Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia Melalui Ilmu Perbandingan Agama: Tinjauan Awal

Oleh Aemz Mat Zain

341,1 KB 4 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia Melalui Ilmu Perbandingan Agama: Tinjauan Awal

AL-HIKMAH Jilid No. 10 1 ISSN 1985-6822 2018M 1439 H • NILAI AGAMA ISLAM DALAM KESEDARAN BERAGAMA KALANGAN MASYARAKAT BAJAU DARAT KAMPUNG PENIMBAWAN TUARAN, SABAH …..3-15 Qurratu Ain Rapihi, Zaizul Ab. Rahman • PENGARUH VLOG DAKWAH TERHADAP KOGNITIF DAN AFEKTIF REMAJA DI PUTRAJAYA …16-33 Muhamad Faisal Ashaari, Noor Hafizah Jujaji • TRAIT PERSONALITI PENDAKWAH MUSLIM: SATU SOROTAN LITERATUR …34-54 Izzaty Ulya Munirah Abd Aziz, Zainab Ismail • KONSEP HISBAH DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM …55-78 Abdul Qahhar Ibrahim, Abdul Ghafar Don, Muhamad Faisal Asha’ari • HUBUNGAN INSENTIF KEIMANAN DAN AMALAN PENGAJARAN: KAJIAN TERHADAP GURU TAHFIZ SWASTA DI NEGERI PERAK …79-94 Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, Abd Hadi Borham, Wahyu Hidayat Abdullah, Muhammad Akramin Kamarul Zaman • KELANGSUNGAN SYARIAT ISLAM MENERUSI PERUNDANGAN MALAYSIA …95-118 Mohd Mustaffa Jusoh @Yusoff, Mohd Musa Sarip, Wan Abdul Fattah Wan Ismai • DAKWAH MELALUI MEDIA BARU DI MALAYSIA: PELUANG ATAU CABARAN? ….119-128 Aini Maznina A. Manaf • MODEL PENGUKURAN APLIKASI MUDAH ALIH PANDUAN SOLAT ANDROID (MAPS) ...129-147 Siti Zuraida Abdul Manaf, Norazah Nordin, Helmi Norman, Ahmad Syukri Mohamad Zaid, Analisa Hamdan PERLAKSANAAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH FIQH ... 148-162 Mohd Aderi Che Noh, Normurni Mohamad, Adibah Hasanah Abd Halim, Absha Atiah Abu Bakar, Hasnan Kassan MENDEPANI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MELALUI ILMU PERBANDINGAN AGAMA: TINJAUAN AWAL …163-175 Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin, Nazneen Ismail, Maryam Habibah Kamis • • • • CHRISTIAN NEO-ORTHODOXY APPROACH TO RECONSTRUCTION OF RELIGIOUS THOUGHT ON SELECTED THEOLOGICAL ISSUES: AN ISLAMIC ANALYSIS ...176-187 Adibah Abdul Rahim ISLAMOPHOBIA IN THE WEST MEASURING AND EXPLAINING INDIVIDUAL ATTITUDES by MARC HELBLING ... 188-189 Badlihisham Mohd Nasir, Abdul Ghafar Don Al-Hikmah 10(1) 2018: 163-175 Sejak mengecapi kemerdekaan yang hampir 60 tahun, Malaysia telah dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk bukan sahaja berbeza dari sudut bahasa tetapi juga agama dan etnik. Ini menunjukkan sifat kemajmukan antara rakyat Malaysia telah muncul bertahun lamanya. Namun, berhadapan dengan masyarakat majmuk seolahnya menjadi kekangan kepada segelintir umat Islam di Malaysia atas kecetekan ilmu dalam mendekati dan berinteraksi dengan golongan ini. Maka, tujuan artikel ini adalah meneliti respon Islam tentang fungsi ilmu perbandingan agama boleh membantu umat Islam dalam mendepani masyarakat majmuk di Malaysia. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif yang menumpukan data-data bertulis yang membincangkan perkara ini. Hasil kajian mendapati ilmu perbandingan agama adalah penting bagi umat Islam di Malaysia dalam memahami dan mengetahui lanjut golongan lain di Malaysia. Kata kunci: Ilmu perbandingan agama, Masyarakat majmuk, Malaysia Since Malaysia got its independence around 60 years, it has known as a country which had a plural society not even the variety of language but also the variety of religiousity and ethnic. This has shown that the plurality in Malaysia has been a long time. Unfortunately, in facing this plural society seems difficult for some Muslims in Malaysia because of lacking knowledge in terms of approaching dan communicating with this group. Hence, the objective of an