Kaedah Penulisan Pujangga Islam Aqhas Dalam Isu Semasa Ekonomi Dan Sosial

Oleh Muhammad Yusri Salleh

109,5 KB 8 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Kaedah Penulisan Pujangga Islam Aqhas Dalam Isu Semasa Ekonomi Dan Sosial

Kaedah Penulisan Pujangga Islam AQHAS dalam Isu Semasa Ekonomi dan Sosial Muhammad Yusri Yusof @ Salleh 1,Nooraileen Ibrahim 2, Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin3 , Abdul Munir Mohamed Noh4, Paiz Hassan 5 1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),UiTM (Perak), Malaysia 2 Akademi Pengajian Bahasa (ACIS),UiTM (Perak), Malaysia 3 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),UiTM (Perak), Malaysia 2 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),UiTM (Perak), Malaysia 3 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),UiTM (Perak), Malaysia yusri613@perak.uitm.edu.my Abstrak AQHAS adalah antara nama pena yang tidak asing dalam penulisan dan penerbitan Islam di Malaysia. Ia adalah singkatan daripada nama seorang Pujangga Islam iaitu Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh yang merupakan seorang penulis, penterjemah, pencetak dan penerbit karya-karya Islam yang bermutu. Antara nama penanya yang lain adalah Pujangga Islam dan Doktor Ruhani. Objektif Kajian Kajian ini bermatlamat mengkaji kaedah penulisan kepada dua penulisan AQHAS yang berkaitan isu semasa ekonomi dan sosial dan satu hasil penterjemahan yang diusahakannya. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian kepustakaan dan temubual sebagai instrumen kajian. Kajian kepustakaan menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan tokoh ini samada dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja persidangan. Temubual dijalankan kepada tokoh menggunakan Kaedah Temu bual Terperinci (In-dept Interview) digunakan di mana penyelidik menemubual berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Pendekatan kajian teks (matan) juga digunakan bagi meneliti pemikiran beliau terhadap isu-isu yang dibincangkan. Hasil kajian Kajian ini memberi nilai tambah kepada pengkajian tokoh dengan memfokuskan kepada sumbangan beliau mendepani isu semasa ekonomi dan sosial. Biodata AQHAS Nama sebenar AQHAS ialah Abdullah Al-Qari Bin Hj. Salleh. Beliau merupakan seorang penulis berprolifik dalam pelbagai lapangan ilmu dan mengahsilkan banyak karya-karya bermutu. Beliau dilahirkan pada sebelah pagi hari Ahad pada 26 Disember 1937 bersamaan dengan 23 Syawal 1356 H di Kampung Kubang Kerian, Mukim Kenali, Kelantan ( AQHAS: Temubual 8 Mei 2015 ). Abdullah al-Qari dibesarkan dalam suasana pendidikan Islam. Beliau telah khatam alQuran pada usia yang masih muda dengan bapanya Hj. Salleh. Sejak berusia sepuluh tahun, beliau mula belajar bahasa Arab, tajwid al-Quran serta ilmu hadis ( Afifah Bt. Ahmad Najib, 2012 ). Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kelantan dari tahun 1946 sehingga tahun 1951. Pada tahun 1949-1951, beliau belajar ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab di Pondok Kenali dan Madrasah Ahmadiyyah ( Afifah Bt. Ahmad Najib, 2012). Pada tahun 1952, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Melayu Kota ( Jelasin ) diperingkat darjah tujuh dan berjaya memperolehi Pangkat Satu apabila menamatkan pelajaran. Pada tahun itu juga, beliau belajar di Pondok Madrasah Al-Ahmadiyyah Bunut Payung pada waktu malam. Beliau mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan hadis daripada Tuan Guru Hj. Abdullah Tahir B. Hj. Ahmad iaitu salah seorang murid Tok Kenali. Beliau juga belajar hadis daripada Ustaz Hj. Ab. Rahman al-Khudri B. Ibrahim yang berasal dari Temerloh, Pahang. Ustaz Hj. Ab. Rahman al-Khudri banyak memberikan galakan kepada beliau untuk menulis dalam bidang agama ( Seminar Pencinta Buku Malaysia, 2010 ). