Sejarah Bab

Oleh Aleisya Safia

2,3 MB 4 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Sejarah Bab

3 BAB Hasil Pembelajaran Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat: 1 Menghuraikan pola penghijrahan pedagang asing pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat pluraliti masyarakat di rantau Alam Melayu. 2 Menjelaskan proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan di Alam Melayu. 3 Menilai kesan asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan. 4 Menjelaskan komposisi dan amalan kehidupan suku kaum utama di Sabah dan Sarawak. 5 Menjelaskan sejarah penghijrahan golongan imigran ke Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan pluraliti masyarakat di keduadua negeri tersebut. Sinopsis Bab 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 30 Latar Belakang Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Ruslan Zainuddin (UUM), Sarjit Singh Gill (UPM) & Ahmad Tarmizi Talib (UPM) Bab ini merangkumi beberapa huraian umum tentang latar belakang pluraliti masyarakat Alam Melayu dalam konteks hubungan etnik. Tumpuan utama bab adalah tentang pola penghijrahan para pedagang asing pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat pluraliti masyarakat di rantau Alam Melayu. Seterusnya, bab ini juga menjelaskan proses dan kesan asimilasi yang berlaku antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan di rantau Alam Melayu. Bab ini turut mengupas komposisi dan amalan kehidupan suku kaum utama di Sabah dan Sarawak termasuk sejarah penghijrahan golongan imigran dalam meningkatkan pluraliti masyarakat di Malaysia. 4/29/13 10:24:34 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU Penghijarah Intrawilayah Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka Proses Asimilasi antara Golongan Imigran dengan Masyarakat Tempatan • 31 Kedatangan Pedagang Arab dan Parsi Kedatangan Pedagang China dan Arab Kedatangan Pedagang Eropah Latar Belakang Sabah dan Sarawak Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Masyarakat Bumiputera di Sabah Pluralisi Masyarakat Sabah dan Sarawak Kedatangan Masyarakat Imigran di Sabah Masyarakat Bumiputera di Sarawak Kedatangan Masyarakat Imigran di Sarawak 3.0 Pengenalan 1 Pluraliti atau kemajmukan masyarakat yang berhijrah dan menetap di rantau Alam Melayu merupakan fakta dan bukti bersejarah yang menunjukkan interaksi antara etnik sudah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2 Perhubungan antara komuniti pedagang dengan masyarakat tempatan dalam pelbagai aspek seperti perdagangan dan penyebaran agama telah membawa kepada pembentukan pluraliti baharu dalam masyarakat tempatan. 3 Pembentukan pluraliti baharu kesan kemasukan komuniti imigran dan perkahwinan antara golongan ini dengan masyarakat tempatan, terutama dengan etnik Melayu telah membentuk pelbagai komuniti baharu seperti masyarakat Melayu–Arab, masyarakat Peranakan Cina, iaitu Baba dan Nyonya, masyarakat Peranakan Jawi dan masyarakat lain yang masih wujud hingga hari ini di Malaysia. 4 Hubungan etnik yang harmonis telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu sehingga kini perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, terutama generasi muda dalam konteks mempelajari budaya dan perubahan sosial, serta hubungan majoriti–minoriti dalam kalangan masyarakat Malaysia. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 31 4/29/13 10:24:34 AM 32 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 3.1 Penghijrahan Intrawilayah Sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka 1 Sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan maritim (kelautan) Asia Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa pada era ‘Zaman Perdagangan’, iaitu sekitar abad ke-12 Masihi dan abad ke-14 Masihi. 2 Masyarakat pada masa itu yang menetap di Kepulauan Melayu atau Nusantara berpindah dari satu pulau ke pulau lain atau dari pulau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya. Pendek kata, mereka berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk pelbagai tujuan dan seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang. 3 Pergerakan masyarakat plural sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti, terutama aktiviti perdagangan. Banyak kerajaan maritim (kelautan) telah wujud dan menjadi pusat penjanaan ekonomi yang mengamalkan sistem ekonomi perdagangan. 4 Kedudukan kerajaan maritim di persisiran pantai telah menarik pedagang dari rantau Alam Melayu untuk menjalankan kegiatan pertukaran barang dagangan (sistem barter) yang meliputi rempah-ratus, ubat-ubatan dan damar. 5 Salah satu faktor penting yang turut menyumbang kepada kedudukan Kepulauan Melayu sebagai kerajaan maritim yang penting ialah kemudahan asas yang disediakan di pelabuhan seperti tempat tinggal, bekalan air, stor barang, tempat berniaga dan bengkel membaiki kapal. 3.2 Penghijrahan Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka 1 Rantau Alam Melayu menjadi tempat tumpuan penghijrahan pelbagai kumpulan manusia yang seterusnya berjaya mengubah kemajmukan masyarakat Alam Melayu dan meninggalkan kesan mendalam dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang berkekalan sehingga sekarang. Pembukaan Melaka pada 1400 Masihi oleh Parameswara merupakan peristiwa bersejarah yang menandakan kemasukan komuniti imigran dari negara-negara luar ke Kepulauan Melayu (ataupun lebih dikenali sebagai Alam Melayu pada masa itu). 2 Negeri Melaka mula menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termashyur di rantau Alam Melayu. Aktiviti penyebaran Islam ke seluruh pelosok rantau Nusantara berlaku secara aman. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat rantau ini mengamalkan kepercayaan animisme, agama Hindu atau Buddha. 3 Kedatangan Islam ke rantau Alam Melayu berdasarkan tiga teori dominan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh para sarjana, iaitu melalui para pedagang 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 32 4/29/13 10:24:35 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 33 serta mubaligh Arab, India dan Cina. Bukti sejarah tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu direkodkan seawal abad ke-11 Masihi melalui penemuan Batu Nisan di Grisek, Pulau Jawa, manakala kedatangan Islam ke Tanah Melayu dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat bertarikh 1303 Masihi di Kuala Berang, Terengganu. 4 Agama Islam terus mendapat tempat yang penting dalam kalangan pemerintah sehingga membolehkan Islam berkembang pesat dan kerajaan Melaka mula menjadi pusat pengajian dan pengembangan Islam yang utama di Kepulauan Melayu. 5 Agama Islam telah membawa kepada pengenalan satu ideologi yang rasional, radikal dan progresif dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat, terutama dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran. Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah. Para pendakwah turut dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam. Kesannya, kerajaan Islam mula wujud di Terengganu, Kedah dan Johor. 