Kerajaan Melayu Melaka Sebagai Pencetus Kepada Perkembangan Ilmu Di Dunia Melayu

Oleh Wan Nur Izzati Wan Bahari

153,2 KB 3 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Kerajaan Melayu Melaka Sebagai Pencetus Kepada Perkembangan Ilmu Di Dunia Melayu

BINCANGKAN KEPENTINGAN KERAJAAN MELAYU MELAKA SEBAGAI PENCETUS KEPADA PERKEMBANGAN ILMU DI DUNIA MELAYU. WAN NUR IZZATI BINTI WAN BAHARI PENGENALAN “Melaka Maju Jaya” merupakan lagu negeri Melaka, disebalik nama yang diberikan pada lagu tersebut pasti ada sejarah yang terselit disebaliknya. Selari dengan kemajuan negeri Melaka yang semakin hari semakin hebat pada hari ini, pastinya ada kelebihan yang ada pada Melaka namun tidak di negeri-negeri lain. Sebagaimana yang diketahui umum, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang masyhur pada suatu ketika dahulu. Kerajaannya hebat dari segala aspek, masyarakat dan pemerintah Melaka pula hebat-hebat semuanya bagai sudah tiada tandingnya lagi. Kehebatan Melaka dalam sudut perdagangan sering kali menjadi polemik dalam kalangan sarjana di seantero dunia, ramai yang memilih untuk membuat kajian serta penyelidikan dari sudut perdagangan. Sehingga isu perdagangan zaman Melaka suatu ketika dahulu berjaya dirungkai satu per satu oleh para sarjana pada hari ini. Namun, aspek perkembangan ilmu yang dikira tidak kurang pentingnya dalam pensejarahan Melaka sedikit dipandang enteng oleh segelintir sarjana. Walhal Kerajaan Melayu Melaka penting sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang dikatakan telah wujud sekitar tahun 1400 dan dikatakan mempunyai empat tahap iaitu dimulakan dengan tahap pembukaan (1400-1424), tahap pengukuhan (1424-1446), tahap kegemilangan (1446-1488) dan akhir sekali tahap kejatahuan (1488-1511). Melihat kronologi tahap Kerajaan Melayu Melaka ini sudah pasti banyak perkara yang berlaku sepanjang proses berkerajaan. Dengan itu, wajarlah sekiranya diteliti kepentingan Kerajaan Melayu Melaka sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu. 1 Perkembangan ilmu di dunia Melayu hasil daripada Kerajaan Melayu Melaka ini dapat dilihat dari sudut sistem pentadbiran, sistem perundangan, pusat penyebaran agama Islam, adat istiadat dan pantang larang dan akhir sekali bahasa Melayu. ISI-ISI Kelahiran Sistem Pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka penting dalam pencetusan kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu dari sudut sistem pentadbiran. Kewibawaan Parameswara sebagai pemimpin utama dalam pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka pada awalnya telah menjadikan sistem pentadbiran yang ada di dunia Melayu pada ketika itu dan juga harini antara pentadbiran yang sistematik dan hebat. Di dalam buku Kesultanan Melayu Melaka perkataan “sistem” itu didefinasikan sebagai: “A set of arrangement of things so related or connected as to form a unity or organic whole… a set of facts, principles, rules, etc. Classified or arranged in a regular, orderly form so as to show a logical plan linking the various parts.”1 Maka jelaslah disini bahawa sistem merupakan peraturan yang wujud dalam bentuk teratur dan tersusun. Dari segi konteks kemasyarakatan, dengan adanya sistem dalam kehidupan maka masyarakat akan hidup dengan lebih tersusun dan teratur kerana kehidupan yang berpandukan fakta, prinsip serta peraturan hidup bermasyarakat. Begitulah juga dalam konteks pentadbiran, hal-hal yang wujud adalah tersusun dan berperaturan mengikut fakta serta prinsip tertentu yang telah ditetapkan. Dapat dilihat di Melaka semenjak abad ke-15 ke abad ke-16 itu sendiri sudah ada masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang tersusun dan berperaturan maka tidak hairanlah sekiranya wujud sistem pentadbiran yang menjadi fakta dan prinsip terhadap peraturan- 1 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 136. 