Ekonomi Malaysia -dasar , Perancangan Dan Langkah Perlaksanaan Sektor Perindustrian Di Malaysia_

Oleh Angah Huda

324,7 KB 7 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Ekonomi Malaysia -dasar , Perancangan Dan Langkah Perlaksanaan Sektor Perindustrian Di Malaysia_

EPPE 2053 EKONOMI MALAYSIA NURUL HUDA BINTI JAMALUDIN A142702 NURMAWADDAH BINTI ROSLI A136683 PELAN TINDAKAN DAN PERANCANGAN UNTUK MEMASTIKAN PERINDUSTRIAN TERUS BERPERANAN PENTING DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA Pengenalan  Perindustrian ialah penghasilan barang atau perkhidmatan dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap atau menyediakan perkhidmatan.  Sektor perindustrian dianggap penggerak utama pembangunan di kebanyakan negara membangun, terutama dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan tenaga buruh. Dasar Perindustrian Negara TAHUN DASAR dekad 50-an dan 60-an Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Sejak tahun 70-an Kerajaan telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dan tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh. Mulai tahun 80-an program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Dasar Perindustrian Negara  Pada petengahan 80-an , negara mengalami kemelsetan ekonomi dan ini memberi kesan langsung pada dasar-dasar perindustrian sedia ada yang masih lemah ciri-ciri strukturnya.  Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciriciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).  KDPM bertujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasardasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.  PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategistrategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Usaha-usaha yang telah dibuat dalam memastikan sektor perindustrian terus berkembang pesat antaranya : Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana – kerajaan menawarkan pembiayaan, kemudahan pinjaman, geran, khidmat nasihat dan banyak lagi kepada pengusaha  Pembangunan Industri Halal – peruntukkan dana untuk pembangunan industri halal.  Meningkatkan Pelaburan;  menggalak pertumbuhan dalam sektor pembuatan;  menaikkn pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan;  Meningkatkan keupayaan domestik;  Keperluan sumber manusia;  ICT dan pembangunan teknologi lain; dan  Logistik.  PELAN TINDAKAN DAN PERANCANGAN 1. Mempelbagaikan asas sektor pembuatan  asas sektor pembuatan di negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik, elektronik dan tekstil sahaja.  Dengan mempelbagaikan asas sektor pembuatan, dapat mewujudkan satu sektor perindustrian yang luas 2. Meningkatkan rangkaian antara industri  Walaupun pelaburan bertambah, peningkatan industri perkilangan, namun permintaan mereka terhadap barangan pengantaraan tempatan amat kecil.  Barang pengantaraan masih diimport sebab pengusaha tempatan tidak berupaya mengeluarkan barangan bermutu/ pada kos dan harga yang berpatutan.  Jadi perlu meningkatkan rangkaian antara industri dengan pengusaha dapat mengeluarkan barangan yang bermutu. 3. Penyediaan tenaga buruh mahir  Tenaga buruh mahir penting sebagai perancang dan penggerak kepada sektor perindustrian  Tahap kepakaran yang tinggi meningkatkan produktiviti, kualiti dan meminimumkan kos pengeluaran. 4. Penyelidikan dan pembangunan  Dengan penyelidikan dan pembangunan dapat menghasilkan teknologi yang canggih  Teknologi dapat diguna untuk mengurangkan kos serta menigkatkan mutu barangan tempatan  Teknologi canggih juga dapat dijual di pasaran antarabangsa 5. Pasaran yang luas  Pasaran penting untuk pembangunan industri perkilangan.  Permintaan yang luas mendorong pengilang menambahkan pengeluaran dan memperluaskan pelaburan  Contoh : menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai ekspo antarabangsa untuk pamerkan barangan buatan Malaysia Kesimpulan  Pelan perancangan harus dibuat dengan teliti dan dilaksana sewajarnya agar sektor perindustrian di Malaysia dapat di tingkatkan untuk ekonomi terus bertumbuh dan berkembang dan terus menjadi penyumbang utama kepada Hasil Pendapatan Negara dan tidak langsung menjadi penyumbang kepada kemajuan Negara .

Judul: Ekonomi Malaysia -dasar , Perancangan Dan Langkah Perlaksanaan Sektor Perindustrian Di Malaysia_

Oleh: Angah Huda


Ikuti kami