Sejarah Malaysia

Oleh Wida Wahida

172,3 KB 4 tayangan 0 unduhan
 
Bagikan artikel

Transkrip Sejarah Malaysia

1.0 PENDAHULUAN Menurut Profesor D.K Fieldhouse, imperialisme bermaksud satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain, biar apa pun cara dan tujuan tindakan itu. 1 Kedatangan British ke Asia dan Asia Tenggara mempunyai niat dan motif untuk mengaut keuntungan bagi pihak mereka. Walaupun British telah mengatakan bahawa mereka mula campur tangan di Tanah Melayu pada tahun 1874 tetapi sebenarnya mereka telahpun terlibat dalam politik Tanah Melayu sejak kurun ke-18 lagi. 2 Pulau Pinang merupakan tempat pertapakan awal British iaitu pada 11 Ogos 1786.3 Pada bulan Julai 1786, Kapten Francis Light mewakili pihak Kompeni Inggeris telah sampai ke negeri Kedah dan pada ketika itu negeri Kedah telah diperintah oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah.4 Tujuan Francis Light menemui Sultan Kedah adalah untuk menyambung rundingan yang telah dibuat beberapa tahun dahulu iaitu meminta supaya Kompeni Inggeris dibenarkan menduduki Pulau Pinang. Sultan Abdullah Mukarram Shah telah meluluskan permintaan mereka itu dan dalam rundingan tersebut baginda dan Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris - Kedah dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Light telah menjalankan upacara rasmi menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang sebagai tanda bahawa Pulau Pinang telah diduduki oleh Inggeris dan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.5 1 2 3 4 5 Cheah Boon Kheng , Abu Talib Ahmad, (1990), Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm. 2. Abdullah Zakaria Ghazali, (1997), Pasir Salak (Pusat Gerakan Menentang British di Perak), Perak: Yayasan Perak, hlm. 1. Mohamad Isa Othman, (1999), Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, hlm. 6. Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 113. Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 114. Pada tahun 1786, Kedah telah diancam oleh Siam dan Sultan Abdullah telah meminta SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786 namun SHTI tidak mahu memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah dengan alasan mereka tidak terlibat dalam perjanjian tersebut. Hal ini demikian kerana Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light sahaja. Sultan Kedah berasa sangat marah dengan tindakan Francis Light yang telah memungkiri janjinya dan baginda telah berhajat untuk menghalau Inggeris dari Pulau Pinang.. Pada 12 April 1781, Francis Light telah berperang dengan angkatan Sultan Kedah. 6 Sultan Kedah telah kalah dalam peperangan tersebut. Pada tahun 1800, Sultan Kedah telah menyerahkan Seberang Perai kepada Kompeni Inggeris. SHTI telah gagal memajukan Pulau Pinang kerana gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu disebabkan kedudukannya yang kurang strategik. British sangat memerlukan sebuah pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana perdagangan SHTI dengan China semakin penting dan mereka memerlukan sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China dengan India. Oleh itu, Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda. Raffles telah mencadangkan kepada SHTI bahawa Singapura boleh dijadikan sebagai pangkalan baru. Pada masa itu, Singapura berada dalam wilayah takluk kerajaan Johor. Raffles telah tiba di Singapura Pada tahun1819 dan pada ketika itu Singapura diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman. Satu perjanjian telah dibuat antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman dan perjanjian tersebut terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles. Raffles telah 6 Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 115. menaikkan bendera Union Jack di Singapura walaupun terdapat bantahan daripada pihak berkuasa Indian serta dari tempatan dan bahaya sekiranya terlibat dengan kepentingankepentingan Belanda yang sudah lama wujud. 7 Pendudukan British di Singapura telah dibantah oleh Belanda yang mendakwa bahawa Singapura adalah di bawah lingkungan pengaruhnya. British pula enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda dan hal ini telah mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda. Akhirnya pertikaian antara British dengan Belanda diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Kejayaan British mendapatkan Pulau Pinang dan Singapura telah menaikkan semangat mereka untuk terus menjajah negeri-negeri lain di Tanah Melayu. 7 Rupert Emerson, (1987), Malaysia (Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 99. 2.0 PERISTIWA PENTING IMPERIALISME BRITISH SEJAK 1824 SEHINGGA CAMPURTANGAN RASMI 1874 2.1 Perjanjian Inggeris-Belanda (1824) Pada 17 Mac 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani di antara pihak Inggeris dan Belanda iaitu George Canning dan Charles W.Wymn. Perjanjian ini juga dikenali sebagai Persetiaan London. Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah untuk menyelesaikan masalah persaingan dan konflik antara pihak British dan Belanda serta bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Tanah Melayu. Antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 adalah disebabkan pembukaan petempatan British di Singapura. Hal ini dapat dilihat apabila tindakan Stamford Raffles membuka petempatan di Singapura mendapat bantahan daripada Belanda kerana mereka menggangap Singapura berada di bawah pengaruh mereka. Tindakan tersebut juga telah menyebabkan Belanda berasa cemburu dengan perkembangan Singapura sebagai pelabuhan bebas yang menguntungkan dan hal ini akan menggugat pelabuhan utama Belanda iaitu Betawi. Kandungan isi Perjanjian Inggeris Belanda terbahagi kepada dua iaitu syarat-syarat kewilayahan dan syarat-syarat perdagangan. Antara syarat-syarat kewilayahan ialah Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Singapura. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya kepada British. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri lain. Antara syarat-syarat perdagangan adalah kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan. Pelabuhan baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah dan British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku. Perjanjian ini telah meninggalkan beberapa kesan iaitu kepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh. Belanda telah bersetuju untuk menyerahkan Melaka dan kawasan takluknya serta loji kepada British manakala British pula berundur daripada Hindi Timur dan menyerahkan Sumatera serta Bangkahulu kepada Belanda. Kawasan yang terletak di sebelah utara Singapura termasuk dalam lingkungan pengaruh British manakala kawasan yang terletak di selatan Singapura menjadi milik Belanda. 2.2 Perjanjian Burney (1826) Pada 12 November 1821, tentera Siam dari Ligor telah menyerang dan menawan Kota Kuala Kedah termasuklah Bandar Alor Setar.8 Ramai yang telah melarikan diri ke Pulau Pinang dan Seberang Perai serta ramai yang telah telah terkorban. Sultan Ahmad Tajuddin pada ketika itu telah bersemayam di Istana Pulau Tiga, Merbok sempat melarikan diri ke Pulau Pinang dan diberi perlindungan oleh Inggeris.9 Pada 17 Oktober 1822, Gabenor Phillips di Pulau Pinang telah menasihatkan Sultan Kedah agar tidak meninggalkan Pulau Pinang dan sekiranya baginda bertindak begitu, baginda tidak akan mendapat perlindungan 8 9 Mohamed Mustafa Ishak, et.al, (2004), Kedah dalam Lipatan Sejarah: Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Sintok: Universiti Utara Malaysia, hlm. 39. Mohamed Mustafa Ishak, et.al, (2004), Kedah dalam Lipatan Sejarah: Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Sintok: Universiti Utara Malaysia, hlm. 39. orang Inggeris. 10 Gabenor Phillips juga telah memberi arahan kepada Sultan Ahmad Tajuddin agar tidak melawan orang Siam atau orang Ligor.11 Pada Disember 1825, Kapten Henry Burney telah dihantar oleh Robert Fullerton bagi mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian dengan Siam. Kapten Burney telah diarah berbincang mengenai hubungan perdagangan dan persahabatan antara Siam dan British, kepentingan British di Tanah Melayu mengenai perdangangan dan masalah pembahagian takhta. Pada 20 Jun 1826, Kapten Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian dengan kerajaan Siam yang dikenali sebagai Perjanjian Burney untuk membolehkan pihak Inggeris mengekalkan persahabatan dan perdagangannya dengan Siam termasuk bekalan makanan yang diperolehinya dari Kedah sebelum ini.12 Antara syarat-syarat Perjanjian Burney ialah British mengikhtiraf negeri Kedah sebagai hak Siam. Sultan Ahmad Tajuddin tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. Siam tidak boleh menghalang dan menganggu perdagangan British di Kelantan dan Terengganu. British tidak akan menguasai Kedah, menyerang atau mengganggunya dan pedagang British di Bangkok hanya perlu membayar cukai biasa dan bebas berjual beli tanpa gangguan daripada pegawai Siam. Perjanjian ini tidak mendapat sambutan yang baik daripada pegawai British di Pulau Pinang terutamanya syarat mengenai Kedah,Kelantan dan Terengganu dianggap kabur kerana tidak jelas sama ada negeri-negeri itu di bawah naungan Siam atau menjadi tanah jajahan Siam.13 10 11 12 13 Haji Buyong Adil, (1980), Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 63. Haji Buyong Adil, (1980), Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 63. Mohamed Mustafa Ishak, et.al, (2004), Kedah dalam Lipatan Sejarah: Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Sintok: Universiti Utara Malaysia, hlm. 39. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, et.al, (1992), Malaysia (Warisan dan Perkembangan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 81. 