2 peraturan tadi. Hal ini menjadi bukti kepada kewujudan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang rakyatnya sudah punya organisasi bermasyarakat daripada mula Melaka terbina. Sering diperkatakan oleh orang ramai bahawa Melaka telah banyak meninggalkan warisan dalam bentuk tradisi berkerajaan dan menyumbang kepada sosiopolitik dalam lingkungan dan konsep kesultanan di Malaysia masa kini. Dalam masa yang sama, Melaka menjadi rujukan utama dalam beberapa hal dalam bidang pentadbiran institusi kesultanan beberapa buah negeri dan pemerinatahan beraja di negara ini. Dalam meneliti perkembangan ilmu sistem pentadbiran di dunia Melayu, maka sudah pasti pemimpin-pemimpin awalnya menjadi rujukan. Parameswara, menurut O.W. Wolters dan Wang Gangwu dilihat sebagai tokoh politik Melayu yang terlalu elok sehinggakan ketokohannya sudah tiada terdaya dicabar oleh sesiapa di Nusantara ini setelah kejayaannya mengasaskan kerajaan di Melaka. Meninggalkan dua orang waris yang tidak kurang hebatnya iaitu Megat Iskandar Syah dan Seri Maharaja yang berkebolehan dari segi pentadbiran untuk menyambung legasinya meneraju sebuah kerajaan baru. Tokoh-tokoh ini telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang persejarahan Melayu untuk dijadikan warisan dalam amalan sistem, serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini antaranya Pahang dan Selangor yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan pegangan negeri Melaka. Hal ini menjadikan Kerajaan Melayu Melaka sebagai kerajaan tradisional terawal dan merupakan pengasas kepada sistem pemerintahan kerajaan Malaysia pada hari ini. Penubuhan institusi kesultanan di Melaka merupakan titik tolak kepada permulaan pemerintahan beraja di Tanah Melayu walaupun ianya tidak kekal lama. Namun ia sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan dan memberi pengaruh dalam sistem pemerintahan. Selari dengan perkembangan serta kekompleksan kerajaannya, sistem pentadbiran Melaka semakin sistematik dan kompleks. Daripada hanya sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh orang laut akhirnya berkembang menjadi sebuah petempatan yang 3 berkerajaan. Landasan berkerajaan hanya akan berlaku dengan kehadiran raja yang berdaulat dan berkuasa serta memberi kesan dalam melaksanakan kuasanya.2 Dalam kerajaan Melayu Melaka, sultan merupakan ketua negara dan menjadi lambang keagungan sesebuah kerajaan. Tambahan pula, konsep ‘daulat’ menjadikan seseorang sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.3 Daulat juga telah menyebabkan sultan memperoleh banyak keistimewaan sekaligus meletakkan sultan di kedudukan yang tinggi berbanding dengan masyarakatnya. Dalam proses berkerajaan dan untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan sehebat mana pun seseorang sultan, baginda tidak mungkin mampu untuk berdiri sendiri. Sistem pemerintahan diperkuatkan lagi dengan bantuan pembesar-pembesar mereka dibawah sistem pembesar empat lipatan. Pembesar empat yang pertama ialah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana yang bertindak sebagai pegawai-pegawai kerajaan. Contohnya bendahara merupakan pemilik wibawa fizikal yang terbesar di kalangan pembesar-pembesar Melaka dalam hieraki pentadbiran, mungkin pada hari ini sama tarafnya dengan Perdana Menteri pada hari ini. Mengambil ilham daripada sistem pentadbiran ini menteri-menteri di Malaysia mempunyai portfolio masing-masing untuk melancarkan urusan pentadbiran negara yang diketuai oleh perdana menteri. Kerajaan Melayu yang wujud selepas Melaka seperti Perak telah mengambil sistem pemerintahan pembesar empat lipatan yang dicetuskan oleh Kerajaan Melayu Melaka ini sebagai rujukan kepada sistem pemerintahan Perak. Ianya telah diambil dan diadaptasikan mengikut kesesuaian di negeri Perak dan sistem tersebut diperkemaskan lagi. Sejarah Melayu telah menerangkan secara terperinci beraneka jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat istiadat yang 2 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 147. 