Pengantar Ilmu Sejarah (aj10103

Oleh Farul Adli

78,1 KB 4 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Pengantar Ilmu Sejarah (aj10103

PENGANTAR ILMU SEJARAH (AJ10103) Tajuk soalan : Wajarkah ahli sejarah memikul tugas pengadilan moral dalam penelitiannya? Bahaskan. NAMA NO MATRIKS NAMA PENSYARAH FARUL ADLI BIN ROSLIN BA 14161319 DR. BILCHER BALA Sejarah membawa maksud, sesuatu kajian ataupun penyelidikan mengenai peristiwaperistiwa lampau yang telah berlaku. Bagi sejarawan pula membawa maksud, individu yang mengkaji rekod rekod lampau bagi menyelidik peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, segala peristiwa penting yang pernah berlaku dianggap sebagai sejarah. Seorang pengarang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan suatu gambaran sejarah samada ianya baik atau buruk berdasarkan gambaran yang diberikan oleh seorang pengarang dengan memasukan nilai-nilai gaya bahasa, struktur pemikiran, serta pandangan. Ahli-ahli sejarah mempunyai pandangan yang berbeza dimana, ada sesetengah ahli sejarah yang memperjuangkan objektiviti dalam pensejarahan dan ianya bertentangan dengan sejarah yang lebih bersifat subjektif. Sejarah mempunyai unsur-unsur yang penting bagi memantapkan lagi penulisan sejarah dengan memasukan unsur-unsur pengadilan moral yang dapat membantu para sejarawan untuk menafsir sesuatu penulisan sejarah. Menurut Qassim Ahmad (1996), pengadilan moral merupakan tindakan menjatuhkan hukuman atau penilaian terhadap peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Sebagai contoh, dalam sebuah penulisan sejarah, seorang pengarang telah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang berada dalam peristiwa tersebut bersalah, sesuatu peristiwa itu tidak baik, dan masyarakat pada zaman tersebut mundur, merupakan kenyataan yang mengadili sesuatu kejadian atau peristiwa dalam sejarah Sarjana barat pula iaitu Adrian Oldfild (1990), mengganggap pengadilan moral sebagai penyataan moral kerana pengadilan moral boleh ditunjukan dalam bentuk pujian dan kutukan disebabkan perbezaan tahap samada ianya baik atau buruk. ALIRAN KONSERVATIF PENGADILAN MORAL ALIRAN PROGRESIF Dalam pengadilan moral, terdapat dua bentuk aliran yang berbeza. Gambar rajah diatas menunjukan dua aliran yang berbeza iaitu aliran konservatif serta aliran progresif. Aliran konservatif ini menerima pengadilan moral dalam ilmu sejarah, manakala alira progresif menolak pengadilan moral ini. Namun hal yang demikian, dengan merujuk kepada definisi sebenar pengadilan moral, ianya jelas menyatakan bahawa pengadilan moral mempunyai hubungan yang kuat dalam ilmu pensejarahan kerana ianya tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, sejarawan yang melakukan penyelidikan mengenai peristiwa lampau haruslah berasaskan pemahaman mereka mengenai perilaku-perilaku dan watak-watak yang terlibat dalam peristiwa tersebut samada secara langsung ataupun tidak langsung. Dalam penulisan sesuatu peristiwa lampau, penggunaan ayat, perkataan dan frasa mampu untuk menggambarkan nilai-nilai moral. Oleh itu, secara tidak sengaja ahli sejarah telah menjatuhkan pengadilan moral tanpa disedari seperti penggunaan perkataan baik, kejam, membunuh atau perkataan yang digunakan oleh media barat kepada golongan muslim seperti terrorist. Apabila seorang penyelidik menggunakan aliran konservatif dalam sejarah, maka secara tidak langsung penyelidik tersebut bersifat berat sebelah dalam kajiannya. Oleh itu lahirnya pengadilan moral dalam kajian tersebut. Hal ini berlaku apabila seorang penyelidik secara sengaja atau tidak sengaja menghukum sesuatu dengan cara yang baik atau buruk. Bagi ahli sejarawan yang menyokong pengadilan moral, mereka berpendapat bahawa seseorang pelaku di dalam sejarah tersebut harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Jika seseorang pelaku didapati bersalah maka pelaku tersebut harus dipersalahkan. Ini disebabkan, ahli sejarawan yang menggunakan aliran konservatif dalam kajiannya, beranggapan bahawa individu yang menolak pengadilan moral ini seolah-olah mengatakan bahawa manusia tidak mempunyai apa-apa ciri persamaan. Pada abad ke 18, tokoh-tokoh seperti Gibbon, Hume, Rollin, Robetson, Raynal dan Voltaire menyokong konsep Bolingbroke yang menyatakan bahawa sejarah ialah pengajaran falsafah melalui teladan (philosophy teaching by example) dan golongan sejarawan bertanggungjawab mengajarkannya. Sejarawan Inggeris iaitu Thomas Carley dan John L. Motley pada zaman Victoria menganggap bahawa pengadilan moral bukan sahaja kecenderungan setiap orang tetapi merupakan kewajipan yang tinggi. Tokoh – tokoh