Menghuraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jepun Dan China Abad Ke

Oleh Xaxa Melanie

76,3 KB 9 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Menghuraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jepun Dan China Abad Ke

Menghuraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jepun Dan China Abad ke 16 SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN Pendahuluan Struktur muka bumi Jepun yang bergunung –ganang dipenuhi dengan banjaran gunung yang tinggi dan berbukit- bukau menyebaban kawasan tanah semulajadi untuk kegiatan pertanian hanyalah dua puluh peratus sahaja. Namun begitu, kegiatan pertanian masih menjadi tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke 16. Bagi negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih tertumpu kepada negara- negara Asia Timur dan Asia Tenggara bagi mengawal masyarakatnya, serta daimyo – daimyo dibawah kekuasaan shogun. Jepun membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan mengenakan pelbagai peraturan.  Pertanian Padazaman Kamakura, kegiatan pertanian mengalami perkembangan pesat yang telah menyebabkan pengeluaran hasil pertanian meningkat. Di samping itu, petani- petani juga terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman. Antara tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan, gandum, barli, teh dan sayur-sayuran. Penanaman utama ialah padi sawah kerana Jepun beriklim sederhana dan ditanam setahun sekali iaitu ditanam pada musim bunga dan dituai pada musim luruh. Selain itu, tanaman yang paling popular di Jepun pada zaman ini ialah teh. Menjelang zaman Ashikaga, kegiatan pertanian mengalami perkembangan pesat kerana penanaman dua tanaman setiap tahun dilaksanakan. Di mana, gandum dan barli ditanam selepas penanaman padi selesai. Sistem pengairan iaitu air dibawa terus dari sungai yang mengandungi nutrien yang sesuai untuk penanaman diperkenalkan untuk mengukuhkan pengeluaran hasil. Kaedah ini membolehkan pengurangan penggunaan baja di samping membolehkan tanah subur dan digunakan setiap tahun tanpa perlu direhatkan. Di samping itu, tanaman komersial seperti kapas dan teh juga ditanam secara meluas pada zaman ini. 1  Perniagaan Kegiatan perniagaan juga berkembang pesat pada zaman kamakura. Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani-petani menjual lebihan hasil pertanian di pasar dan kedai. Petani-petani yang tinggal di pekan atau bandar-bandar besar menjual hasil untuk mendapatkan wang.  Pertukangan Pada zaman Kamakura, perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan hasil pertukangan meningkat. Dengan ini, munculnya golongan tukang-tukang mahiryang menghasilkan kraf yang bermutu. Antara hasil pertukangan ialah barang perak, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran.  Perindustrian Menjelang zaman Ashikaga, pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dalam bidang perindustrian. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barang-barang di Jepun dan permintaannya meningkat dengan pesat. Di samping tu, industri perlombongan emas, perak, dan tembaga juga berkembang pesat.  Perikanan Kedudukan Jepun terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dan arus Kamchatka yang sejuk menyebabkan perairan Jepun kaya dengan ikan. Aktiviti menangkap ikan telah lama menjadi sumber pendapatan masyarakat feudal Jepun disebabkan ikan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun dan penangkapan ikan dijalankan di pesisir pantai. 