3 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 140. 4 berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol. Wujudnya jawatan-jawatan ini kerana untuk memenuhi keperluan semasa sosioekonomi kerajaan tertentu. Contohnya pada waktu tertentu terdapat juga jawatan kadi dan fakih yang dikatakan duduk setara dengan para pembesar utama Melaka ketika sultan gering dan dikatakan berjalan seiring dengan pembesar utama ketika sultan berangkat menunggang gajah. Hal ini membayangkan betapa golongan ulama juga tidak kurang fungsinya dalam hal-ehwal berkait dengan hukum-hakam Islam dalam sistem pemerintahan.4 Secara keseluruhannya jelaslah dapat dilihat kepentingan Kerajaan Melayu Melaka sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu dari aspek sistem pentadbiran. Hal ini kerana ilmu sistem pentadbiran ini tidak hanya terhenti di zaman Kerajaan Melayu Melaka malah sistem pentadbiran ini telah menjadi perintis kepada kerajaan seterusnya, kerana pengamalan ini dapat dilihat di negeri-negeri lain seperti Perak, Johor dan Selangor. Sultan sebagai ketua pentadbir atau ketua negara berjaya menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi iaitu semasa zaman Sultan Muzaffar Syah. Apabila Islam menjadi agama rasmi, nilai Islam mula diterapkan ke dalam pentadbiran Melaka sehingga gelaran raja yang selama ini digunakan ditukar kepada sultan. Malah gelaran Sultan ini jelas dapat dilihat sehingga ke hari ini disemua negeri yang beraja hasil daripada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan pencetus ilmu kepada bidang pentadbiran di dunia Melayu. 4 Ibid., hlm. 149. 5 Kelahiran Sistem Perundangan Menurut Liaw Yock Fang dalam bukunya Undang-undang Melaka, beliau menyatakan bahawa betapa pentingnya Undang-undang Melaka boleh dilihat melalui sejumlah besar bilangan manuskrip yang ada. Dari pandangan ilmu antropologi, undang-undang merupakan suatu penegasan. Undang-undang bermaksud suatu cara untuk meleraikan pelbagai bentuk konflik dan kekecohan dalam kalangan masyarakat. Dalam Kerajaan Melayu Melaka wujudnya undang-undang Melaka, ianya menjadi lambang bahawa masyarakat Melayu sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi pada ketika itu sehingga mampu melahirkan satu sistem perundangan untuk meletakkan kawalan dalam hal-hal tertentu serta mengatur kehidupan. Undang-undang ini bukan sekadar mengawal keselamatan dan keamanan kawasan sekitar tetapi juga menggambarkan corak kehidupan masyarakat. Undang-undang Melaka dikatakan merupakan undang-undang bertulis pertama di Nusantara ini kerana undang-undang yang ada sebelumnya adalah bercorak lisan dan undang-undang dijalankan mengikut titah perintah. Undang-undang bertulis Kerajaan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini mempunyai kepentingan dan diguna pakai di kawasan-kawasan tertentu. Hukum Kanun Melaka atau juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun di samping 46 naskah salinan daripadanya yang diberi pelbagai judul antaranya ialah Undang-undang Melaka, Undang-undang Negeri dan Pelayaran, Surat Undang-undang, Kitab Undang-undang, Undang-undang Melayu, Undang-undang Raja Melaka, Undang-undang Sultan Mahmud Syah, Kitab Hukum Kanun dan Surat Hukum Kanun.5 Mengikut Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka disusun semasa zaman 5 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 201. 