Persiap Golongan Muda Dengan Suasana Kerja Masa Depan, Kata Ahli Ekonomi

Oleh Carmelo Ferlito

196,5 KB 7 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Persiap Golongan Muda Dengan Suasana Kerja Masa Depan, Kata Ahli Ekonomi

3/16/2021 Persiap golongan muda dengan suasana kerja masa depan, kata ahli ekonomi | Free Malaysia Today (FMT) Persiap golongan muda dengan suasana kerja masa depan, kata ahli ekonomi By Samuel Chua dan Imran Ari - March 16, 2021 7:10 PM Automasi dan digitalisasi akan menjadi fokus pada masa akan datang, dengan set kemahiran berbeza. Sistem pendidikan perlu menyediakan graduan dengan kemahiran seperti itu, kata ahli ekonomi. (Gambar Pinterest.com) PETALING JAYA: Sistem pendidikan harus ditingkatkan untuk menghasilkan graduan berkemahiran yang mampu memenuhi permintaan pekerjaan yang cenderung ke arah teknikal, kata ahli ekonomi. Bercakap pada pelancaran laporan Bank Dunia “Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development”, ahli ekonomi berkata dengan kemunculan bidang automasi, pelajar perlu cukup bersedia dengan suasana tempat kerja yang akan berubah dengan pantas, beberapa tahun akan datang. Pengarah Program Pengajian Ekonomi di Institut Jeffrey Cheah di Asia Tenggara, Yeah Kim Leng, berkata kekurangan tenaga kerja mahir sering disebut sebagai halangan utama dalam kemampuan negara untuk menarik pelaburan berkualiti lebih baik. “Dalam jangka pendek, kita perlu meningkatkan dan melatih semula tenaga kerja dengan mewujudkan kelayakan akademik yang lebih responsif dan dapat disesuaikan dengan tuntutan pasar tenaga kerja.” “Kita perlu memperkukuhkan kemahiran asas dalam tenaga kerja kita dan mewujudkan program khusus untuk industri peringkat tinggi dalam jangka panjang,” katanya, Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand Ndiamé Diop menyuarakan pandangan itu sambil menambah sistem pendidikan harus menawarkan lebih banyak kemahiran dalam dunia yang kian berubah. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/persiap-golongan-muda-dengan-suasana-kerja-masa-depan-kata-ahli-eko… 1/2 3/16/2021 Persiap golongan muda dengan suasana kerja masa depan, kata ahli ekonomi | Free Malaysia Today (FMT) “Automasi dan digitalisasi adalah trend dunia pekerjaan kini, dan ia memerlukan set kemahiran berbeza. Sistem pendidikan perlu pantas menyesuaikan diri dan menawarkan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran yang berubah dengan pantas, jika tidak, berkemungkinan lulusan universiti yang semakin meningkat jumlahnya kini sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia Carmelo Ferlito, memberitahu FMT semalam pendidikan menengah perlu mula memperkenalkan kemahiran profesional untuk membolehkan mereka yang tidak berpeluang ke kolej akan mendapat akses ke pasaran pekerjaan. “Contohnya perakaunan. Kemahiran ini boleh diajar di sekolah menengah sementara pendidikan tinggi perlu dikhususkan untuk kerja ilmiah dan profesion liberal,’’ kata Ferlito. Selain itu, Pengasas Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Noor Azimah Abdul Rahim berkata, “pendidikan dan ekonomi saling berkait,” sambil menambah melainkan institusi seperti sekolah vernakular mendapat pembiayaan yang lebih baik, penambahbaikan akan berjalan perlahan. Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox. Email SUBSCRIBE https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/persiap-golongan-muda-dengan-suasana-kerja-masa-depan-kata-ahli-eko… 2/2

Judul: Persiap Golongan Muda Dengan Suasana Kerja Masa Depan, Kata Ahli Ekonomi

Oleh: Carmelo Ferlito


Ikuti kami