3.2.1 Kedatangan Pedagang Arab dan Parsi 1 Perkembangan pesat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah menarik kedatangan ramai pedagang dari luar untuk menjalankan aktiviti ekonomi di negeri tersebut. Perkembangan pesat aktiviti ekonomi ini secara tidak langsung telah mengubah jalinan interaksi dan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat luar dan tempatan di Melaka. 2 Pedagang Arab dan Parsi mulai memainkan peranan penting dalam mencorakkan sejarah negeri Melaka melalui perhubungan perdagangan erat yang dijalin dengan negeri tersebut. Malah, Melaka merupakan pusat persinggahan utama pedagang Arab dan Parsi pada masa itu. 3 Semasa pelayaran, para pedagang Arab dan Parsi akan singgah di Melaka untuk mendapatkan bekalan air, makanan dan keperluan lain. Semasa persinggahan tersebut, mereka telah berinteraksi dengan penduduk setempat dan mula mengenali adat resam dan budaya masing-masing. Interaksi sosial ini menandakan permulaan hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu. 4 Mengikut catatan John Crawford, Islam datang secara langsung dari Tanah Arab pada kurun ke-7 Masihi. Teori ini disokong oleh ramai ahli sejarah dan dianggap sebagai teori yang paling sesuai untuk menjelaskan penyebaran Islam ke Melaka dan beberapa buah negeri lain di sekitar Alam Melayu. Buku Sejarah Melayu merupakan salah satu bukti penting yang menunjukkan penyebaran agama Islam oleh pedagang Arab dan Parsi di rantau Alam Melayu termasuk Melaka. 5 Sebahagian daripada pedagang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus menetap di Melaka. Perkembangan ini menandakan permulaan proses asimilasi antara golongan pedagang Arab dan Parsi dengan penduduk tempatan. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 33 4/29/13 10:24:35 AM 34 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 6 Sifat para pedagang ini yang lemah lembut dan pengaruh mereka yang kuat dari segi pemilikan harta dan sifat ketokohan telah berjaya menarik golongan istana dan rakyat untuk memeluk agama Islam. Para pedagang Arab dan Parsi turut menjalinkan perhubungan baik dengan pedagang lain dari Nusantara. Oleh itu, Islam telah tersebar secara luas di sekitar Kepulauan Melayu. 3.2.2 Kedatangan Pedagang China dan India 1 Kedatangan para pedagang dari dua buah benua yang besar, iaitu China dan India telah meningkatkan kemajmukan masyarakat dan hubungan etnik di Alam Melayu. Lazimnya, pedagang China dan India yang berlabuh di Melaka akan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan saudagar dari pelbagai negara lain melalui aktiviti penjualan dan pertukaran barang. 2 Melaka mendapat keuntungan yang besar sebagai pusat perantaraan urus niaga barang dari pelbagai negara, terutama dari China dan India. Bijih timah merupakan barang dagangan utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perdagangan bijih timah telah menarik minat para pedagang asing, khususnya dari Arab, India dan China untuk berdagang di Melaka. Satu sumber China mencatatkan bahawa Melaka telah mengeksport bijih timah pada 1416 Masihi, manakala Pahang mengeksport bijih timah pada 1446 Masihi. 3 Dasar luar yang diamalkan oleh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman kegemilangannya turut menyumbang kepada perkembangan pesat aktiviti perdagangan dan ekonomi Melaka pada masa itu. 4 Selain itu, Melaka turut menjalinkan perhubungan diplomatik dengan Benua China yang dibuktikan melalui lawatan beberapa orang laksamana daripada Dinasti Ming ke Melaka. Perhubungan antara Melaka dengan China menjadi semakin erat apabila salah seorang Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China. Kerajaan China merupakan salah sebuah empayar yang terkuat dan terbesar ketika itu. 5 Perhubungan awal antara para pedagang India dengan masyarakat rantau Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu telah bermula sejak abad ke-6 Masihi atau ke-7 Masihi. Perhubungan ini terjalin berikutan kedudukan geografi Tanah Melayu yang strategik, iaitu berada di tengah-tengah jalan laluan antara India dengan China (lihat Gambar 3.1). Malah, sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, telah wujud bukti sejarah tentang kewujudan perhubungan perdagangan antara masyarakat Melayu dengan India melalui penemuan candi di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah (lihat Gambar 3.2). 6 Kehadiran pedangan-pedagang dari India, China dan Arab pada abad ke-7 Masihi telah menyebabkan Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang maju pada masa itu. Malah, kewujudan empayar besar Melayu–Hindu Majapahit antara 1293 Masihi sehingga sekitar 1500 Masihi merupakan bukti kukuh pengaruh Hindu di rantau Alam Melayu. Empayar Majapahit yang berpusat di Timur Pulau Jawa merangkumi kawasan Pulau 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 34 4/29/13 10:24:35 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 35 Jawa, Selatan Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Borneo dan Bali. Empayar Majapahit merupakan kerajaan Hindu terakhir di Kepulauan Melayu. 7 Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang utama. Mereka datang dari pesisiran kawasan Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat. Kegiatan berdagang sememangnya merupakan aktiviti utama golongan ini yang telah diamalkan secara turun-temurun. 8 Ada pedagang India yang berkunjung ke Melaka telah berkahwin dengan wanita daripada golongan bangsawan Melayu dan seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Gambar 3.1 Kedudukan Melaka sebagai Pusat Perdagangan Antarabangsa Menjelang Abad ke-15 Masihi Gambar 3.2 Candi di Lembah Kuala Muda, Kedah 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 35 4/29/13 10:24:35 AM 36 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 3.2.3 Kedatangan Pedagang Eropah 1 Selain kedatangan pedagang Arab, Parsi, India dan China, kedatangan pedagang dari pelbagai negara Eropah ke Alam Melayu, terutama Melaka telah memlengkapkan kewujudan masyarakat plural di rantau tersebut. 2 Portugal, Belanda, Sepanyol, Perancis dan Britain merupakan beberapa buah negara Eropah terawal yang terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan aktiviti perdagangan di Alam Melayu. Selain bertujuan menguasai jalan perdagangan ke Timur, kedatangan pedagang Eropah adalah untuk menyebarkan agama Kristian bagi menyaingi penyebaran agama Islam yang pesat di Timur pada masa itu. 3 Di Asia Tenggara, Melaka telah dijadikan sasaran utama oleh kuasa Eropah dalam aktiviti perdagangan dan penjelajahan mereka. Perdagangan antara Eropah dengan Timur dikuasai oleh para pedagang Islam dan Itali. Aktiviti penjelajahan dan penjajahan Portugal dan Sepanyol lebih didorong oleh faktor ‘3G’, iaitu Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik). Orang Eropah datang ke Timur untuk mendapatkan teh, rempah dan sutera. 4 Orang Portugis telah berusaha menjelajah benua Asia, malah telah berjaya membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada 100 tahun. Portugis telah berusaha untuk menguasai Melaka kerana negeri tersebut merupakan pelabuhan perdagangan yang utama di Alam Melayu pada masa itu. 5 Pedagang Portugis berminat mendapatkan rempah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bahan ini di pasaran Eropah. Tindakan pedagang atau saudagar Itali menjual rempah pada harga yang amat tinggi menyebabkan kuasa Portugis telah berusaha memecahkan monopoli perdagangan rempah dengan mendapatkan sendiri bekalan tersebut di Timur. Namun, kedatangan Portugis telah ditentang hebat oleh pemerintah dan rakyat Melaka sehinggalah kejatuhannya ke tangan Portugis pada tahun 1511. 