6 pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459). Fasal 44.4 menerangkan bahawa Hukum Kanun Melaka merupakan titah daripada Sultan Muhammad Syah dan Sultan Muzaffar Syah yang bertanggungjawab mengumpul undang-undang tersebut. Hukum Kanun Melaka terdiri daripada 44 fasal yang dibincangkan berkaitan perihal istana dan pantang larang kepada masyarakat, hukum jenayah awam, sistem protokol, hak milik tanah dan pertanian, penternakan, jual beli dan hal-hal kekeluargaan. Kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan Melayu pertama yang menggubal kanun negeri dan peraturan pelayaran.6 Undang-undang Laut juga digubal untuk tujuan melancarkan urusan perdagangan dan perkapalan. Dalam masa yang sama ia menggariskan peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut. Kandungan Undang-undang Laut Melaka secara keseluruhannya disempurnakan semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan mengandungi 20 fasal. Di dalam mengandungi perihal berkaitan peraturan pelayaran, gelaran pegawai dan tugas serta bidang kuasa yang ada di dalam kapal. Antara bidang kuasa yang ada di dalam kapal ialah nakhoda, jurumudi, jurubatu, tukang kanan dan kiri, senawi, tukang agung, awak-awak dan sebagainya dalam memastikan keselamatan pelayaran dan memudahkan urusan perkapalan. Kepentingan Kerajaan Melayu Melaka sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu jelas dapat dilihat apabila sistem perundangan yang dimulakan di Melaka telah berkembang di kerajaan-kerajaan lain selepas Melaka antaranya negeri Pahang. Undangundang Pahang mengambil Undang-undang Melaka sebagai rujukan dan diperkembangkan lagi serta disesuaikan dengan keadaan tempatan. Undang-undang Pahang digubal semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin. 6 Khamis Hj Abas, Melaka Dalam Dunia Maritim, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, 2004, hlm. 34. 7 Perkembangan dan Penyebaran Agama Islam Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka rata-ratanya mengamalkan kepercayaan animisme ataupun agama Hindu-buddha. Perkembangan ilmu yang berlaku seiring dengan perkembangan pemerintahan dan perundangan di Kerajaan Melayu Melaka telah menyebabkan berlakunya perkembangan agama Islam secara meluas. Kerajaan Melayu Melaka bukan sahaja mengembangkan perdagangan dan kekayaan, bahkan juga mengembangkan syiar Islam.7 Melaka juga dikenali sebagai pusat penyebaran Islam yang utama di Nusantara. Walaubagaimanapun kemasukan Islam di Melaka tidak dapat dikesan tarikh kemasukkannya yang sebenar kerana tiada sumber sahih yang mencatatkannya. Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa penyebaran agama Islam telah bermula pada abad ke-11 lagi di Alam Melayu namun penyebaran tidak begitu meluas. Kepesatan penyebaran agama Islam berlaku selepas Melaka berkembang menjadi sebuah negara yang kuat dan pusat pedagangan yang maju. Melaka dikenali sebagai pusat penyebaran agama Islam, apabila berlakunya tambahan semangat keislaman yang ditunjukkan oleh pemerintah-pemerintahnya. Penerimaan Islam dan peningkatan tamadunnya telah menjadikan Melaka lebih sedar akan kepentingan-kepentingan nilai intelektual. Kegiatan intelektual dijalankan di institusi-institusi surau, balai, langgar, masjid dan melalui guru-guru seperti Maulana Yusoff dan Kadi Munawar.8 Namun kemuncak kepada perkembangan ilmu di dunia melayu pada zaman tersebut adalah peranan istana Kerajaan Melayu Melaka. Istana bukan sahaja tempat untuk kegiatan intelektual dan politik tetapi juga untuk kegiatan kebudayaan. Sultan juga terlibat sama dalam kegiatan intelektual contohnya Sultan Mansur Syah menuntut ilmu dengan Maulana Abu Bakar, Sultan Mahmud berguru dengan Maulana Yusoff.9 Begitulah keadaannya di Melaka, sejak menerima Islam 7 Khamis Hj Abas, Melaka Dalam Dunia Maritim, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, 2004, hlm. 17. Abdul Latiff Abu Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia, 1984, hlm.28. 