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sekolah Arab Jami’ Merbau, Kota Bharu ( Afifah Bt. Ahmad Najib 2012 :hlm 19 ). Beliau telah berjaya mendapat Sijil Kursus Persekolahan Melayu ( T.U.O.S ), iaitu sijil perguruan pada tahun 1956. Seterusnya, beliau mengambil peperiksaan untuk menjadi guru pakar bahasa dan sastera di Maktab Perguruan Bahasa ( L. I. ), Kuala Lumpur pada tahun 1959 untuk menjadi guru sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1974, beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan ( S.T.P.) dan lulus cemerlang. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Islam di Fakulti Sastera pada tahun 1974 ( Afifah Bt. Ahmad Najib 2012 : hlm. 19-20 ). Beliau memasuki Universiti Malaya semasa usianya 40 tahun dan di universiti, beliau juga menyumbang penulisan untuk majalah universiti (AQHAS: Temubual 8 Mei 2015). Beliau telah menamatkan pelajarannya pada tahun 1977 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam ( Kepujian ) dan mendapat anugerah Mahasiswa Terbaik ( Afifah Bt. Ahmad Najib, 2012). Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan semasa berumur 15 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai guru oleh Jabatan Pelajaran Negeri di Sekolah Melayu Kubang Kerian di Kota Bharu ,Kelantan pada usia yang sama. Karya pertama beliau ialah “Islam Agama Persatuan dan Demokrasi” yang telah diterbitkan oleh Pustaka ASA Kenali, Kubang Kerian pada tahun 1953. AQHAS telah terlibat dalam bidang penulisan selama 60 tahun dan berjaya menyampaikan ilmu, dakwah dan mesej Islam kepada masyarakat menerusi buku-buku yang dihasilkan. Buku beliau dalam pelbagai bidang ilmu berjumlah 310 buah telah diterbitkan dan berada di pasaran. Semua buku-buku tersebut lengkap mengandungi nama pengarang, tahun terbitan, tajuk buku, tempat serta nama penerbit. Penulisan beliau setakat ini berjumlah 325 buah berdasarkan data-data yang bejaya dikumpulkan sehingga tahun 2012. (AQHAS Temubual: 8 Mei 2015). Dari tempoh 1952 hingga kini, beliau Berjaya menghasilkan buku saban tahun. Semasa kajian dijalankan, terdapat 125 manuskrip yang siap ditulis untuk diterbitkan. Latar Belakang Kajian ini menumpukan kepada tiga hasil karya ustaz Abdullah al-Qari (AQHAS) iaitu dua daripadanya merupakan hasil karyanya sendiri manakala sebuah lagi merupakan karya terjemahan. Karya yang pertama ialah Membanteras Kegiatan Rompak Curi, Mendadah : Rahsia Penyelamat Milik Harta. Bagaimana Mendapat Kembali Barang Yang Dicuri dan Hilang?. AQHAS menulis buku ini kerana melihat kepada persekitaran masyarakat yang terdedah kepada kejadian kebakaran, kecurian, pembunuhan, rompakan dan lain-lain. Beliau membawa kita supaya sentiasa muhasabah diri, berlapang dada dan redha terhadap segala musibah yang menimpa kita. Di samping itu, beliau turut mencadangkan kepada masyarakat amalan-amalan, doa-doa dan