article is to review the Islamic responses regarding on the functions of comparative religion in confronting the plural society in Malaysia. The methodology of this article is basically 164 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia qualitative which focusing on the literatures. The findings showed that comparative religion is important for Malay Muslim to learn and understand more about other people in Malaysia. Keywords: Comparative religion, Plural society, Malaysia Perbahasan mengenai kedudukan non Muslim dalam Islam merupakan perbahasan yang menarik kerana memperlihatkan keterbukaan Islam dalam meraikan kewujudan manusia yang berbeza dalam sudut keagamaan. Hal ini kerana elemen kepelbagaian tersebut merupakan suatu program unik ciptaan Allah sebagai satu bentuk aturan dan ketentuan yang telah ditetapkan berlaku kepada manusia (Meerangani, 2016). Sesebuah negara terbina kukuh adalah bergantung kepada rakyat yang mempunyai kesatuan hati dan perpaduan dalam menghadapi arus globalisasi ini. Memiliki rakyat yang terdiri daripada kepelbagaian latarbelakang adalah satu fitrah dan anugerah yang tidak ternilai buat negara berkenaan. Firman Allah S.W.T: ۡ َ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ه ُ ه‬ ‫َ َ َ ُ َ َّٰ َ َ َ ۡ َ َّٰ ُ ۡ ُ ُ ٗ َ َ َ ٓ َ َ َ َ ُ ٓ ْ ه‬ ُ َ َّٰ ‫يأيها ٱنلاس إِنا خلقنكم مِن ذكر وأنَث وجعلنكم شعوبا وقبائِل ۡلِ عارف ۚوا إِن‬ َ ٌ َ َ ‫َ ۡ َ َ ُ ۡ َ ه َ ۡ َ َّٰ ُ ۡ ه ه‬ ١٣ ٞ‫ِيم خبِۡي‬ ‫أكرمكم عِند ٱَّللِ أتقىك ۚم إِن ٱَّلل عل‬ Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Quran, al-Hujurat 49: 13) Melalui ayat ini, seharusnya tidak menjadi isu dengan kemajmukan yang wujud dalam dunia ini. Ini kerana kemajmukan adalah suatu yang fitrah dan jika dipandu dengan cara yang tepat, fitrah kemajmukan ini melahirkan suatu keharmonian kepada dunia. Al-Hikmah 10(1) 2018 | 165 Masyarakat majmuk bererti satu komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, bahasa, budaya dan adat resam tinggal dalam sebuah tempat atau negara yang sama. Meskipun kemajmukan ini merupakan satu cabaran, namun melalui pendidikan jurang antara anggota masyarakat boleh dikurangkan. Dengan erti kata, keharmonian dan interaksi yang baik antara masyarakat boleh mengatasi masalah kejahilan yang cenderung kepada perpecahan serta pertelingkahan sesama sendiri (Aszlan Selamat dan Muhamad Iszuan bin Safarudin 2013; Muhammad Nazmi Abd Halim, Jaffary Awang, Muhammad Helmy Abdul Gapar 2016). Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan kesan daripada penjajahan British. Hal ini berbeza dengan fasa sebelum kedatangan kuasakuasa Eropah di mana corak masyarakat adalah lebih seragam walaupun telah terdapat interaksi antara Tanah Melayu dengan China dan India. Malah, keberadaan para pedagang luar yang menetap di sini tidak mengubah keseragaman corak masyarakat pada ketika itu. Penyerahan Tanah Melayu oleh Belanda kepada British dan penawaran peluang pekerjaan kepada rakyat asing mengundang penghijrahan beramai-ramai ke dalam negara khususnya daripada negara China dan India. British memilih untuk tidak menawarkan pekerjaan kepada rakyat tempatan kerana beranggapan mereka tidak berpengalaman dalam bidang-bidang seperti perlombongan dan penanaman getah berbanding tenaga luar ini. Melalui tenaga luar yang berkemahiran, ekonomi dapat dijana dengan cepat dan membantu pemulihan ekonomi Britain dengan mudah. Kadar kemasukan warga asing ini meningkat saban tahun terutama antara 1895 hingga 1927 (Paimah, 2009). Hubungan rapat antara kaum dan agama di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri. Antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Cina, Melayu