9 Ibid., hlm. 19. 8 8 berlakulah tradisi intelektual ini. Kita dapati ada hubungan intelektual antara Mekah dan Melaka di mana seorang Ulama Sufi di Mekah Maulana Abu Ishak telah menghantar sebuah karangan tasawufnya yang berjudul ad-Durru’l Manzum yang membawa maksud “Rangkaian Mutiara” ke Melaka melaui perutusannya iaitu Maulana Abu Bakar.10 Kitab ini pastinya membincangkan topik-topik penting yang berkaitan pengajian ilmu tasawuf. Peningkatan tradisi intelektual di Melaka bukan sahaja dari segi perhubungannya dengan Mekah, malahan dengan Pasai sehingga pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah baginda telah menghantar sebuah kitab yang berjudul ad-Durru’l Manzum untuk diterjemahkan oleh Makhdum Pakatan.11 Melaka juga mempunyai pusat pengajian contohnya di Pulau Upih.12 Ada juga ulama yang datang ke Melaka semata-mata untuk mendalami ilmu agama mereka seperti Wali Songo dari Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunang Giri.13 Bukti-bukti diatas jelas menunjukkan kepentingan Kerajaan Melayu Melaka sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu. Hasil daripada perkembangan ilmu agama Islam di Melaka ini maka dapat dilihat bahawa warisan perkembangan ilmu agama Islam ini turut dihayati di kerajaan-kerajaan lain seperti Selangor dan Johor. Dalam abad ke-15 beberapa buah daerah di Selangor telah dikuasai oleh Sultan Melaka iaitu Kelang, Jeram, Langat, Jugra dan Kuala Selangor dan Sultan Melaka. Melalui penguasaan inilah baginda telah menghantar mubaligh ke kawasan ini bagi menyebarkan dakwah Islam dan penduduk menerima baik Islam. Begitu juga dengan kerajaan Johor yang merupakan jajahan takluk utama dalam Empayar Melaka. Oleh itu sebaik sahaja 10 Ibid., hlm. 19. Ibid., hlm. 20. 12 Ibid., hlm. 20. 13 Prof Dato’ Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Melaka 750 Tahun, Melaka: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, 2012, hlm. 15. 11 9 Parameswara memeluk Islam, Johor juga turut menerima Islam dan menjadi jajahan takluk Melaka yang kuat berpegang kepada agama Islam.14 Seterusnya dengan adanya huraian-huraian tentang penyebaran ilmu menunjukkan bahawa masyarakat amat mementingkan ilmu pengetahuan sejak zaman Melaka lagi. Hal ini kerana setiap lapisan masyarakat sedar akan kepentingannya dan yakin bahawa dengan ilmu pengetahuan yang banyak negara dan rakyatnya akan menjadi hebat dan kehidupan lebih berjaya. Masyarakat berilmu juga akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar dan menjadi suri teladan yang baik kepada dunia Melayu. Perkembangan ilmu agama Islam juga membantu dalam menimbulkan semangat berlumba-lumba dalam mencari ilmu pengetahuan sehingga mampu melahirkan satu sistem pendidikan yang akhirnya membawa satu zaman baru dalam sejarah tamadun Melayu. Pentingnya Kerajaan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi semasa zaman Sultan Muzaffar Syah dan telah menjadi contoh kepada kerajaan-kerajaan lain selepasnya. Maka dapatlah kita lihat sehingga ke hari ini agama Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia dan agama Islam terus teguh berdiri meskipun semasa zaman penaklukan Portugis di Melaka ia cuba menyebarkan agama Kristian. 