Sistem Elektronik Perakaunan Masjid (emas) Mencetus Idea Penjanaan Ekonomi Masyarakat Setempat

Oleh Mohd Warid Hussin

1,1 MB 11 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Sistem Elektronik Perakaunan Masjid (emas) Mencetus Idea Penjanaan Ekonomi Masyarakat Setempat

PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 747 - 753 ISSN: 2231-962X Sistem Elektronik Perakaunan Masjid (EMAS) Mencetus Idea Penjanaan Ekonomi Masyarakat Setempat Mohd Yahya Mohd Hussin Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: yahya@fpe.upsi.edu.my Fidlizan Muhammad Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: fidlizan@fpe.upsi.edu.my Mohamad Hassan Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: mohas@fskik.upsi.edu.my Azila Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: azila@fpe.upsi.edu.my Nurul Fadly Habidin Universiti Pendidikan Sultan Idris Email: fadly@fpe.upsi.edu.my ABSTRAK Peranan masjid kepada umat Islam amat luas ruang lingkupnya kerana ia adalah institusi yang boleh menghimpunkan seluruh umat Islam. Antara peranan masjid yang boleh dilakukan untuk tujuan pengimarahan ini ialah dengan mengembangkan ekonomi Masjid. Melalui pengenalan sistem elektronik perakaunan masjid (EMAS) yang telah digunapakai oleh institusi masjid di negeri Perak mendapati jumlah dana masjid yang terkumpul dalam bentuk tunai beserta tanah wakaf yang tidak diusahakan adalah banyak. Oleh yang sedemikian, institusi masjid seharusnya menjana ekonominya bagi memastikan kelangsungan aktiviti masjid dapat diteruskan dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi ummah melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang produktif. Oleh itu, melalui penjanaan aktiviti-aktiviti ekonomi ini seharusnya mampu memberi limpahan positif kepada institusi masjid dan juga masyarakat setempat. Kata kunci: Institusi Masjid, Sistem Elektronik Perakaunan Masjid, Perak ABSTRACT The role of mosque to Muslims is very broad in scope as it is an institution which can bring all Muslims together. Among the possible roles of the mosque for the purpose of bringing Muslims together is through the expansion of the economy of Mosque. Via the introduction of the electronic mosque accounting system (EMAS), which was adopted by the mosque administrations in the state, it has been found that the number of mosque funds accumulated in the form of cash and land endowment is a much untapped potential. As such, the mosque should strive to generate its economic function to enable the continuity of the mosque activities and at the same time stimulate the economic development of the community through its involvement in productive economic activities. It is proposed that these economic activities should be continuously generated by the mosque institutions to enable its positive benefits to be shared with the local communities. Keywords: Mosque Institution, Electronic Mosque Accounting System (EMAS), Perak PENGENALAN Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam, masjid dijadikan sebagai pusat rujukan utama melibatkan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) “Urus Tadbir Ekonomi yang Adil : Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi” Kuala Terengganu,Terengganu, 17 – 19 Oktober 2014 748 Razak Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohamad Hassan, Azila Abdul Nurul Fadly Habidin soal pentadbiran kerajaan, kewangan dan ekonomi, keagamaan, perundangan, institusi sosial dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif ini, menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat (Lokman, 2007) . Kini, peranan yang dimainkan oleh institusi ini semakin berkurangan. Tanggapan masyarakat terhadap peranan yang dapat dimainkan oleh institusi masjid juga semakin mengecil. Peranan utamanya kini adalah sebagai institusi beribadat sahaja, manakala lain-lain peranan seperti pusat ekonomi, sosial, kehakiman telah dikhususkan dengan penubuhan jabatan atau agensi tertentu. Walaupun fungsi yang dimainkan oleh masjid semakin kecil, namun taraf