3.3 Proses Asimilasi antara Golongan Imigran dengan Masyarakat Tempatan 3.3.1 Perdagangan dan Perkahwinan 1 Kedatangan para pedagang asing secara besar-besaran dari Eropah, India dan China ke rantau Alam Melayu, khususnya Melaka untuk menjalankan pelbagai aktiviti perdagangan secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. 2 Interaksi sosial yang wujud antara pedagang asing dengan penduduk tempatan telah membawa kepada pertembungan budaya yang berlainan. Para pedagang asing mula berusaha menyesuaikan diri mereka dengan keadaan tempatan, misalnya mempelajari bahasa tempatan dan cara hidup (budaya) orang tempatan, malah mereka turut berkahwin dengan orang tempatan. Namun, 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 36 4/29/13 10:24:35 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 37 para pedagang ini masih mengekalkan identiti kaum masing-masing dan menganggap diri mereka sebagai orang Eropah, China atau India. 3 Kehadiran imigran dari negara China telah mengukuhkan perhubungan diplomatik yang sedia terjalin melalui aktiviti perdagangan antara China dengan rantau Alam Melayu. Perhubungan ini dipererat melalui perkahwinan, misalnya perkahwinan antara Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po, puteri Maharaja China. 4 Pedagang India turut berkahwin dengan penduduk tempatan. Sejarah Melayu telah meriwayatkan bahawa Mani Purindam (pemborong batu permata), seorang India Muslim telah menjadi menantu kepada Sri Nara Diraja pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424–1444). Hasil perkahwinan tersebut, Tun Ali telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja untuk menggantikan datuknya, dan seterusnya melahirkan pembesar dan pemerintah Melaka daripada keturunan Melayu–Tamil. Cucunya, Raja Kassim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah antara 1445–1459. 5 Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan para pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Sementara itu, Raja Mendaliar, seorang pedagang India telah dilantik sebagai Syahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488–1511). 6 Perkahwinan antara pedagang China dan India dengan penduduk tempatan telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Melaka pada masa itu. Perkahwinan campur tersebut secara tidak langsung telah memberikan peluang kepada komuniti pedagang ini untuk memperluas aktiviti perdagangan mereka dan memegang beberapa jawatan penting dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 3.3.2 Pembentukan Pluraliti Baharu Masyarakat Melayu–Arab 1 Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka pada peringkat awal rata-rata terdiri daripada masyarakat pedagang. Mereka lebih dikenali sebagai gelaran ‘Syed’. Kebanyakan golongan ‘Syed’ yang menetap di Alam Melayu, khususnya di Tanah Melayu berasal dari Hadramaut di selatan Semenanjung Arab. 2 Golongan ‘Syed’ terdiri daripada pedagang yang berjaya dan ulama yang dihormati. Perkataan ‘Syed’ berasal daripada perkataan Arab, iaitu ‘Sayyid’ yang bermaksud ‘pengetua’ atau ‘pemimpin’. ‘Sayyid’ juga boleh membawa maksud ‘ketua suku’ (‘Sayyid al-qabilah’), ‘bangsawan’, ‘suami’, ‘tuan’ atau gelaran untuk ahli sufi. 3 Perhubungan rapat antara golongan ini dengan kelas pemerintah membolehkan mereka muncul sebagai golongan elit yang penting di Tanah Melayu, terutamanya di Kedah. Kini, golongan ‘Syed’ ini lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu–Arab disebabkan perkahwinan campur yang berlaku antara orang Arab dengan orang Melayu. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 37 4/29/13 10:24:35 AM 38 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya) 1 Selepas kemangkatan Parameswara, perhubungan antara kerajaan Melaka dengan China diteruskan oleh Sultan Mahkota Iskandar Shah, putera Parameswara. Perhubungan diplomatik ini menjadi lebih erat apabila Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, puteri Maharaja China. 2 Kedatangan Puteri Hang Li Po merupakan usaha pemerintah Dinasti Ming untuk menjalinkan perhubungan diplomatik secara berterusan dengan Melaka. Peristiwa ini menandakan bermulanya kehadiran pedagang Cina secara meluas di Alam Melayu. Pendek kata, pemerintah Melaka pada ketika itu telah mengambil kira kepentingan keharmonian antara kaum sehingga berusaha membentuk satu perhubungan diplomatik yang baik melalui perkahwinan campur. 3 Kehadiran pedagang-pedagang dari China telah membentuk sebuah komuniti baharu, iaitu masyarakat Peranakan Cina yang lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya. 4 Dari segi budaya, komuniti Baba dan Nyonya ini telah mengalami proses akulturasi dalam budaya masyarakat tempatan, iaitu masyarakat Melayu. Identiti utama masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka dapat dilihat melalui penggunaan dialek Melayu–Baba. Ketidakupayaan komuniti ini untuk berbahasa Cina telah secara langsung memisahkan mereka daripada masyarakat Cina totok (asli). Namun, kehidupan mereka masih dipengaruhi adat dan budaya masyarakat Cina. Proses akulturasi yang dialami oleh masyarakat Baba dan Nyonya telah membolehkan mereka terus kekal sebagai subetnik dalam kategori ras Cina di Malaysia. 5 Baba merujuk kepada kaum lelaki, manakala Nyonya pula ialah kaum wanita. Nyonya biasanya memakai baju kebaya dengan kain batik yang menggambarkan identiti unik komuniti mereka. 6 Perkahwinan campur antara kaum Baba dan Nyonya dengan penduduk tempatan telah melahirkan satu budaya yang amat unik termasuk makanan yang amat berbeza. Keunikan budaya ini masih dapat dilihat di Melaka dan Pulau Pinang sehingga hari ini, misalnya terdapat beberapa buah restoran Baba dan Nyonya di negeri tersebut yang menyajikan makanan masyarakat Baba dan Nyonya. Restoran sedemikian juga boleh ditemui di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Singapura. 7 Dari segi upacara perkahwinan, masyarakat Baba dan Nyonya masih mengekalkan tradisi kaum Cina. Begitu juga dengan amalan keagamaan, iaitu kebanyakan mereka masih berpegang pada ajaran Buddha. Namun, terdapat segelintir ahli komuniti minoriti ini yang telah menganut agama lain seperti Kristian dan Islam selepas berkahwin dengan penduduk tempatan. Walaupun mereka sudah memeluk agama baharu, namun komuniti ini masih mengekalkan penggunaan dialek Melayu–Baba. Asal usul dan budaya hidup masyarakat Baba dan Nyonya ditunjukkan pada Rajah 3.1. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 38 4/29/13 10:24:35 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 39 Peranakan Baba dan Nyonya Perkahwinan campur dengan penduduk Melaka (tempatan) Asal Usul • Dari China • Melalui kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka • Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansur Shah Tempat Tinggal • Majoriti di Melaka Pakaian • Baju kebaya (Nyonya) dan kain batik Bahasa • Dialek Melayu–Baba bercampur bahasa Hokkien, Teochew atau Kantonis Rajah 3.1 Budaya Hidup Agama • Buddha, Islam atau Kristian Makanan Kegemaran • Masakan Cina yang pedas dan kuih-muih tradisional Melayu Asal Usul dan Budaya Hidup Masyarakat Baba dan Nyonya Masyarakat India–Muslim 1 Interaksi sosial yang berlaku antara masyarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat minoriti yang dikenali sebagai masyarakat India–Muslim. 