Kerja Kursus Ekonomi(1).docx

Oleh Cik Dhiya

420,9 KB 7 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Kerja Kursus Ekonomi(1).docx

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Sistem pengangkutan awam yang efesien dan efektif amat penting untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sedang membangun. Tanpa sistem yang sempurna dan infrastruktur yang baik, sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dari segi ekonomi apatah lagi sosial negara tersebut.Kepentingan, keselesaan dan kehendak masyarakat banyak mempengaruhi perkembangan dan juga pembangunan sesebuah negara terutamanya dari segi sektor pengangkutan awam.Malahan sesebuah negara itu diukur dan dianggap maju dari segi sistem pengangkutannya dan infrastruktur yang baik. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegur mutu perkhidmatan pengangkutan rel di ibu negara yang disifatkannya tidak memuaskan pada tahun 2008 yang lalu. Kenyataan itu dibuat setelah beliau merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan Komuter, Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Beliau juga sempat mendengar rungutan daripada orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu. Beliau menegaskan bahawa kewujudan masalah ini ibarat kata pepatah, ”Kalau tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh orang tak kata.”Semasa tinjauan ini dibuat, beliau mendapati bahawa beberapa masalah yang melanda pengangkutan awam ini perlu diatasi. Perbelanjaan kerajaan terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Setiap satunya mempunyai empat sektor utama, iaitu keselamatan, perkhidmatan sosial, perkhidmatan ekonomi dan pentadbiran am. Setiap sektor ini pula dipecahkan kepada beberapa sub-sektor perbelanjaan yang lebih kecil.Perbelanjaan mengurus boleh dimaksudkan sebagai perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara.Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran, pemberian subsidi kepada pengeluar dan pengguna, dan pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri dan badanbadan berkanun.Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan masih tetap sama. Selain itu, perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan yang dilibatkan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara.Perbelanjaan pembangunan meliputi perbelanjaan membina sekolah, lapangan terbang, dan menyediakan infrastruktur.Biasanya, tingkat perbelanjaan pembangunan kerajaan bergantung pada keadaan ekonomi negara. Apabila ekonomi mengalami kemelesetan, kerajaan akan menambahkan jumlah perbelanjaan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. 1.1 Maksud pengangkutan awam Maksud pengangkutan awam atau transit awam ialah merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya iaitu mana-mana pengangkutan awam yang mampu mengangkut orang awam. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.Pengangkutan merupakan salah satu perhubungan yang amat penting dalam kehidupan.Manusia memerlukan pengangkutan untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat. Kemajuan dan perkembangan dalam bidang pengangkutan pada masa dahulu hingga sekarang telah menyebabkan terciptanya pelbagai jenis pengangkutan yang banyak membantu manusia. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Pada zaman yang serba canggih ini,sistem pengangkutan moden kian mempengaruhi kehidupan masyarakat.Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati bahawa kenderaan awam tidak terhad dalam sistem perhubungan di darat malah di udara juga di laut. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kajian pengkaji berfokuskan kepada perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dalam sektor pengangkutan awam.Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pola perubahan perbelanjaan kerajaan dari aspek pembangunan dalam sektor pengangkutan awam di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2012.Melalui hasil daripada data yang telah dikumpul oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa pola pengangkutan awam yang terdapat pada setiap data pengkaji menunjukkan pola yang tidak konsisten.Kepentingan kajian ini adalah dapat mengetahui mengapakah perbelanjaan kerajaan dalam tempoh 12 tahun sentiasa turun dan naik. Tambahan pula, melalui perubahan pola tersebutpengkaji juga dapat merungkaikan sebab pola perbelanjaan kerajaan persekutuan sentiasa berubah-ubah setiap tahun.Malah kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasticara mengatasi masalah pola pengangkutan awam berubah-ubah dari tahun 2000 hingga 2012.Penyelidikan ini juga dilakukan kerana ingin memberi cadangan untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam tersebut. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertemakan Perbelanjaan Kerajaan ersekutuan di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.Secara umumnya,kajian ini bertujuan untuk mengetahui tentangPerbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia Dalam Sektor Pengangkutan Awam Dari Tahun 2000 Hingga Tahun 2012.Kajian ini bertujuan untuk : i. Menganalisis pola perbelanjaan kerajaan dalam sektor pengangkutan awam yang ada di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. ii. Mengenalpasti masalah dalam sektor pengangkutan awam. iii. Membincangkan cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan awam. 4.0 KAEDAH KAJIAN Secara umumnya pengkaji menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan hasil dan maklumat dalam penghasilan kerja khusus ini.Antara kaedah kajian yang telah digunakan ialah rujukan daripada internet dan juga rujukan daripada perpustakaan iaitu dengan merujuk buku. 4.1 Kaedah Memperoleh Data Sekunder i) Laporan Belanjawan Tahunan. Pengkaji telah menjalankan kajian ke pustakaan bagi memperoleh data daripada Laporan Belanjawan Tahunan.Laporan belanjawan tersebut dikeluarkan sendiri oleh pihak yang berkhidmat di Jabatan Perangkaan Negara. ii) Sumber daripada laman sesawang(Internet). Pengkaji juga telah mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.Pengkaji mencari matlumat daripada kemudahan internet.Melalui internet pengkaji telah mencari beberapa data yang berkaitan dengan peyelidikan pengkaji iaitu pengangkutan awam.Pengkaji mendapati bahawa amat banyak sumber daripada internet tersebut.Data mentah yang diperoleh dibandingkan terlebih dahulu dengan data yang diperoleh daripada Laporan Belanjawan Tahunan. iii) Sumber daripada buku rujukan. Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku rujukan bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Pelbagai jenis buku yang digunakan tidaka hanya tertumpu pada buku yang mengkhususkan subjek ekonomi sahaja. 6.2 Kaedah Analisis Data i) Meringkas dan memerihalkan data Data-data mentah yang diperoleh daripada Laporan Belanjawan Tahunan dan Internet diringkaskan menjadi skop yang lebih kecil kepada fokus yang dikaji.Data yang diperoleh dianalisis supaya menepati objektif kajian yang telah ditetapkan. 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam kajian yang dijalankan, terdapat analisis yang dilaksanakan bagi memperoleh peratusanPerbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia Dalam Sektor Pengangkutan Awam Dari Tahun 2000 hingga 2012.Oleh itu, pengkaji telah pun melaksanakan analisis secara menyeluruh dan juga analisis secara terperinci.Bagi analisis secara menyeluruh, pengkaji membuat analisis mengenai jumlah perbelanjaan kerajaan dalam pengangkutan awam ini.Manakala bagi analisis secara terperinci pula pengkaji menyatakan masalah yang dihadapi oleh kerajaan semasa mengangani masalah perbelanjaan yang tidak konsisten dalam pengangkutan awam.Oleh itu, keputusan dinyatakan dalam hasil kajian dan perbincangan ini. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN2000 – 2012 7.1 Jadual 1 :Perkhidmatan Ekonomi (RM JUTA) TAHUN PERBELANJAAN PERATUS(%) (RM JUTA) 2000 11 639 4.73 2001 12 725 5.17 2002 12 434 5.05 2003 13 793 5.60 2004 11 851 4.81 2005 14 957 6.08 2006 17 403 7.07 2007 20 116 8.17 2008 21 353 8.68 2009 26 440 10.75 2010 26 121 10.62 2011 28 156 11.44 2012 28 936 11.76 JUMLAH 245 924 100 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2000 – 2012 7.1 Rajah 1 : Perkhidmatan Ekonomi (RM JUTA) PERBELANJAAN PEPERKHIDMATAN EKONOMI ERBELANJAAN (RM JUTA) TAHUN Sumber :Jabatan Perangkaan Negara Jadual 1 menunjukkanstatistik perbelanjaan yang dilaburkan oleh kerajaan persekutuan terhadap perhidmatan ekonomi.Arah aliran jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan terhadap sektor ini mengalami pola yang tidak konsisten sepanjang 12 tahun dari tahun 2000 hingga 2012. Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2000 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 11 639 juta bagi perhidmatan ekonomi ini.Pada tahun 2001, jumlah perbelanjaan perkhidmatan ekonomi ialah RM 12 725 juta dan menurun kepada RM 12 43 juta pada tahun 2002.Walaubagaimanapun keadaan ini meningkat kembali kepada RM 13 793 juta pada tahun 2003.Namun berlaku penurunan sebanyak RM 1 942 pada tahun 2004 dan jumlah ini meningkat berterusan RM 14 957 juta hingga ke RM 26 440 juta pada tahun 2009.Namun begitu, jumlah ini kembali menurun sebanyak RM 319 juta pada tahun 2010.Penurunan ini tidak kekal lama apabila pada tahun 2011 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 28 156 juta ringgit dan jumlah ini bertambah sebanyak RM 780 juta pada tahun 2012. Jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan persekutuan dalam perkhidmatan ekonomi dalam tempoh tahun 2000 hingga tahun 2012 ialah sebanyak RM 245 924 juta. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADATAHUN 2000 – 2012 7.2 Jadual 2 :Pengangkutan Awam (RM JUTA) TAHUN PERBELANJAAN PERATUS(%) (RM JUTA) 2000 4 683 4.65 2001 5 042 5.01 2002 5 401 5.37 2003 7 354 7.31 2004 6 630 6.59 2005 7 660 7.61 2006 7 751 7.70 2007 8 500 8.45 2008 9 212 9.16 2009 9 450 9.39 2010 8 665 8.61 2011 10 140 10.08 2012 10 065 10.00 JUMLAH 100 553 100 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA TAHUN 2000 – 2012 7.2 Rajah 2 :Pengangkutan Awam (RM JUTA) PERBELANJAAN PENGANGKUTAN AWAM MLAH PERBELANJAAN (RM JUTA) TAHUN Sumber :Jabatan Perangkaan Negara Jadual 2 menunjukkan statistik perbelanjaan yang dilaburkan oleh kerajaan persekutuan terhadap perhidmatan pengangkutan awam.Arah aliran jumlah perbelanjaan kerajaan persekutuan terhadap sektor ini mengalami pola yang tidak konsisten sepanjang 12 tahun dari tahun 2000 hingga 2012. Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2000 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 4 683 juta bagi perkhidmatan pengangkutan awam dengan peratusannya ialah 4.65%.Walaubagaimanapun, pada tahun 2001 jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak RM 5042 juta dengan peratusannya 5.01%.Pada tahun 2002 jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat lagi dengan RM 5401 juta dengan peratusannya 5.37%.Jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat kepada RM 7354 juta pada tahun 2003 dengan peratusannya 7.31%.Namun jumlah perbelanjaan kembali menurun dengan RM 6630 juta pada tahun 2004 dengan peratusannya 6.59%.Hal ini tidak kekal lama apabila pada tahun 2005, jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat kembali dengan RM 7660 juta dengan peratusannya 7.61%.Hal demikian berlaku kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan pengangkutan awam lebih berikutan ramai pengguna lebih selesa menggunakan pengangkutan awam daripada kenderaan mereka sendiri.Kerajaan terus membelanjakan wang yang banyak pada tahun 2006 hingga tahun 2009 dengan peratusannya 1.69%.Ini kerana pada tahun berkenaan kadar kemalangan meningkat, berlaku kemalangan yang disebabkan oleh keadaan fizikal yang tidak baik pada pengangkutan tersebut.Namun pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan kerajaan ialah RM 8665 dengan peratusannya 8.61% dan meningkat kembali dengan RM 10140 juta dengan 10.08%.Hal ini tidak kekal lama apabila pada tahun 2012, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 10065 juta iaitu menurun sedikit dengan peratusannya 10.00. 