dan India. Mereka telah menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Laporan daripada Jabatan Statistik Negara (2017) mencatatkan peratusan rakyat Malaysia iaitu Bumiputera sebanyak 68.8%, Cina sebanyak 23.2%, dan India sebanyak 7.0% serta selebihnya sebanyak 1.0%. Manakala agama yang dianuti di Malaysia ialah Islam, Kristian, Budha, Hindu, Animisme dan lain-lain. Kerana komposisi ini juga, perkara berkaitan agama disertakan dalam Perlembagaan Persekutuan 166 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia dengan menyatakan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi di samping memperakui kewujudan agama-agama lain dan kebebasan penganutnya dalam mengamalkan agama masing-masing (Paimah, 2009). Isu agama boleh jadi sensitif sedangkan dalam masa yang sama ia adalah sesuatu yang positif dalam pembentukan perpaduan antara kaum (Aszlan Selamat dan Muhamad Iszuan bin Safarudin, 2013) Walaupun ukuran perpaduan antara kaum sukar diukur namun secara zahirnya dunia berpandangan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kehidupan harmoni dengan masyarakat majmuk di dalamnya. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan terdapat isu-isu yang menyentuh sensitiviti penganut agama tertentu dari masa ke masa seperti isu murtad, pengisytiharan status agama, pembinaan tempat ibadah, rusuhan kaum 13 Mei 1969, perarakan kepala lembu di Selangor dan peletakkan kepala khinzir dalam masjid di Kuala Lumpur (Rahimin Affandi Abd Rahim et al. 2011; Muhammad Nazmi Abd Halim et al. 2016). Selain itu juga adalah bantahan terhadap cadangan pindaan akta RUU 355 oleh wakil rakyat bukan Muslim, bidangkuasa Mahkamah Syariah turut sering dijadikan tumpuan dan isu antara agama. Bertitik tolak daripada kepentingan mengetahui agama sebagai asas perpaduan masyarakat, pelbagai kajian telah dilakukan antaranya Muhammad Nazmi et al. (2016) mendapati bahawa tahap pengetahuan responden mengenai agama-agama lain adalah tinggi dengan peratusan 84.9% daripada jumlah responden manakala bakinya memiliki tahap pengetahuan yang rendah (0.3%) dan sederhana (14.8%). Apabila dibandingkan antara komuniti Muslim dan bukan Muslim, didapati bahawa komuniti Muslim mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi mengenai agama lain berbanding komuniti bukan Muslim. Namun begitu, perbezaan tahap berada pada kadar yang begitu minimum. Begitu juga apabila dibandingkan mengikut etnik, kajian mendapati tahap pengetahuan mereka adalah seimbang. Sentimen sebegini boleh dielakkan dengan adanya kefahaman mengenai agama sendiri dan agama-agama yang lain (Muhammad Nazmi et al. 2016). Ini dilakukan dengan memupuk minat dan pengetahuan setiap warganegara berhubung asas-asas agama yang ada di Malaysia. Melalui pengetahuan ini, masyarakat mampu melakukan penilaian wajar apabila berhadapan dengan pernyataan dan situasi berbaur prasangka dan tanggapan negatif terhadap agama lain. Antara kaedah yang dicadangkan adalah menyediakan silibus wajib pembelajaran asas-asas agama di Malaysia pada peringkat sekolah menengah, melakukan dialog antara agama dan usaha mempromosikan toleransi antara agama. Ini menunjukkan ia perlu kepada Al-Hikmah 10(1) 2018 | 167 inisiatif daripada pihak penggubal dasar seperti kerajaan dan juga pihak pengamal dasar seperti badan bukan kerajaan, masyarakat setempat dan individu itu sendiri. Semua komuniti dalam satu negara mempunyai peranan dan usaha yang sepatutnya membantu dalam mewujudkan keharmonian antara agama. Maka, dalam usaha memberi kefahaman tentang agama ini wujud keperluan kepada ilmu perbandingan agama dalam masyarakat. Melalui ilmu ini, tema-tema utama