Sejarah Pengenalan

Oleh Tharma Mahan

31,7 KB 9 tayangan 0 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Sejarah Pengenalan

Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tiada pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan Hassan 2007). Pendidikan juga merupakan satu proses menimba ilmu terpenting dalam kehidupan manusia. Pendididkan memberikan impak yang sangat positif bagi kita, dan juga akan memberikan keterampilan, kemampuan mental, dan lain sebagainya. Pendidikan itu adalah suatu proses pengubahan sikap dan tingkah laku seseorang dalam mendewasakan melalui pengajaran dan latihan. Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan Formal merupakan satu pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan adanya bimbingan daripada guru-guru dan biasanya dijalankan di dalam kelas. Pendidikan formal hanya dijalankan di sekolah – sekolah dengan selama sepuluh tahun diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan formal juga telah mentransformasikan seseorang yang tidak mengetahui asas pendidikan kepada seseorang yang berjaya mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat lebih tinggi. Di samping itu, pendidikan tidak formal merupakan pendidikan yang dilakukan secara bukan langsung seperti yang dilakukan di sekolah – sekolah. Pendidikan ini juga bergantung kepada tahap kematangan seseorang individu

Judul: Sejarah Pengenalan

Oleh: Tharma Mahan


Ikuti kami