Doa Majlis Wacana Ilmu

Oleh Amin Mat

62,7 KB 7 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Doa Majlis Wacana Ilmu

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد لله الذى هيأ لعباده اسباب األرزاق ويسر‬ ‫سبلها وجعل مفاتيحها العمل واالء نطالق‬. ‫والصالة والسالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬ ‫وعلى ءاله وصحبه اجمعين‬. ‫اللهم يا ذاالفضل واالءنعام‬ Ya Allah, kami memohon kehadratmu, ampunilah dosa kedua ibu bapa kami yang melahirkan dan membesarkan kami, guru-guru kami, jiran-jiran kami serta kaum muslimin dan muslimat. Ya, Allah kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah, kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Mu, kami dapat menikmati suasana kedamaian dan kebebasan dengan sepenuhnya berbanding dengan negara-negara lain yang inginkan kebahagiaan dan kemakmuran seperti ini. Oleh itu, kami menzahirkan kesyukuran di atas limpah kurniam-Mu dapat kami berkumpul pada hari ini sempena Majlis Wacana Ilmu pada pagi yang berbahagia ini. ‫اللهم مالك الملك يا ذاالجالل واالءكرام‬ Ya Allah, tunjukkanlah kami kearah kebaikan dan pertingkatkanlah iman kami serta limpahkanlah kemakmuran dan kebahagiaan kepada kami mencapai kejayaan dalam segala urusan. Kurniakanlah semangat rajin bekerja, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kepada kami supaya dapat kami berganding bahu membuat tugasan yang telah diberikan. Bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan hikmah dari-Mu. Jesteru itu, janganlah Engkau membiarkan kami mengendalikan urusan kami bersendirian tanpa hidayah-Mu, walau sekecil manapun urusan itu. ‫اللهم يا حفيظ يا فعال لما يريد‬ Ya Allah, kami memohon dari sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukkan, keaiban, kemungkaran dan kemaksiatan. Permudahkanlah kami dalam melaksanakan program pada hari ini. Kami memohon keberkatan dan keredaan-Mu, agar segala usaha yang dijalankan ini dapat berjalan dengan lancar. Ya Allah, sesungguhnya amat banyak pertolonganm-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan pertolongan-Mu jualah, dapat kami mengatur serta berkumpul sebegini, dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra diantara kami seterusnya mengeratkan hubungan ukhuwah dapat dieratkan. ‫اللهم يا الله يا رحمن يا رحيم‬ Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu, kami memohon agar periharakanlah Negara kami dari malapetaka dan mana-mana bahaya sama ada dari lautan, daratan dan udara. Jauhilah kami dari segala keburukkan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum mendatang. ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من‬ ‫بعده تفرقا معصوما وال تجعل فينا وال معنا شقيا وال‬ ‫محروما برحمتك يا أرحم الراحمين‬ Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. ‫ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنه وفى االخرة حسنة وقنا‬ ‫عذاب النار‬ ‫وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه‬ ‫أجمعين والحمد لله رب العالمين‬.

Judul: Doa Majlis Wacana Ilmu

Oleh: Amin Mat


Ikuti kami