14 Datuk Dr. Haji Jamil Mukmin, Sejarah Kerajaan-kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2012, hlm. 41-42. 10 Perkembangan Bahasa Melayu Seterusnya, kepentingan Kerajaan Melayu Melaka adalah sebagai pencetus kepada perkembangan ilmu bahasa Melayu di dunia Melayu. Pengkajian berkaitan dengan Bahasa Melayu oleh sarjana dibahagikan kepada kerangka masa sebelum abad ke-7 dan selepas abad ke-7 masihi. Bahasa Melayu sebelum abad ke-7 masihi banyak dipengaruhi dengan unsur India. Manakala bahasa Melayu selepas abad ke-7 masihi sehinggalah sekitar abad ke-13 masihi dipengaruhi oleh unsur Arab. Dengan adanya pengaruh-pengaruh ini maka wujudlah dua pembahagian dalam bahasa Melayu itu sendiri, iaitu bahasa Melayu kuno yang diandaikan banyak terpengaruh dengan bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu klasik dikatakan wujud akibat pengaruh bahasa Arab. Tambahan pula, wujud juga bahasa Melayu Zaman Peralihan Hindu ke Islam yakni bahasa Melayu yang memperlihatkan ciri campur aduk pengaruh kedua-dua bahasa iaitu campuran bahasa Sanskrit dan bahasa Arab.15 Begitulah sedikit sebanyak sejarah bahasa Melayu yang kemudiannya berkembang secara pesat semasa Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka berperanan penting dalam menaikkan martabat bahasa Melayu pada zaman itu sehinggalah bahasa Melayu mampu untuk berdiri teguh sehingga hari ini. Malah bahasa Melayu pada ketika itu dilihat jauh lebih hebat berbanding bahasa Melayu pada hari ini. Zaman kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca. Bahasa Melayu dipertuturkan secara meluas serta menjadi bahasa rasmi dalam perutusan-perutusan. Kepentingan bahasa Melayu pada waktu itu juga dapat dilihat melalui penubuhan Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) yang bertujuan untuk melatih jurubahasa, mempunyai keseluruhan 8 jabatan dan salah satu daripadanya ialah Jabatan Bahasa Melayu. Bukti jelas penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina ialah kewujudan kamus dwibahasa Cina-Melayu yang terawal iaitu 15 Noriah Mohamed, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 47. 11 sekitar 1403-1511 Masihi yang memperlihatkan kata-kata Melayu ditulis dalam aksara Cina untuk kemudahan orang Cina.16 Selain itu, bukti lain perkembangan ilmu bahasa Melayu di dunia Melayu dapat dilihat melalui penterjemahan. Di Pasai, penghasilan karya terjemahan dan kewujudan penterjemah sebagaimana yang diterangkan dalam Sejarah Melayu bab 20 naskah Shellabear menyebut berkenaan Maulana Abu Ishak dari Mekah yang merupakan pengarang kitab Dar al Mazlum atau Dar al Manzum dan membawa kitab tersebut untuk dihadiahkan kepada Sultan Mansur Shah di Melaka. Walaubagaimanapun kitab tersebut yang ditulis dalam bahasa Arab menyebabkan rakyat Melaka tidak tahu untuk membacanya maka dititahkan oleh baginda untuk dibawa ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sultan mendapat perkabaran gembira apabila mengetahui bahawa penterjemah di Pasai berjaya menterjemahkan kitab tersebut. Hal ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa di Pasai telah ada segolongan penulis yang dapat menguasai bahasa Arab dan bahasa Melayu sehingga dapat menterjemah teks daripada bahasa Arab seterusnya memperlihatkan kepentingan Kerajaan Melayu Melaka dalam perkembangan ilmu bahasa Melayu di dunia Melayu.17 Melaka dibawah kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu dilihat memainkan peranan penting dalam mengembangkan ilmu bahasa Melayu sehingga ianya merupakan pusat perkembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan secara berleluasa di Nusantara dan digunakan sebagai bahasa komunikasi semasa berdagang. Bahasa Melayu turut digunakan oleh pedagang-pedagang asing contohnya dari Portugis, Belanda, Gujerat dan sebagainya. Sehinggalah pada hari ini di Nusantara, bahasa Melayu tetap menjadi terus kekal digunakan oleh masyarakat Nusantara. Apabila Kerajaan Melayu Melaka berusaha memartabatkan 16 Noriah Mohamed, Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1999, hlm. 82. 