dalam sesuatu agama seperti sejarah, kepercayaan, amalan dan akhlak dibincangkan secara terperinci. Sifatnya yang anjal dan tidak rigid juga membolehkan semua orang mempelajarinya dengan mudah (Wan Mohd Fazrul Azdi 2017). Justeru, ia adalah alternatif dalam menangani fitnah konflik antara Islam dan agama bukan Islam (Khadijah Mohd Kambali @ Hambali et al. 2013). Takrifan ilmu perbandingan agama Ilmu perbandingan agama merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang ada dan dibahaskan dalam dunia Islam-Barat. Taslim HM. Yasin (2011) mentakrifkan ilmu perbandingan agama merupakan ilmu yang mengkaji tentang manusia dan bukan kajian tentang benda. Takrifan ini membawa maksud ilmu perbandingan agama ini berlaku pada benda yang bernyawa iaitu manusia. Namun, ini boleh menimbulkan persoalan adakah manusia yang dimaksudkan itu, manusia keseluruhan tidak kira manusia yang berakal dan tidak berakal? Maka, seharusnya ditakrifkan secara khusus iaitu berlaku kepada manusia yang berakal. Wan Mohd Fazrul Azdi W. Razali (2017) pula menyifatkan ilmu perbandingan agama ini ilmu yang bersifat anjal dan boleh menembusi disiplin-disiplin ilmu yang lain, bahkan ilmu ini membahaskan aspek-aspek dalam agama antaranya sejarah, kepercayaan, amalan dan akhlak. Dalam erti kata lain, ilmu perbandingan agama adalah ilmu bersifat universal kerana seluruh manusia berakal yang mempunyai kepakaran dalam disiplin ilmu selain ilmu perbandingan agama terbuka mengkaji dan menekuni ilmu perbandingan agama ini. Bahkan, ilmu ini tidak rigid kepada mana-mana penganut agama di dunia untuk menekuni dan mengkajinya. Sejarah perkembangan ilmu perbandingan agama dalam Islam Umumnya, ilmu perbandingan agama membincangkan tema-tema utama dalam sesuatu agama antaranya sejarah, kepercayaan, amalan dan akhlak (Wan Mohd Fazrul Azdi W. Razali 2017). Ini jelas kerana 168 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia perbahasan empat aspek yang ada dalam setiap agama itu mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri. Bahkan, dalam menekuni setiap aspek yang berada dalam agama-agama yang dikaji telah membuka minda semua penganut agama bahawa agama-agama di dunia ini mempunyai persamaan dan perbezaan. Namun, matlamat terakhir bagi pengkaji itu untuk mencari jawapan agama yang membawa kebenaran yang hakiki? Selain itu, menekuni ilmu ini juga mampu menyelesaikan kontroversi antara agama yang wujud disebabkan salah faham penganut agama terhadap agama lain. Ini tepat sekali dengan saranan Khadijah Mohd Kambali@Hambali et al (2013) menyatakan bahawa pendekatan ilmu perbandingan agama adalah alternatif dalam menangani fitnah konflik antara Islam dan agama bukan Islam. Di sini membuktikan bahawa ilmu perbandingan agama mempunyai peranan tersendiri dalam mendepani masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat perbezaan bentuk pengkajian ilmu perbandingan agama antara para sarjana dunia Timur-dunia Barat. Pandangan berbeza ini disebabkan sumber ilmu atau epistemologi bagi kedua-dua ini adalah berbeza. Basri Husin (2009) menyimpulkan sumber ilmu dalam tradisi ilmu Islam adalah ilmu naqli dan ilmu aqli yang meletakkan ilmu naqli yang bersumberkan al-Quran dan Hadis adalah utama tanpa mengabaikan aspek aqliyyah yang berasaskan perkembangan pemikiran manusiawi juga. Ini berbeza dengan epistemologi Barat yang membahagikan sumber ilmu mereka kepada perspektif dunia semata-mata seperti bersifat rasional dan empirikal sahaja. Begitu juga dalam perbahasan ilmu perbandingan agama yang tidak dapat berpisah dengan sumber ilmu itu sendiri. Maka, di sini akan membincangkan sejarah ilmu perbandingan agama