wirid untuk melindungi harta benda. Karya kedua beliau berjudul 47 Sumber Murah Rezeki Mudah Kaya & Punca Berkat Menurut Islam. Beliau cuba membawa dari satu sudut pandangan lain berkaitan dengan sumber rezeki iaitu berakhlak mulia, sikap, amalan soleh, berbelanja dan pengorbanan dalam Islam. Kesemuanya merupakan sumber rezeki sampingan bagi memperolehi pendapatan dan mengumpul kekayaan. Bagi beliau penggunaan tenaga fizikal untuk mendapatkan rezeki tidak memadai sekiranya tidak disertai dengan aktiviti keagamaan. Beliau menyenaraikan 47 perkara dalam keagamaan yang boleh mendatangkan rezeki kepada masyarakat Islam. Karya ketiga beliau merupakan terjemahan daripada buku mafatih al-Rizq fi Dhau’i alkitab wa al-Sunnah karya Dr Fadhl Ilaahi yang bermaksud pembuka 10 Kunci Mudah Kaya. Beliau menegaskan amalan salih merupakan punca rezeki bagi menambahkan pendapatan tanpa kita sedari. Beliau membuat teguran kepada masyarakat yang memilih jalan salah dalam pemerolehan harta benda. Ini kerana masyarakat pada hari ini sangat bergantung kepada kegiatan ekonomi kebendaan semata-mata tanpa melihat kepada amalan-amalan salih. Kaedah Penulisan Pujangga Islam AQHAS dalam Isu Ekonomi Semasa Antara kaedah penulisan AQHAS adalah: 1. Menulis kerana Allah SWT Ketika ditanya berapakah jumlah karyanya hingga kini, beliau menegaskan yang beliau tidak pernah mengira jumlah sebenar karyanya, bahkan beliau menegaskan untuk menjadi seorang pengarang yang baik, kuantiti bukanlah ukuran tetapi sifat ikhlas diperlukan untuk mendapat bantuan daripada Allah. Beliau meletakkan beberapa hadis Nabi yang berkaitan ikhlas di ruang kerja beliau. Ukiran khat hadis masyhur iaitu hadis pertama dalam kitab Sahih Bukhari berkaitan dengan dengan niat telah diukir dan dipahat pada sepotong papan dan diletakkan di ruang kerja beliau. Ukiran tersebut dipahat sendiri oleh beliau ketika waktu lapang dan setelah penat membaca dan menulis. Selain daripada itu, pada pengantar bukunya dinyatakan “Dalam pada itu, kita perlu ingat bahawa dalam melakukan sesuatu amalan soleh, kita disuruhnya melakukan dengan ikhlas semata-mata mencari keredaan Allah SWT tanpa memperhitungkan kepentingankepentingan duniawi, agar segala amalan yang kita lakukan adalah diterima dan dinilai oleh Allh SWT dengan sebaik-baiknya (tidak disiasiakan)” (AQHAS, 2010) 2. Merujuk Kepada Al-Quran Ustaz Abdullah al-Qari dalam temubual yang dilakukan telah menegaskan al-Quran adalah kitab ilmu pengetahuan. Beliau pada asasnya akan mencari ayat-ayat al-Quran secara tematik dengan merujuk kepada dua kitab asas iaitu kitab Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Quran al-Karim karangan Muhammad Fuad Abd Baqi dan Fathul al-Rahman li Talib Ayatil Quran karangan Ilmi Zadah Fayd Allah al-Husna bagi mencari ayat-ayat alQuran yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Perkara ini jelas ketika beliau menulis berkaitan melaksanakan seluruh undang-undang Allah SWT: “Ya, Allah SWT mengutuskan para rasul dan menurunkan kepada mereka kitab suci bukanlah untuk pameran atau dibaca dan dilagukan saja, tetapi untuk difahami dan di amal serta dilaksanakan segala undang-undangnya sebagaimana telahpun dilaksanakan di Zaman Hayat Nabi SAW...” (AQHAS, 2010) 3. Berpegang kepada al-Hadis dan mentarjihkan Hadis yang digunakan Kecenderungan Ustaz Abdullah