2 Bukan semua orang berketurunan India yang datang ke Alam Melayu berkahwin dengan wanita tempatan. Masyarakat India yang berhijrah ke Alam Melayu pada peringkat awal lazimnya terdiri daripada golongan lelaki dan kemudian mereka berkahwin dengan wanita tempatan. 3 Bukti kehadiran pedagang dari India ini ditemukan dalam catatan sejarah Melaka. Tanjung Kling di Melaka dinamakan sedemikian oleh Portugis memandangkan terdapat ramai pekerja India yang bekerja di tempat tersebut pada masa itu. 4 Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan masyarakat India– Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat India–Muslim lebih gemar berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian. Masyarakat Peranakan Jawi 1 Masyarakat Peranakan Jawi terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki India–Muslim dari selatan India dengan wanita Melayu di Pulau Pinang. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 39 4/29/13 10:24:35 AM 40 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 2 Seperti masyarakat Peranakan Cina atau Baba–Nyonya di Melaka, bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan utama dalam kalangan masyarakat Peranakan Jawi. Namun, sebahagian generasi muda Peranakan Jawi dapat memahami, malah dapat bertutur dalam bahasa Tamil. 3 Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat Peranakan Jawi dengan masyarakat India–Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa walaupun kedua-dua masyarakat ini menganut agama Islam. Masyarakat Peranakan Jawi lebih gemar menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat India–Muslim yang lebih gemar menggunakan bahasa Tamil. Masyarakat Serani 1 Penjajah Portugis telah menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu antara tahun 1511 hingga tahun 1641. 2 Selain pengenalan tulisan Rumi dan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam bahasa tempatan yang berasal daripada bahasa Portugis, salah satu kesan pendudukan kuasa Portugis di Melaka ialah kewujudan sebuah masyarakat baharu yang dikenali sebagai masyarakat Serani. Masyarakat ini terhasil daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dengan penduduk tempatan. 3 Masyarakat Serani menganut agama Kristian bermazhab Katolik Roman. Namun, ada juga orang Serani yang menganut agama Islam. Masyarakat Peranakan Hindu Melaka atau Chetti 1 Masyarakat Peranakan Hindu Melaka atau Chetti terbentuk hasil perkahwinan campur antara para pedagang Hindu dari pantai Coromandel, India dengan masyarakat tempatan daripada keturunan Melayu, Cina, Jawa dan Batak di Melaka (Ravichandran, 2009: 1). Komuniti peranakan Hindu atau Chetti sudah menetap di Melaka sejak zaman Kesultanan Melaka lagi sejak awal kurun ke-15. 2 Satu perkara yang unik berkenaan komuniti Chetti ini, ialah cara mereka telah berasimilasi dengan budaya Melayu. Cara mereka berpakaian, berbahasa, jenis makanan dan penampilan wajah pula menyerupai orang Melayu dan peranakan Cina (Baba dan Nyonya). 3 Kedatangan agama Islam dan Kristian di Melaka tidak menggugat agama Hindu yang anuti oleh komuniti Chetti ini. Walaupun majoriti mereka tidak berbahasa Tamil tetapi mereka telah mengekalkan nama-nama Hindu mereka dan mengamalkan amalan adat serta agama Hindu dalam kehidupan harian mereka. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 40 4/29/13 10:24:36 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU 3.4 • 41 Pluraliti Masyarakat di Sabah dan Sarawak 3.4.1 Latar Belakang Ringkas Sabah dan Sarawak 1 Sabah dan Sarawak terletak di kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di bahagian selatan. Kedua-dua negeri ini terpisah dari Semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan meliputi kawasan seluas 197,602 kilometer persegi dengan keluasan Sarawak merangkumi 123,983 kilometer persegi, manakala keluasan Sabah adalah 73,619 kilometer persegi. 2 Dari segi sejarah, Sabah dan Sarawak mempunyai banyak persamaan kerana kedua-dua negeri pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak dan penguasaan British North Borneo Chartered Company (BNBC) ke atas Sabah. 3 Sabah yang dikenali sebagai Borneo Utara sebelum tahun 1963 pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sehingga tahun 1881. Selepas itu, Sabah ditadbir oleh BNBC sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 apabila negeri itu ditakluki oleh tentera Jepun. Selepas tamat perang, BNBC telah memutuskan untuk menyerahkan negeri Sabah kepada kerajaan Britain untuk dijadikan tanah jajahan British pada tahun 1946. 4 Pada awal abad ke-19, Sarawak diperintah oleh Kesultanan Brunei. Setelah James Brooke berjaya menumpaskan pemberontakan di Sarawak, beliau dilantik oleh Sultan Brunei menjadi Gabenor Sarawak pada bulan September 1841 dan diberi gelaran Rajah pada bulan Ogos 1842. 5 Selepas kematiannya pada bulan Ogos 1868, James Brooke digantikan oleh anak saudaranya, Charles Anthony Brooke. Beliau yang mentadbir Sarawak hampir 50 tahun meninggal dunia di England pada bulan Mei 1917 dan digantikan oleh anaknya, Charles Vyner Brooke. 6 Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mentadbir Sarawak pada tahun 1941 hingga 1945. Selepas tamat perang tersebut, Charles Vyner Brooke telah membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan Britain. 7 Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British selepas Perang Dunia Kedua sehingga kedua-dua negeri itu mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 16 September 1963. 3.4.2 Masyarakat Bumiputera di Sabah 1 Menurut Bancian Penduduk dan Perumahan 2010, penduduk Sabah berjumlah 3.21 juta orang yang mengandungi lebih 30 suku kaum dan bertutur dalam 80 dialek tempatan. Masyarakat Bumiputera (peribumi) ialah golongan terbesar yang membentuk 61.3% daripada keseluruhan penduduk di Sabah. Ini diikuti oleh orang Cina dan rakyat asing yang berhijrah daripada negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 41 4/29/13 10:24:36 AM 42 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E Jadual 3.1 Komposisi Suku-Kaum di Sabah, 2010 Kategori Suku-Kaum Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah Kecil Kadazan-Dusun 568,575 Bajau 450,279 Melayu Brunei 184,197 Murut 102,393 Bumiputera Lain 659,865 Cina 295,674 India 7,453 Lain-lain Kaum Peratus 1,965,309 61.3% 351,654 11.0% 889,779 27.7% 3,206,742 100.0% 48,527 Rakyat Asing (Bukan Warganegara) Jumlah Keseluruhan Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan, 2010 2 Dalam kalangan masyarakat Bumiputera, terdapat tiga suku kaum yang terbesar, iaitu kaum Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau. Kemudian diikuti oleh suku kaum minoriti Bumiputera yang lain seperti Bisaya, Kadayun, Orang Sungai, Suang Latut, Melayu–Brunei dan lain-lain. Ka da za n Bajau dan Suluk Orang Sungai Orang Murut Suku-suku lain Peta 3.1 Taburan komposisi penduduk Bumiputera di Sabah Kadazan–Dusun 1 Masyarakat Kadazan–Dusun ialah kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah, iaitu meliputi 30% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri itu. Kebanyakan mereka ini menganut agama Kristian. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 42 4/29/13 10:24:36 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 43 2 Masyarakat Kadazan–Dusun di Sabah dapat dibahagikan kepada 27 suku kaum. Antaranya termasuklah Dusun, Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Dusun Tobilung, Dusun Segama/Subpan, Dusun Tombonuo, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, Kadazan Papar, Kadazan Penampang, Tagahas, Tangara, Rungus, Orang Sungai, Kuijau dan Bagahak. 3 Pada asalnya Kadazan dan Dusun adalah dua suku kaum yang berasingan, tetapi kedua-duanya telah digabungkan kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Kedua-dua suku kaum hanya berbeza dari segi petempatan, iaitu etnik Kadazan menetap di kawasan lembah dan secara tradisinya terlibat dalam kegiatan penanaman padi, manakala etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. 4 Perayaan utama orang Kadazan–Dusun ialah Pesta Menuai yang disambut pada bulan Mei setiap tahun selepas musim menuai. Antara acara penting dalam perayaan tersebut ialah persembahan tarian Sumazau. Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat di Sabah sebagai tanda kesyukuran yang dikaitkan dengan menanam dan menuai padi, serta untuk menolak bala, menyemah semangat dan mengubati penyakit. Gambar 3.3 Tarian Sumazau Masyarakat Kadazan–Dusun 5 Gerak dan irama tari Sumazau adalah secara perlahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Semasa menari, kedua-dua belah tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. 6 Tarian Sumazau biasanya ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan majlis jamuan. Pesta Kaamatan (menuai) disambut oleh masyarakat KadazanDusun sebagai meraikan tuaian baik dan perayaan ini juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 43 4/29/13 10:24:36 AM 44 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E Bajau 1 Masyarakat Bajau merupakan suku kaum bumiputera kedua terbesar selepas Kadazan yang merangkumi 15% komposisi penduduk di Sabah. Ada pelbagai suku kaum dalam masyarakat Bajau seperti Ilanun dan Sulu. Mereka menganut agama Islam. 2 Kebanyakan masyarakat Bajau menetap di kawasan pantai, terutamanya pantai barat daya Sabah seperti Semporna dan Kota Belud. Mereka berasal dari kawasan pantai Pulau Mindanao dan Sulu. 3 Pada zaman silam masyarakat Bajau berasal daripada keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat Bajau terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir dan handal sehingga mereka dipanggil ‘Koboi Timur’. 4 Pada masa ini, ramai antara masyarakat Bajau yang telah meninggalkan kehidupan di laut untuk menjadi peladang dan penternak. Ada juga yang mengusahakan tananam padi, terutamanya di sekitar Kota Belud, Tuaran, Papar dan Kawang. 5 Adat resam kelahiran masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia mempunyai banyak persamaan seperti adat berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga diamalkan oleh masyarakat tersebut. 6 Masyarakat Bajau amat terkenal dengan tarian Brunsai. Tarian ini tidak diiringi oleh alunan muzik atau bunyi-bunyian tetapi mengutamakan ‘kalang’, iaitu seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. 7 Tarian Brunsai biasanya dipersembahkan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran atau meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar (hitam, biru, merah) dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik. Murut 1 Kaum Murut merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sabah yang merangkumi tiga peratus penduduk di negeri itu. Mereka dipercayai berasal dari Annam (Indochina) dan berhijrah ke Borneo melalui Filipina. Kebanyakan anggota suku kaum Murut menganut agama Kristian. 2 Perkataan ‘Murut’ merujuk kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman Sabah. Selain itu, ada juga orang Murut yang tinggal di beberapa buah kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. 3 Orang Murut terbahagi kepada beberapa kelompok seperti Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung. Kaum Murut mempunyai bahasa yang berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum lain yang disebabkan faktor geografi. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 44 4/29/13 10:24:36 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 45 4 Secara tradisinya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang mengandungi antara 30 hingga 100 buah bilik. Setiap rumah panjang menempatkan 10 hingga 20 buah keluarga yang hidup secara harmoni dalam sebuah keluarga yang besar. Ketua rumah panjang dikenali sebagai ‘Orang Tua’. Selain itu, ada juga orang Murut yang tinggal dengan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. 5 Pada zaman silam, orang Murut terlibat dalam amalan memburu kepala, tetapi amalan itu telah lama ditinggalkan. Kegiatan ekonomi mereka kini ialah menanam padi huma dan ubi kayu, berburu binatang liar dengan menggunakan sumpitan, menangkap ikan dan memunggut hasil hutan. Mereka mahir dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran itu kepada generasi seterusnya. 6 Kaum Murut dahulunya mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya bahawa setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno ialah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang. Pada masa ini, kebanyakan suku kaum Murut beragama Kristian. Gambar 3.4 Pakaian Tradisional Orang Murut 7 Tarian Magunatip merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat Murut daripada suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal daripada perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit, iaitu ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jika tidak cekap mengelakkannya. 8 Tarian Magunatip biasanya tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan itu mengeluarkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian ini dipersembahkan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang diadakan. 9 Suku kaum Murut juga terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya ditarikan di lantai khas berukuran 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti ‘spring’. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 45 4/29/13 10:24:36 AM 46 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 10 Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun sebagai tanda untuk mengeratkan silaturahim. Pada masa lalu, tarian itu dipersembahkan untuk menyambut kepulangan pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah berjuang di medan pertempuran. Melayu–Brunei 1 Orang Melayu–Brunei datang ke Sabah ketika negeri itu berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Pada peringkat awalnya, ada di antara mereka yang dihantar oleh Sultan Brunei untuk berkhidmat sebagai pentadbir di Sabah. Mereka beragama Islam dan turut berperanan dalam menyebarkan agama Islam di Sabah. 