2.3 Perjanjian Low (18 Oktober 1826) Perjanjian ini ditandatangani oleh Kapten James Low dengan Sultan Perak. Perjanjian ini berlaku akibat dari sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan Raja Siam pada tahun 1825. Setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak menghormati janjinya mengenai negeri Perak iaitu mengakui hak Sultan Perak untuk memerintah negeri Baginda sendiri dan kerana bimbangkan amaran dari Siam itu dan mengingatkan bagaimana Inggeris telah mengecewakan harapan Sultan Kedah dengan tidak membantu baginda dari serangan Siam pada tahun 1821 maka Sultan Perak menginginkan satu perjanjian persahabatan yang dapat menjamin keselamatan negeri baginda dari serangan Siam. Akhirnya pada 18 Oktober 1826, Perjanjian Low ditandatangani. Antara syarat-syarat Perjanjian Low ialah Sultan Perak tidak akan menghantar bunga emas ke Siam. Perak juga dilarang mengadakan sebarang bentuk hubungan dengan Siam, Ligor atau mana-mana negeri lain. Sultan Perak juga dilarang menerima mana-mana perwakilan yang datang ke Perak jika perwakilan tersebut bertujuan untuk mencampuri hal ehwal Perak. British akan memberikan bantuan tentera kepada Sultan Perak untuk menentang ancaman sama ada dari Siam atau musuh-musuh yang lain. Antara kesan-kesan Perjanjian Low adalah dapat mengekang dasar perluasan kuasa Siam di Perak dan telah menunjukkan campurtangan British secara tidak langsung di Perak. 2.4 Perjanjian Pangkor (1874) Pada 17 Januari 1874, satu mesyuarat telah diadakan di antara Sir Andrew Clarke dengan pembesar Perak dan antara yang hadir ialah Raja Muda Abdullah, Bendahara, Laksamana, Raja Mahkota dan Syahbandar.14 Melalui perbincangan tersebut, mereka 14 Abdullah Zakaria Ghazali, (1997), Pasir Salak (Pusat Gerakan Menentang British di Perak), Perak: Yayasan Perak, hlm. 12. bersetuju mengikhtiraf Raja Muda Abdullah sebagai Sultan dan seorang residen British akan dilantik di Perak. 15 Pada 19 Januari 1874, perbincangan diadakan lagi mengenai syarat-syarat Perjanjian Pangkor. Akhirnya pada 20 Januari 1874, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Raja Muda Abdullah dengan Sir Andrew Clarke. Antara syarat-syarat perjanjian ialah Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda, residen Britsh menasihati semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu, residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai dan Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut. Kesan daripada perjanjian ini ialah Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu dan campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu khasnya golongan istana yang merasakan kuasa mereka semakin hilang. 2.5 Penubuhan Sistem Residen Pada tahun 1860-an dan 1870-an, telah berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Kekacauan tersebut ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Dasar campur tangan bermula dari Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan,sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Seorang Residen akan dilantik bagi setiap negeri tersebut. Negeri-negeri tersebut merupakan negeri naungan British. Residen akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat istiadat. 3.0 KEDUDUKAN BRITISH SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT 15 Abdullah Zakaria Ghazali, (1997), Pasir Salak (Pusat Gerakan Menentang British di Perak), Perak: Yayasan Perak, hlm. 12. Akibat daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka dan juga telah menarik balik bantahan terhadap pembukaan petempatan British di Singapura. British pula telah berundur dari Hindia Timur dan menyerahkan Sumatera serta Bangkahulu kepada Belanda. British juga telah diakui sah menduduki Singapura pada ketika itu. 16 Hal ini telah memberi peluang kepada British untuk meluaskan kuasa jajahan di Tanah Melayu dan meluaskan jajahan takluk terhadap Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Melalui Perjanjian Burney pula, Siam telah mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Hal ini telah mengukuhkan kedudukan British di negeri tersebut. British juga dibenarkan berdagang di Perak, Kedah dan Terengganu tetapi tidak boleh campur tangan dalam hal pentadbiran. Rakyat Inggeris dibenarkan berniaga dan membuat perhubungan pada masa hadapan dengan diberi kemudahan dan kebebasan seperti dahulu dan mereka dihalang daripada mengganggu dan menyerang negeri-negeri itu.17 Akibat daripada Perjanjian Low, British telah mula menunjukkan campur tangan secara tidak langsung dan pada ketika ini merka telah mula melakukan langkah kolonialisme terhadap Perak. Melalui Perjanjian Pangkor pula, perjanjian ini telah menandakan campur tangan secara rasmi British di Tanah Melayu. Kerajaan Inggeris telah melantik seorang pegawainya di Negeri-negeri Selat bernama J.W.W Birch sebagai Residen British yang pertma di Perak. 18 Hal ini telah menyebabkan British semakin berkuasa kerana Residen boleh mencampuri urusan pentadbiran di Perak. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri-negeri Melayu yang lain dan sekaligus dapat mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. British menjadi 16 17 18 Rupert Emerson, (1987), Malaysia (Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 100. Rupert Emerson, (1987), Malaysia (Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 118. Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 157. kuasa Barat tunggal yang berhak mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah. Akibat daripada penubuhan sistem Residen, British menjadi semakin berkuasa di negeri-negeri Melayu kerana Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri dan memperkenalkan sisitem pungutan cukai. Hal ini dapat dilihat di negeri Perak, Birch tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh Sultan dan orang-orang besar Perak seperti sebelum ini. 19 Oleh itu, Residen telah menyebabkan kuasa Sultan dan pembesar semakin terhakis. 4.0 KEDUDUKAN KESULTANAN MELAYU DALAM TEMPOH TERSEBUT Akibat daripada Perjanjian Inggeris Belanda, masalah perebutan takhta Johor telah dapat diselesaikan kerana melalui perjanjian ini, Sultan Hussein telah dilantik menjadi Sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi Sultan di Kepulauan RiauLingga. Melalui Perjanjian Burney, Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. Sultan Ahmad terpaksa tinggal di Melaka sehingga tahun 1842 kerana terpaksa mengikut syarat perjanjian ini. British juga tidak membenarkan Sultan Kedah mendapat balik takhtanya atau menyerang Siam.20 Akibat daripada perjanjian Low, Raja Perak dilarang menerima mana-mana perwakilan yang datang ke Perak jika perwakilan tersebut bertujuan untuk mencampuri hal ehwal Perak. Raja Perak juga terikat supaya menjauhkan dirinya daripada campur tangan politik dari Siam dan Selangor.21 19 20 21 Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 157. Zainal Abidin bin Abdul Wahid, et.al , (1992), Malaysia (Warisan dan Perkembangan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm 81. Rupert Emerson, (1987), Malaysia (Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung), Akibat daripada Perjanjian Pangkor, Raja Muda Abdullah dilantik oleh Inggeris sebagai Sultan dan baginda bersetuju untuk menerima seorang Residen British.22 Baginda dikehendaki untuk mendengar nasihat Residen tersebut kecuali perkara yang berkaitan agama dan adat istiadat orang Melayu. Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu dan telah menghakis kuasa Sultan dan pembesar Melayu. Akibat daripada penubuhan Sistem Residen, sistem ini telah menggugat kuasa Sultan dan Pembesar iaitu Sultan dan pembesar kehilangan kuasa. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Hal ini telah menyebabkan Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini. Residen juga mempunyai kuasa menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat residen mesti dipatuhi, Residen telah menghapuskan hamba, Residen ambil alih kuasa hak pungutan cukai dan pungutan cukai diambil alih oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil. Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun Sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. 5.0 KESIMPULAN 22 Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 119. Haji Buyong bin Adil, (1985), Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 155. Penjajahan British berlaku tidak serentak di seluruh Tanah Melayu dan berlaku dalam tempoh yang berbeza mengikut negeri.23 Pelbagai usaha telah dijalankan dan dirancang oleh pihak British untuk meluaskan kuasa dan mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Semua peristiwa-peristiwa yang berlaku antara tahun 1824 sehingga 1874 iaitu perjanjianperjanjian yang telah termeterai antara British dengan pihak lain menunjukkan usaha gigih mereka untuk menjajah dan berkuasa di Tanah Melayu. Hal ini telah memberikan kesan buruk terhadap negeri-negeri Melayu kerana melalui perjanjian-perjanjian ini, kuasa Sultan dan pembesar Melayu semakin hilang dan terhakis. Kedudukan kuasa raja-raja Melayu juga telah tercemar, keputusan dan kata pemutus mereka tidak dianggap penting dan perlu dipatuhi lagi. Hal ini telah menimbulkan kekecewaan kepada rakyat dan pemerintah-pemerintah di negeri Melayu. British pula telah muncul sebagai kuasa yang kuat di Tanah Melayu kerana mereka secara rasminya telah mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu. BIBLIOGRAFI 23 Mohamad Isa Othman, (1999), Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad ke-19 dan Awal Abad ke-20, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd, hlm. 6. Abdullah Zakaria Ghazali. 1997. Pasir Salak (Pusat Gerakan Menentang British di Perak), Perak: Yayasan Perak. Cheah Boon Kheng, Abu Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negaranegara Lain, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Haji Buyong bin Adil. 1985. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Isa Othman. 1999. Gerakan Protes dalam Perspektif Sejarah Malaysia pada Abad Ke-19 dan Awal Abad ke-20, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohamed Mustafa Ishak, et.al. 2004. Kedah dalam Lipatan Sejarah: Koleksi Artikel Dato’ Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Sintok: Universiti Utara Malaysia. Emerson Rupert. 1987. Malaysia (Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung dan Tidak Langsung, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Zainal Abidin bin Abdul Wahid, et.al. 1992. Malaysia (Warisan dan Perkembangan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Judul: Sejarah Malaysia

Oleh: Wida Wahida

Ikuti kami