dari sudut pandang Islam. Agama Islam memerintahkan umatnya mendalami ilmu. Disiplin ilmu dalam Islam begitu meluas dan tidak terhad kepada satu-satu disiplin sahaja. Bermulanya Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai Nabi dan Rasul seluruh umat, wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda adalah surah al-Alaq yang dimulakan dengan sebutan Iqra’ yang jelas menekankan akan peri penting ilmu dalam kehidupan seseorang manusia. Bahkan, golongan yang mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu yang dimilikinya itu lebih baik daripada ilmu yang tidak membawa kepada amalan kehidupan. Dalam konteks ilmu perbandingan agama yang dibincangkan ini, Ilmu ini telah muncul berabad-abad yang lalu. Jika al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW telah melebihi 1400 tahun dahulu, maka ilmu perbandingan agama telah muncul lebih awal daripada itu. Sekalipun, ilmu ini tiada namanya seperti yang dikenali dunia masa kini Al-Hikmah 10(1) 2018 | 169 namun, dari sudut aplikasi dan amalan antara agama telah muncul dalam tradisi ilmu Islam dahulu. Kemunculan ilmu perbandingan agama ini diakui bukan sahaja daripada para sarjana Islam, bahkan dunia Barat. Ini jelas sekali H.U Weitbrecht Stanton (1919) memperakui bahawa no scripture in the world teaches such a ‘comparative religion; as the Quran. Maka di sini melalui al-Quran yang merupakan sumber utama rujukan umat Islam telah membuka mata sarjana Barat berkaitan ilmu perbandingan agama yang terkandung di dalam kitab ini. Bahkan al-Quran juga merungkaikan kisah para nabi terdahulu iaitu sebelum kelahiran Rasulullah SAW dalam hal ehwal ilmu perbandingan agama ini. Pendirian al-Quran mengenai ilmu perbandigan agama Al-Quran merupakan mukjizat terakhir yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya baginda SAW dalam pesanan terakhir juga menasihatkan umatnya berpegang teguh kepada al-Quran dan asSunnah supaya tidak berada dalam kesesatan. Di dalam al-Quran mengandungi segala petunjuk dari perkara kecil hingga perkara besar khusus buat insan dan manusia yang berakal. Golongan yang menekuni dan mengkaji al-Quran tidak kira Islam atau bukan Islam, mereka menemui jawapan yang menjadi persoalan dalam diri mereka. Ini kerana al-Quran, kitab merupakan kalamullah dan terpelihara serta jauh daripada bentuk penyelewengan. Ini jelas dengan penegasan Allah SWT dalam firman: ۡ َ َۡ ‫ه‬ َ ُ َ َ َُ ‫ۡ َ ه‬ ٩ ‫حَّٰفِظون‬ ‫إِنا َن ُن ن هزنلَا ٱَّلِكر ِإَونا َلۥ ل‬ Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Al-Quran, al-Hijr 15: 9) Apabila berbicara mengenai ilmu perbandingan agama di dalam Quran, perlu diketahui bahawa dari sudut istilah atau penamaan perbandingan agama secara langsung tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi, istilah seperti kepercayaan lain, sembahan selain Allah SWT dan ahli kitab ada disebutkan di dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa zaman kehidupan para nabi terdahulu antaranya Nabi Ibrahim AS, Nabi Saleh AS, Nabi Nuh AS, Nabi Hud AS, Nabi Syuaib AS dan sebagainya telah wujud kepercayaan dan agama-agama lain selain agama Islam atau agama Tauhid itu sendiri (Aemy Elyani Mat Zain 2015). Dalam erti kata lain, al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi sempadan dan panduan kepada umat Islam dalam 170 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia meneroka dan memahami sesuatu agama dan kepercayaan lain. Ini jelas dilihat dengan penegasan al-Quran khususnya pada ayat-ayat Makkiyyah dalam kisah para nabi terdahulu yang mempraktikkan ilmu perbandingan agama melalui saluran dialog antara agama untuk menyampaikan seruan kebenaran