2 Kebanyakan orang Melayu–Brunei menetap di Kimanis, Papar dan Padas– Kalias. Kegiatan ekonomi mereka lebih tertumpu kepada berdagang, bertani dan memungut hasil laut. Bisaya 1 Bisaya ialah suku kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo. Petempatan mereka tertumpu di sekitar daerah Beufort, Sungai Padas, Sungai Klias dan Pulau Gaya di Labuan. Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya dikatakan berasal daripada sebutan ‘Mabisa Iya’ yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah, serta cantik molek. Sebutan itu kemudiannya telah bertukar kepada Bisaya sehingga kini. 2 Suku kaum Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Dusun, Murut dan Rungus. Mereka adalah antara suku kaum asli terawal yang menerima kemasukan agama Islam sejak awal abad ke-13. Agama Islam disebarkan kepada suku kaum Bisaya melalui hubungan perdagangan dengan para pedagang dari tanah Arab. 3 Kegiatan ekonomi Bisaya tertumpu dalam bidang pertanian dan penternakan. Mereka juga berburu binatang liar di hutan dan menangkap ikan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraf tangan dan sebahagian besar daripada peralatan kraf tangan digunakan dalam kehidupan harian mereka. 4 Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu tarian bubu. Tarian ini biasanya dipersembahkan dalam upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka juga percaya kepada kuasa ghaib, dan seiring itu dukun atau pawang sering menjadi perantaraan antara mereka dengan alam ghaib. Orang Suluk 1 Orang Suluk berasal dari kepulauan Sulu di selatan Filipina sejak dari zaman Kesultanan Sulu. Mereka tidak memanggil diri sebagai Suluk, tetapi menggelar diri sebagai ‘Tausug’ yang bermaksud ‘Orang dari Sulu’. 2 Orang Suluk menganut agama Islam dan kegiatan ekonomi mereka ialah memungut sarang burung, hasil hutan dan hasil laut. Kawasan petempatan 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 46 4/29/13 10:24:36 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 47 mereka tertumpu di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal, Tuaran dan Telipok. 3 Tarian Bolak-bolak ialah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan ‘gabbang’. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis keramaian ditarikan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna-warni. 4 Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam sebelah tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan. 3.4.3 Kedatangan Masyarakat Imigran di Sabah Orang Cina 1 Kemasukan orang Cina di Sabah agak berbeza dengan kaum Cina di Tanah Melayu kerana kedatangan mereka tidak didorong oleh pembukaan kawasan lombong bijih timah. Sebaliknya, kedatangan orang Cina di Sabah adalah akibat galakan daripada syarikat-syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC). 2 Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir semua tenaga buruhnya dibawa masuk dari negara China. Selain itu, perkembangan perusahaan getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh-buruh Cina untuk datang ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh tenaga buruhnya terdiri daripada orang Cina. Orang Indonesia 1 Buruh dari Jawa juga digalakkan masuk ke Sabah oleh BNBC untuk bekerja di ladang tembakau dan getah. Buruh-buruh dari Jawa mula tiba pada tahun 1882, iaitu seramai 70 orang dibawa masuk dari Singapura oleh seorang ahli syarikat, iaitu W.H. Read. 2 Buruh dari Jawa dibawa ke Silam untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907, pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak BNBC menjalin satu persetujuan dengan kerajaan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga tahun. Akibat perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah. 3 Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah semakin bertambah ramai, iaitu ketika perusahaan getah berkembang dengan pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa (termasuk sebilangan kecil orang Indonesia yang lain) yang tiba di Sabah berjumlah 5,510 orang. 4 Pada tahun 1921, bilangan orang Indonesia yang tiba di Sabah telah meningkat kepada 11,223 orang dan seterusnya 10,014 orang pada tahun 1931. Kebanyakan orang Indonesia datang untuk mencari pekerjaan sementara dan ramai antara mereka yang berulang alik di antara Sabah dengan tempat asal masing-masing. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 47 4/29/13 10:24:36 AM 48 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E Orang India 1 Orang India seperti masyarakat imigran yang lain mula bertapak di Sabah sejak di bawah pentadbiran BNBC. Pada awalnya, kehadiran mereka lebih tertumpu dalam beberapa sektor tertentu seperti bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal. 2 Mereka terdiri daripada orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan kerajaan seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan, sama ada pada peringkat pentadbiran mahupun pada peringkat bawahan. 3 Perkembangan ini memperlihatkan cara kemasukan mereka agak berbeza dengan masyarakat India di Tanah Melayu, terutamanya orang Tamil yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang-ladang getah. Sebaliknya, masyarakat India di Sabah dibawa masuk untuk mengisi jawatan dalam pelbagai jabatan kerajaan di bawah pentadbiran BNBC. 4 Keadaan ini berlaku kerana BNBC menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan bangsa Eropah yang lain untuk datang berkhidmat di Sabah atas alasan bahawa negeri itu masih mundur. Mereka lebih gemar dihantar berkhidmat ke Hong Kong atau Singapura. 5 Kedatangan orang Sikh ke Sabah pada tahun 1882 untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan BNBC telah melahirkan satu komuniti peranakan baharu yang dikenali sebagai peranakan Punjabi. Perkahwinan campur pertama di Sabah dalam kalangan orang Sikh telah berlangsung pada 19 Oktober 1933 antara Sarban Singh dan Satya Kaur (nama baharu) yang berasal dari Kepayan. 6 Perkahwinan campur tersebut berlangsung di Gurdwara Sahib Jesselton. Perkahwinan campur kedua pula adalah antara Subedar Dewa Singh Mann yang ketika itu berkhidmat dalam pasukan BNBC dengan Inder Kaur (nama baharu) pada 5 Ogos 1934. Kedua-dua upacara perkahwinan tersebut dilangsungkan oleh Bhai Kahan Singh, Granthi Sahib yang pertama untuk negeri Sabah (Kler, tt.: 8-9). 7 Dalam perkahwinan campur, lelaki Sikh tidak menukar agamanya kerana pentingnya kedudukan lelaki sebagai penyambung keturunan dan pengekalan boundary serta identiti etnik mereka. Tradisi dan adat itu berkekalan sehingga kini dan memang diamalkan oleh peranakan Punjabi yang berkahwin dengan pasangan mereka daripada etnik yang lain di Sabah. 3.4.4 Masyarakat Bumiputera di Sarawak 1 Sarawak merupakan negeri yang terbesar dalam Persekutuan Malaysia. Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, penduduk Sarawak berjumlah 2.4 juta orang dengan wujudnya pelbagai suku kaum tempatan yang merupakan penduduk peribumi negeri itu. Tidak ada negeri lain di Malaysia 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 48 4/29/13 10:24:36 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 49 yang mempunyai bilangan suku kaum yang sebegitu banyak berbanding dengan negeri Sarawak. 