2  Perdagangan Pada zaman Kamakurakegiatan perdagangan berkembang dengan pesat. Perkembangan perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi wang di Jepun. Mata wang syiling tembaga digunakan dalam urusan perniagaan dan pembayaran cukai. Di samping itu, muncul golongan pedagang yang menubuhkan persatuan-persatuan dagang. Manakala pada zaman Ashikaga,pertumbuhan ekonomi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat. Disamping perdagangan dalam negara, wujud hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China dan Portugal.Dimana, barangan dari China adalah seperti sutera, porselin, buku, manuskrip, lukisan dan barangan tembaga. Manakala dari Portugal, Jepun mula menerima teknologi barat, seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian dan penyebaran agama Kristian.Kemajuan dalam perdagangan menyebabkan muncul sistem ekonomi wang di Jepun.Perkembangan perdagangan telah mewujudkan kesatuan-kesatuan pedagang (guild) yang memonopoli pengeluaran dan pemasaran barangan yang dihasilkan. Pada zaman Sengoku Jidaiberlaku perkembangan pesat dalam bidang perdagangan, dimana pedagang- pedagang mengembara ke seluruh Jepun untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Ini juga menyebabkan mata wang syilingyang diperbuat daripada tembaga digunakan secara meluas. Semasa pemerintahan Nobunaga, kegiatan perdagangan telah mengalami perkembangan pesat. Beliau mengambil langkah untuk memecahkan monopoli persatuan- persatuan pedagang pada tahun 1568. Semasa pemerintahan Hideyoshi , mata wang syiling yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga dikeluarkan. Pengeluaran mata wang telah menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat.  Sistem cukai tanah Semasa pemerintahan Oda Nobunaga, sistem pendaftaran tanah baharu telah diperkenalkan. Sistem ini diperkenalkan untuk memudahkan pemungutan cukai. Selain itu, sistem cukai tanah yang teratur berasaskan pendaftaran tanah turut diperkenalkan. 3  Persatuan Kewangan Pertumbuhan pesat dalam ekonomi menyebabkan muncul persatan- persatuan kewangan yang dikenali sebagai Tanomoshiko dan Mujinko. Pusat –pusat pertukaran wang ditubuhkan di bandar- bandar di Kuwana, sakai, Ise, dan Hakata. Kesimpulan Kesimpulannya, Perkembangan ekonomi feudalisme yang dialami masyarakat feudalisme di Jepun wajar dicontohi oleh negara lain pada ketika itu. Perubahan pemikiran pemerintah telah menyebabkan pemodenan berlaku dalam pemerintahan dan kegiatan ekonomi demi bersaing dengan kuasa barat dan mempertahankan kedaulatan Negara. Perkembangan ini juga telah membawa aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang menyumbang kepada perkembangan perluasan penjajahan dan pengumpulan kekayaan. SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI CHINA ABAD KE 16 Pendahuluan Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang berdagang di China. Pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan mengawal aktiviti ekonomi dikawasan luar bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke 16.  Pertanian Menjelang abad ke 16, sistem ekonomi bercorak feudal diamalkan di China. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan berasaskan kepada perkembangan dalam kegiatan 4 pertanian. Kegiatan bercucuk tanam yang dijalankan oleh masyarakat China bercorak pertanian sara diri. Antara tanaman makanan yang ditanam secara meluas ialah padi , gandum, millet, barli dan oat. Menjelang zaman Ming, berlaku Revolusi dalam bidang pertanian. Perkembangan pesat ini disebabkan oleh penggunaan kaedah- kaedah baharu dalam pertanian. Antaranya ialah sistem penanaman padi dua musim diperkenalkan. Penanaman baharu seperti jagung india, ubi kentang manis dan kekacang juga turut di perkenalkan. Penggunaan baja secara meluas menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Kegiatan pertanian juga berkembang pesat kerana kemajuan dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu dicipta seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta sorong beroda dua, dan kolar kuda. Selain itu, perkembangan pesat dalam pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknlogi pengairan. Kolam takungan air dan empangandibina bagi kawasan pertanian. Seterusnya, perkembangan pertanian komersial. Contohnya, tembakau, kapas, mulberi dan tebu. Perkembangan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan keluasan tanah pertanian meningkat . Pada awalnya, keluasan tanah pertanian di China ialah 422 juta mu dan bertambah maju menjadi 701 juta mu. Menjelang zaman Ching, kegiatan ekonomi berada di bawah penguasaan dan kawalan golongan bangsawan. Golongan bangsawan merupakan pemilik tanah pertanian, iaitu ladang –ladang pertanian yang luas dan memainkan peranan penting dalam “ sistem Pao- Chia” ( tanggujawab kolektif) untuk mengawal petani. Pada zaman ini berlaku pemulihan dalam ekonomi. Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan dalam pengeluaran hasil pertanian dan peningkatan dalam keluasan kawasan tanah pertanian.  Industri Kecil Bandar Nanjing dan Beijing merupakan pusat- pusat bandar yang besar dan berperanan menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Antara hasil pengeluarannya ialah barangbarang kertas, sutera, kapas dan porselin. Pusat pengeluaran porselin yang utama di Kiangsi.Bandar Soochow pula muncul sebagai pusat industri tekstil, manakala Sungkiangpusat keluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti Ming. Seterusnya, industri kraf tangan dan 5 tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan pembangunan negara. Usaha pertukaran dengan negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur dan negara- negara Asia  Perdagangan Pada abad ke 16, perdagangan dianggap sebagai lapisan paling rendah dalam ekonomi feudalisme kerana China lebih mengutamakan pertanian. Sehingga para pedagang dipandang hina. Namun, mereka tetap meneruskan aktiviti perdagangan dengan lancar melalui sistem pengangkutan yang baru. Sungai-sungai menjadi jalan perhubungan utama, seperti sungai Yangtze. Sungai Yangtzeboleh dimudiki sehingga seribu batu dari kuala dan meliputi seluruh lembangan tengah . Sungai Kuning, yang menghubungkan timur dan barat. Terusan besar dibina untuk meluaskan sistem jalan air yang menganjur dari Peking ke sebelah uara Hangchow ( Selatan sungai Yangtze). Di wilayah timur, banyak terusan kecil dibina untuk membawa barang- barang ke kawasan lain. Kesatuan Dagang yang dinamai Kesatuan Dagang Shanxiyang ditubuhkan bagi sektor perindustrian dan perniagaan telah muncul pada Zaman Ming. Tujuan penubuhan adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat komersial dengan bimbingan institusi- institusi kewangan.  Hubungan luar dan perdagangan Pada abad ke 16, pemerintahan Dinasti Ming, pelayar- pelayar China telah dibenarkan untuk memulakan pelayaran ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisiran pantai timur Afrika. Ini mewujudkanhubungan perdagangan dengan negara luar dan membawa pedagang- pedagang luar untuk berdagang di pelabuhan. Antaranya, pedagang dari Asia Tenggara, Arab, Eropah, membolehkan China menerima banyak aspek lain daripada tamadun luar sehingga berjaya meningkatkan ekonomi China. Negara China membenarkan pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda berdagang di China. Pada tahun 1516, Portugal menghantar Rafeal Perestrello diikuti Tom Pires untuk menjalinkan hubungan dengan China. Walau bagaimanapun, kerajaan Ming hanya membenarkan urusan pedagang Portugal di Macau 6 sahaja, dikawal ketat oleh pembesar China dan pedagang hanya boleh memasuki Canton pada hari tertentu sahaja. Justeru, China memperoleh barangan perak dari Portugal dan Portugal membeli sutera dari China hasil daripada hubungan tersebut. Kesimpulan Kesimpulannya, negara China mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti pertanian dan perdagangan melalui dasar pintu terbuka oleh Dinasti Ming. Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China telah menjadikan China sebagai sebuah negara yang mashyur dalam perkembangan ekonomi pada masa tersebut. Sumber Rujukan: 1. Teks STPM Sejarah Penggal 1 (Pelangi) Penulis: Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed 2. Sejarah Penggal 1 Sap Publications Penulis: Norizan Yusoff 3. Teks STPM Sejarah Dunia (1500-19550) ( Oxford Fajar) Penulis: Sivachandralingam Raja, Ayadurai Letchumanan. 7

Judul: Menghuraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jepun Dan China Abad Ke

Oleh: Xaxa Melanie


Ikuti kami