al-Qari terhadap hadis dapat dilihat dengan jelas dalam karya-karyanya. Beliau sentiasa mengutamakan hadis-hadis sahih di dalam penulisannya. Jika beliau mengambil hadis dari selain Bukhari dan Muslim, beliau akan menyatakan taraf hadis-hadis tersebut. Beliau juga amat meminati hasil-hasil penulisan Shaykh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Koleksi peribadi Kutub Sittahnya selain daripada Bukhari dan Muslim adalah yang telah ditakhrij hadisnya. Beliau mempunyai rak khusus yang menempatkan kitab-kitab Sunan Sittahnya untuk memudahkan rujukan dibuat. Kecenderungan beliau terhadap hadis shahih dapat dilihat pada kata pengantar salah sebuah bukunya yang bertajuk Aneka Amalan Manfaat Selepas Mati Menurut al-Quran dan al-Sunnah: “ Apakah amalan atau bekalan yang benar-benar boleh menolong atau menjamin manfaat kepada kita di sana; dan seterusnya apakah pula amalan yang sungguh-sungguh boleh menolong kita selepas mati menurut sumber Kitab Suci Al-Quran dan al-Hadis yang Sahih, tidak berdasarkan amalan rekaan atau bidaah” (AQHAS 1993) 4. Mengambil amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu terdahulu AQHAS amat menghargai pusaka dan khazanah silam berkaitan dengan amalan-amalan generasi terdahulu. Antara rujukan yang dibuat kebanyakannya terhadap karya-karya melayu tradisional yang diolah oleh pengarang-pengarang baru dan juga karya-karya saduran daripada timur tengah yang menjurus kepada perubatan berasaskan rukyah dan tradisional masyarakat Melayu. Ini jelas dapat dilihat daripada penulisannya ketika menghuraikan khasiat air zam zam (AQHAS, 2010): “caranya sesudah minum, maka diniat dan dipohon kepada Allah akan sesuatu hajat seperti murah rezeki, terlepas dari bebanan hutang dan sebagainya. Sebaik-baiknya semasa minum dada mengadap kiblat dan membaca permulaan dan penutup doa. Untuk selanjutnya sila tatapi buku kami bertajuk: Rahsia dan Khasiat Zam Zam, Zaitun dan TamarAwet Muda.” 5. Mencontohi Amalan Nabi SAW dan para salafussaleh Selain daripada itu, beliau juga banyak merujuk kepada kitab-kitab hadis bagi mengetahui amalan Nabi SAW, para sahabat, tabien dan salafussaleh terhadap perkara yang dibincangkan. Beliau juga menyarankan supaya sifat ‘suhbah al-shaykh’ atau duduk bersama ulul albab di jadikan amalan (AQHAS, 2010). Kecenderungan beliau dapat dilihat daripada penulisannya: “ sesungguhnya duduk bersama ulama’ atau ilmuan atau orang-orang soleh itu, membentukan seseorang yang bersifat tawadduk (merendah diri) dan penyantun (tidak lekas marah). Demikianlah juga perbincangan dengan mereka mengajarkan taktik untuk seseorang memperoleh kekuatan rezeki (kekayaan). Di kala seseorang mencari sumber-sumber untuk memperoleh kekayaan daripada pengkaji Islam dan pengkaji ekonomi (yang soleh); maka menarikkan mereka bersifat amanah dan benar; maka tarikan ini membawa banyak faedah dan guna.” 6. Menggunakan konsep inzar yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah AQHAS seperti mana yang telah dihuraikan, menggunakan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas penulisannya. Ketika membincangkan masalah yang boleh mengganggu sistem ekonomi sedia ada, beliau memberikan fokus kepada konsep inzar atau peringatan daripada Allah SWT kepada pelaku perbuatan tersebut. Beliau dengan jelas, mengemukakan hukuman-hukuman yang