atau risalah tauhid kepada kaum mereka yang syirik dan berada dalam keadaan jahiliah ketika itu (Sofiah Shamsuddin 2006). Berdasarkan perbincangan ini, jelas menunjukkan bahawa disiplin ilmu perbandingan agama dalam tradisi ilmu Islam secara praktikalnya boleh dikesan melalui dialog antara agama para nabi terdahulu dengan kaum mereka. Perkara ini diceritakan secara jelas di dalam Al-Quran dan huraian mendalam dialog ini telah ditafsirkan oleh para mufassirin. Selain itu, ayatayat al-Quran ada menceritakan secara umum disiplin ilmu perbandingan agama. Dalam hal ini mencerminkan sikap dan pendirian al-Quran terhadap agama-agam lain yang wujud di dunia ini. Pendekatan al-Quran dalam konteks ilmu perbandingan agama ialah al-Quran bertegas bahawa asal kejadian manusia daripada ibu bapa yang sama iaitu nabi Adam dan Hawa. Dalam erti kata lain, semua makhluk ini adalah hamba Allah dan mempunyai fitrah untuk beragama. Ini boleh dilihat daripada firman Allah SWT: ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ه ُ ه ُ ْ َ ه ُ ُ ه‬ ‫ه ۡ َ َّٰ َ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ َ َ َ َ ه‬ ُ ََ َ ‫يأيها ٱنلاس ٱتقوا ربكم ٱَّلِي خلقكم مِن نفس وحِدة وخلق مِنها زوجها وبث‬ ‫ۡ ُ َ َ ٗ َ ٗ َ َ ٓٗ َ ه ُ ْ هَ ه‬ َ َ َ‫َ َۡۡ َ َ ه ه‬ َ ُ ٓ َ ‫َّلل ٱَّلِي ت َسا َءلون بِهِۦ وٱۡلرحام ۚ إِن ٱَّلل َكن‬ ‫مِنهما رِجاٗل كثِۡيا ون ِساء ۚ وٱتقوا ٱ‬ ُ َۡ َ ٗ ِ‫ك ۡم َرق‬ ١ ‫يبا‬ ‫علي‬ Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (AlQuran, al-Nisa 4: 1) Seterusnya, al-Quran turut memperakui bahawa agama-agama di dunia ini ada aspek yang mempunyai persamaan dengan Islam. Disebabkan hal ini, Al-Hikmah 10(1) 2018 | 171 maka al-Quran mengungkapkan kalimah sawa’ dalam mendepani antara agama-agama itu. Contohnya kalimah sawa’ ini merujuk kepada ke-Esaan Tuhan dan Utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW dan nilai-nilai kesejagatan antara agama yang juga merujuk kepada kitab-kitab suci agama lain. Dari sudut lain, kalimah sawa’ juga merupakan satu pendekatan dakwah yang dianjurkan oleh Islam ketika berbicara dengan penganut agama lain. Ini lumrah kerana manusia suka melihat kepada persamaan antara dua benda yang berbeza daripada melihat perbezaan antara keduanya. Kalimah sawa’ diungkapkan oleh al-Quran daripada firman Allah SWT iaitu: ۡ ُ َ َ َ ‫ُ ۡ َ َٰٓ َ ۡ َ ۡ َ َّٰ َ َ َ ۡ ْ َ َّٰ َ َ َ َ ٓ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ه َ ۡ ُ َ ه ه‬ ‫ۡش َك‬ ِ ‫قل يأهل ٱلكِت‬ ِ ‫ب تعالوا إَِل َك ِمة سواء ِۢ بيننا وبينكم أٗل نعبد إِٗل ٱَّلل وٗل ن‬ َ‫ه َ َ ه ۡ ْ َ ُ ُ ْ ۡ َ ُ ْ ه‬ َ ٗۡ َ ُ ٗ َ ۡ ً ۡ َ َ ُ ۡ َ َ ِ ‫يا َو َٗل َي هت‬ ‫ون ٱَّللِۚ فإِن ت َولوا فقولوا ٱشهدوا ب ِأنا‬ ‫بِهِۦ ش‬ ِ ‫خذ بعضنا بعضا أربابا مِن د‬ َ ٦٤ ‫ُم ۡسل ُِمون‬ Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (AlQuran, Al ‘Imran 3: 64) Berdasarkan dua petikan ayat al-Quran ini membuktikan bahawa penerimaan dan sifat terbuka Islam dalam kemajmukan di dunia ini khususnya kepelbagaian dalam konteks agama dan kepercayaan. Kedua bentuk penerimaan al-Quran ini bukan bermakna Islam menganggap agama-agama lain ini adalah sama dengan agama Islam. Penerimaan ini menjelaskan Islam memperakui adanya kepelbagaian agama di dunia ini tanpa mengabaikan konteks dakwah dan seruan kepada Tauhid itu adalah yang utama. Ini kerana, al-Quran turut menegaskan umat Islam supaya menyampaikan dakwah walaupun sepotong ayat. 172 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia Bahkan, dalam mengaplikasikan dakwah kepada masyarakat majmuk, al-Quran menyediakan panduan yang sepatutnya. Ini kerana berdakwah dengan cara yang melulu dan melampaui batas bukan sahaja membuatkan orang bukan Islam membenci