penghormatan masyarakat terhadapnya masih tinggi. Masjid merupakan mihrab dan tempat berjemaah umat Islam dalam menunaikan ibadat utama iaitu sembahyang berjemaah. Selain menjadikan masjid sebagai pusat peribadatan, masjid juga menghubungkan masyarakat dengan sifat dan amalan derma dan sedekah. Derma dan sedekah ini berkaitan dengan masjid disebabkan ianya dianggap sebagai institusi yang menguruskan kepentingan umat Islam semasa hidup dan mati. Justeru, kajian ini cuba meneroka kebolehan sistem elektronik perakaunan masjid (EMAS) menjana ekonomi masyarakat setempat di Negeri Perak. Di Negeri Perak, pengurusan sesebuah masjid dikendalikan melalui integrasi dua pasukan iaitu Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid dan pegawai-pegawai masjid. Masjid di negeri Perak juga dibahagikan kepada enam (6) kategori untuk tujuan memudahkan pemfokusan operasi serta peranan yang lebih terarah iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Jamek Daerah, Masjid Institusi, Masjid Kariah dan Surau Diri Jumaat dan Surau. Secara umum terdapat dua sumber dana yang diterima oleh masjid iaitu; pertama, peruntukan dari kerajaan negeri dan kedua, sumbangan orang ramai (Maliah, 2007). Dana yang diterima dari kerajaan negeri adalah bertujuan untuk penyelenggaraan masjid dan juga mengendalikan aktivitiaktiviti keagamaan masjid. Manakala sumbangan orang ramai adalah untuk membiayai aktiviti-aktiviti sosial yang tidak dibiayai oleh kerajaan negeri. Disebabkan dana-dana tersebut diperoleh dari dua sumber yang berbeza, maka prosedur pengurusan setiap dana tersebut juga berbeza. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bertanggungjawab mengurus dana yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri, manakala ahli jawatankuasa masjid bertanggungjawab mengurus sumbangan orang ramai. Namun begitu, seperti yang dicadangkan oleh Maliah (2007) dengan dana yang terhad yang diterima oleh masjid, adalah sukar untuk membentuk pembahagian kerja dan sistem kawalan dalaman di organisasi terbabit. Justeru itu, masalah penyelewengan pengurusan dana mungkin akan wujud. Selain itu, masjid berhak mendapat peruntukan dari pihak MAIN dan juga tiada halangan untuk mencipta dana daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang. Di samping itu, terdapat juga sebilangan masjid yang memperoleh dana melalui sumbangan dan wang zakat dari badan-badan korporat. Keadaan ini menjadikan institusi masjid mempunyai jumlah dana yang banyak terutama masjid-masjid yang terletak di kawasan bandar. Isunya, bagaimana kaedah perekodan dana masjid dilakukan dan sekiranya institusi masjid mempunyai dana yang banyak, adakah dana tersebut digunakan secara optimal dan seterusnya limpahan daripada wang/sumbangan tersebut dapat diperluaskan bukan sahaja untuk tujuan masjid semata-mata, bahkan juga untuk pembangunan ekonomi kariah secara mikro dan keseluruhan ekonomi negara secara makronya. KAJIAN LITERATUR Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Perkataan masjid berasal dari perkataan Arab sajada, yasjudu, sajdan atau sujudan. Sujud dalam pengertiannya bererti patuh dan menghina diri dengan meletakkan dahi ke bumi sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT. (Al-Kamus Al-Muhit, 1987). Menurut Mohd Noor Azli et al. (2008), masjid merupakan institusi yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam jiwa umat Islam. Seperti yang tercatat dalam lembaran sejarah, Nabi Muhammad SAW telah mengurus dan menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam dalam pelbagai cabang kehidupan sama ada sebagai pusat ibadah, pusat pendidikan, pusat kegiatan sosial, pusat pembangunan masyarakat, pusat penerangan dan maklumat, pusat kehakiman, pusat perhubungan, pusat interaksi masyarakat, pusat rawatan dan kecemasan, pusat pemulihan dan pusat seni (Mohd Salleh, 2009). Dalam sistem pengurusan Islam, masjid adalah institusi wakaf, sama ada yang disediakan oleh kerajaan atau diserahkan secara ikhlas oleh individu kepada individu tertentu atau kepada institusi kerajaan untuk