2 Masyarakat bumiputera merupakan kaum terbesar yang membentuk 71.2% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Walau bagaimanapun, tiada suku kaum dalam kalangan masyarakat bumiputera yang melebihi 50% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Kaum yang kedua terbesar ialah masyarakat bukan Bumiputera yang mencakupi 24% dan bukan warganegara sebanyak 4.7%. 3 Dalam masyarakat bumiputera, Iban membentuk komposisi kaum yang terbesar. Seterusnya diikuti oleh orang Melayu, Bidayuh, Melanau dan suku kaum bumiputera seperti Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisayah, Penan, Lum Bawang dan Punan, serta pelbagai suku kaum lain yang dikenali sebagai Orang Ulu. Jadual 3.2 Komposisi Suku Kaum di Sarawak, 2010 Kategori Bumiputera Bukan Bumiputera Suku Kaum Jumlah Kecil Iban 693,358 Melayu 551,567 Bidayuh 192,960 Melanau 119,897 Bumiputera Lain 152,074 Cina 560,150 India 7,188 Lain-lain Kaum 8,873 Rakyat Asing (Bukan Warganegara) Jumlah Keseluruhan Peratus 1,709,856 71.25% 576,211 24.01% 113,772 4.75% 2,399,839 100.0% Sumber: Jabatan Perangkaan, Banci Penduduk dan Perumahan, 2010 Penduduk Persisiran Melayu 1 Orang Melayu meliputi 23% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Mereka secara tradisinya menetap di kawasan persisiran pantai dan bahagian muara sungai. Kegiatan ekonomi mereka tertumpu sebagai nelayan, petani dan peniaga. Selain itu, ada juga antara mereka yang berhijrah ke bandar untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan di sektor ekonomi moden serta berkhidmat dengan kerajaan. 2 Orang Melayu dipercayai menetap di Sarawak sejak abad ke-15. Lidah Tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak adalah antara kawasan perkampungan orang Melayu. Kawasan ini pernah ditakluki oleh kerajaan Brunei pada abad ke-16. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 49 4/29/13 10:24:36 AM 50 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 3 Pada zaman dahulu, orang Melayu berperanan sebagai orang tengah dalam urusan perdagangan bagi suku kaum di kawasan pedalaman, iaitu orang Bidayuh dengan pedagang luar untuk menjual barangan seperti garam, kain, pisau dan tempayan. 4 Orang Melayu menganut agama Islam. Mereka mendirikan sekolah pondok untuk mempelajari agama Islam. Mereka juga mendirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat dan menyebarkan agama Islam. Orang Melayu amat kuat berpegang kepada agama Islam. Situasi ini dapat digambarkan melalui budaya, kesenian dan adat istiadat yang diamalkan dalam kehidupan harian mereka. Melanau 1 Orang Melanau membentuk 4.9% daripada komposisi penduduk di Sarawak. Mereka dipercayai sebahagian daripada penduduk asal negeri Sarawak. Petempatan mereka tertumpu di Bahagian Ketiga dan Keempat, serta di bahagian hilir di beberapa batang sungai seperti Sungai Igan, Oya, Mukah, Balingian, Tatau dan Kemena. Mereka tinggal di kawasan perkampungan seperti orang Melayu. 2 Secara tradisinya, orang Melanau bekerja sebagai nelayan dan sehingga kini, mereka terkenal sebagai pembuat sampan dan kerja tangan yang mahir. Selain itu, ada yang menjadi petani dengan mengusahakan padi sawah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. 3 Orang Melanau juga terlibat dalam menghasilkan sagu sebagai bahan makanan dan sumber perniagaan yang utama. Pohon sagu tumbuh di kawasan yang berpaya dan hanya boleh ditebang setelah sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi batang sagu yang disebut sebagai ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia. 4 Walaupun orang Melanau dan Melayu berbeza dari segi etnik, tetapi amalan hidup kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, terutamanya mereka yang menetap di kawasan bandar. Ramai orang Melanau yang menganut agama Islam, di samping agama-agama lain seperti Kristian. Orang Melanau yang bukan beragama Islam percaya terhadap kewujudan makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. 5 Orang Melanau menyambut Perayaan Kaul dengan meriah pada bulan April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut supaya memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat sepanjang berada di laut, serta menghindar daripada pelbagai wabak penyakit. 6 Perayaan Kaul disambut bagi menandakan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau bermulanya musim menangkap ikan. Pada masa ini, serahang disediakan untuk menjamu ipok. Serahang dibuat dari daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun dan sirih ke dalamnya. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 50 4/29/13 10:24:37 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 51 7 Selain Pesta Kaul, adat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau ialah adat yang melibatkan kematian keluarga. Namun, adat ini berbeza-beza menurut daerah dan kampung. Bagi mereka yang mendiami daerah Matu, adat yang berkaitan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam. 8 Menurut adat ini, setelah selesai pemakaman, ahli keluarga mengadakan upacara sare, iaitu rumah si mati dibuka selama tujuh malam berturut-turut untuk dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Bagi mereka yang beragama Islam, beberapa upacara yang bercorak agama diadakan seperti majlis tahlil, bacaan yassin dan kenduri arwah. Penduduk Pedalaman Iban 1 Orang Iban atau dikenali juga sebagai Dayak Laut adalah suku kaum terbesar yang meliputi hampir 30% daripada jumlah penduduk Sarawak. Orang Iban mula berhijrah ke Sarawak pada abad ke-15 dan kebanyakannya menetap di kawasan pedalaman. Kawasan penempatan awal orang Iban yang berhijrah dari Kalimantan ialah sekitar lembah sungai di Batang Ai, Sungai Skrang, Saribas dan Sungai Rajang. 2 Orang Iban tinggal di rumah panjang. Ketua rumah panjang dikenali sebagai ‘tuai rumah’. Setiap rumah panjang itu biasanya mempunyai di antara 10 hingga 60 buah bilik dengan setiap bilik didiami oleh sebuah keluarga. Kerjakerja rumah di bahagian hadapan rumah dilakukan oleh orang perempuan. ‘Tanjau’ ialah beranda yang terdapat di bahagian hadapan rumah. 3 Orang Iban terkenal dengan tuak, iaitu sejenis minuman yang dihidangkan sewaktu menyambut tetamu atau merayakan sesuatu perayaan yang besar. Seperti suku kaum lain, orang Iban juga percaya kepada roh dan kuasa ghaib. Mereka mengamalkan adat-adat tertentu seperti dalam upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian. Gambar 3.5 Rumah Panjang Kaum Iban di Sarawak 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 51 4/29/13 10:24:37 AM 52 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E 4 Kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian. Mereka juga merayakan pelbagai jenis perayaan seperti Hari Gawai yang disambut pada 1 Jun setiap tahun. Hari Gawai mengandungi beberapa perayaan seperti Gawai Dayak, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Bidayuh 1 Orang Bidayuh berasal dari Kalimantan Barat dan menetap di rumah panjang yang jauh di kawasan bukit, pedalaman Sarawak, terutamanya di sekitar Bau dan Serian. Mungkin atas sebab itulah mereka dikenali sebagai ‘Dayak Darat’. Pekerjaan utama mereka adalah menanam padi huma. 2 Orang Bidayuh bertutur dalam beberapa dialek yang berkait antara satu sama lain. Walaupun ada antara mereka yang masih mengamalkan kepercayaan tradisi, tetapi kebanyakan orang Bidayuh kini menganut agama Kristian. Orang Ulu 1 ‘Orang Ulu’ ialah satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada suku kaum yang mendiami kawasan hulu sungai di pedalaman Sarawak. Kelompok ini terdiri daripada 27 buah kelompok suku kaum yang sangat kecil, tetapi pelbagai jenis dengan jumlah penduduknya bermula dari 300 orang sehingga melebihi 25,000 orang. 