kontemporari seperti Isaiah Berlin, Veronica Wedgwood dan Arnold Tonynbee turut menekankan kepentingan dan kewajipan moral dalam sejarah. Misalnya Arnold Toynbee (1915), beliau mengatakan bahawa pengusiran orang-orang Arab dari Palestin oleh orang-orang Yahudi itu sama besar jenayahnya dengan pembunuhan enam juta orang Yahudi oleh Hitler. Begitu juga dengan Isaiah Berlin dalam syarahannya yang berjudul “Historical Inevitability”, dan Adrian Oldfield dalam rencananya “ Moral Judgemens Story in Story” menggangap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah. Namun, bagi pihak yang menolak pengadilan moral, mereka menganggap pengadilan moral tidak ptaut dilakukan dalam setiap kajian kerana penyelidik dengan masyarakat yang dikaji mempunyai sistem nilai yang berbeza. Oleh itu, penyelidik mengalami kesukaran dalam membuat pengadilan moral kerana sukar untuk bersifat adil terhadap masyarakat. Menerusi penulisan ini, saya berpegang teguh dengan aliran pemikiran konservatif dan berpendirian bahawa seorang ahli sejarah wajar memikul tugas pengadilan moral. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyokong hujah bahawa ahli sejarah wajar memikul tugas pengadilan moral adalah disebabkan penulisan sejarah itu sendiri yang merupakan satu bentuk teladan dan pengajaran. Pada tahun 1895, Lord Acton menyatakan bahawa, ahli sejarah harus menggunakan pengadilan moral dan mendedahkan setiap aspek penting dalam ilmu sejarah dan bukan sekadar hanya memahami dan menjelaskan peristiwa tersebut. Pengadilan moral yang dilakukan dalam sejarah mampu dijadikan sebagai pedoman dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, penulisan sejarah mampu dijadikan sebagai bahan bacaan atau pengantara dalam pengajaran moral kerana melalui teladan dan pengajaran yang terdapat dalam sejarah, masyarakat dapat belajar dari peristiwa-peristiwa lalu dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Adrian Oldfield menyatakan bahawa tugas ahli sejarawan adalah sebagai pendidik moral kepada masyarakat dan pengadilan moral itu tidak dapat dielakkan dalam penulisan sejarah. Aspek pengadilan moral tidak wajar diabaikan begitu sahaja. Penulisan mengenai peristiwa lampau yang pernah berlaku di Tanah Melayu pada abad yang lalu, seperti kejatuhan tamadun melayu dapat memberikan pengajaran serta teladan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya masyarakat hari ini memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap aspek luaran seperti peperangan dalam mempertahankan kedaulatan sesebuah kerajaan. Oleh itu, dari hasil penulisan tersebut, pemimpin pada masa kini harus mengambil iktibar daripada kekalahan tersebut agar ianya tidak berulang kembali. Peristiwa lampau yang pernah berlaku jelas memberikan teladan kepada masyarakat hari ini terutamanya kepada pemimpin dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang gemilang pada awal pembinaan akhirnya runtuh. Maka, jelaslah bahawa, pengadilan moral dalam pensejarahan oleh ahli sejarah dapat memberikan pengajaran dan mampu dijadikan teladan. Aliran Konservatif juga mampu menjadi benteng untuk melindungi hak asasi manusia. Menurut R. Suntharalingam (1985), penilaian sejarah tidak diukur melalui kepentingan negara namun, pihak yang mankah menodai hak asasi manusia. Dalam sesebuah penulisan sejarah, hak asasi manusia perlu diambil kira bagi menjaga kepentingan masyarakat yang boleh membantu ahli sejarah untuk menghukum pelaku sejarah. Peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah tamadun melayu dimana pada tahun 1941 hingga 1945, pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyebabkan tentera Jepun dengan mudah merampas Tanah Melayu dari pihak British dalam tempoh masa yang singkat. Namun, Amerika Syarikat mula untuk membalas dendam dengan menjatuhkan dua bom atom pada 15 Ogos 1945 di Hirosyima dan Nagasaki yang menyebabkan kawasan tersebut hancur dan masyarakat Jepun mengalami penderitaan akibat daripada peristiwa tersebut. Melalui peristiwa ini, sejarah telah menjatuhkan hukuman pengadilan moral kepada Amerika Syarikat kerana menyebabkan kematian yang begitu dahsyat dan juga kemusnahan. Pengadilan moral juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjelaskan dan membongkar berkenaan dengan kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak Jepun terhadap masyarakat di Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga 1945. Meskipun penjajahan pihak Jepun amat singkat, tetapi kesan dari pemerintahan pihak Jepun begitu mendalam. Pada Februari 1942 sehingga September 1945, masyarakat di Tanah Melayu menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman tentera Jepun. Pemuda- pemuda di Tanah Melayu dipaksa menjadi buruh binaan rel keretapi sepanjang Thailand hingga ke Burma. Landasan keretapi tersebut terkenal dengan panggilan landasan keretapi maut kerana mengorbankan puluhan ribu nyawa sepanjang tempoh pembinaannya. Tambahan pula, ketika zaman penjajahan tentera Jepun, pelanggaran hak asasi manusia juga berlaku terhadap kaum wanita di Tanah Melayu. Kaum wanita di Tanah Melayu pada ketika itu dijadikan alat sebagai pemuas nafsu para tentera Jepun dan jelas berlaku penganiayaan terhadap kaum wanita dilakukan di tempat-tempat terbuka. Peristiwa ini menunjukkan bahawa berlakunya penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, pengadilan moral wajar dikenakan terhadap pihak Jepun kerana telah melanggar hak asasi manusia. Seterusnya, pengadilan moral juga dapat dijadikan panduan dan pedoman hidup kepada masyarakat. Dalam sesebuah penulisan sejarah pengadilan moral dapat dijadikan sebagai panduan kepada masyarkat untuk menjadi lebih baik lagi dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Melalui pengadilan moral, masyarakat dapat mempelajari tentang sebab dan akibat daripada sesuatu kejadian mahupun peristiwa dan mula belajar dari pensejarahan tersebut. Tanpa pengadilan moral penulisan sejarah tidak akan mempunyai nilai dan makna. Akibatnya, masyarakat yang membaca tidak dapat menghayati terhadap peristiwa yang pernah berlaku. Masyarakat hanya dapat mengetahu fakta tnpa memahami dan mendalami nilai dan makna sejarah tersebut. Sedangkan dalam sejarah itu sendiri, terdapat fungsi sebagai panduan dan pedoman agar sejarah tidak berulang dan generasi seterusnya belajar dari pensejarahan demi kehidupan yang lebih baik. Pada tahun 2005, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa mengulangi kesalahan yang sama akan mengundang kesan yang buruk terhadap negara. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa, masyarakat haruslah belajar dari kesilapan lalu agar tidak berlaku untuk kali kedua. Agama yang mula tersebar ke Tanah Melayu telah menjadi pendorong kepada orang Melayu dalam membentuk satu penyatuan masyarakat. Dalam sejarah, pengadilan moral mampu menjadi panduan dan mampu mewujudkan semangat kepada pejuang masa lalu untuk bersatu. Oleh itu, masyarakat pada hari ini seharusnya mengambil iktibar terhadap peristiwa yang telah berlaku dengan mengambilnya sebagai panduan dan pendoman dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Perpaduan, toleransi, dan semangat patrotisme amat penting dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Secara kesimpulannya, unsur pengadilan moral merupakan perkara yang wajib dalam menghasilkan penulisan sejarah. Ahli sejarah merupakan individu yang paling penting dalam memikul tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan pengadilan moral dalam menghasilkan penulisan sejarah. Pengadilan moral dalam sesuatu penulisan sejarah sememangnya amat sukar untuk dielakkan. Sekiranya dalam sebuah penulisan sejarah, penilaian moral boleh menjadi salah satu aspek yang penting kerana jika tidak ada berlaku penilaiaan dalam sesebuah penulisan sejarah maka kajian sejarah yang dijalankan tidak mempunyai nilai dan makna. Pensejarahan tersebut hanya berfungsi untuk menyampaikan fakta, tetapi generasi berikutnya tidak mendapat sebarang pengajaran dan panduan. Seorang ahli sejarah bukan sekadar sesuka hati menjatuhkan sesuatu pengadilan moral dalam penulisan mereka, tetapi berdasarkan penyelidikan dan kajian untuk mendapatkan bukti-bukti yang relevan sebelum memulakan penulisan. Ahli sejarah akan mengkaji dan meneliti sumber-sumber untuk memastikan keaslian sumber tersebut. Dalam aspek pengadilan moral, ahli sejarah akan menulis berdasarkan kepada pemahaman terhadap watak dan pelaku sejarah yang mencetuskan sesuatu peristiwa. Oleh itu, mustahil bagi ahli sejarah untuk mengelak daripada menjatuhkan pengadilan moral. Pengadilan moral dalam penulisan juga menjadikan karya penulisan ahli sejarah itu lebih baik dan sempurna. Jika seorang ahli sejarawan menolak pengadilan moral, maka masyarakat akan mudah untuk menjatuhkan hukuman terhadap peristiwa tersebut. Oleh itu, pengadilan moral haruslah diutamakan dalam penulisan sejarah agar peristiwa-peristiwa lama tidak akan berulang kembali. Oleh itu, dalam melakukan penulisan sejarah, pengadilan moral haruslah didasari dengan nilai kejujuran dan kebersediaan ahli sejarah itu sendiri dalam menghasilkan sebuah karya sejarah tanpa menyembunyikan fakta yang sebenar.

Judul: Pengantar Ilmu Sejarah (aj10103

Oleh: Farul Adli

Ikuti kami