7.3 Masalah Dalam Sektor Pengangkutan Awam Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara. Walaubagaimanapun, sistem pengangkutan awam sememangnya terdapat masalah yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mengatasi masalah tersebut.Satu daripada masalah yang wujud dalam sistem pengangkutan awam ini ialah perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik.Apabila perkhidmatannya tidak sistematik, masalah yang timbul dalam sesuatu masa sukar untuk diatasi.Keadaan ini memang jelas berlaku di ibu negara.Kecanggihan pengangkutan awam benar-benar teruji pada waktu puncak apabila sistem pengangkutan awam di negara gagal menangani limpahan pengguna pada waktu itu. Sepatutnya, pengangkutan awam seperti sistem transit aliran ringan (LRT), tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan bas RapidKL merupakan nadi kepada pergerakan warga kota.Namun semua perkhidmatan ini gagal menampung keperluan pada waktu puncak.Ketiga-tiga perkhidmatan ini didapati beroperasi dengan teratur dan mengikut jadual pada waktu-waktu biasa yang tidak sibuk.Namun, apabila tiba waktu puncak sama ada sebelah pagi atau petang, orang ramai tidak boleh bergantung pada perkhidmatan ini jika mahu sampai ke pejabat tepat pada masanya.Pada waktu puncak, pengangkutan awam di ibu kota dilihat gagal menampung kebanjiran pengguna yang semakin meningkat kebelakangan ini. Selain itu,sistem pengangkutan awam di negara sering tidak menepati jadual.Walaupun mantan Perdana Menteri pernah turun padang untuk melihat sendiri operasi pengangkutan awam, namun setakat ini masih belum ada perubahan.Orang ramai masih perlu bergelut untuk mendapatkan tren dan bas terutamanya pada waktu puncak, namun waktu perjalanan dan ketibaan perkhidmatan itu tidak mengikut jadual.Perjalanan yang tidak menepati jadual ini benar-benar menyusahkan pengguna dan menimbulkan kesan kepada tugas dan tanggungjawab mereka di tempat kerja.Kelewatan ini berpunca daripada sistem pembelian tiket yang tidak efisien.Sebagai contohnya, jumlah pengguna Putra LRT di Stesen Wangsa Maju menuju ke arah Kelana Jaya mencecah lebih seratus orang pada satu-satu masa pada waktu pagi.Sebagai akibatnya, barisan menunggu menjadi terlalu panjang dan berpusing-pusing memenuhi platform. Senario beratur panjang ini umpama mahu membeli tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia itu merupakan perkara biasa bagi pengguna di stesen tersebut.Oleh sebab barisan yang terlalu panjang, mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut pada waktu yang sepatutnya.Kesannya ialah pengguna lewat sampai ke tempat kerja. Di samping itu, jumlah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengguna yang ramai.Bagi wanita yang sarat mengandung, mereka terpaksa menunggu sehingga jumlah penumpang yang beratur berkurangan sebelum menaiki LRT.Dalam keadaan yang sarat, mereka tidak mungkin dapat ‘bersaing’ dengan penumpang lain.Oleh sebab penumpang terlalu ramai dan jumlah gerabaknya terhad, maka mereka terpaksa menunggu tren yang berikutnya.Bagi perkhidmatan tren komuter KTMB yang menjanjikan ketibaan setiap 20 minit, sentiasa terlewat daripada jadual pada waktu puncak, iaitu pagi dan petang, kadang- kadang terlewat sehingga 15 minit.Selain lewat, gerabaknya penuh dengan penumpang yang menyebabkan mereka yang menunggu tidak dapat menaiki tren tersebut.Mereka terpaksa menunggu tren berikut yang mungkin akan mengambil masa sampai 20 hingga 30 minit kemudian.Namun, tindakan ini masih belum menjamin untuk mereka mendapat tempat.Sebagai akibatnya, suasana di stesen menjadi tidak terkawal sebaik-baik sahaja tren tiba.Adegan tolakmenolak merupakan pemandangan biasa kerana jika mengalah sedikit, pasti tidak berpeluang menaiki tren yang sudah padat dengan penumpang. Bukan itu sahaja, perkhidmatan awam yang disediakan untuk pengguna sekarang ini didapati tidak selesa.Ketidakselesaan ini bukan disebabkan tren atau bas yang disediakan tiada kemudahan yang baik tetapi atas faktor bilangan penumpang yang semakin bertambah.Untuk memastikan pengguna masuk atau mendapatkan tempat duduk, adakalanya tercetus pergaduhan kecil apabila penumpang yang mahu masuk ke dalam tren bertindak menolak pengguna yang sudah bersesak di bahagian dalam tren.Perkara sedemikian biasanya