Soal Selidik

Oleh Luffyredhawk Shanks

10 tayangan
Bagikan artikel

Transkrip Soal Selidik

Soal Selidik
Soal selidik merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk memeperolehi data
yang diperlukan untuk membolehkan pengkaji mengetahui keadaan sebenar tentang
isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik mestilah dibina supaya memenuhi
objektif atau masalah kajian. Dalam kajian ini, saya menggunakan skala di mana
setiap pernyataan yang diajukan mepunyai tiga tahap persetujuan, iaitu: 1 ‘Tidak
setuju’, 2 ‘Kurang pasti’ dan 3 ‘Setuju’.

Soal selidik yang saya gunakan adalah merujuk kepada hasil laporan kajian
Airen Aneza Binti Abu Bakar (2010) iaitu Keberkesanan Aktiviti Stesen Untuk
Meningkatkan Minat Murid Dalam Pembelajaran Sains. Namun begitu, item-item di
dalam soal selidik itu telah dimodifikasikan mengikut objektif dan kesesuaian kajian
saya.

Temubual
Temubual merupakan salah satu kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi
bersemuka antara pengkaji dengan subjek kajian. Temubual merupakan kaedah
terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada subjek kajian secara mendalam.
Dalam kajian ini, saya menggunakan instrument temubual berstruktur di mana
beberapa orang subjek kajian yang telah dipilih berdasarkan sasaran kajian yang telah
ditetapkan kriterianya. Data direkod di dalam bentuk jadual. Instrument temubual ini
dipilih untuk memenuhi objektif kedua kajian iaitu untuk mengkaji minat murid untuk
mempelajari pelajaran jawi dengan penggunaan ‘Kad MeBi’. (sila rujuk Lampiran E)

Judul: Soal Selidik

Oleh: Luffyredhawk Shanks


Ikuti kami