diurus dan ditadbir (Hasan, 2008). Justeru itu, institusi masjid mesti ditadbir dan diurus dengan berkesan atas roh keikhlasan dan amanah daripada Allah SWT. Semasa zaman kegemilangan Islam, institusi masjid berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam dalam pelbagai aspek. Namun pada masa kini, kepelbagaian peranan masjid telah diambil-alih oleh institusi, kementerian, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 2014 749 lembaga, pusat dan sebagainya yang diwujudkan oleh pihak kerajaan (Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009). Akhirnya, institusi masjid hanya dilihat tidak lebih sebagai pusat ibadah dan aktiviti-aktiviti keagamaan. Bagi mengembalikan keyakinan orang ramai serta kegemilangan institusi masjid seperti zaman Nabi Muhammad SAW dahulu, maka peranannya sebagai pemangkin kepada sosio-ekonomi ummah perlu diketengahkan. Selain itu, menurut Ajmain @ Jimaain (2008), bagi mengurus masjid secara berkesan, pengurusan masjid perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa untuk memastikan aktiviti dan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar, misalnya penekanan kepada konsep 6P dalam pengurusan iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan, pengawalan, penilaian dan pembetulan. Apa yang penting, pengurusan yang baik perlulah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan tindakan agar masjid itu dapat berfungsi sepenuhnya seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Menurut Ahmad Puhad dan Siti Roddiah (2010) dalam kajiannya mendapati masjid yang cemerlang perlu dirancang, dipimpin, diurus dan ditadbir dengan baik serta berlandaskan ketentuan syarak. Namun begitu, menurut Ahmad Nawawi et al. (2008) rata-rata pengurusan masjid masih berada pada tahap lama dan tidak produktif walaupun perubahan organisasi semakin pesat. Dari aspek kewangan pula, masjid dilihat berperanan sebagai satu institusi yang berpotensi dalam menangani krisis ekonomi. Menurut Fidlizan dan Mohd Yahya (2009), peranan masjid dalam sosio-ekonomi ini diketengahkan memandangkan institusi masjid mempunyai dana yang agak besar terutamanya masjid-masjid yang berada di kawasan bandar dan pekan serta yang mempunyai kepadatan penduduk dan pendapatan yang tinggi. Bagi mencapai objektif tersebut, pengurusan kewangan masjid perlulah mengikut peraturan yang digariskan oleh Islam dan menepati kehendak syarak. Kajian Jaafar et al. (2001) pula menemui bukti yang lebih mengejutkan. Menurutnya, kebanyakan masjid-masjid di Malaysia menyimpan beku dana yang disumbangkan oleh masyarakat awam. Sumbangan kewangan ini tidak disalurkan kepada aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan pulangan atau hasil yang lebih menguntungkan kepada masjid dan ahli kariah setempat. Dengan lain pengertian, masjid dikatakan cenderung menyimpan sumbangan dana yang diterimanya ke dalam bank dan institusi-institusi kewangan untuk memperolehi pulangan minimal. Di samping itu, Salawati (2009) menyarankan agar masjid didirikan di tempat yang strategik dan menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi setempat dalam memenuhi keperluan masyarakat. Ianya boleh direalisasikan dengan pihak masjid membina kiosk, pusat cuci kereta dan sebagainya jika lokasi masjid yang dibina berada di kawasan strategik dan mempunyai keluasan tanah yang sesuai. Dengan kedudukan masjid yang strategik ini, maka masyarakat setempat hanya perlu ke masjid untuk membeli barang keperluan harian dan seterusnya mampu mengimarahkan masjid itu sendiri. Di samping itu, Mohd Yahya et al (2012) menjelaskan antara isu yang timbul dalam pengurusan kewangan masjid di negeri perak adalah berkaitan dengan sistem perekodan wang keluar masuk institusi masjid yang tidak piawai. Ini membuktikan institusi masjid kurang menitikberatkan berkaitan dengan pengurusan kewangan. Rentetan itu maka adalah perlu untuk mewujudkan satu perisian sistem kewangan yang piawai untuk diaplikasikan oleh institusi masjid dan seterusnya mampu mewujudkan idea-idea pengembangan ekonomi