berlaku pada waktu pagi apabila semua orang bagaikan tidak dapat bertoleransi kerana bimbang lewat tiba di pejabat. Bagi pengguna yang bersikap sabar, mereka terpaksa mengalah dan melepaskan dua hingga empat tren komuter kerana masalah kesesakan itu.Mereka tidak sanggup untuk bersesak-sesak seperti ‘sardin di dalam tin’ dan kena tolak pula dengan orang yang tidak bertimbang rasa. Masalah ini sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kota ketika ke tempat kerja dengan menggunakan perkhidmatan awam.Walaupun tidak selesa, mereka terpaksa jua untuk menggunakan perkhidmatan itu ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain, ditambah pula kesan daripada kenaikan harga minyak baru-baru ini. Sebagai kesimpulannya, tahap perkhidmatan awam di negara kita menghadapi masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan.Untuk menangani masalah ini, kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk menaiktarafkan sistem pengangkutan awam di Malaysia ini.Sebagai contohnya, kerajaan terpaksa menambahkan bilangan pengangkutan awam untuk memudahkan orang ramai tidak bersesak semasa menggunakan perhidmatan pengangkutan awam tersebut. 8.0 CADANGAN Hasil kajian mendapati bahawa kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang berbeza-beza setiap tahun berdasarkan kepada pembangunan negara pada tahun berkenaan.Di sini saya akan mencadangkan 2 cadangan untuk mengatasi masalah pengangkutan awam ini.Salah satu daripadanya ialah kerajaan perlu mengadakan satu kempen tentang pentingnya menjaga keselamatan semasa menggunakan kenderaan.Contohnya, berkaitan dengan cara untuk menjadi pemandu yang berhemah.Seseorang itu perlulah menjadi seorang pemandu yang berhemah agar kadar kemalangan di Malaysia tidak meningkat secara berterusan.Kerajaan juga tidak perlulah memperuntukkan wang yang banyak dalam mengatasi masalah kemalangan.Kerajaan bolehlah menumpukan dalam pembangunan pengangkutan awam iaitu dengan cara bagaimana untuk menarik pengguna asing untuk menggunakan kenderaan buatan tempatan. Tambahan pula, saya juga mencadangkan agar Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam.Ini bagi memudahkan pengguna terutamanya berasa selesa untuk menggunakan pengangkutan awam tersebut.Contohnya, seperti yang telah kita ketahui, KTM telah menyediakan coach untuk kemudahan wanita.Maka dengan ini perlu juga menyediakan coach khas untuk kanak-kanak dan wanita di bas-bas awam. 9.0 RUMUSAN KAJIAN Secara kesimpulannya, diharapkan pihak kerajaan dapat memantau serta mengambil tindakan terhadap masalah pengangkutan awam.Melalui data yang telah pun dikaji dan telah dianalisis, saya mendapati bahawa perbelanjaan kerajaan sememangnya tidak konsisten sepanjang tempoh 12 tahun.Ini berikutan ada beberapa factor yang menjadi penyebab kenapa jumlah perbelanjaan tidak konsisten. Kajian ini diharapkan mampu mencapai objektif yang telah dipilih.Selain itu juga, melalui kajian ini juga diharapkan mampu meningkatkan pembangunan pengangkutan awam seiring dengan kemajuan negara yang kian pesat membangun. 10.0 SENARAI RUJUKAN 10.1 Laporan Belanjawan Tahunan  Buletin Perangkaan Sosial (2005). Putrajaya : Jabatan Perangkaan Malaysia  Buletin Perangkaan Sosial (2007). Putrajaya : Jabatan Perangkaan Malaysia  Buletin Perangkaan Sosial (2011). Putrajaya : Jabatan Perangkaan Malaysia  Laporan Ekonomi 2007/2008 (2007). Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan Malaysia 10.2 Buku rujukan  Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat 10.3 Internet  http://makroekonomistpm.blogspot.com/2008/10/perbelanjaan-mengurus.html  http://nuruljueieyra.blogspot.com/2012/03/apa-itu-pengangkutan.html  makroekonomistpm.blogspot.com  spp.moe.edu.my  www.statistics.gov.my  http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id= 73&Itemid=174&lang=my  http://www.statistics.gov.my/portal/download_Akaun/files/tsa/2005-201 1/TSA_20052011_penerbitan.pdf  http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/tsa/ RingkasanTSA2000-2010pdf 11.0 LAMPIRAN

Judul: Kerja Kursus Ekonomi(1).docx

Oleh: Cik Dhiya


Ikuti kami