17 Ibid., hlm. 83. 12 penggunaan bahasa Melayu maka ia sekali gus mendorong kepada perkembangan tulisan jawi. Tulisan jawi ini mengambil aksara Arab sebagai huruf jawi dan disesuaikan dengan bahasa Melayu. Tulisan yang ada inilah yang menyebabkan berlakunya perkembangan ilmu persuratan dan undang-undang mula ditulis bukan seperti sebelumnya iaitu berbentuk lisan. Seterusnya lahir juga penulisan beberapa buah hikayat antaranya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah. Hal ini sekaligus dapat melahirkan golongan cerdik pandai, pengarang istana dan jurutulis. Kegemilangan bahasa Melayu diteruskan lagi oleh kerajaan Aceh dan juga kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu yang digunakan oleh kita pada hari ini ialah hasil daripada kesungguhan Kerajaan Melayu Melaka suatu ketika dahulu memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu dan tulisan jawi. 13 Perkembangan Adat Istiadat dan Pantang Larang Kerajaan Melayu Melaka juga penting dalam mencetuskan perkembangan ilmu di dunia Melayu dari segi adat istiadat dan pantang larang. Lihat sahaja masyarakat Melayu yang ada pada hari ini terutamanya golongan kerabat diraja kebanyakannya masih mengamalkan adat istiadat dan pantang larang. Dalam soal ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka sebagai pencetus. Sulalatus Salatin banyak membincangkan perihal berkaitan adat istiadat dan pantang larang diutarakan. Adat istiadat yang disusun ini dikatakan mula diperkenalkan semasa zaman Sultan Muhammad Syah untuk membuktikan bahawa Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung dan berdaulat. Adat istiadat dan pantang larang ini sering dikatakan sebagai salah satu platform untuk mengangkat martabat raja-raja Melayu. Amalan pantang larang secara dasar jelas memperlihatkan jurang ataupun darjat masyarakat biasa dengan keturunan diraja. Sulalatus Salatin mencatatkan berkaitan pantang larang penggunaan warna, nobat, bahasa dan alat kebesaran diraja. Di dalam naskah Sulalatus Salatin menyatakan bahawa rakyat atau orang kebiasaan tidak dibenarkan menggunakan pemakaian warna kuning. Fasal 3 Hukum Kanun Melaka menjelaskan bahawa penggunaan warna kuning untuk membuar alas tilam atau sapu tangan warna kuning adalah dilarang. Pantang larang seterusnya adalah penggunaan payung putih juga dilarang kerana dikhaskan untuk raja dan payung kuning untuk anak raja. Manakala berkenaan dengan pantang larang penggunaan perkataan pula dalam Hukum Kanun Melaka fasal 2.1 pula melarang rakyat biasa menggunakan perkataan “kurnia”, “anugerah”, “patik”, “murka” dan “titah”. Raja-raja pada zaman Kerajaan Melayu Melaka mempunyai alat kebesaran raja yang tersendiri. Rakyat dilarang menggunakan alat-alat ini melainkan dengan anugerah raja. Antara contoh alat kebesaran ialah kendi, kipas, cogan, sirih puan, pawai, keris,pedang, tombak, lembing, kerikal, tetampan, payung dan ketur. Dari sudut adat istiadat pula, Sulalatus Salatin 14 menyatakan beberapa adat istiadat yang ada antaranya ialah adat mengadap Raja di Balairung. Kedudukan para pembesar akan mengikut susunan pangkat kebesaran masing-masing di mana Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan semua menteri akan duduk di seri balai. Anak-anak raja pula akan duduk disebelah kiri dan kanan balai. Sida-sida muda pula akan