17 Ilmu Itu Cahaya

Oleh Majdi Nurulhudahayati

297,6 KB 4 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip 17 Ilmu Itu Cahaya

9 11 Terjemahan Ilmu adalah cahaya Antara kata-kata hikmat yang diwarisi ayah daripada datuk ialah kata-kata Hukama, “ Ilmu adalah Cahaya”. Kata-kata ini mengajarkan kepada kita bahawa ilmu adalah sesuatu yang menyinari kehidupan kita. Dengan ilmu hidup kita akan terang benderang dangan cahaya tetapi tanpanya kita hidup dalam kesesatan dan kegelapan. Ilmu merupakan teras atau tunjang dalam kehidupan kita. Dengan ilmu kita dapat membezakan antara yang benar dan yang salah dan membezakan antara baik dan buruk. Dengan ilmu kita dapat mengetahui apa yang baik untuk kehidupan kita dan mana yang buruk dan merosakkan. Ilmu menyuluh dan menerangi jalan yang kita lalui dan sangat penting ketika kita mengambil keputusan yang penting. Firman Allah Taala,” Adakah sama golongan yang mempunyai ilmu dan yang tidak mempunyai ilmu…” al-Zumar: 9. Ilmu mengangkat kedudukan atau martabat seseorang kepada setinggitinggi kedudukan. Sebagaiman Allah berfirman, maksudnya, “ Allah mengangkat martabat orang yang beriman dan mempunyai ilmu dikalangan kamu beberapa darjat”. Ini disebabkan ilmu menjadilkan manusia dihormati dan dimuliakan. Orang yang mempunyai ilmu berusaha dalam apa yang memberi kebaikan kepadanya dan juag kepada anggota masyarakatnya. Oleh sebab itu manusia akan menghormatinya kerana kebaikannya kepada masyarakat. Adapun orang jahil pula sombong dalam kehidupannya, tidak di beri bantuan dalam usaha kerjanya. Maka dia akan selalu mengalami kesilapan dan kesukaran dan tiada kebaikan bagi dirinya atau kepada masyarakatnya. Dari faedah ilmu juga, bahawa ilmu itu membantu kita mencapai kerjaya baru dalam kehidupan. Orang yang berilmu adalah mereka yang memiliki keupayaan yang timggi bagi menunaikan kerja dengan sepatutnya. Oleh yang demikian orang yang berilmu menjawat jawatan yang tinggi dalam pentadbiran dan juga bukan pentadbiran kerana kelayakan dan keupayaan mereka. Sejarah manusia telah mencatatkan kepada kita bahawa bangsa yang berilmu itu adalah bangsa yang maju dan membangun. Bangsa yang berilmu selalunya menguasai bangsa yang tidak berilmu keran bangsa yang berilmu mengkaji dan memepelajari, mencatat dan melengkapkan diri untuk menuju masa hadapan. Ini berbeza dengan bangsa yang tidak mempunyai ilmu di mana hanya menanti dan menunggu apa yang akan berlaku ke atas mereka tanpa berusaha. Daripada apa yang telah kita perbincangkan, maka jelaslah bahawa ilmu itu merupakan asas yang terpenting dalam kehidupan. Dengan ilmu ini manusaia akan memperolehi kebahgiaan dan tanpanya akan menyulit dan menyukarkan serta memusnahkan hidup manusia. Benarlah sabda Rasulullah SAW mengenai perkara ini dengan sabda baginda yang berbunyi,” manusia akan musnah melainkan orang yangberilmu, manakala orang yang berilmu akan musnah melainkan yang mengamalkan ilmunya, dan orang yang mengamalkan ilmunya akan musnah melainkan orang yang ikhlas”.

Judul: 17 Ilmu Itu Cahaya

Oleh: Majdi Nurulhudahayati

Ikuti kami