2 Antara mereka termasuklah suku kaum Kayan dan Kenyah, serta kelompok minoriti yang berhampiran seperti Kajang, Kejaman, Punan, Ukit dan Penan. Suku kaum lain yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu ialah Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Lun Dayeh, Penan, Murut, Berawan dan Kelabit. 3 Orang Ulu meliputi 5.5% daripada jumlah penduduk Sarawak. Sebahagian besar daripada mereka beragama Kristian, di samping kepercayaan tradisional yang masih kekal diamalkan di sesetengah tempat. 4 Orang Ulu biasanya mendiami rumah panjang yang dihiasi dengan pelbagai lukisan dan ukiran kayu. Mereka juga dikenali kerana tatu yang terdapat pada tubuh badan dan manik-manik rinci yang dipakai sebagai hiasan. 3.4.5 Kedatangan Masyarakat Imigran di Sarawak Orang Cina 1 Orang Cina ialah kelompok terbesar dalam kalangan masyarakat bukan Bumiputera yang meliputi 23.3% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kawasan petempatan mereka tertumpu di bandar-bandar besar. Orang Cina di Sarawak dibahagikan kepada beberapa suku kaum seperti Hokkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis dan Henghua. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Mandarin dan Hokkien. 2 Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1840, sejumlah kecil orang Cina yang telah menetap di Sarawak. Mereka menjalankan beberapa kegiatan seperti berdagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Orang Cina semakin ramai berhijrah ke Sarawak menjelang akhir abad ke-19, iaitu semasa pemerintahan 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 52 4/29/13 10:24:37 AM LATAR BELAKANG PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU • 53 Charles Brooke. Kebanyakan mereka berasal dari China Selatan, iaitu wilayah Canton, Fukien dan Kwantung. 3 Mereka tidak datang secara langung dari China, tetapi melalui kawasan Sambas–Pontianak di Kalimantan. Kongsi Cina daripada suku kaum Hakka telah melombong emas di kawasan itu sejak tahun 1760-an. Apabila pihak Belanda menguasai kawasan pantai barat Kalimantan pada tahun 1823 dan longgokan emas yang semakin kurang di kawasan itu pada tahun 1830-an, pelombong Cina mula berpindah ke tempat lain. 4 Pada tahun 1841, pelombong Cina dari Sambas mula berpindah ke kawasan Bau di hulu Sungai Sarawak. Sebelum kemasukan mereka secara besarbesaran, sebilangan kecil orang Cina telah melombong emas di Bau. Sehingga awal tahun 1840-an, hampir semua orang Cina di Sarawak adalah daripada suku kaum Hakka. Pedagang Cina daripada suku kaum Hokkien menetap di Kuching mulai tahun 1840-an. Orang India 1 Orang India yang meliputi 0.3% orang penduduk merupakan kelompok terkecil dalam kalangan masyarakat bukan Bumiputera di Sarawak. Mereka terdiri daripada orang Sikh dan Punjabi Muslim dibawa masuk oleh James Brooke untuk bekerja sebagai polis di Sarawak. Setelah Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia, keturunan mereka terus menetap di Sarawak sehingga kini. 2 Di samping orang Sikh dan Punjabi Muslim, terdapat sejumlah kecil orang India berketurunan Muslim yang datang ke Sarawak sebagai peniaga kain dan pedagang. Namun, tidak ramai orang India berhijrah ke Sarawak untuk bekerja sebagai buruh kerana dari segi geografi, kedudukan Sarawak yang agak jauh daripada benua India. Rumusan 1 Walaupun orang Melayu dan kaum bumiputera lain merupakan penduduk asal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tetapi kehadiran kaum-kaum lain telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tempatan. 2 Proses perubahan ini telah memberi kesan jangka panjang kepada negara dan yang paling ketara ialah kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. 3 Kewujudan masyarakat pelbagai kaum ini tidak berlaku dengan sengaja, tetapi telah melalui satu sejarah yang panjang, akibat penghijrahan kaum-kaum lain seperti kedatangan pedagang Arab, Parsi, China, India dan Eropah ke Alam Melayu, serta kemasukan penduduk dari Indonesia. 4 Seterusnya peristiwa ini disusuli dengan pembentukan masyarakat baharu yang muncul sebagai kesan perkahwinan campur antara orang Cina, Arab, India dan Portugis dengan masyarakat tempatan. 5 Kewujudan masyarakat berbilang kaum ini dianggap penting dalam proses perkembangan negara dan menjadi satu daripada ciri utama dalam rupa bentuk masyarakat Malaysia kini. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 53 4/29/13 10:24:37 AM 54 • HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 3E SOALAN ULANG KAJI DAN TUGASAN Soalan Struktur Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Kedudukan kerajaan di persisiran pantai menarik pedagang dari rantau Alam Melayu untuk menjalankan kegiatan pertukaran barang dagangan seperti rempahratus, ubat-ubatan dan damar. 2 Teks merupakan salah satu bukti penting yang menunjukkan penyebaran agama Islam oleh pedagang Arab dan Parsi di rantau Alam Melayu. 3 Penyebaran agama merupakan salah satu faktor utama yang mendorong aktiviti penjelajahan pedagang Eropah sehingga ke rantau Alam Melayu. 4 Dari segi sejarah, Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan kerana kedua-dua negeri pernah berada di bawah kekuasaan . 5 Orang Iban atau juga dikenali sebagai negeri Sarawak. merupakan suku kaum terbesar di 6 Kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian. Mereka juga merayakan pelbagai jenis perayaan seperti yang disambut pada 1 Jun setiap tahun. 7 Pekerjaan utama orang Bidayuh adalah menanam . 8 Identiti utama komuniti Baba dan Nyonya di Melaka ialah penggunaan . 9 Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu yang dipersembahkan dalam beberapa upacara seperti perkahwinan dan jamuan masuk rumah baru. 10 Sebelum kemasukan secara besar-besaran ke Sarawak pada tahun 1841, sebilangan kecil orang Cina telah berada di Bau dengan menjalankan kegiatan melombong . Soalan Esei Jawab semua soalan di bawah. 1 Bincangkan penghijrahan intrawilayah sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. 2 Bincangkan sejarah pembentukan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Apakah keunikan masyarakat minoriti ini? Soalan Tugasan Bincangkan soalan di bawah ini secara berkumpulan. 1 Kumpulkan beberapa bahan sejarah mengenai sejarah kedatangan masyarakat pedagang di rantau Alam Melayu. Bahan yang boleh dikumpulkan adalah seperti dokumen bersejarah yang disimpan di Arkib Negara Malaysia. Kumpulkan maklumat yang penting daripada bahan yang ada dan huraikan secara ringkas kedatangan masyarakat pedagang ke rantau Alam Melayu dari perspektif sejarah. 2 Temu bual lima buah keluarga Baba dan Nyonya yang menetap di Melaka dan kenal pasti beberapa aspek perubahan sosiobudaya yang berlaku dalam masyarakat minoriti tersebut. 03HEtk_3E_Bab3_30-54_F.indd 54 4/29/13 10:24:37 AM

Judul: Sejarah Bab

Oleh: Aleisya Safia

Ikuti kami