dengan sikap pendakwah itu, tetapi juga akan mencetuskan salah faham orang bukan Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Akhirnya membawa nama dan gelaran yang tidak sepatutnya terhadap agama Islam seperti agama penganas, agama mundur dan sebagainya. Kaedah yang dianjurkan dalam Islam bagi mendepani masyarakat majmuk khususnya hidup bermasyarakat dalam satu komuniti ialah tidak mencela, memaki hamun dan menghina sembahan dan agama orang lain. Larangan tegas ini diungkapkan di dalam al-Quran seperti firman Allah SWT: ُ ‫ه َ َ ُ ُّ ْ ه َ َ ۡ َ ُۢ َ ۡ ۡ َ َ َ َ ه ه‬ َ ُ ۡ َ َ ‫َ َ َ ُ ُّ ْ ه‬ ُ ‫ِك‬ ِ ‫وٗل تسبوا ٱَّلِين يدعون مِن د‬ ٖۗ ‫ۡي عِل‬ ِ ‫ون ٱَّلل ِ فيسبوا ٱَّلل عدوا بِغ‬ ِ ‫م كذَّٰل ِك زينا ل‬ ْ ُ َ َ َ َ ُ ۡ ‫أُ هم ٍة َع َملَ ُه ۡم ُث هم إ َ ََّٰل َربهم هم‬ ١٠٨ ‫ج ُع ُه ۡم ف ُينب ِ ُئ ُهم ب ِ َما َكنوا َي ۡع َملون‬ ‫ر‬ ِ ِ ِِ Maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Al-Quran, Al-An‘am 6: 108) Setiap apa yang diperintahkan dan dilarang di dalam al-Quran mempunyai kebaikan dan hikmahnya buat umat Islam itu. Cercaan, makian dan hamunan ini juga dilarang sekalipun dalam pengurusan dakwah dalam Islam. Ini kerana dalam pengurusan dakwah yang berkesan tidak memerlukan pendekatan yang keras. Dan seharusnya difahami bahawa falsafah dakwah kepada masyarakat majmuk berlaku atas dorongan kasih sayang iaitu seruan dakwah kepada golongan bukan Islam untuk sama-sama menikmati nikmat Islam dan iman (Khadijah Mohd Kambali@Hambali etal 2013). Bahkan, al-Quran juga memberi panduan akan cara mendepani masyarakat majmuk dalam urusan harian mahupun pengurusan dakwah iaitu: Al-Hikmah 10(1) 2018 | 173 َ ۡ َ َ َ ‫ه‬ َ ‫ۡل َس َنة َو‬ َ َّٰ َ ُ ۡ َ ۡ ‫ۡل ِۡك َمةِ َوٱل ۡ َم ۡوع َِظةِ ٱ‬ َ ِ ‫جَّٰدِل ۡ ُهم ب ِٱ هلت‬ ‫ِه أ ۡح َس ُنۚ إِن َر هبك‬ ‫يل ربِك ب ِٱ‬ ِۖ ِ ِ ِ ‫ٱدع إَِل سب‬ َ َ َ ‫ُه َو أ ۡعلَ ُم ب َمن َض هل َعن َسبيلِهِۦ َو ُه َو أ ۡعلَ ُم بٱل ۡ ُم ۡه َتد‬ ١٢٥ ‫ِين‬ ِ ِ ِ Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Surah Al-Quran, al-Nahl 16:125) Berdasarkan perbincangan ini jelas menunjukkan tatacara dan panduan yang diberikan oleh agama Islam melalui sikap dan pendirian al-Quran terhadap kepelbagaian yang ada di dunia ini. Perkara utama yang harus difahami oleh umat Islam yang mengakui bahawa al-Quran itu adalah mukjizat dan rujukan utama bagi mereka ialah pengakuan bahawa masyararakat majmuk yang menjadi komuniti bersama mereka merupakan satu sunatullah. Jika sunatullah dipelihara dengan cara yang juga dianjurkan oleh Islam, sebenarnya akan menghasilkan keindahan dan keunikan dalam sesebuah negara itu. Besarnya peranan ilmu perbandingan agama dalam mendepani masyarakat majmuk ini dapat dinilai daripada pendirian dan sikap Islam mengungkapkan dua perkara yang utama iaitu asal kejadian manusia adalah sama. Maka, dalam hal ini isu memusuhi dan membenci golongan bukan Islam khususnya bukan Islam yang berada dalam wilayah Islam seperti Malaysia itu adalah tidak tepat dengan apa yang disampaikan oleh Islam. Bahkan, disebabkan mereka itu adalah sama dan kita sebagai umat Islam yang mengakui nabi-nabi terdahulu seperti nabi Isa AS dan nabi Ibrahim AS adalah utusan Allah SWT yang juga mengajarkan mesej Tauhid perlulah mendekati golongan bukan Islam yang tersilap langkah daripada ajaran nabi Isa AS dengan cara yang menepati ajaran Islam. Tambahan lagi, peranan ilmu perbandingan agama juga perlu dilihat dengan mengaplikasikan kalimah sawa’ antara agama-agama dalam kalangan masyarakat majmuk itu sendiri. Jika di Malaysia yang mempunyai empat agama utama iaitu Islam, Hindu, Buddha, dan Kristian dan selebihnya agama dan kepercayaan lain. Maka, menjadi kemestian