dijanjikan oleh Alah SWT sama ada di dalam Quran mahupun Sunnah. Ini dapat dilihat dengan jelas ketika beliau menghuraikan ayat surah al-Maidah: 38 berkaitan hukuman kepada pencuri (AQHAS, 2010(a)) : “Hukum potong tangan di atas adalah bertujuan untuk melenyapkan kegiatan mencuri yang berlaku dalam masyarakat manusia; sebab ia merugikan pemiliknya dan menimbulkan pergaduhan dan kekeruhan dalam masyarakat, seandainya ada orang yang sanggup dipotong tangannya sebab mencuri, maka adalah suatu keadilan, di mana dia telah mengetahui kedudukan timbal balik hukuman: mengapa dia sanggup menyakit dan mencederakan anggota tubuhnya sendiri yang diberikan daya oleh Allah untuk bekerja dan mengurus kehidupan” 7. Penterjemahan daripada karya yang berbahasa Arab Kesungguhan beliau dalam mendepani isu-isu ekonomi adalah terlihat dengan usahanya menterjemahkan karya yang disifatkan pengantar kepada pencarian rezeki khusus untuk pembaca yang tidak boleh membaca karya asal dalam bahasa arab. Penyusunan dan penggunaan kalimah yang mudah dan sistematik dapat menarik perhatian peminat dan pembaca kepada buku. Antara buku yang diterjemahkan oleh AQHAS adalah mafatih alrizq fi dhau al-kitab wa al-sunnah karangan Dr Fadhil Ilaahi. Ini dapat dilihat daripada kata pengantar pada karya tersebut (AQHAS, 2005): “ di mana dengan panduan ini umat islam dapat melengkapkan lagi usaha pembangunan ekonomi yang dapat memajukan kehidupan keluarga dan kehidupan bernegara yang menjadi teras kepada pembinaan dan kejayaan umat Islam sendiri. Semoga buku ini akan memberi sumbangan yang sewajarnya bagi pembaikan dan perkembangan ekonomi umat Islam bagi tujuan lebih unggul ialah mewujudkan keadilan sosial dan tegaknya hukum Allah.” Kesimpulan Ustaz Abdullah al-Qari bukan sahaja tokoh dalam bidang keagamaan tetapi beliau juga tokoh dalam memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan. Kepekaan beliau kepada persekitaran dan masyarakat mendorong beliau untuk mengulas isu-isu masyarakat dalam bentuk penulisan. Sebab itu tidak menghairankan jumlah penulisan beliau hampir mencecah 350 buah buku. Permasalahan ekonomi yang sering melanda individu mahupun masyarakat dikupas dalam bentuk yang mudah berpandukan al-Quran dan alSunnah bagi mencapai baldatun thaiyibatun wa rabbun ghafur. Rujukan Abdullah al-Qari Haji Salleh (2010).47 sumber murah rezeki, mudah kaya dan punca berkat menurut Islam. Batu Caves: Al-Hidayah Publishers. Abdullah al-Qari Haji Salleh (2005). Pembuka 10 Kunci Mudah Kaya. Terjemah Mafatih al-Rirq fi Dhau’i al-Kitab wa al-Sunnah, Dr Fadhl Iiaahi. Batu Caves: AlHidayah Publishers. Abdullah al-Qari Haji Salleh (2010). Membanteras Kegiatan Rompak Curi, Mendadah : Rahsia Penyelamat Milik Harta. Bagaimana Mendapat Kembali Barang Yang Dicuri dan Hilang?. Batu Caves: Al-Hidayah Publishers. Afifah Bt. Ahmad Najib ( 2012 ), Haji Abdullah al-Qari : Sumbangan Beliau Dalam Bidang Penulisan. ( Latihan Ilmiah ) Kuala Kubu Bharu : Darul Quran JAKIM LAMAN WEB Seminar Pencinta Buku Malaysia ( 2010 ) http://www.scribd.com/doc/37917220/Biodata-Ustaz-Abdullah-Al-Qari#scribd ) ( TEMUBUAL Temubual bersama AQHAS pada 8 Mei 2015 jam 9.00-11.15 pagi di rumahnya di Lorong Kenali, Kubang Kerian

Judul: Kaedah Penulisan Pujangga Islam Aqhas Dalam Isu Semasa Ekonomi Dan Sosial

Oleh: Muhammad Yusri Salleh


Ikuti kami