faktor yang membawa negeri-negeri pantai barat jauh daripada pemodenan, namun sejak kedatangan British dan selepas kemerdekaan telah berlaku beberapa perubahan yang sedikit sebanyak telah membawa negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang keluar daripada kemelut kesmiskinan. 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, perkembangan ekonomi di semenanjung Tanah Melayu khusunya negeri-negeri di pantai timur dilihat berada di puncak perubahan adalah selepas penguasaan British. Kedatangan dan penguasaan British ke atas negeri-negeri di pantai timur telah mencorakkan keadaan sosioekonomi yang sangat berbeza berbanding dengan keadaan sebelumnya. Kemunculan pasaran industri di Eropah yang memerlukan keluaran baru dari rantau ini telah mengalihkan penegluaran dan perdagangan dari pantai timur ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Negerinegeri pantai timur dikatakan gagal menyaingi pasaran Eropah kerana kekurangan 49 bahan mentah untuk pasaran industri. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kegagalan ini telah membawa negeri-negeri di pantai timur kepada suatu corak ekonomi yang berbeza dengan negeri pantai barat, di mana penekanan kegiatan ekonominya adalah terhadap kegiatan pertanian, perikanan, pembuatan semata-mata. Masyarakat pantai timur yang mundur dari sudut ekonominya telah menyebabkan kemunduran turut berlaku kepada aspek sosial. Hal ini dilihat telah memburukkan keadaan, apabila kemudahan asas dan infrastuktur di negeri-negeri ini yang berada pada tahap rendah telah menyebabkan negeri-negeri di pantai timur ini tergolong antara negeri yang termiskin di Semenanjung. Kesemua aspek yang telah dibincangkan telah memperlihatkan sejauhmana pencapaian ekonomi dan sosial di negeri-negeri pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Jangka masa abad ke-18 hingga awal abad ke-20 telah menyaksikan perubahan serta perkembangan ekonomi di negeri-negeri pantai timur ini secara keseluruhan. Selain perubahan ekonomi, perubahan sosial juga turut berlaku apabila terdapat perkembangan yang turut dibincangkan dalam aspek demografi, agama, pendidikan dan kemudahan infrastuktur. Bagi masyarakat negeri-negeri ini, adalah sukar untuk mereka membaiki taraf kehidupan dalam jangka masa yang singkat selepas mereka dikatakan ketinggalan untuk satu tempoh yang panjang dan selepas negera mencapai kemerdekaan, mereka terpaksa pula bersaing dengan negerinegeri yang jauh lebih maju. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ini pembangunan dan perkembangan sosioekonominya berlaku secara perlahan dengan mengambil masa yang agak panjang. 8.0 RUJUKAN Amarjit Kaur. 1985. Bride and Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957. Singapura: Oxford University Press. Amarjit Kaur. 1985. Seabad Keretapi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Badariah Salleh. 1990. Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes Ke Atas Imperialisem Industri Getah Di Tanah Melayu dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib 50 Ahmad, Kolonialisme Di Malaysia Dan Negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Drabble John H. 2000. An Economic History of Malaysia 1800-1990: The Transition To Modern Economic Growth. New York: St Martin’s Book. Graham W.A. 1907. Kelantan: A State of The Malay Peninsula. Glasgow: J. Maclehose and Sons. Jim Baker. 1999. Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore: Times Books International. Kassim Ahmad 1981. Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan dan Ke Judah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Khazin Mohd Tamrin. 1992. Javanese Labour And The Development Of Malaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Lim Teck Ghee. 1977. Peasant And Their agricultural Economy In Colonial Malaya 1874-1941. London: Oxford University Press. Nordin Hussin. 2008. Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka Kepada Perdagangan Dunia, Asia Dan Dunia Melayu. Bangi: Akademika, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Hussin. 2008. Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah Di Selat Melaka 15001800. Bangi: Journal SARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Hussin. 2011. Perdagangan Dan Peradaban Di Laut Malayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Hussin. Roslelawati Abdullah. 2015. Perkahwinan Dan Penceraian Di Terengganu 1950-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nordin Hussin. Roslelawati Abdullah. 2015. Perkahwinan Dan Perceraian Masyarakat Melayu Terengganu 1950an‒1970an. Bangi: Kajian Malaysia Vol 32, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nordin Hussin. 2007. Trade and Society In The Straits Of Melaka. Singapore: NUS Press. 51 Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan, 17761842. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Shaharil Talib. 1984. The Trengganu Experience 1881-1941. Singapura: Oxford University Press. Timothy P. Barnard. 2004. Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries. Singapore: NUS Publishing. Uqbah Iqbal. Nordin Hussin. Ahmad Ali Seman. 2015. Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial. International Journal of the Malay World and Civilisation. W. Linehan. 1936. A History of Pahang. Kuala Lumpur: The Malayan Branch of The Royal Asiatic Society. Wong Lin Keng. 1965. The Malayan Tin Industry To 1914. University of Ariziona Press.

Judul: Ekonomi Dan Masyarakat Negeri-negeri Pantai Timur (kelantan, Terengganu, Dan Pahang)

Oleh: Juita Zain


Ikuti kami