bagi umat Islam 174 | Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia menekuni ilmu perbandingan agama sekurang-kurangnya mengetahui sejarah dan budaya serta sensitiviti keempat agama ini. Begitu juga penganut agama lain semestinya perlu menekuni agama-agama disekeliling mereka. Mengenali antara satu sama lain akan melahirkan masyarakat yang saling menghormati sensitiviti agama masing-masing dan seterusnya mewujudkan kepercayaan dalam pelaksanaan urusan rasmi atau sebaliknya. Kajian ini mendapat sebahagian daripada hasil dana yang diperolehi daripada Geran Pembangunan dan Inovasi KUIS (GPIK) kod 2017/P/GPIK/GPI-039. Al-Quran Al-Karem. Bameih. Tafsir pimpinan Al-Rahman Aemy Elyani Mat Zain (2015). Pendekatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Islamic Information and Services Foundation (IIS) dalam dialog antara agama di Malaysia. Tesis sarjana, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Aszlan Selamat dan Muhamad Iszuan bin Safarudin. (2013). Penilaian Faktor-Faktor Kesenjangan Etnik Di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional. 77-93. Retrieved from https://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL192013/Kinabalu19 _C4_PENILAIAN_FAKTOR.pdf Basri bin Husin (2009). Beberapa Aspek Epistemologi: Konsep, Tabiat, Dan Sumber-Sumber Ilmu Dalam Tradisi Islam dalam Jurnal Usuluddin, vol.30, Julai-Disember, hlm.185-207. Department of Statistics Malaysia, Official Portal. Dalam Current population estimates Malaysia, 20162017 (https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat& cat=155&bul_id=a1d1UTFZazd5ajJiRWFHNDduOXFFQT09&men u_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09) akses pada 15 Mac 2017. H.U. Weitbrecht Stanton (1919). The Teaching of The Quran, With an Account Of Its Growth And A Subject Index. New York: The Macmillan Company. Al-Hikmah 10(1) 2018 | 175 Khadijah Mohd Kambali@Hambali, Suraya Sintang, Azmil Zainal Abidin (2013) Dialog Antara Agama Dalam Konteks Ilmu Perbandingan Agama Menurut Perspektif Islam. Dalam TAFHIM: IKIM Journal of Islam and the Contemporary World 6, hlm.83-120. Meerangani, k. A. (2016). Isu Semasa Terhadap Hubungan Sosial Dengan Non Muslim Di Malaysia Daripada Perspektif Islam. Kuala lumpur: universiti malaya. Muhammad Nazmi Abd Halim, Jaffary Awang, Muhammad Helmy Abdul Gapar. (2016). Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap AsasAsas Agama Dominan di Malaysia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS), 64-83. Paimah, A. (2009). Masyarakat Multietnik di Malaysia dan Britain. T.tp: T.p. Retrieved from http://eprints.utm.my/14751/1/PaimahAtoma2009_MasyarakatMulti etnikdiMalaysiadanBritain.pdf Rahimin Affandi Abd Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail dan Nor Hayati Mohd Dahlal (2011). Dialog antara agama: Realiti dan propsek di Malaysia dalam Kajian Malaysia, vol.29, no.2,hlm.91110. Sofiah Shamsuddin (2006). Al-Madkhal Ila Dirasah Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Taslim HM. Yasin (2011) Membangun Hubungan Antara Agama Mewujudkan Dialog Dan Kerjasama. Jurnal Substantia, vol. 12, no.1, hlm.85-91. Wan Mohd Fazrul Azdi W. Razali (2017) Tema-Tema Ilmu Kajian Agama Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun: Satu Perbahasan Ringkas. Dalam Prosiding Seminar Tamadun, Etnik dan Turath Islami (I-STET), 30 Sept dan 1 Okt. *Aemy Elyani Mat Zain Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam (JKPI) Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Email: aemyelyani@kuis.edu.my

Judul: Mendepani Masyarakat Majmuk Di Malaysia Melalui Ilmu Perbandingan Agama: Tinjauan Awal

Oleh: Aemz Mat Zain

Ikuti kami