Tugasan Sejarah

Oleh Jesnita Edwan

80,1 KB 7 tayangan 1 unduhan
 


Bagikan artikel

Transkrip Tugasan Sejarah

Perang Kuching-Bau, Sarawak Tarikh Peristiwa : 20-02-1857 Cetak Pada hari ini dalam tahun 1857, Perang Kuching-Bau telah tercetus di negeri Sarawak. Perang di antara bandar Kuching dengan bandar Bau ini hampir meruntuhkan pemerintahan James Brooke dan hampir menghapuskan penduduk Cina di Sarawak. Bandar Kuching yang terletak di kedua belah tebing Sungai Sarawak itu merupakan pusat pentadbiran ‘Raja’ James Brooke. Bandar Bau pula terletak kira-kira 17 batu di selatan bandar Kuching adalah sebuah bandar lombong emas. Hampir kesemua penduduk Bau terdiri daripada orang-orang Cina dan hanya terdapat sebilangan kecil penduduk Bidayuh dan Melayu. Di kalangan penduduk Cina ini terdapat sebuah kongsi gelap bernama San Tian Kiau yang menguasai bandar Bau. Orang-orang Cina dari Bau sering menyeludup candu yang dimonopoli oleh Pemerintah Brooke. Mereka juga enggan membayar cukai emas. Walau bagaimanapun James Brooke terus memaksa mereka membayar cukai-cukai itu. Tindakan-tindakan pemerintah Brooke ini tidak disenangi oleh kongsi gelap San Tian Kiau kerana ia menganggap perbuatan itu sebagai mencabuli kewibaan dan otonomi bandar Bau. Kongsi gelap ini kemudiannya telah merancang untuk menyerang bandar Kuching. Pada hari ini dalam tahun 1857 mereka telah menyerang rumah James Brooke dan tempat-tempat lain serta membakar beberapa buah rumah. James Brooke telah berjaya melarikan diri ke kampung Melayu. Perang Kuching-Bau ini telah memusnahkan bandar Kuching. Perkampungan Melayu telah habis terbakar dan begitu juga bangunan-bangunan lain di bandar itu. Bandar Bau telah ditinggalkan oleh penduduk China. Kegagalan serangan kongsi gelap itu telah dapat menguatkan kewibawaan James Brooke di Bau. http://hids.arkib.gov.my/-/perang-kuching-bau-sarawak TASIK BIRU TASIK BIRU, BAU Dahulunya, Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak. Tasik ini mempunyai keluasan kira-kira lima hektar dan dalamnya pula ratusan meter ke bawah tanah. Pernah satu ketika, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing. Mungkin ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia. Pernah satu ketika berlaku pemendapan di beberapa buah tempat di kawasan Bau termasuklah tapak lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau disebabkan perlombongan semula di tasik ini. Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan, akhirnya pada tahun 1998, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan berhenti dengan serta merta. Kini, Tasik Biru menjadi salah satu ekopelancongan di negeri ini. Ia dibuka kepada orang ramai yang ingin beriadah sambil menikmati udara segar. Di samping itu, pengunjung boleh melihat sendiri wajah tasik buatan manusia yang kebiru-biruan sambil merenungi sejenak sejarah yang tersirat di dalamnya. Amat berharap, selepas ini semua pemandu bas akan belajar dari sejarah dan moga mereka akan memandu bas dengan lebih berhati hati. Memang benar, mereka (pemandu bas) pun tidak mahu kemalangan itu berlaku pada diri mereka dan bas yang dipandu. Bak kata orang, "malang tak berbau". INSYAALLAH, kemalangan dapat dielakkan jika kita berhati2. Sebab itu penting kita belajar dari sejarah agar apa yang pernah menjadi sejarah tidak akan berulang lagi selepas ini..

Judul: Tugasan Sejarah

Oleh: Jesnita Edwan


Ikuti kami