duduk selang-seli antara Bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai sambil memikul pedang. Manakala di sebelah kiri adalah anak cucu menteri dan di sebelah kanan bentara pula ialah anak cucu hulubalang.18 Dalam Sulalatus Salatin juga ada menceritakan berkaitan dengan adat keberangkatan raja serta adat perutusan. Akhir sekali, dalam adat istiadat dan pantang larang juga dijelaskan mengenai penggunaan nobat iaitu muzik diraja. Nobat dimainkan untuk tujuan acara rasmi dan dimainkan oleh orang-orang tertentu sahaja. Nobat ini dimainkan semasa pertabalan raja, kemangkatan raja, keberangkatan raja dan acara-acara rasmi kerajaan. Antara alatan nobat ialah gong, semambu, nafiri, serunai, dua gendang besar dan dua gendang kecil. Nobat dicetuskan semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka dan ianya menjadi tradisi kerajaan-kerajaan lain sehingga kerajaan Kedah meminta kerajaan Melaka untuk memainkan nobat. Adat istiadat dan pantang larang yang wujud semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka penting sebagai pencetus kepada perkembangan adat istiadat pada hari ini di dunia Melayu. Warna kuning sehingga hari ini menjadi warna kesultanan, adat pertabalan misalnya masih diamalkan sehingga hari ini. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila pada 24 April 2017 berlakunya Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Balairung Seri Istana Negara. 18 A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015, hlm. 75. 15 PENUTUP Kesimpulannya, walaupun kedatangan Portugis telah melemahkan Kerajaan Melayu Melaka dan akhirnya tewas pada tahun 1511. Namun warisan ilmu yang ditinggalkan oleh Kerajaan Melayu Melaka kepada dunia Melayu kekal sehingga hari ini. Masih banyak kerajaan yang sedikit sebanyak masih menggunakan sistem pentadbiran dan sistem perundangan yang berasal daripada Kerajaan Melayu Melaka walaupun sudah diadaptasi mengikut kesesuaian tempat. Apa yang dapat dibanggakan ialah keputusan Sultan Muzaffar Syah menjadikan Islam sebagai agama rasmi adalah keputusan yang tepat dan kesannya dapat dilihat sehingga hari ini. Selain itu, bahasa Melayu serta adat istiadat dan pantang larang yang dicetuskan semasa Kerajaan Melayu Melaka penting kepada perkembangan ilmu di dunia Melayu kerana ianya salah satu identiti kepada bangsa Melayu dan keturunan kerabat diraja. Maka jelaslah bahawa Kesultanan Melayu Melaka sangat memainkan peranan penting sebagai pusat ketamadunan Melayu agung yang mewariskan legasi pelbagai cabang ilmu di dunia Melayu. Melaka merupakan pemula kepada cabang ilmu di dunia Melayu dari aspek kelahiran sistem pentadbiran, kelahiran sistem perundangan, perkembangan dan penyebaran agama Islam, perkembangan bahasa Melayu dan perkembangan adat istiadat serta pantang larang. 16 BIBILIOGRAFI A.Samad Ahmad. (2015). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Abdul Latiff Abu Bakar. (1984). Sejarah di Selat Melaka. Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia. Datuk Dr. Haji Jamil Mukmin. (2012). Sejarah Kerajaan-kerajaan Islam Secara Ringkas dan Sejarah Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Khamis Hj Abas. (2004). Melaka Dalam Dunia Maritim. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka. Muhammad Yusoff Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Mohamed. (1999). Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Prof Dato’ Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin. (2012). Melaka 750 Tahun. Melaka: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. 17

Judul: Kerajaan Melayu Melaka Sebagai Pencetus Kepada Perkembangan Ilmu Di Dunia Melayu

Oleh: Wan Nur Izzati Wan Bahari

Ikuti kami