masjid. METODOLOGI KAJIAN Model prototaip evolusi telah dipilih sebagai metodologi pembangunan sistem bagi membangunkan perisisan E-MAS kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan dalam membangunkan sistem di antaranya adalah:i. ii. iii. iv. Metodologi ini adalah fleksibel di mana pembangun sistem boleh bertukar-tukar maklumat bagi meningkatkan kefahaman keperluan sistem melalui hubungan komunikasi di antara ketua penyelidik projek. Dengan menggunakan metodologi ini, perubahan terhadap sistem dapat dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Pendekatan metodologi prototaip yang digunakan secara tidak langsung dapat melatih pengguna menggunakan sistem yang hendak dibangunkan sebelum sistem yang lengkap dihasilkan sepenuhnya. Kekurangan terhadap sistem yang dibangunkan dapat dikesan di peringkat awal iaitu semasa proses pengujian dan penilaian yang dijalankan ke atas prototaip sistem dan pembaikan terhadap sistem dapat dilakukan sebelum sistem sebenar dihasilkan 750 Razak Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohamad Hassan, Azila Abdul Nurul Fadly Habidin v. Pendekatan metodologi prototaip evolusi dapat mengurangkan kos pembangunan sistem. Ini kerana prototaip yang dihasilkan tidak dibuang tetapi ianya digunakan sehingga proses pelaksanaan sistem sebenar dilakukan. Bagi membangunkan perisisan E-MAS beberapa kriteria perkakasan dan perisian yang bersesuai perlu diambil kira. Oleh sebab sistem yang dibangunkan ini adalah secara ‘standalone’ dan tidak berasaskan web, maka perkakasan dan perisian yang dipilih perlulah menyokong teknologi sistem yang dibangunkan. Keperluan Perkakasan Keperluan perkakasan merupakan salah satu keperluan yang diperlukan dalam membangunkan sistem. Bagi membangunkan sistem ini, beberapa spesifikasi perkakasan yang perlu dipenuhi bagi memastikan perlaksanaan pembangunan sistem berjalan dengan lancar. Keperluan perkakasan tersebut adalah bagi menyokong proses pembangunan dan pelaksanaan sistem. Jadual 1 menunjukkan spesifikasi perkakasan bagi keperluan minimum yang diperlukan bagi pelanggan dan pelayan. Justifikasi Pemilihan Perisian i. Microsoft Window XP Perisian Microsoft Windows XP digunakan sebagai sistem pengoperasian sistem bagi menyokong sistem pengoperasian komputer ii. Microsoft Excel Perisian Microsoft Excel 2007 digunakan untuk membuat perisian perakaunan EMAS Manual Penggunaan Perisian EMAS Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 2014 751 Model Perisian EMAS ini akan diuji kepada 630 buah masjid di negeri Perak yang diwakili oleh Bendahari-bendahari Masjid. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian terhadap penerimaan Bendahari Masjid dalam mengguna dan mengaplikasikan EMAS dalam merekod kewangan Masjid. DAPATAN KAJIAN Perisian EMAS telah dilaksanakan di seluruh masjid di Negeri Perak. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima dan pemerhatian yang dilakukan, didapati perisian EMAS adalah mesra pengguna kerana perisian ini dibina menggunakan perisian Excel dan tidak memerlukan internet untuk menggunakan perisian ini. Di samping itu, perisian ini hanya memerlukan tahap pengetahuan minimum dalam ICT dan perekodan kewangan. Tambahan pula, perisian ini tidak memerlukan kos pemasangan dan ianya boleh digunakan berulang kali. Perisian ini telah disahkan oleh akauntan Majlis Agama Islam Negeri Perak mengikut format laporan kewangan yang piawai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa halangan atau cabaran dalam penggunaan perisian EMAS. Antara halangan yang dihadapi adalah kesediaan dan kemampuan Bendahari Masjid untuk melaksanakan EMAS dari aspek kemahiran ICT. Selain itu, faktor umur ahli jawatan kuasa (AJK) juga menjadi halangan dalam mengaplikasi perisian EMAS. Hal ini disebabkan kerana kebanyakkan AJK masjid telah berusia dan mempunyai keupayaan pancaindera yang agak terhad di samping ketiadaan komputer riba / komputer. Akhir sekali, faktor yang menghalang sistem ini untuk dilaksanakan dengan jayanya adalah disebabkan AJK masjid tidak diberikan elaun khas khususnya kepada bendahari Masjid. Berdasarkan hasil kajian, daripada 630 buah masjid yang menguji perisian EMAS, hanya 24% Bendahari Masjid (150 orang) yang bersetuju dan bersedia menggunakan perisian EMAS. Manakala 50% (315 orang) lagi juga bersetuju tetapi tidak bersedia mengaplikasi perisian EMAS disebabkan beberapa halangan seperti tiada kemehiran ICT, tiada kelengkapan ICT , faktor umur dan lain-lain. Di samping itu juga, sebanyak 30% (165) lagi tidak bersetuju dan tidak bersedia untuk mengaplikasi perisian EMAS kerana berpendapat amalan tradisi mencatat di dalam buku rekod adalah lebih telus dan mudah berbanding dengan perisian EMAS. Untuk menangani cabaran ini, supaya dapat merealisasikan institusi masjid mampu mempunyai sistem perakaunan yang piawai adalah dengan pemberian manual buku perekodan kewangan EMAS, dan melibatkan golongan muda sebagai sebahagian AJK masjid. Selain itu, pelaksanaan 1Masjid 1Komputer juga mampu menyelesaikan masalah masjid yang tidak mempunyai komputer. Di samping itu, dengan pemberian elaun kepada Bendahari untuk menguruskan sistem 752 Razak Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Mohamad Hassan, Azila Abdul Nurul Fadly Habidin perekodan EMAS akan mampu menaikkan motivasi mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan efisen. PELUANG PENGEMBANGAN DANA MASJID Berdasarkan kepada pengaplikasian sistem EMAS diseluruh masjid di Negeri Perak, di dapati terdapat lebih RM 19 juta (anggaran) dana masjid yang disimpan tunai secara beku di bank-bank beserta sejumlah tanah-tanah wakaf yang tidak diusahakan. Oleh itu, bagi memastikan penjanaan dana masjid dapat dilakukan secara berhemah agar dapat memberi limpahan positif yang lebih menyeluruh kepada masyarakat, maka beberapa aktiviti pengembangan dana dapat di cadangkan. Jadual 2 menunjukkan antara aktiviti-aktiviti ekonomi yang di cadangkan. KESIMPULAN Perisian EMAS yang piawai telah membuktikan bahawa institusi masjid di negeri Perak mempunyai dana kewangan dan harta wakaf yang banyak iaitu hasil daripada sifat dermawan dan murah hati masyarakat Islam. Dana yang banyak ini sebaiknya digunakan untuk kepentingan pembangunan masyarakat Islam, tidak terhad dalam bidang keagamaan semata-mata bahkan ianya mencakupi bidang perekonomian ummah. Oleh yang demikian, seharusnya pihak pengurusan masjid perlu lebih bersifat terbuka terutamanya dalam usaha menjana sumber kewangan masjid bagi kelangsungan aktiviti-aktiviti masjid dapat diteruskan tanpa menunggu bantuan dari MAIN. Penjanaan dana masjid yang efektif ini secara tidak langsung mampu melahirkan usahawan-usahawan muslim dan seterusnya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Di samping itu, segala pelaburan dana masjid untuk pengembangan ekonomi setempat juga haruslah dipantau oleh golongan pakar yang berkredibiliti dalam bidang berkaitan agar pelaburan yang diceburi oleh pihak masjid mampu memberi limpahan positif kepada masyarakat setempat. Di samping itu, pakar-pakar ekonomi yang dilantik oleh pihak masjid perlulah mempunyai sifat akauntabiliti yang tinggi bagi memastikan pengurusan dana masjid dapat diuruskan dengan baik tanpa ada sebarang ketirisan dan ketidaktelusan. Ini penting bagi memastikan pengurusan dan pengembangan dana Masjid ini tidak mendapat bantahan/bangkangan bahkan memperolehi sokongan dari ahli kariah dan masyarakat umum. Oleh itu, Sistem Elektronik Perakaunan Masjid (EMAS) ini bolehlah dianggap sebagai perintis kepada pengurusan dana orang ramai ke arah yang lebih baik dan dirasai oleh seluruh masyarakat. BIBLIOGRAFI Ab. Mumin Ab. Ghani. 2006. Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh Dari Aspek Konsep, dalam Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor (pnyt.), Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Islam, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. 2009. Masjid dan Pembentukan Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al (pnyt.) Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam. hlm. 1-9. Joni Tamkin Borhan dan Che Zarrina Sa’ari. 2003. Pembangunan Ekonomi Masjid dalam Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md Yusoff (pnyt.) Membangun Institusi Masjid, Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication. Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. 2001. Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke Arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards Excellance in Econ. Research & Policy Formulation di UUM,23-24 April 2001. Lokman Ismail. 2007. Masjid pusat komuniti masyarakat pelbagai bidang. Berita Harian (Agama), 5 November. Mohamed Ali Haji Atan. t.t. Pengurusan Masjid: Pengalaman Republik Singapura. http://www.static.scribd.com/docs/2ot21r5rphyxf.pdf. 25 Mac 2011. Mahmood Zuhdi Abd. Majid .2007. Pemantapan Sistem Zakat dan Cukai Ke Arah Kemajuan Ekonomi Ummah. Kertas Kerja Ucaptama dibentangkan dalam Persidangan Zakat & Cukai Peringkat Kebangsaan 2007 di PWTC Kuala Lumpur, 22-24 Mei 2007. Muhammad Ali Hashim. 2005. Menjadikan Bisnes Satu Cabang Jihad. Islam Hadhari Januari Mac, April-Jun 2005, Bil. 39 & 40. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-9 2014 753 Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Nurul Fadly Habidin & Syed Ismail Syed Mohamad (2012), ‘Eksplorasi Dana Kewangan Masjid di Negeri Perak’, Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM 2012), hlm 1274-1286. Salawati Haris . 2009. 6 Strategi Masjid Boleh Buat Duit. Milenia Muslim, September 2009. Shahnaz Sulaiman.2008. Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak, Jurnal Muamalat, Bil. 1, hlm. 45-64. Zainuddin Ayip. 2009. Golongan Profesional Perlu Bantu Urus Masjid, Milenia Muslim, September 2009. JADUAL 1: Spesifikasi Keperluan Perkakasan Bagi Pengguna Sistem EMAS Spesifikasi Komputer Pengguna Minimum Pemprosesan Pentium III dengan kelajuan Minimum 1.5 Ghz ke atas 64 MB DDRM ke atas ingatan (RAM) Minimum50 MB Ruang Cakera Keras Modem 28.8 Kbps Pemacu CDROM 48X Max Speed Monitor 15’ Pemacu cakera liut 1.44 MB Tetikus Papan kekunci JADUAL 2: Kegiatan Ekonomi Yang Produktif Sektor Perladangan Hartanah Pasaran modal Islam Perniagaan kecil-kecilan Pemakanan Pendidikan Konsep Konsep muzara’ah dan musaqah di mana institusi masjid boleh menceburi bidang pertanian dengan cara usaha sama dengan pemilik tanah atau pengusaha. Aktiviti perladangan ini bergantung kepada saiz keluasan tanah dan geografi tanah. Ianya juga boleh dilakukan ke atas tanah wakaf masjid mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Pembelian hartanah untuk tujuan disewakan atau dijual kembali kepada orang ramai/usahawan/peniaga dan sebagainya. Pengusahaan tanah wakaf yang tidak diusahakan. Pelaburan dalam pasaran modal Islam adalah lebih menguntungkan berbanding menyimpan beku wang di institusi perbankan. Namun begitu, pelaburan dalam bidang ini perlu dipantau oleh golongan pakar yang berkredibiliti bagi memastikan pelaburan yang diceburi menguntungkan dan ianya mestilah patuh syariah. Pihak masjid boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kawasan masjid/tempat strategik ataupun melakukan usaha sama dengan usahawan lain yang bertujuan memberi limpahan positif kepada masyarakat dan seterusnya memberi keuntungan. Ianya boleh dilakukan berdasarkan konsep mudarabah atau musyarakah. Rumah kedai diusahakan perniagaan makanan. Begitu juga untuk sebarang tempahan makanan dalam skala yang besar Dalam usaha memperkembangkan ilmu agama di kalangan masyarakat setempat serta menarik minat golongan muda menghadiri aktiviti masjid.     Aktiviti Kelapa sawit Getah Padi Sayur-syuran  Tanah kosong utuk disewakan  Tanah wakaf untuk diusahakan  Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)  Sukuk          Kedai runcit Kedai Buku Kedai Pakaian Kedai alat tulis Kedai fotostat Kiosk usahawan masjid Gerai makan Catering Pakej ilmu pengajian AlQuran dan Fardu ain  Pusat tuisyen  Tadika dan Taska

Judul: Sistem Elektronik Perakaunan Masjid (emas) Mencetus Idea Penjanaan Ekonomi Masyarakat Setempat

Oleh: Mohd Warid Hussin


Ikuti kami